Baru-baru ni akak up status berbunyi begini “"YBhg. Tan Sri Dato' Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz bukanlah seorang wanita yang berjaya kerana dia tidak menutup aurat. Apatah lagi Kak Siti Kasim, dah la tak pakai tudung, rambut blonde pulak tu!" ~~~~ According to Malaysian generally..... 😂😂😂 #justsaying”
Status ini akak up sebab akak terbaca antara perkara hangat yang dibincangkan dalam medsos (media sosial) minggu ini. Pertama, Siti Kasim kena soal dengan peserta program bual bicara mengenai topik RUU335 dan kat situ dibicarakan macam-macam hal la termasuk ~ of course ~ topik bertudung. Very interesting perbincangan hangpa boleh tengok kat Youtube! Kedua, Tun Siti Hasmah disoal oleh wartawan mengapa wanita tidak boleh bertudung bila kerja di hotel. Sila rujuk ulasan berita panas mingguan di wall Mama Regina Ibrahim. Akak kalau sibuk-sibuk, baca ulasan mama sahaja. Mudah sebab dia buat ringkasan tentang semua berita panas yang menjadi bualan minggu itu di Malaysia dan seantero dunia. Mudah untuk kita buat saringan dan hanya pilih topik terpilih untuk kita pi gali cerita tu dengan lebih mendalam.
Hatta keluarlah post status yang berbaur sinis itu.
Emi Kaz, pereka barang kemas bertanya di ruangan komen. Siapa yang kata? Akak like sahaja, tak tau nak jawab apa sebab tak pasti Kak Emi pun nak bual sinikal atau dia tak faham sub konteks status ini dan dia nak serang I olls balik…..TAKUT NOKS. Kena hati hati depa mak ayam besar semua. 👅👅
Izzati JKKN Pulau Pinang pulak komen, “Rambut dah macam puaka niang rapikkkk.” Sah perempuan ni tak faham sub konteks status aku. Dia terus pangkah Siti Kasim idola aku. Jenaka hitam macam ni perlukan IQ tertentu untuk faham. Aku balas komen ini “SAPA?” dengan huruf besar lagi u olls. Kita confident la, kalau dia carut kita, kita leh carut dia balik. HA HA HA Pastu dia balaih, Siti Kasim la. Mak teruih sengap noks tak balaih dah komen dia. Sedih.
Tapi komen lain yang bagi aku yang paling aku suka adalah komen kak Amy Contessa, kakak cantek wanita Body Shop yang terkenal. So dia kata “Nanti orang kata you liberal sedangkan sebenarnya seorang yang tolerance.” Seorang yang baik hati dia bersikap melindungi. Aku hormat kak Amy, aku balas “Takpa kak…saya terima sedia.”
Dan baru aku perasan, status aku hanya ada 30 lebih likes.
Ya, dalam kalangan perempuan-perempuan insta famous cantek mekap 34 kilometer tebalnya, hari-hari depa post gambar dan kira berapa likes depa dapat. Sebagai penanda aras pencapaian sosial mereka.
Untuk wanita zornen macam aku, TAK BOLEH NAFIKAN, jumlah likes juga adalah penanda aras aku. Bila status ini hanya ada 30 lebih likes, ini bermaksud orang tak suka dengan apa yang aku post. Tak suka atau tak faham? Aku kena buat penerangan sedikit, hatta artikel ini aku tulis.
click read more
Kenapa aku post status itu? Pertama, aku nak bagitau stand aku yang semakin jelek dengan sifat manusia yang suka menyibuk pakai tudung atau tidak. WEHSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS…….TOPIK NI DAH LAPOK SANGAT-SANGAT KOT. Isu tudung, isu LGBT, isu maknyah, ini semua isu yang sangat-sangatlah lapok. Sekarang ni, di era kita lagi 1 tahun 4 bulan nak mencapai wawasan 2020, kenapa kita masih nak terus pandang ke belakang?
Aspek pandang ke belakang bukan sahaja sebab bercakap pasai isu-isu sensasi sendu ni semua, tetapi juga merangkumi sikap kita yang terbelakang iaitu nak bercakap pasai peribadi seseorang, bercakap pasai apa orang tu buat tak betul di mata kita, masih berusaha teruk nak betulkan orang lain sedangkan hakikat, diri kita duk takat ini sahaja.
