12.6.18

Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 4


Hello u olls,

Untuk bahagian ini akak akan membincangkan pakaian yang dipakai oleh para keluarga diraja yang menghadiri Majlis Perkahwinan Diraja antara Meghan Markle dan Prince Harry.  Dari Queen Elizabeth II,  anak-anak menanti,  sepupu sepapat sampailah kepada bekas-bekas isteri anak-anak raja.  Keluarga biras diraja juga akak listkan kat sini.

Akak harap sangat u olls perhatikan gaya keluarga diraja ini berfesyen.  Ada beberapa banyak rules yang depa ikut dengan patuh bukan sahaja untuk menepati protokol tetapi peraturan fesyen ini menjadi penegasan gaya yang membuatkan depa nampak mahal,  ekslusif dan regal.  Daripada Queen,  sampailah Prince George (anak kepada Kate Middleton) pun kena ikut. 

Jadi dalam banyak-banyak protokol fesyen yang depa kena ikut,  here are some of the rules yang akak share kat sini (yang berkaitan dengan event rasmi yang besar macam ni):

Warna.  
Adalah amat penting untuk keluarga diraja mengenakan warna yang terang & stand out.  Walaupun warna itu warna lembut dan cair,  tetapi pastinya warna itu adalah terang sebabnya depa nak nampak stand out di mata rakyat yang beribu-ribu orang memerhatikan depa dari jauh dan dekat.  Ada kalanya depa pakai pakaian bercorak,  tetapi selalunya depa akan pakai baju polos (takdak corak) sebab polos akan membuatkan depa nampak lebih jelas.


click read more


Pewarna Kuku
Kepada wanita dalam keluarga royal Britain,  they olls tidak boleh memakai pewarna kuku merah atau warna yang gelap apatah lagi nak bubuh glitter apa semua tu.  Depa boleh pakai warna nude sahaja.  Kuku pun kena trim elok kemas,  tak boleh panjang2 macam langsiaq.

Warna Gincu
Sama juga macam kuku,  most of wanita royal tidak boleh pakai warna terang benderang.  Selalunya depa akan pakai warna yang nude & natural.  Ada banyak kelebihannya,  1 depa akan nampak segar dan lembut.  2,  depa tak perlu teruk-teruk nak top up lipstick kalau warna gincu terang kan nanti kena top up.

Hanya Queen Elizabeth yang nampak memakai warna selain nude iaitu warna merah dan pink.  Kalau u olls nak feeling Queen Elizabeth,  bolehlah beli lipstick merah jenama Clarins (tajuk apa akak tak pasti,  malaih nak Google) tapi itulah lipstick merah yang ditempah khas oleh Queen Elizabeth semasa majlis pertabalannya.

Selain warna lipstick yang nude,  wanita diraja juga disarankan untuk pakai simple make up.  Very-very minimal eye shadow,  eye liner,  blusher and mascara.  NO SHADING PARANG DAN KENING ALA-ALA PELAMPONG U OLLLS!

Stockings
Depa wajib pakai stockings,  sama ada warna nude,  putih ataupun warna hitam.  Depa wajib pakai.  Ala-ala tutup aurat la u olls.

Head Dress / Tiara
Setiap wanita royal adalah dikira lengkap fesyennya apabila mereka menutupi kepala.  Ini adalah sebagai membuktikan depa ni adalah proper lady.  Kalau hang tak pakai topi ka apa2 katop kepala,  kira macam hang tak pakai kelumbong(tudung) la u olls.  Tapi ada peraturannya,  untuk majlis-majlis rasmi sebegini,  wanita royals boleh pakai topi sampai pukul 6 petang sahaja.  After 6pm,  kalau depa attend majlis rasmi,  depa kena pakai tiara.  Tapi bare in mind,  hanya wanita royal yang sudah bernikah dibolehkan memakai tiara.  So macam Princess Beatrice dan Princess Eugine,  sepupu Prince William & Prince Harry,  depa dua tak kawen lagi kan?  So depa tak boleh pakai tiara lagi.

