19.4.17

Happy Birthday 32 Years Old Jumizah

Kek seprais pukui doblas malam.

Dear u olls,


Baru-baru ini iaitu pada 29 Mac yang lalu akak telah meraikan hari jadi akak yang ke 32 tahun.  Ya Allah cepatnya masa berlalu.  Dah semakin tua aku jadinya.  Walaupun aku telah menyembunyikan tarikh hari jadi aku dalam Facebook,  tapi alhamdulillah masih ramai kawan-kawan yang ingat tarikh besde aku ini.  HAHAHA.  Berani depa tak ingat?  Aku nanti fight dengan depa semua.


Pada hari itu,  tepat jam 12 malam.  Aku dah melabuhkan tirai malam,  sudah beberapa jam bersedia di atas katil,  untuk tidur.  AHAHA.  Hang duk ingat aku nak bersedia untuk apa?  Aku punya besde jatuh hari kerja,  haruslah mak tidur awal u olls.  I didn't expect anythinglah.  Alah,  dah tua-tua nak pi celebrate apa yang teruk-teruk sangat?


Tiba-tiba,  tepat pukul 12 malam,  dalam keadaan bilik tidur yang sudah gelap,  laki aku masuk bilik dengan sebuah kek besde siap dengan lilin lagi.  Dia nyanyi happy birthday kat aku.  Ceewaaaaahhhh,  touchingnya laki aku buat suprise macam ni kat aku.  Aku ingat dia buat-buat lupa macam tahun-tahun lepas,  tak sangka dia nak suprise aku macam ni.  


Kami nyanyi lagu besde dorang dan sama-sama potong kek.  Gelak punya gelak,  setengah cheese cake 1.5 kg tu habis kami balun.  Aku tanya,  pasaipa tahun ni hang suprise aku?  Dia kata "Sebab tahun ni hang paling tak mintak apa-apa dari aku?  So aku suprise la.  Aku rimaih kalau hang duk minta macam-macam,  mengada-ngada!"  JARI TENGAH KE ATAS!!


Esoknya,  aku terpaksa pi kerja sebab dua tiga hari lagi aku ada mesyuarat yang nak kena susun atur.  Aku lebih suka kalau hari besde aku,  aku amik cuti dan rehat duduk rumah.  Tapi tak boleh nak cuti lah sebab ada kerja kan?  So aku pun mai kerja,  kat office baru aku,  Penerbit USM,  depa sambut besde aku dengan dua bijik kek black forest.  Ya Allah terharunya,  terima kasih kawan-kawan dan bosses semua.  Pastu,  aku dapat hadiah kek khas dari kawan baik aku Veena Ariffin daripada Cake Buffet.  Dia bagi kek cokelat,  maka aku pun yang duk rindu kat kawan-kawan office lama telah pergi sama-sama sambut potong kek aku sendiri kat sana.  Seronoklah boleh potong kek sambil keriau-keriau,  kat office baru aku kena jadi sopan sikit.  HAHAHAH


So sambil duduk-duduk dengan budak-budak Buddies tu,  salah seorang tanya kat aku "Kak Jumie,  what do you feel at this age?"  


Aku macam tergagam dengan soalan itu.  Tiba-tiba rasa macam artist sat,  orang duk tanya soalan-soalan cepu emas macam ni.  Terus rasa macam kamera,  flash-flash dan microphone semua duk tala kat muka aku.


Aku terdiam seketika pastu aku jawab secara spontan.





"Aku rasa kat umur ni aku lebih bebas- FREE.  Aku boleh buat apa aku suka,  aku tak terikat dengan apa yang family aku kata,  apa yang kawan-kawan aku kata kat aku,  dan paling paling penting,  aku tak hukum diri aku sendiri semata-mata untuk lawan dengan apa yang duk berlaku kat sekeliling aku."


DAMN!! Jawapan spontan itu membuatkan aku terinzal sendirian.  Betul.  Aku rasa pada usia ini,  berbanding pada usia-usia yang dulu,  aku sudah tidak lagi menghukum diri sendiri.  Ya,  pada tahun-tahun yang lalu aku terlalu menghukum diri sendiri untuk menjadi apa yang bukan ditakdirkan untuk aku,  cuba melawan nasib untuk mencapai benda-benda yang luar kawalan kita,  dan paling menyedihkan aku selalu bersedih kerana aku membandingkan diri aku dengan hidup orang lain.