Zaman lani kita duk kena bincang pasai benda-benda yang selaras dengan perkembangan semasa terutama sekali sekarang ini (aku pasti gang-gang kakak bawang tak sedar) kita berada dalam era gelombang revolusi perindustrian ke-empat! Apa benda tu? Haaaaaa...mau pi baca dan faham. Bila evolusi ini berlaku, ekonomi akan effected, dan bila dia kena kat ekonomi, dia akan kacau semua benda! Kalau kita duk sembang pasai hal hal lapok macam ni.......... #godie
Zaman lani kita duk kena bincang pasai benda-benda yang selaras dengan perkembangan semasa terutama sekali sekarang ini (aku pasti gang-gang kakak bawang tak sedar) kita berada dalam era gelombang revolusi perindustrian ke-empat! Apa benda tu? Haaaaaa...mau pi baca dan faham. Bila evolusi ini berlaku, ekonomi akan effected, dan bila dia kena kat ekonomi, dia akan kacau semua benda! Kalau kita duk sembang pasai hal hal lapok macam ni.......... #godie
Kedua, okay kita semua tau Siti Kasim macam mana, but can we just give her love instead of more hate. Akak ada buat artikel pasai dia sebelum ni kat blog, ampa bleh baca kat sini Kak Siti Rambut Oren. Ini adalah pendapat ikhlas akak pasai dia. Sila baca dengan hati yang terbuka, kalau hati dan minda tak terbuka, kita tak boleh nak belajar.
Seikhlasnya, biarlah macam-macam orang nak kata, secara peribadi aku SANGAT KAGUM dengan Siti Kasim. Sebab dia punya ultra confidence, haaa…aku sampai guna perkataan ultra dah sebab memang super duper confidence la. Dari segi penampilan, dia gemok, muka makcik-makcik Cina, tapi go to hell with what ever orang nak kata, dia make up tak mau jatuh, eye shadow nenjia ko bawah dark purple macam mana kot ataih highlight style shining!! Dan yang paling penting RAMBUT dia. Satgi kuning, satgi blonde.
Tula aku kagum dengan dia punya keyakinan diri. Tengok diri aku ni, aku tak segak siries aku habaq masa aku masuk umur 30 an, aku jadi down gila gila babi sebab dulu time muda punya cantek, meletops, seksi, tak makan sehari ja badan dah boleh turun 12 kilo, orang tengok aku tak percaya kata aku ni perempuan Boyan duk ingat aku Venezuela.
Last-last sekali bila dah kawen, dah tua sikit, teruih jadi macam makcik-makcik macammana ka, rambut pun duk mai macam kejung tak kejung, uban pun banyak, duk dye la apa semua…rambut jadi lagi rosak. Dah la kejung. Tak makan nasi 14 hari pun berat badan duk sama macam ni la……….tu yang confidence aku jadi down sampai orang kata nak dressing pun jadi malu-malu semua. Disebabkan hilangnya confidence aku ni la sampai baru-baru ni aku terus sakit (yang tu satu hari aku akan elaborate panjang dalam artikel lain, promised!).
Nahariam, aku dulu pun Siti Kasim juga. (Ni gambar tahun 2008)
Last-last sekali bila dah kawen, dah tua sikit, teruih jadi macam makcik-makcik macammana ka, rambut pun duk mai macam kejung tak kejung, uban pun banyak, duk dye la apa semua…rambut jadi lagi rosak. Dah la kejung. Tak makan nasi 14 hari pun berat badan duk sama macam ni la……….tu yang confidence aku jadi down sampai orang kata nak dressing pun jadi malu-malu semua. Disebabkan hilangnya confidence aku ni la sampai baru-baru ni aku terus sakit (yang tu satu hari aku akan elaborate panjang dalam artikel lain, promised!).
Tapi bukan Siti Kasim. Itu dari segi penampilan, bagi aku dia confident. Tapi bila mai dari segi MENYUARAKAN PENDAPAT dia, dengan suara, dengan cara cakap, dengan tangan, dengan kaki pun kalau boleh....SHE IS SO VOCAL. Keberanian itu yang aku kagum. Tapi macam yang aku kata dalam post aku sebelum ini pasai Siti Kasim, orang salah tafsir dia sebab cara dia yang terlalu berani bila bukak mulut. Dan sebab itu bagi aku dia adalah ROCK STAR, dan rock star dia memang sensasi, ada cara sendiri.