Beg Tangan
Beg tangan yang dipakai oleh wanita royal selalunya adalah clutch kecuali Queen Elizabeth,  dia sorang pakai handbag.  Walaupun hakikat,  orang penting macam depa ada PA,  bodyguard dan barisan pembantu yang boleh tolong pegang macam-macam barang depa,  then why depa kena pakai bag?  Depa nak simpan apa?

Selain sebagai aksesori pelengkap fesyen,  beg yang dipakai oleh mereka ada fungsi tertentu.  Contohnya kalau depa pakai baju yang colar dia ke bawah,  clutch akan dilekapkan didada semasa menunduk/membongkok untuk menghalang daripada orang ramai ternampak royal cleavage depa.  Keduanya,  kalau pegang clutch atau beg secara dua tangan adalah sebagai tanda sopan yang depa tak mau bersalaman dengan orang ramai.  Sebab hang bayangkan depa hari-hari nanti pi event nak kena salam orang beribu-ribu lemon.

Untuk Queen Elizabeth pula,  posisi handbag yang dia pegang,  cara pegang dan sebagainya adalah sebagai simbol rahsia kepada pembantunya untuk menyatakan,  dia nak beredar,  dia nak bangun atau sebagainya. 

Okay dah!  Jom kita tengok.


Queen Elizabeth II in Stewart Parvin
Dress warna hijau muda ini adalah semacam sedondon dengan baju kuning striking yang dipakai beliau masa wedding William dulu.  Tapi hijau yang kita nampak hanyalah jacket luaran sahaja.  Dalamnya,  Queen Elizabeth mengenakan dress bercorak floral.  Akak sangat suka dia warna hijau macam mana ka,  tiba-tiba topi oleh Angela Kelly ada detailing ungu yang striking!

Untuk pengetahuan kalian,  Queen hanya pakai beg daripada jenama yang sama sahaja iaitu Launer London yang merupakan sebuah jenama yang menjual handbag mewah.





Princess Michael of Kent
Princess Michael of Kent adalah sepupu kepada Queen Elizabeth.  Maknanya dia tok menakan kepada Prince William dan Harry.  Tapi dia menjadi popular apabila dia dikatakan mengenakan sebuah brooch PATUNG KULIT HITAM ke sebuah majlis rasmi yang menyebabkan Prince Harry jadi marah sebab macam perli kat Meghan.  Bagi akak pakaian dia more glamorous rather than being formal.  Suka topi dia sebab bunga ada kot belah bawah dan belah atas.





Princess Anne
Princess Anner ni adalah adik perempuan kepada Prince Charles,  so dia adalah makcik kepada Prince William dan Harry.  Dia mengenakan busana jenama Susan Small yang direka oleh Maureen Baker.  Tapi semua orang duk kata,  wrap around dress dia ni nampak macam baju Mendiang Hugh Hefner,  Playboy Mansion punya boss.  Celaka depa ni.




Camilla Parker Bowles, Duchess of Cornwall in Anna Valentine
SHE IS MY FAVORITE OF THE DAY.  Sebab tu akak pilih gambar dia sebagai gambar paling atas kat post ni.  The moment dia keluar dari kereta bersama suaminya Prince Charles,  akak macam WOWWWWWWWWWW meletops.  Warna pink lembut nak jadi ungu macam mana ka sangat lembut di mata.  Dan paling akak suka sekali adalah topinya dari (tak lain tak bukan) Philip Treacy.  Walaupun bapak akak kata "Deni kalau gagak nampak...nanti gagak pi berteloq kat kepala dia."


Dari jauh duk nampak topi Camilla ja!  Prince Charles pakai kain/bunga pink terang di suit dia untuk kelihatan matching dengan si isteri.


THROWBACK PHOTO
Ini adalah pakaian yang digayakan oleh Queen Elizabeth dan Camilla semasa majlis perkahwinan William.


