25.4.17

Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] Part 3

Hello u olls,

Ini adalah part 3 untuk Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017].  Untuk bahagian ini kita akan tengok kepada baju-baju yang dipakai oleh selebriti lelaki sahaja. Not much nak komen depa sorang-sorang ini,  lelaki tak ada banyak option selain pakaian rasmi depa suit and bow tie.  Cuma pilihan warna dan potongan yang kemas dari kain yang bagus.

Tapi yang pastinya,  para selebriti mat salleh tidak berkejar-kejar untuk memakai seluar sesendat yang boleh seperti mana yang menjadi kegemaran selebriti Melayu.  Kalau boleh nak sendat sesendat yang boleh macam pertandingan,  betis sapa paling menawan?  COME ON!  Potongan klasik biarlah diberikan penghormatan yang baik agar gambar gaya kalian tidak lapuk ditelan zaman.  Lagi 10 tahun hang tak malu ka tengok diri hang pakai seluar ketat macam tu dengan jacket dan menamakan diri u olls memakai suit dan tie?

Contohnya hangpa tengok Andrew Garfield yang masih kurus kedekiang sebab mungkin dia baru habis berlakon filem The Silence, tapi dia berhati hati pada potongan seluar yang dipakai bersama suitnya.  Kalau artist Melayu,  tak kira lah hang kurus ka,  gemok macam tong ka,  tapi semua tetap feeling nak pakai seluar ketat macam legging.  AKU TAK TAU PASAIPA!


John Legend in Gucci


click read more



Bagi akak,  untuk pilihan lelaki paling elok dressingnya akak akan bagi kepada Ryan Gosling yang tampil berani dengan suit Gucci siap dengan ropol-ropol di dada.  Pilihan ropol itu adalah pilihan yang menjadi kegemaran pada era tahun 70an.  Tak sangka dia berani pakai macam tu lagi.  Dan of course,  Mahershala Ali yang sangatlah elok mak rasa deni kalau bagi pakai baju melayu dengan sampin dengan aku pun terus aku nanti keriau bukak tudung dan lari peluk dia teruih.  Elok!

Ryan Seacrest, Dev Patel & David Oyelowo memilih suit warna putih yang dipadankan dengan seluar hitam.  Manakala ramai selebriti yang memilih untuk memakai suit warna biru navi seperti Viggo Mortensen, Samuel L.Jackson, Chris Evans & Riz Ahmed.  

Jackie Chan memilih suit dengan potongan tradisional China especially kat bahagian colar tu.  Kalau kat Malaysia kita panggil collar tu collar Raihan.  Tapi sebenarnya kita tiru potongan cheongsam Cina.  Manakala Pharell Williams & Aldis Hodge antara selebriti yang berani tampil dengan eksesori untuk memeriahkan suit yang mereka pakai.



Gael Garcia Bernal 


Jackie Chan



Ryan Seacrest


Ryan Gosling in Gucci


Viggo Mortensen



Pharrell Williams in Chanel



Samuel L.Jackson




Chris Evans



Andrew Garfield in Tom Ford

Casey Affleck



Mahershala Ali in Ermenegildo Zegna Couture



Matt Damon


Justin Timberlake in Tom Ford



Dev Patel in custom Burberry



David Oyelowo



Riz Ahmed in Ermenegildo Zegna Couture



Glen Powell in Giorgio Armani



Aldis Hodge in Giorgio Armani



Lucas Hedges in Dior Homme


Jangan lupa untuk baca Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] yang lain:  

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com