Sebab tu aku SANGAT KAGUM dengan dia. Tapi yes, akak tau ramai yang tak suka dengan Siti Kasim. Dan bila akak kata akak suka Siti Kasim, ramai yang memberikan pandangan serong. Dia mulut lancau, maki orang sana sini dan of course, apabila dia yang rambut oren, eye shadow merelip relap, bergaduh dengan ugamawan……………MAKA KITA SEMUA SEBAGAI UMAT ISLAM TERUS MEMUSUHI DIA? Itulah yang aku duk nampak dalam kalangan netizen. Siti Kasim ni hangpa punya benci sama macam mana kita kena benci dan musuhi Abu Jahal yang dulu duk buat naya kat Rasulullah. Bagi aku, ini adalah tak adil la untuk dia.
Sebelum kita cepat-cepat nak label dan letakkan kebencian pada orang, kita cuba fahami dulu, pasai pa dia lagu tu? Kenapa dia terlalu taksub untuk bedakan agama dan undang-undang? Mengapa dia terlalu berani? Akak saja nak bagi hangpa pikiaq kat luar kotak, understand then we will learn. Tak kenal maka tak cinta kan?
Sebab tu aku nak ajak semua kawan-kawan sekalian, why not kita semua spread love not hate. Bila kita letak kasih sayang, kan mudah semua benda? Yes, aku tau mesti hangpa akan kata, TENGOK CARA DIA CAKAP JA DAH TAU DIA TAKDAK KASIH SAYANG..AWAT KAMI NAK SAYANG DIA? Ini semua alasan budak-budak abang adik yang bergaduh berebut nak main slime. Aku percaya, lagi banyak hangpa duk kutuk dan provok kemarahan Siti Kasim, lagi itulah dia akan agresif!
Aku rasa dalam hal ini, aku boleh samakan diri aku dengan Siti Kasim. Aku telah di-dignose oleh psikiatri bahawa aku ada Bipolar Disoder, so selama ni family aku dan kawan2 aku akan kata…DENI KEPALA ANGIN, SUKA MARAH TAK TENTU PASAL, dan kawan2 pula akan kata JAGA NOKS DENI MAK AYAM PERENG. Hakikatnya, aku tak akan marah dan aku tak akan mengamok sampai tak sedar diri kalau takdak sapa-sapa yang trigger aku untuk jadi marah. Environment memainkan peranan penting untuk stabilkan mood orang Bipolar macam aku, jadi environment bukan sahaja alam semesta, pokok dan mergastua, tetapi termasuklah orang-orang iaitu suami, family dan kawan-kawan. Kalau environment okay, insya allah takdak masalah lah!
Tapi aku bukan nak kata Siti Kasim ada bipolar pulak! Sinonimnya yang boleh aku katakan, orang yang pemarah hangpa janganla duk pi gatai nak provoke dia lagi. Nak bagi teguran pun, biarlah kena dengan tempat, nak bagi pendapat pun biarlah kena dengan topik dan keadaan.
So itulah dua sebab mengapa aku post status itu, kerana aku nampak secara amnya rakyat Malaysia masih pandang ke belakang dengan meletakkan pilihan peribadi seorang wanita itu bertudung atau tidak sebagai penanda aras kejayaan hidup. Dan ini membawa balik kepada point Kak Amy Contessa yang mengingatkan aku dalam komen iaitu, aku adalah seorang yang bertoleransi dan BUKANNYA LIBERAL.
Ya, liberal yang berasal daripada Bahasa Latin “liber” bermaksud, bebas & merdeka. Aku tak pandai nak elaborate sangat social ini memandangkan aku bukanlah scholar dalam falsafah sains social. Even among depa (scholar falsafah) sendiri masih berdebat tentang apakah definisi sebenar seorang yang berpemikiran liberal!
Orang kita, biasalah rata-rata bertugas secara tak rasmi sebagai Setiausaha kepada Allah. So senang-senang ja tengok sapa tak pakai tudung…liberal! Sapa support business kedai makan mak nyah, liberal! Sapa bawak anak-anak pi tokong untuk ajar anak-anak budaya orang Hindu, liberal! Sapa sokong Siti Kasim, liberal!
Semua liberal! Sampaikan perkataan ini dah nampak jadi satu pandangan yang negative.