Doria Ragland in Oscar de la Renta
Doria pakai baju nak dekat sama colour dengan Queen.  Akak suka the fact that beliau tidak menyembunyikan rambut dreadlocks nya & keep her nose stud!!  She looks so clean and nice to see.  Selain dia memastikan gaya pakaian & aksesorinya simple,  Doria juga memakai mekap yang sangat simple.  Bila camera close up kat dia,  memang boleh nampak kulit dia elok walaupun dia dah kertu.  Topi dan kasut beliau oleh Aquazzura,  same brand dengan anaknya.





Kate Middleton,  Duchess of Cambridge
Haaaa...akak ada sisipkan informasi tentang gaya fesyen Kate Middleton untuk event ini dalam review leteran panjang mengenai Givenchy wedding dress untuk Meghan Markle yang tak berapa nak meletops.  Akak kata,  Kate Middleton bersifat champion untuk tidak over shadow adik iparnya dengan memakai pakaian yang dia dah recycle (ini untuk kali ketiga).  Beliau mengenakan busana coat dress oleh Alexander McQueen.  Topi oleh Philip Treacy & Jimmy Choo heels.


Walaupun sudah kali ketiga,  dalam setiap kali penggayaan,  Kate akan redesign sikit baju ni.  Contohnya,  tambah butang kat sleeves dan sebagainya.  Dan hangpa boleh lihat pada gambar yang akak edit kat bawah,  tiga kali dah dia pakai baju ni,  semuanya dengan gaya yang berbeza.  


Ini pula gambar mereka sekeluarga.




Sophie Wessex in Suzannah 
Sophie Wessex, Countess of Wessex adalah isteri kepada anak bongsu Queen Elizabeth II iaitu Prince Edward, Earl of Wessex.  Dia memakai topi rekaan Jane Taylor.  Sangat suka potongan keras macam ni.  Very the mahal.



Lady Louise in Alaia
Lady Loiuse adalah anak perempuan kepada Prince Edward, so dia adalah sepupu Prince Harry dan William blah bapak depa. Umur dia baru 14 tahun, so dia punya pilihan very the anak-anak dara. Tapi memang selalunya, walaupun dia sangat muda, dia selalu pakai baju warna tok-tok. Maybe dia sendiri tak suka colour yang muda-muda ataupun dia harap semua kat mak dia untuk pakai apa pun.



Princess Eugenie in Gainsbourg
Dress warna biru pastel dengan topi pill box ini disamakan dengan kostum yang dipakai oleh Britney Spears dalam lagu dia Toxic.  Tak sama aih...depa tu jahat duk perli pompuan ni.  Bagi akak,  Princess Eugenie nampak kelas meletops berbanding gaya OTT dia masa wedding William.  Tak lama lagi,  dia pulak nak kawen.  Topi oleh Fiona Graham,  beg by M2Malletier dan kasut silver bertatah berlian oleh Valentino.




Princess Beatrice in Roksanda Viola
Baju beliau adalah cantek tapi bagi akak bentuk dan warna adalah lebih kepada majlis cocktail malam.  Topi ala-ala cekak berlapis oleh Stephen Jones melengkapkan gaya dengan kasut dari  Gianvito Rossi & beg Roksanda ‘Besa’.




Autumn Patricia Phillips by HenHouse
Perempuan ini adalah isteri kepada anak sulong Princess Anne (yang pakai baju Hugh Heffner tu).  Dress dan topi dia pakai ni biasa sangat.  Nothing special.  Tak nampak dia stand out daripada tetamu lain.  Dia pakai coat dress dari  HenHouse, shoes and a bag from Emmy London and a hat by Juliette Millinery.



Zara Tindall
Haaa Zara ni pun anak Princess Anne juga.  So dia dengan perempuan kat atas ni biras la.  Tak tau sapa buat baju dia,  tapi coat dress ni nampak stuffy dan berat.  Tak berapa best sebab dia tengah pregnant.  Tapi depa dorang ni nampak sangatlah bahagia dan happy,  bukan sahaja dalam gambar kat bawah ni,  tapi kalau hangpa tengok dalam video event perkahwinan,  Zara dan suami dia Mike Tindall asyik duk peluk dan sembang dorang ja macam happy sangat.




