20.4.17

Perspektif Orang Yang Open Minded



Laki aku pernah tegur aku,  "Hang ni duduk terkangkang!" pastu aku tepis tangan dia sambil kata, "Bekpila...bukan orang nampak pun,  paha aku besaq."  Ya,  orang gemok tak akan nampak celah kangkangnya sebab paha dia besaq.  HAHAHA tapi itu dulu masa aku tak pakai tudung,  lani aku dah pakai tudung,  selalu pakai seluar panjang dan kain labuh.  Tapi aku ingat apa kata laki aku, "Orang yang suka duduk terkangkang tu adalah orang yang open minded,  dia tak heran apa yang orang kata pasai dia."


Aku macam terdiam.  Yes,  betul kata laki aku.  Aku memang jenis orang yang open minded.  Dari kecil aku macam ni.  Aku berkawan dengan lelaki,  perempuan,  orang cantik,  orang tak cantik,  orang yang ada mainan,  orang yang takdak mainan,  memang inilah aku dari dulu.  Sampai aku dah besar pun aku sama la juga.  Tapi itu daripada segi pergaulan.


Tapi open minded boleh jadi lebih daripada itu.  Bukan sahaja dari aspek pergaulan atau bersosial,  apa benda kita baca?  Apa benda kita pilih untuk belajar?  Persekitaran kita,  semua tu memainkan peranan penting yang membentuk kita ni jenis personality yang open minded atau tidak.  Hari ini aku nak cakap pasai kebaikan dan keburukan orang yang open minded macam aku.

Click Read More



Keburukan
Keburukan orang yang open minded macam aku adalah:


1.  Tanggapan orang.  Depa selalu akan pikiaq orang yang open minded macam aku ni adalah orang yang takdak maruah,  no self respect,  sebab dengan sapa-sapa pun dia boleh masuk dan bercerita tentang apa sahaja.  Yalah u olls,  kita kan orang Melayu,  tambahan pulak aku,  perempuan.  So kenalah cover-coverina macam mana ka.  Orang perempuan Melayu mana boleh nak over-over reaction u olls.  


2.  Orang tau semua kelemahan kita.  Hala... orang yang open minded ni dia akan cakap apa sahaja pasai diri dia,  pasai kerja dia,  pasai apa sahaja yang dia buat,  tanpa ada prasangka pada sesiapa.  Tanpa dia sedar,  dia duk pi tabur segala kelemahan diri dia kat orang!


3.  Kita rasa orang pun sama macam kita. Sebenarnya tak!  Contohnya,  kita rasa macam cool sahaja untuk bercakap pasal pakaian dalaman yang selesa kita pakai dengan kawan kita (tak kisah lelaki ataupun perempuan),  tapi bagi sesetengah orang,  bercakap tentang pakaian dalam yang mereka beli adalah sesuatu yang amatlah peribadi.  Of courselah,  mana ada orang normal yang bercakap pasai baju dalam depa beli kat mana?


4.  Mulut yang terlalu ringan meng-kritik.  Disebabkan kita ingat orang lain pun open macam kita,  so kita pun akan bercakap apa sahaja tanpa fikir perasaan orang lain. Dalam banyak situasi,  kita memberikan kritikan dan komen kepada teman-teman tanpa memikirkan perasaan 'malu' mereka.
In the end,  kita yang nampak macam ser sebab langsung tak fikir perasaan orang lain.  Sedangkan,  kita ni mati-mati duk ingat kawan kita tu open minded macam kita dan tak kisah kalau kita nak komen apa-apa pun.



Kelebihan
Namun disebalik keburukan yang terpaksa 'ditanggung' oleh orang yang open minded macam aku,  sebenarnya pada pendapat aku,  lebih banyak kebaikan yang aku dapat oleh kerana sikap aku yang open minded ni.


1.  Aku belajar banyak benda.  Disebabkan aku seorang yang open minded,  aku terbuka untuk apa-apa sahaja informasi.  Cerita,  blog,  paparan media,  filem,  bacaan,  apa sahaja yang mai aku terima.  Sebab bagi aku,  benda tu aku nak tau sebab saja-saja.  Setengah orang,  tak mau nak tengok cerita orang putih sebab depa rasa cerita tu semua agenda Yahudi nak takluk dunia.  So in the end,  depa tengok drama TV3 sahaja sampai tua.  Bila aku open untuk tau apa sahaja informasi yang mai depan mata aku,  aku absorb semua tu macam sponge (sejauh mana yang aku boleh ingatlah....) dan aku rasa seronok sebab apa sahaja yang mai,  aku boleh turn benda tu jadi positif.