Dan pada tahun ini juga,  disebabkan setelah bertahun-tahun aku buang diri aku daripada pelbagai drama-drama hidup yang menyusahkan dan memberatkan,  maka secara tak langsung,  hangpa kalau perasan,  penulisan aku juga tidak seperti dulu,  penuh dengan maki hamun,  kata-kata kesat dan juga kutuk mengutuk.  Well,  memangla ada sikit-sikit,  tapi dah kurang banyak kot kalau nak banding dengan tahun 2012.  HAHAHAH.  Ini semua adalah hasil daripada pembuangan sisa-sisa toksik dalam hidup aku,  bukan aku pi rendam kaki dalam ayaq karen pastu ayaq tu jadi kaler coklat,  tapi aku rasa aku dah banyak buang-buang anasir toksik especially manusia yang memberatkan kepala otak.

Kek percintaan oleh laki aku.  Kesian sampai dah senget-senget.  Dia beli naik motor boat ka apa ni?


Aku rasa sesi pembuangan manusia-manusia yang membawa sisa toksik dalam hidup kita adalah harus.  Aku pernah kupas dalam blog aku bertajuk Audit Kawan-Kawan.  Satu artikel lama.  Hangpa kalau rajin boleh baca.


Dan nak dijadikan cerita,  lani aku perasan anak-anak ayam aku semua pun,  kalau salah seorang daripada depa mula buat perangai,  anak ayam aku yang paling sulong akan jadi tukang bagi settle semua hal.  Dia akan try cover secover yang mungkin supaya cerita anak ayam yang bermasalah tak sampai kat telinga aku,  sebab kalau dah sampai kat telinga aku,  pastu depan-depa muka pun duk buat perangai sama juga,  maka aku akan mengamok sekali sahaja lepas tu,  mampuih pi apa nak jadi kat hangpa jadilah.  Aku memang pi teruih dan tak tengok belakang dah.  Hangpa boleh kata aku kuat pereng atau aku ni jenis kekwat,  tapi kalau pikiaq balik,  takkan aku saja-saja nak mengamok tak tentu pasal kot?  Banyak lagi benda lain aku boleh buat aih.  Ingat seronok ka marah-marah ni?  Buang tenaga.


So lani aku punya konsep senang sahaja,  aku nak relaks dan chill.  Tak mau nak marah-marah merengkam sampai hati jadi tak seronok.  Zaman nak feeling-feeling pondan bising dan buat-buat meriah dah habis.  Dulu yes,  aku suka-suka duk maki-maki tak tentu pasai,  tapi ada juga anak ayam aku yang kata kat aku "Kalau hang duk pereng-pereng dan marah-marah tak tentu pasai, jangan sampai last sekali sapa pun takdak nak kawan dengan hang." Sampai macam tu sekali depa cuba nak protect aku.  Tapi dah depa kata macam tu kat aku,  lepas ni memang aku tak mau kata apa-apa dah lah.  Kalau ada sapa antara ampa yang duk feeling,  hangpa jangan duk minta tolong aku carut-carut pulak?  Hangpa carut lah sendiri kan?  Satgi kalau aku carut,  last-last aku jugak jahat.  Aku juga yang takdak sapa nak kawan.


Sekian sahaja.  Tapi kalau sekali sekala akak mencarut hangpa dalam blog,  mohon terasa,  belajar dari kesilapan dan move on.  Jangan duk terasa-terasa hati lama sangat.  Dah kalau tak suka,  takpa,  aku tak boleh paksa hangpa suka aku.   Hangpa semua pun dah besaq kan?


ps/  Macam mana pun kita cuba jadi betui,  last last jadi salah juga. Baik kita jadi diri sendiri.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan




Kek coklat sedap dari @cake_buffet


Kak Zah bersama gang office-office lama duk posing dengan cake coklat!

Comei kakak-kakak ni duk stembai dengan dua bijik kek duk buat suprise!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com