Lady Kitty Spencer in Dolce & Gabbana Alta Moda
Akak sangat suka sepupu Prince Harry dan Prince William ni, deni sepupu depa belah arwah mak depa. Lady Kitty adalah anak perempuan kepada adik lelaki kepada mendiang Lady Diana iaitu Charles Spencer dengan bekas isterinya yang pertama, Victoria Aitken. Masa majlis perkahwinan William dan Kate, Lady Kitty pakai serba nude (Still seksi and hot), tapi kali ini dia memilih warna busana yang lebih terang, ceria dan berani. Siriesly, bagi akak ini adalah baju tetamu yang paling akak suka. Paling meletops, dia punya kasut warna oren! Gabungan yang meletops.  Lady Kitty wore Dolce & Gabbana. She also wore a Philip Treacy hat and Bulgari jewelery. Bvlgari's latest brand ambassador.  Insta: @kitty.spencer




Countess Karen Spencer In Pamella Roland
Karen Spencer adalah (current) isteri kepada Charles spencer,  yang juga merupakan isteri ketiga.  Untuk majlis ini,  orang duk samakan dia dengan watak-watak perempuan jahat like Maleficent, The Evil Queen, Cruella De Vil atau Ursula!  Bagi akak ini,  walaupun dia memilih warna yang gelap tetapi bagi akak dia still meletops.  Watak orang jahat yang still cantek! Topi beliau dari Rachel Trevor Morgan.




Carole Middleton in Catherine Walker
Dia punya outfit ni lebih kurang sama dengan baju dia pakai masa anak dia kawen dulu.



Pippa Middleton In The Fold
Pippa tengah mengandung,   bulan katanya.  Masa mula-mula tengok gambar dia kat internet,  i really love it.  Pandai dia ni cari dress yang very the nice dan menarik.  Tapi jahat betui para netizen,  sebab compare dress bunga-bunga dia ni dengan jenama minuman teh iaitu Arizona Iced Tea.  Tapi gabungan warna hijau pudina dengan pink dusty ni memang kerlas!  Kasut dan clutch bag dia daripada Jimmy Choo.  Her hat is by Jess Co.






Lady Edwina Louise Grosvenor in Giambattista Valli
Lady Edwina ni kira dari keluarga bangsawan la.  Ala-ala Princess Diana dulu dari keluarga Spencer.  Depa ni ada title Lady ataupun Duke.  Kalau depa kawen dengan mana-mana royal,  so depa akan dipanggil Princess.  Macam Mendiang Puteri Diana la...nama dia Lady Diana Frances Spencer,  bila dia kawen anak raja,  otomatik dia dapat Princess Diana.  Macam Kate Middleton,  dia orang kebanyakan macam kita semua,  so lepas dia kawen,  dia dapat Duchess sahaja.  Tak dapat Princess.  

Panjang aku berletiak.  Lady Edwina ni kawen dengan British TV presenter nama Dan Snow.  Dress beliau pakai walaupun bagi akak sangat comel tapi very the simple dan sangatlah macam hujung minggu biasa depa duk pi gereja untuk sembahyang.




Sarah Ferguson in Emma Louise Design
Sarah Ferguson, Duchess of York adalah bekas isteri kepada Prince Andrew,  anak ketiga Queen Elizabeth.  Walaupun dia dah bercerai,  tapi dia still pegang title Duchess of York.  Dia juga adalah ibu kepada Princess Beatrice & Princess Eugenie.  Akak tak suka baju yang dia pakai ni,  nampak dia macam pramugari tua mana ka.  Kalau bagi dia kasut tumit hitam dengan beg tarik Akademi Fantasia,  memang dia persis pramugari.  Topi dia adalah dari Jess Collett dan kasut dari Gianvito Rossi.  



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com