21.4.17

Jangan Naik Cameron Highland Melalui Tapah

Hello u olls,


Dalam banyak-banyak memori aku naik Cameron Highlands,  paling best sekali adalah masa aku pi Cameron Highlands dengan laki aku sebagai honeymoon kami yang pertama.  Aku ada tulis dalam catatan aku kat blog seperti berikut,  aku akan bubuh link macam kat bawah nanti hangpa boleh baca.


So baru-baru ini, kami ada kenduri adik-beradik belah bapak aku di Ampang,  Kuala Lumpur.  Jadi,  aku,  Khafi,  mak dan bapak aku telah membuat satu roadtrip.  Bermula dari Pulau Pinang,  kami singgah di Ipoh.  Tidur semalam di rumah sepupu aku di Sungai Rokam.  Sepupu aku yang lain semuanya dah pi terus ke Kuala Lumpur sebab depa seronok nak jalan-jalan u olls.  Akak pun ingat mula-mula nak pi KL juga lama tak jalan Keyell,  tapi nak buat macam mana,  bapak I kata,  dia tak larat nak pi jauh-jauh,  dia kata baik pergi Ipoh saja.  


Kami pun tidur Ipoh semalaman dan of course kami sempat makan-makan di cafe milik sepupu I olls bertajuk Rimbunan Serai yang terletak di Ampang,  Ipoh.  Kerlas...kat Ipoh pun ada Ampang ya.

Ini antara makanan sedap yang kami order dan makan.  Fish and chips,  mixed grilled dan nasi putih dengan ayam masak cili kering (menu baru).  Semuanya below RM15.  Gila babing punya murah makanan kat Ipoh ni.


click read more



Tok menakan menanti makanan dengan penuh ketabahan dan keimanan.

Akak bersama sepupu akak dan anak-anak dara dia.  Untung Kak Anna anak ramai,  semua anak beranak berusaha untuk jayakan business cafe ini.  Ada yang jaga akaun,  ada yang boleh masak!  

Kalau nak keep in touching dengan depa,  nah tengok sendiri!



And then esok paginya seawal 7:30am,  kami bergerak ke Kuala Lumpur untuk hadiri majlis perkahwinan yang dijadualkan di Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir.  From Ipoh,  bapak aku yang mula-mula drive dulu.  Walaupun sakit kaki,  tapi dia sendiri menawarkan dirinya di stereng kereta,  hang takkan nak drag orang tua ni keluar macam United Airlines buat kat penumpang dia kan?


So bapak aku drive,  aku dan Kak Edeh tidur ternganga mulut kat belakang dan laki aku duduk di passenger seat kat depan.  Tiba-tiba aku rasa bapak aku perlahankan kereta,  aku pun terjaga dari tidoq.  Eh?  Dah sampai ka?  Rupa-rupanya tak sampai lagi,  tapi bapak aku kena tahan dengan kereta polis.  LAAAA pasaipa pulak?  Bapak aku keluar dari kereta,  kereta polis stopped depan kami.  Aku tanya kat laki aku,"Abang awat?"


"Bapak pi potong kereta polis, dah la tak pakai seat belt,  kena tahanla,"  aku dan Khafi pun gelak kecik.  Sambil geleng-geleng kepala.  Tak boleh nak buat apa.  TBapak aku dari muda suka berlagak gangster,  lani jalan pun dah kena pakai tongkat pun duk feeling gangster lagi.  Tapi macam kesian pulak masa tengok bapak aku duk cakap dengan polis tu dan polis tu duk tulis tiket saman kat dia.  Takpalah,  satu pengajaran untuk bapak aku.  (Hurmmm...macam la dia nak belajar....)


Kejadian tu berlaku di sekitar Slim River.  Selepas tu,  kami berhenti di Behrang untuk minum pagi, lepas makan pagi dan berehat aku pula yang memandu.  Bapak aku yang masih kaget sebab tadi kena saman dengan polis tidak berkata banyak bila aku kata aku pula yang nak memandu.  Khafi duduk di sebelah.


