10.8.18

Seni Sampah bersama Fabrice Monteiro


Hello u olls,

Akak terjumpa cerita ni kat Google.  Benda ni dah lama,  tapi takpalah,  nak share jugak.  Gambar dalam ni semua bukan hak milik akak,  akak Google search secara haram.

So,  Fabrice Monteiro adalah seorang jurufoto yang berdarah campur,  dari Belgium dan Benin (sebuah negara di Barat Afrika).  Masa dia kecik-kecik dia duduk kat Benin,  tapi bila dah besar dia duduk kat Eropah mana ka tak ingat la.  So bila satu hari dia balik ke tanah tumpah darah,  alangkah terkejutnya apabila dia lihat,  negara yang dahulunya sebuah syurga keindahan semula jadi sekarang sudah jadi neraka sampah.

Dia sangatlah terkejut sampailah dapat inspirasi untuk buat gambar-gambar ini yang dipersembahkan dalam sebuah pertunjukan seni di Louisiana Museum of Modern Art,  USA bertajuk ‘Africa: Architecture, Culture and Identity’ dan gambar-gambar ini diberikan nama siri  ‘Prophecy’.

Dia kata satu benda akak setuju dalam satu wawancara,  negara dia jadi kotoq bukan sahaja sebab masalah politik dan ekonomi tetapi juga masalah pendidikan.  Sedihnya......

Okay jom tengok gambar-gambar dia dan be amazed dan jangan lupa check out Fabrice Monteiro punya instagram,  elooooooooooooooooq jantan ni.

click read more











Teka la dia yang mana satu?????

Disclaimer:  I DON'T OWNED THE PHOTO.  
Follow: Instagram.com/fmonteirophotography

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com