4.6.18

Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 3


Hello u olls,

Okay kita dah cakap pasai dia punya wedding yang kat gereja tu,  so untuk episod ini kita akan bercakap pasai event selepas majlis perkahwinan depa di gereja iaitu majlis reception yang diadakan di Frogmore House.  Frogmore House ni adalah salah satu rumah agam milik keluarga diraja Britain yang seringkali digunakan untuk entertain tetamu istimewa mereka.

Untuk event ni,  tak semua orang dijemput okay!  Majlis makan malam ni yang disponsor oleh Prince Charles hanya menjemput lebih kurang 200 orang sahaja.  And party ni takdak gambar apa kita boleh tengok tau sebab very private.

But of course,  kita boleh la tengok baju yang Meghan pakai dan beberapa details lain yang akak nak share dengan u olls.

Jom baca!
Frogmore House....meletops! Ala-ala rumah gabenor Pulau Pinang.

click read more


Stella McCartney Dress
OMAIGOD!!! Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila babi dress yang Stella McCartney buat untuk Meghan Markle ni.  Menggunakan material fabric yang sama iaitu silk crepe,  dress halter neck ni nampak sangat seksi,  chic,  meletops,  cantek dan tak berkerdot pun macam dress yang Givenchy buat untuk dress nikah dia.

Pasaipa hang tak pakai apa2 baju buatan Stella McCartney instead of Givenchy for your wedding dress!  Siriesly aku rasa aku boleh tamat riwayat sebab eksaited sangat kalau tengok Meghan keluar kereta dan turun nak jalan pi gereja pakai dress halter neck cantek dan seksi macam Stella McCartney buat kat dia ni.  Atau mungkin,  kena design sikit untuk tutup aurat...tapi still Stella McCartney punya finishing adalah sangat meletops.



Rugi ja bayar mahal kat Givenchy untuk buat baju nikah dia yang finishing tak elok tu.  Untuk dress halter neck ni,  para pemerhati fesyen mengatakan harga dress ini adalah lebih kurang £95,000. Atau kalau convert kat duit Ringgit Malaysia,  lebih kurang setengah juta ringgit atau lebih kurang 2 bijik beg Birkins milik Kak Rosie.  Opppss.

Hangpa tengoklah macam mana Meghan nampak meletops dalam dress ini.  Sesuai dengan rambut dia yang kusut masai.....dia nampak relaks dan santai.  Dicantekkan lagi dengan cincin milik Mendiang Puteri Diana yang dipakai oleh Meghan.  Nenjia seketoi barlian warna biruuuuuu tersusun kat jari.

Nenjiaaa gondu!!!


Gambar bukti Princess Diana sewaktu memakai cincin ini.


Pastu ada satu details yang my X Boss perasan, dia habaq...u tau tak kasut dia tapak warna biru!  Gilaaa meletopsssss.  Kasut tu oleh Aquazzura.



Nampak tak tapak kasut dia warna biru muda!


Syioklaa Meghan untunglaa...

So far itu sahajalah yang boleh dishare untuk majlis reception dua sejoli ni.  Hat lain-lain tak boleh nak cerita banyak.  Sebenarnya dah rasa shit sikit nak story sebab dah lama sangat tinggal artikel ni nak sambung tulis macam-macam jadi pulak.  Daripada lepas akak sakit cuti sebulan,  masuk-masuk office,  kena transfer mai office baru.  Pastu posa pulak!  Sabar jer la diknon.

Serena Williams & Priyanka Chopra
Dua perempuan ini memang dikenali sebagai selebriti yang menjadi teman rapat Meghan.  So haruslah depa dorang over gila eksaited nak pi reception wedding Meghan.  Apabila tetamu lain just pakai baju yang sama untuk event reception ni,  depa dorang ni memilih untuk tukar baju yang sangat meletops.


Serena Williams In Valentino
Perempuan ni memang sempoi gila.  Paling win adalah kasut dia pakai kat bawah skirt dia.  No more high heels.  Pilihan bijak.  Tahukah anda,  sapa yang mai majlis ni,  diberikan slipper khas...in case depa dah tak larat nak pakai heels so depa boleh tukar pakai slipper!



Priyanka Chopra In Christian Dior
Deni over cantek!




No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com