Apa la mak aku duk berletiaq kat bapak aku sampai muka dia jadi kerdot.


Le Weddings
Kami tiba di lokasi majlis perkahwinan lebih kurang pukul 11:30 pagi.  Masih awal kan?  Aku memakai sesuatu yang luar dari kebiasaan aku ke majlis perkahwinan.  Aku pakai seluar hitam dan baju hitam (macam suit yang selalu aku pakai pi office),  tudung Ameera Zaini dan kasut sport.  The reason aku memakai kasut sport adalah kebelakangan ini disebabkan aku aktif kembali bersenam,  aku mempunyai masalah plantar fasciitis.  Di mana tumit aku akan jadi sakit gila bila aku berdiri terlalu lama atau berjalan terlalu lama.  Ini semua sebab aku gemok sangat (over weight) dan kesan daripada dulu muda-muda duk pakai kasut tinggi.


So mau tak mau,  pakai pi la kasut sport ni buang.  Ala nak bergaya teruk-teruk buat apa?  Orang elok,  pakai apa pun elok kan?

Gatai depa dorang ni,  sendiri-sendiri pi beratoq nak amik gambar dengan meshin Insta Photo tu.

Best sangat time ni.  Bergelak ketawa bersama sepupu dan adik beradik semua.  Sekali-sekali jumpa.  Tapi tula,  kalau ikutkan kami akan stay lebih lama untuk sesi karaoke.  Tapi disebabkan kami semua dah tak sabar nak pi Cameron Highlands,  maka kami pun beredar balik dengan segera.


Habis bergelak ketawa bersama sepupu sepapat semua,  lebih kurang 3 pm,  kami satu kereta, dan 6 buah kereta lagi termasuk keluarga kakak aku dan sepupu aku memulakan perjalanan ke Cameron Highlands.  Kami semua berhenti di hentian Sungai Buloh untuk buat keputusan,  jalan mana yang kami perlu pilih untuk naik ke Cameron Highlands.


Ada dua jalan utama,  melalui Simpang Pulau ataupun melalui Tapah.  Suasana masa itu hujan lebat u olls.  So aku pujuk suami aku untuk try slow talk dengan kepala-kepala kereta lain agar kita naik melalui Simpang Pulai.  Walaupun kena turun jauh sikit hingga ke Ipoh,  tapi takpa,  jalannya lebih landai dan selamat.


Tapi bila suami aku menyuarakan pendapat,  semua diam dan seolah-olah macam tak mahu berkata NO tak mau berkata YES.  Ini adalah tabiat Melayu proto,  malu nak kata NO atau YES,  dalam hati nak kata sebenarnya dia nak juga naik melalui Tapah sebab depa nak sampai Cameron Highland dengan cepat.


Untuk menjadi supporting dan disebabkan kami pikiaq,  kita nak seronok-seronok naik Cameron Highlands ramai-ramai,  maka kami mengikut jejak langkah kereta-kereta yang lain untuk menaiki Cameron Highlands melalui Tapah.  Dan,  INNALILLAH HI WAINNA ILAI HIROJIUN....memang celaka nahariam nirrojim sungguhlah pilihan itu.  Jalan melalui Tapah memang menggerunkan.  


Jalan sangatlah sempit!  Berlingkar-lingkar macam ulaq kena katoq dengan batang buluh.  Perjalanan
dari simpang paling bawah menuju ke Ringlet mengambil masa almost 3 jam.  Corner punya corner.  Beberapa kali kami melintasi titi,  tanah runtuh kecil sebab masa tu berlaku hujan yang sangatlah lebat,  melintasi perkampungan orang asli,  melintasi Air Terjun Lata Iskandar,  hujan yang mula-mula lebat,  dah seriat,  pastu turun hujan balik,  tapi kami tak sampai-sampai.


