2.8.18

Al Rawsha Restaurant, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur


Hello u olls,

Baru-baru ni kami pi Kuala Lumpur saja la pi open house kawan macam mana ka,  so masa nak balik,  last kopek punya makan,  Mohd Azmi Mohamed Idris yang mengandung 14 bulan mengidam teruk sangat-sangat nak makan nasi kat kedai Arab ni bertajuk Al Rawsha Restaurant.  Kami pun pusing-pusing,  last sekali jumpa la kedai ni.

Dia punya building nampak macam istana batu macam mana ka,  besaq,  tapi bila masuk dalam akan rasa lagi besaq,  dia punya dinding ada ukiran-ukiran Arab dengan lantai berbunga semua.  Kami disambut oleh waiter yang juga berbangsa Arab,  sungguh mesra dan bagi kami duduk kat satu meja besar.  Kami semua 5 orang semuanya.


click read more



Feeling pompuan arab sat...

Lepas amik order,  tak lama lepas tu mai la makanan semua.  NENJIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA walaupun kami ni semua adalah bekas-bekas ahli bina badan yang memang makan banyak,  tapi bila tengok potions makanan kat sini Masya Allah! Aku terdiam sat.

A History of the Rawsha
We welcome you into our restaurant “ Al-Rawsha” in Kuala Lumpur, our restaurant is named after the famous legendary rock in Beirut Lebanon.  The cliff overlooking the rock is famous for its resturants, which serves exquisite Lebanese cuisines, it’s with that in mind we are serving you irresistible Middle Eastern cuisines and treating you from noon till the early morning. We give you a taste of Beirut dining and we are sure that you will find the food here most exquisitely Lebanese. The photo on the back cover of the menu shows the rock in middle of the sea, it is 60 meter in hight. A large hole in the front of the tunnel cuts through the rock, its even lage enough to allow boats to pass through. In the absence of any documents or other reference about Rawsha rock, the only possible information one can obtain is the memories of the people who knows the Rawsha, Seha Wa’afia.


Kami order macam-macam hidangan,  nasi mehndi,  kebab dan macam-macam lagi.  So mulalah makan,  lagi duk suap, lagi duk suap...nasi tu duk banyak tu sahaja! Heyyyy apa ni???? Awat nasi ni dapat mukjizat apa-apa ka?  Awat lagi duk makan lagi nasi ni tak habis.


Haaaa...makan Jumizah...makan!

Kiri:  Mamu senyum kemut.
Kanan:  HAAAAAAAAAAAAAAAA MAKAN SAMPAI NAK TERKELUAAQQ TUDUNG SEMUA.......

Kiri:  Azmi,  ni kedai ARAB bukan kedai Orang Puteh nak cheers apa semua!
Kanan:  Deni makan shawarma ja duk buat mengah teruk!

Meja yang meriah.


Kat Penang takdak restoran Arab yang bagus berkualiti macam ni,  dari segi juadah dan juga servis.  Kalau ada mungkin aku tak pernah sampai lagi.  Bagi aku la,  service dia sangat bagus,  waiter dia very attentive,  dah la handsome pandai cakap Melayu pastu dia kata dia duk belajar kat UiA.  Pastu bila order apa-apa cepat sahaja sampai,  mungkin masa kami mai,  tak ramai orang.

Juadah yang ditawarkan sangat authentic,  bukak menu nasi...macam-macam nasi.  Buka menu kebab,  macam-macam kebab.  Roti pun macam-macam!  Pastu dipping sauce yang dia bagi sekali bukan mayonis bodo-bodo biasa,  kita boleh tau dia pakai cream cheese hat baguih.

Cuma nasihat akak,  hangpa kalau mai sini,  janganla beli satu orang satu dish! Memang tak akan habis punya.........okay dah jom tengok gambar.



Lamb Mandy RM28


Chicken Mandy  RM22


Yogurt Kubba RM20
Yang ni la satu-satunya makanan pelik sikit yang kami order.  Saja nak try.  Nasib baik benda alah ni sedap.  Kubba adalah meat balls versi Arab.  Daging kambing yang diadun dengan rempah ratus dan dibalut dengan bulgur (sejenis bijiran campuran...aku dah cuba google tapi takdak definition Bahasa yang sesuai).  Selalunya Kubba akan dibakar atau di masak dalam kuah.  Tapi yang kami order ni rasanya dia bakar dalam oven pastu dia masak pulak dalam kuah yogurt.  Sedap makan dengan roti + nasi mandy.




Mansaf Jordan Chicken RM25
Meletops nasi ni Azren order!  Amik hang...nasi ada...ayam setengah ekoq,  pastu roti pulak buat selimut.  Selimut atas dan bawah pulak tu.....

Shawarma Chicken Sandwich RM8


Chicken Kebab RM18

Lamb Kebab RM22


Roti ni untuk makan bersama Kebab.

Baqlawa RM2 piece as pencuci mulut.

Arabic Coffee cup RM5

From left,  Azmi,  Azren,  Jumizah yang cantek purnama,  Zoeysabella Farah Anzalna Ratu Wangsa Maju,  Faez dan Mamu Khairol Anwar.

Al-Rawsha Restaurant
Alamat:  No 8, Jalan Kampung Pandan,  55100 Kuala Lumpur
Laman Web: www.alrawshakl.com
Facebook:  https://www.facebook.com/Al-Rawsha-Restaurant-142261482522600/
Email: alrawsha.restaurant@gmail.com  (KL branch)
Tel: 03-9200 6600
Fax: 03-9281 4585
Business Hour: Open 24 hours a day and 7 days a week

5 comments:

  1. hai kak..tgk azmi tu cam kenal. 1 batch masa dip kat uitm arau. 1st time komen kat blog kak..biasa kami silent reader ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohd Azmi bin Mohamed IdrisFriday, August 03, 2018 6:52:00 PM

      Hi Widadi, Azmi nie. Hehehe....

      Delete
  2. lorr tak mahai sangat rupanya makan kat sini. Sy ni tetiap bulan blk kg lalu sini, tiap kali tu jugak la laki ngajak makan sini. Tapi sy takut mahai sangat. hurrmm gini gaya nye next time buleh pi la

    ReplyDelete
  3. Tak Sedap mana makan kat sini, overpriced. Jumie kalo nak makan shawarma Sedap pi beli kat Berkat madinah.ampang suruh Pak Arab Gemuk buat Sedap .
    Kak Hasnah
    Mutiara Damansara

    ReplyDelete
  4. kak kalau nak makan yang sedap...kak p taman sardon kedai tu nama dia kahfi café sepuluh dalam satu cakap satu nombor kak

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com