Akak ni takdak pendidikan yang tinggi macam hangpa semua, belajar pun takat Diploma. Tu pun diploma cikai-cikai…DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN. Jadi perkataan orang bodo-bodo macam aku ni senang nak habaq lagu ni la…aku ni jenis open minded. Apa pun yang aku rasa aku suka, aku sokong, aku layan. Apa yang aku tak suka, aku tak layan lah. Dan aku tak obsess, itu paling penting! Setengah orang punya nak tekankan pendirian masing-masing sampai nak bergaduh gadah kat medsos macam haram jadah! Obses lah tu! Ampa feeling duk bergaduh sakan pasai politik la, pasai Sajad la, pasai Dato Alif Shukri la, pasai Bee Dato Vida laa…bergaduh sampai boikot sana block sini. Last-last, depa tu semuaaaaaaaaaaa BANGUN TIDOQ DUIT BERKEPOK-KEPOK, MAKAN, PAKAI SEMUA ORANG SIAPKAN. BUTLER, ORANG GAJI, PERSONAL ASSISTANT membontot depa macam ratu anai-anai. Kita? Sedih......
MEMPUNYAI PEMIKIRAN YANG TERBUKA amatlah penting dalam dunia globalisasi macam sekarang ni. Bila kita ada pemikiran yang terbuka, barulah otak kita dilatih untuk mudah faham, rasa empati dan simpati tu mai sendiri dengan baik. Bila sudah ada sikap “Open Minden” dan boleh FAHAM, barulah perasaan toleransi tu mai semula jadi. Aku pernah quote dalam status Facebook aku dulu, untuk memahami sesuatu benda adalah bakat. Sapa setuju angkat tangan! (I know En Yusof Bakar, tengah angkat tangan dalam pejabat dia yang penuh lukisan sekarang 😂😂😂). Untuk lihat, untuk dengar, untuk baca…semua orang boleh buat. Tetapi untuk faham? Ini adalah satu kurniaan yang Allah dah bagi kat kita semua. Fitrah manusia. Kalau kita tak gilap, hang cukupkah untuk jadi seorang manusia?
Jom sama-sama kita tengok balik video-video di media sosial tentang perdebatan antara Siti Kasim dan pemikir lain. Kalau kita open minded, kita boleh belajar dari dua-dua pihak. Okay, kita boleh tengok Siti Kasim pun cara dia satu macam punya ranggi orang Penang kata, kadang-kadang ada fakta dia betul, fakta dia cakap tak teratur (dia akan kata...go check...go check....sebab dia cakap dalam keadaan marah..sebab tu dia tak leh bagi speech dengan baik kadang-kadang). And dari pihak yang provok Siti Kasim pun, kadang-kadang saya faham ada juga pihak yang terlalu taksub nak menjual nilai. WHAT I DO IS THE BEST, SO WHAT EVER ANYBODY ELSE DOES IS TOTALLY WRONG. Kalau kita open minded, kita boleh belajar dari kedua-dua pihak.
So inilah yang akak nak kongsi dengan hangpa semua hari ini, bukan nak menjual nilai tetapi nak berkongsi. Kongsi ni percuma, kalau nak amik, kalau tak mau pun takpa. You got nothing to lose. Ada orang bijak pandai pernah kongsi definisi toleransi bagi dirinya seorang wanita post-opt. “You jual nasi lemak, dia jual mee goreng. Takkan you nak kata, dia jual nasi lemak tu salah! Takkan dia pun nak kata, mee goreng you salah. Toleransi la sikit, you jual nasi lemak you, dia jual mee goreng dia. Sekali-sekala, kalau you nak rasa mee goreng dia, pergi lah beli. Mudah bukan?”
Sekian sahaja. Peace be upon you (Ucapan assalamualaikum ala liberal)
I feel u. Some are so obnoxious.
ReplyDeleteIgnore them.
Sebab tu aku malaih kdg2 nk layan fb..naik melugaiii
ReplyDeletekaannn
DeleteTulisan yang baik Jumie, teruskan menulis.
ReplyDeleteYa, saya setuju dengan jumie bab toleransi.
Bab konfiden, yes I am, bila kita hilang konfiden, rasa macam dunia dah tak ada apa apa untuk kita.
Bab Siti Kasim, dia ada perjuangkan isu org asal dan macam macam lagi. Again, People like to state the obvious and hidious. Bab baik tak nampak langsung. Sedih dengan masyarakat kita.
I do believe in tolerance!
state the obvious and hidious gila gilaaa cakap orang putehhh
Delete