Inilah air terjun Lata Iskandar yang disebut-sebut selalu.  Takdak la cantik sangat.  Lokasi pun tak berapa strategik,  betui-betui tepi selekoh naik ke Cameron Highlands.  Kalau kat Penang,  lebih kurang macam air terjun Titi Kerawang la u olls.

Pastu masa kat persimpangan mana tak tau,  suasana dah semakin gelap,  tiba-tiba rasa macam ada benda tersangkut kat tayar kereta kami belakang blah kiri.  Duk bunyi 'tek-tek-tek' bila roda berputar kat tempat mak aku duduk.  Khafi berhenti kereta di persimpangan yang dirasakan paling selamat (di mana kita boleh tengok kereta datang dari arah depan dan belakang),  dia turun untuk check tayar,  tapi takdak apa-apa yang dapat dikesan.  Jadi kami yang terputus dari rombongan lain,  meneruskan perjalanan naik ke atas perlahan-lahan.


Kami tiba di Ringlet lebih kurang pukul 7 lebih hampir pukul 8 malam.  Kami berhenti untuk isi minyak dan berehet sebentar di sebuah stesen minyak di sana.  Kat situlah bapak aku muntah.  Ya Allah kesian kat bapak aku,  patutlah dari tadi dia diam sahaja tak cerita apa-apa.  Aku turun untuk beli asam boi untuk bapak kemudiannya aku ke tandas untuk kencing.  Nenjiaaaaa.....pepek aku jadi sejuk beku terus sebab cuci pepek dengan air dari Cameron Highlands punyalah sejuk macam ayaq ais.



Sorry akak tak amik gambar banyak masa makan ni sebab lapaqqqqqqqqq baik aku makan dulu!

Glory 78 Steamboat Snack Corner
Kami teruskan perjalanan ke Glory 78 Steamboat Snack Corner untuk menikmati hidangan steamboat.  Yang ni sepupu I olls iaitu Pak Non yang open table.  Steady Pak Non........memang kena makan kau-kau la sebab Pak Non belanja.


Masa kami nak makan ni lah baru kami perasan,  rupanya tayar kereta kami dah pancit sebelah.  Inilah tadi yang bunyi masa on the way naik tu.  Tak tau lah apa yang kami langgar tapi tayar dah jadi penyet.  Mau tak mau,  kena tukar dengan tayar spare dulu.  Esok pagi baru cari kedai pomen untuk tukar tayar baru.  Mujurlah esok hari Isnin,  mesti banyak kedai yang buka.


Menantu dua orang,  anak menakan sorang,  cucu menakan dalam 4 ke 5 orang,  tapi last-last TOK MANAP jugak kena bukak tayar dia.  Barua semua duk gelak saja!

Seterusnya kami bermalam di Nuraini Challet yang terletak di Brinchang.  Betul-betul sebelah sekolah Cina.  Lokasi memang sangatlah strategik.  Rumah ni pun agaklah besar ada lebih kurang 10 buah bilik.  Akak dan bapak akak amik lah satu bilik.  Katil queen bagi mak bapak tidur,  katil single akak dan Khafi yang tidur share.  Tapi tak boleh buat apa-apa la,  mak bapak ada sebelah.  HAHAHAHA nahariam.  Tapi disebabkan kami dah sampai lewat malam,  lepas akak mandi-mandi semua,  akak terus tarik selimut dan tidur.  Tak pi sembang-sembang dengan sepupu akak yang lain.  Tak larat u olls.

👉 NURAINI C H A L E T  🍓🍓🍓
🎯 Brinchang Cameron Highlands
4 BOOKING : 013 4153841 Pn Ruby ☎
👉 Pilihan Penginapan 🏠🏡🏠
🔭 Bungalow . Homestay . Apartment



Some macro photo taken by my Canon Digital Camera Powershot.  

Ini husband to my cousin sister,  Joey Zahari yang sangatlah suka mengambil gambar.


