4.4.17

Gambar Perkahwinan Nora Danish dan Nedim Nazri



Hello u olls,

Pada 30 Mac yang lalu akhirnya pasangan kekasih yang sudah lama menjalinkan hubungan akak rasa before akak bercinta dengan Khafi lagi iaitu Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya telahpun bernikah dalam satu majlis pernikahan disusuli resepsi ringkas yang sangatlah sweet dan cantik bagi akak.

Akak godek-godek kat Instagram Nora Danish,  dia tak mentioned pun siapa pun baju dan dekorasi pelamin dan majlis dan sebagainya.  

So akak dengan gigih,  meng-screen shot semua gambar-gambar dalam Instagram milik Nora Danish dan beberapa rakannya untuk tatapan kalian semua.  Sebab baru-baru ini semasa akak buat review gambar perkahwinan Deborah Henry,  ramai yang complain bahawa depa tak boleh nak tengok gambar yang dipaparkan sebab akak hanya masukkan coding daripada Instagram.  







click read more





Disclaimer: Semua gambar dalam artikel ini adalah HAK MILIK INSTAGRAM @noradanish dan kawan-kawan beliau. Antaranya @khirkhalid@ridznadzri@kakitembak_fotografi & @kakifoto_




Majlis Yang Simple
First of all,  akak sangat berterima kasih kepada Nora Danish dan Nedim Nazri kerana mereka tidak memilih sinaran lampu yang over-over,  sat sat tukar biru,  hijau,  ungu,  yang menjadi latar belakang majlis.  That was so 2011 okay.  Zaman akak kawen akak dah pakai colour lampu macam tu untuk majlis pernikahan.  Sekarang dah 2017,  hellow!

Bagi akak majlis ini adalah sangat simple dan sweet sekali tetapi amatlah cantik sebab ekslusif.  Rustic and romantic.  Pilihan warna cokelat,  hijau membuatkan mereka berdua yang tampil sedondon putih nampak menyerlah dan segar. 











Disclaimer: Semua gambar dalam artikel ini adalah HAK MILIK INSTAGRAM @noradanish dan kawan-kawan beliau. Antaranya @khirkhalid@ridznadzri@kakitembak_fotografi & @kakifoto_




Komen Tentang Baju
Yes,  Nora Danish nampak sangat manis dan remaja dalam busana tampalan sulaman yang romantis ini.  Tetapi I'm not a big fan of this baju.  I dunno why,  tetapi rasa macam baju ini bukan klasik dan banyak kali di pakai oleh para pengantin di Malaysia dan Indonesia.  And somehow,  akak rasa baju ini fitting dia tak berapa cantik.  Dalam beberapa angle boleh ternampak kedudukan tetek dan dress ini tidak begitu kemas.  But yes,  Nora Danish tetap wanita paling cantik malam itu.  Orang elok,  pakai apa pun elok.















Disclaimer: Semua gambar dalam artikel ini adalah HAK MILIK INSTAGRAM @noradanish dan kawan-kawan beliau. Antaranya @khirkhalid@ridznadzri@kakitembak_fotografi & @kakifoto_




MAKE UP!!
Sekali lagi akak nak ucapkan terima kasih kepada Nora Danish atas keberaniannya meminta make up artist Khir Khalid untuk membuat sentuhan solekan yang NATURAL.  Haaaa....Kak Nam,  Kak Nok dan kak Ton sekalian,  ini barulah make up natural u olls.  Pupukan foundation yang teramat nipis bagaikan Nora hanya memakai kulit sendiri,  mainan rona-rona asli untuk mata dan contouring membuatkan Nora sangat segar remaja.  

Oh thank you Khir Khalid sebab trend yang dimulakan oleh Nora Danish ini pastikan akan menjadi penanda aras kepada para pengantin yang bakal datang pada musim-musim mengawan yang meniba.  Kerana kadang-kadang agak jelek melihat rupa pengantin dikambus dengan 72 lapisan bedak asas,  warna-warna pembayang mata dan gincu yang terang dan tidak dilupakan  alis mata palsu persis wanita drag di kelab malam.

Tetapi awas ya,  tidak semua orang mampu mengenakan gaya solekan begini.  Kalau kulit hang lebih kasar dari jalan tar sebab hang umur 23 tahun tapi lagi dua bulan nak kawen baru belajar nak pakai scrub dan masker,  tak payahlah nak berimpi hasil solekan nipis begini untuk nampak macam Nora.

Dan ya, untuk muka-muka penyet, hidung kembang mata sepet acuan Boyan macam akak pun, simpanlah angan-angan hang noks. Follow instagram make up artist @khirkhalid dan hairstylist @ridznadzri.












Disclaimer: Semua gambar dalam artikel ini adalah HAK MILIK INSTAGRAM @noradanish dan kawan-kawan beliau. Antaranya @khirkhalid, @ridznadzri, @kakitembak_fotografi & @kakifoto_

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com