
Hello u olls,
Okay hari ini aku nak cerita pasai satu kegilaan yang aku praktikkan secara serius iaitu 'sleep hynosis'. Kalau kita pecahkan maksud dua frasa ini, yang pertama, sleep bermaksud tidoq, atau lena, atau katop mata dan mampuih sementara atau berlayaq.
Hynosis pula dalam ejaan Bahasa Melayu adalah hipnosis, menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka dalam istilah Malaysia perubatan, hipnosis dihuraikan sebagai "Keadaan kekurangan tahap kesedaran yang diaruh secara artifisial yang menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan arahan atau cadangan." So kalau campuq dua perkataan ini, bolehlah kita fahamkan bahawa satu proses hipnosis, pemukauan untuk bagi orang tu tidoq.
Nak dijadikan cerita, aku memang mempunyai masalah tidur. Susah nak tidur, bukan kata lani sejak dah umur 30 an, tapi sejak aku zaman muda jelita pun aku perasan, aku memang susah nak tidur malam. Especially kalau aku duk pikiaq macam-macam benda, tak semestinya pikiaq masalah, kalau tiba-tiba tara nak tidur aku nanti duk baca buku ka, duk dapat idea baru ka, tiba-tiba jadi semangat lagi mampuih aku susah nak tidur. Bila dah dapat tidur, susah nak bangun pulak. HAHAHA nahariam. Tapi mungkin ini adalah masalah lazim untuk golongan manusia yang IQ tinggi macam aku.
click read more