Rumah sapa lah atas bukit tu.

Esok pagi,  seawal Subuh akak bangun,  tak mandi,  just salin baju dan pakai kasut sukan,  akak dan beberapa girls yang lain mula berjalan-jalan morning walk sambil memasang niat nak mencari sarapan pagi.  Tak jauh daripada kediaman kami memang ada pasar basah yang menjual pelbagai jenis makanan dan sayuran.  Kami borong macam-macam,  orang Cameron Highlands kat area situ pun pelik awat Melayu-Melayu gemok ni duk mai beli makanan punya banyak.  Hala u olls...tau tak kami semua berapa orang dalam rumah tu?  35 orang kot!

SEMUA MUKA TAK MANDI!!

Semua pokok-pokok yang terdapat di tepi-tepi jalan (pokok hiasan) dipenuhi dengan siput babi u olls.  Macam terkesima pun ada,  terpegun dan kagum sebab siput babi kat sini semua hidup mewah.  Makan sayur-sayuran segar.

Dua keping gambar yang dirakam oleh abang sepupu aku,  Joey.  



Ini adalah market yang didatangi oleh penduduk setempat,  so most of the sayur-sayuran adalah normal macam yang kita kat kawasan bawahan duk beli masak dan makan juga.


Gambar kanan bawah,  adalah seguni TEMPE!  Hanya menantu Jawa yang sejati dapat mengesan perkara ini.

"Sasrikal aunty,"  akak tegur nenek ini.  Dia syiok aku tegur dia bahasa Punjabi.  Learnt from my x boss.  Dia dalam perjalanan ke pasar untuk jual sayur salad merah yang dia tanam.  Ya Allah bestnya.

Bila akak balik rumah,  akak pun duk rehat-rehat sambil main phone kat bilik.  Tiba-tiba bapak akak telefon,  dia kata dia SESAT kat Cameron Highlands ni tak tau dia duk ada mana.  La haula wala....masa bila dia keluar?  Rupa-rupanya dalam diam dia dan Kak Edeh iaitu mak aku telah pergi menaiki kereta untuk mencari pomen kereta yang boleh baiki tayar kereta kami.  Pandai-pandai keluar sendiri,  tapi lupa dan tak jumpa jalan balik.  Aku suruh abang ipar aku pi carilah sebab laki aku duk hanyut dalam mimpi lagi.  Geram juga kat bapak aku ni suka duk buat macam pandai-pandai,  tapi kalau ingat balik....lawak pun ada.


Rupanya depa pi kedai pomen berdekatan sahaja dengan rumah homestay kami duduk ni.  Cuma daya ingatan depa dah tak berapa kuat,  depa habaq 10 kali depa lalu depan rumah ni tapi tak nampak.  Takkan rumah ni kena tutup dengan bunian kot.



Big Red Strawberry Farm
Lepas bersiap-siap,  pada tengaharinya,  kami ikut rombongan cik kiah ini ke sebuah ladang strawberry.  Akak tak banyak bagi pendapat ka apa semua pun,  ikut jer u olls sebab depa yang aturkan segalanya.  Depa bawa kami ke Big Red Strawberry Farm.  Wah...inilah ladang strawberry yang selalu di datangi oleh para pengunjung semua dan bubuh kat Facebook apa semua bagai sebab kat sini popular dengan makanan dia yang nampak sangat menggiurkan dan sedap.








Akak yang dah sakit kaki dan tak larat sangat ni,  hanya duduk dan layan makan salad sahaja.  Satu mangkuk RM4 dan kita boleh bubuh sebanyak mana kita tau.  Tapi akak lapar u olls.  Lapar nasik.  Hang bubuhlah apa sahaja depan aku,  cokelat ka,  strawvery ka,  apa pun,  lani aku nak makan benda yang betul-betul bagi kenyang punya.  Bukan makanan yang semata-mata cantik untuk tatapan camera dan Instagram.