2.  Orang lebih selesa nak sembang dengan aku sebab depa rasa,  orang yang open ni senang nak sembang.  Semua benda dia okay punya!


3.  Aku berani!  Disebabkan aku dah set otak aku dari dulu untuk jadi open minded aku rasa aku lebih berani untuk cuba macam-macam benda,  experience-nya sendiri,  sebab aku tak heran apa orang kata,  apa orang nak pikiaq pasai aku,  as long as aku rasa benda tu untuk aku adalah okay.  Aku juga rasa aku lebih merdeka dan berdikari sebab aku berani untuk hadapi hidup seorang,  kalau itu takdir yang Tuhan bagi kat aku.


4.  Perspektif aku selalu positif.  Disebabkan benda-benda yang aku selalu dapat buat,  aku selalunya dapat tengok apa sahaja yang berlaku kat dunia ni dalam cara yang lebih positif. Kalau aku salah pun,  aku cepat-cepat terbuka untuk terima kesalahan diri,  belajar dan move on.  Mana-mana yang aku rasa aku tak boleh nak accept tu,  bukan aku tak cuba,  actually aku dah cuba banyak kali,  tapi still memeningkan kepala aku,  so aku move on dan tinggalkan depa.


Okay itu sahajalah yang aku boleh share sedikit pasai keburukan dan kebaikan menjadi orang yang open minded.  Aku bukan nak menjual nilai hidup aku,  tapi aku just share dengan hangpa,  mungkin hangpa nak cuba dan mungkin ini adalah cara yang selama ini ampa cari tapi hangpa tak tau sama ada cara ini okay atau tidak,  sebab kita sebagai orang Melayu selalunya terikat dengan macam-macam pantang larang,  adat budaya,  ajaran agama dan yang at the end of the day kita akan terikat ada kata-kata "Nanti apa orang kata."


Well,  aku dah lama buang ikatan itu dalam hidup aku.  Tapi still,  pandai makan pandai lah simpan. Janganlah sebab hari ini hang buat keputusan hang nak jadi manusia yang open minded,  tiba-tiba esok hang keluar dengan kawan-kawan hang pi makan kat kedai dan amik gambar atas meja penuh dengan botol arak,  yes hang open minded untuk lepak dengan kawan-kawan yang minum beer tapi hang janganlah jadi bodoh!  Sensitiviti keluarga dan rakan-rakan kena jaga.


Dan janganlah pulak senang-senang diperbodohkan dengan orang sekeliling just sebab hang adalah open minded.  Banyak boya-boya tembaga kat luar sana yang macam musibat,  dia tau hang open minded,  dia pun mai saja saja kat hang duk ajaq sembang pasai seks.  Bagi hang,  itu adalah sembang biasa,  hang rasa selesa pun nak story pasai apa hang suka pasai seks,  padahal boya tembaga tu duk keraih kote dah kot tepi.  Syiok tengok hang duk cakap pasai seks kat dia.  Dia duk fantasi macam-macam dah kat hang.  Aiiiyerr....


Tapi harapan hangpa cubalah untuk menjadi open minded sedikit,  lani dah tahun 2017,  esok-esok yang mendatang cabaran adalah lebih besaq.  Kita tak tau apa nak jadi kat negara kita,  kat dunia kita,  dengan internet,  sosial media yang berkuasa lebih dari segalanya.  Sampai bila kita nak tertutup dan hidup dalam ketakutkan lagi?


Sekian sahaja coretan akak.  What is your opinion?

1 comment:

  1. Saya setuju dgn kak jumie. Tapi selalunya saya takut nak start buka mulut satgi ada la org kata kita ni open sangat, hilang melayu2 asia. Gitu.. Yang xtahan tu, kdg2 member saya kata, org penang mmg open mcm ni ka? Mgkn kot.haha. open bg saya tak la psai seks sj. Tp mcm isu2 pelik like is it okay if prgnant yg smoking, sembahyang tapi tak pakai tudung, pakai cutex masa period. Bnda2 mcm ni pn, depa suka buat terok.huhu. *org keliling saya la.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com