Pasangan Kak Edeh dan Abang Manap.

Ini kakak aku dan suami dia.  Aku panggil depa ni the PUBLIC BANK TAN SRI TEH COUPLE!

Depa ni over.

Mak.....aku suruh tengok kat lubang camera,  yang pi tengok kat tangan pasaiapa!

Depa ni la ulat besaq duk makan stroberi ni bagi busuk.


Godfather of stroberi.

Sapa dalam gambar ni akan dapat harta pusaka yang lebih daripada adik beradik yang takdak dalam gambar ni.  MUKTAMAT.


Disebabkan rombongan ini tidak dimonitor dengan baik,  we spend more than 2 hours di Big Red Strawberry Farm.  Ya Allah,  sabarlah hati melihat telatah sepupu dan anak-anak menakan aku yang macam tak pernah tengok strawberry seumur hidup depa.  Sampai lupa tok menakan dan bapak depa pun sakit kaki duk kena tunggu depa sorang-sorang baru nak makan,  baru nak pi kutip strobery,  baru nak pi posing gambar kat bunga roih.  Butoh betui,  semua style suka suka hati bersantai kat Big Red Strawberry Farm maca ladang ni tok menakan depa punya.


Patutnya tadi awai-awai masa turun kat ladang ni,  kita kena set time la,  pukul berapa nak spend time kat sini,  what time kena berkumpul semula dan bergerak.  Aku malaih la nak bercakap sebab aku follower sahaja.  Satgi cakap lebih-lebih kata aku makcik-makcik suka mengamok pula kan?


Habis daripada lawatan di Big Red Strawberry Farm,  aku dan Khafi mengambil keputusan untuk tidak follow depa lagi.  Kami plan untuk bawa mak bapak kami turun dari Cameron Highlands ni dan pergi cari makan di Simpang Pulai dan teruskan perjalanan balik.  Kami berhenti dan salam-salam dengan semua kereta sebelum berakhir.  Tak sangka,  keluarga kakak aku satu kereta pun ikut kami sebab depa pun tak larat nak ikut perjalanan tanpa peraturan tu.

Gambar ini ditangkap oleh anak menakan aku Alia Fariha.


Inilah anak menakan aku Alia Fariha,  dah besar dah 5 tahun lani.  Dia ni kembar perempuan.

Gambar bunga-bunga.

Alia Fariha dan Mamang Khafi.


Happy Owl Cafe,  Simpang Pulai
Kami bergerak turun melalui jalan ke Simpang Pulai.  Perjalanan lebih landai dan terasa lebih selamat.  Tapi hujan turun dengan lebatnya.  Terima kasih kepada suami aku yang cekap memandu.  Aku tidur lena di belakang.  Kami tiba di Happy Owl Cafe Simpang Pulai lebih kurang 5 petang untuk makan tengahari/makan malam.  Kakak aku tanya,  macam mana kami tau pasai kedai ni?  Kaedahnya,  dulu-dulu aku dan Khafi dah mai sini dah.

Macam sempoi kan?  Sapa orang Ipoh dan duduk berdekatan dengan Simpang Pulai ni kena try cafe ini.

Sekian sahaja cerita daripada aku mengenai roadtrip ke Ipoh-KL-Cameron Highlands.  Walaupun tak berapa best sebab rasa macam kelang kabut dan tak berapa enjoy the moments,  tapi takpalah,  at least dapat bawak mak bapak aku mai berjalan dan aku dapat satu pengajaran iaitu walau apa pun jadi,  JANGAN NAIK CAMERON HIGHLANDS MELALUI TAPAH!!

3 comments:

  1. naik ikut Simpang Pulai la senang. Nanti turun ikut Tapah sebab nak berhenti mandi di air terjun Lata Kinjang. Hihi

    ReplyDelete
  2. Tanya ckit bleh pepek tu menatang ape ye sis

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com