31.5.18

Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 2


Hello u olls,

So kita akan review part II untuk perkahwinan Meghan Markle dan Prince Harry.  Part kedua ini akan menceritakan tentang bunga tangan dan kisah disebaliknya yang penuh tradisi dan wedding cake yang dalam perihal lain pulak,  telah memecahkan beberapa tradisi.

Jom baca lebih lanjut.

click read more




Bunga Tangan

Philippa Craddock,  floris diraja yang juga orang yang bertanggungjawab membuat hiasan dekorasi di St. George's Chapel


Sangatlah romantik sekali apabila beberapa bunga yang digunakan untuk hand bouquet ini dipetik sendiri oleh Prince Harry dalam private garden  Kensington Palace dan kemudiannya diserahkan kepada Philippa Craddock,  floris diraja yang juga orang yang bertanggungjawab membuat hiasan dekorasi di St. George's Chapel.  Akak akan elaborate dalam artikel yang lain.  

Antara bunga-bunga yang digunakan untuk jambangan ini adalah seperti berikut:


Sweet peas
Ini bunga sweet peas yang memberi makna 'delicate or blissful pleasure'.  Gitu.


Astrantia
Symbolises strength, courage and protection.

Astilbe
Bunga ni ala-ala bunga bulu ayam sikit.  Simboliknya bunga ini memberi makna kepada si penerima sebagai 
 'I will be waiting for you' atau  'I'll still be waiting' memberi erti kepada kesabaran dan dedikasi cinta seseorang itu kepada penerimanya.    Bunga ni kan dipetik oleh Prince Harry,  so dia hadiahkan kepada Meghan...maknanya dia setia menanti di altar.  OMG.....cayernya akak rasa.   



Lily of the Valley
Latin name- Convallaria. Symbolises sweetness and the return of happiness. It is also the birth flower of May.

 Myrtle
Bunga ini adalah bunga tradisi yang wajib ada dalam royal flower bouquet sejak pemerintahan Queen Victoria.

Forget-me-nots
Sebagai lambang cinta kepada ibunda tercinta,  Prince Harry tidak melupakan bunga kegemaran mendiang ibunya!  Tajuk bunga ni sangat best,  forget-me-nots.


Akhirnya,  jadilah bunga tangan ini!  JENG-JENG-JENG!  Sangat catek u olls!  Hangpa boleh tengok satu-satu bunga yang akak explain kat atas ni,  ada dalam jambang di bawah.



Comeils sangat!  Akak suka.

Cantek sangat bunga ni.  Very the modern sebab style ikat sejambak lagu tu!

Tradisi memakai bunga myrtle telah dimulakan sejak Queen Victoria diberikan sejambak bunga tangan atau orang dulu-dulu panggil nosegay (bagi wangi kat hidung sebab zaman dulu kan,  takdak sistem perparitan apa semua elok-elok,  so orang kata dulu-dulu udara adalah berbau sedikit) oleh nenek kepada suaminya Prince Albert semasa dia melawat keluarga diraja itu di Jerman.  So starts dari situ,  bunga myrtle menjadi kemestian bunga tangan keluarga diraja England.

Selesai majlis perkahwinan ini,  bunga tangan Meghan Markle tidak dibaling-baling ke belakang pastu ditangkap oleh barisan kawan-kawan perempuan gedik ya....tetapi bunga ini diletakkan di makam 'unknown warrior' yang ditempatkan di Westminster Abbey.  Ini juga adalah satu tradisi yang dimulakan oleh Queen Elizabeth,  The Queen Mother (Ibunda Queen Elizabeth II) ketika dia menikahi  Duke of York yang akhirnya menobatkan sebagai King George VI.  The Queen Mother meninggalkan bunga tangan perkahwinannya di Westminster Abbey sebagai memperingati abangnya Fergus yang meninggal dunia semasa perang dunia pertama pada tahun 1915.



Princess Diana dengan bunga tangannya yang sejambak.

Bunga tangan Princess Diana very the 80 an!  Masa dia kawen dengan Prince Charles pada tahun 1981,  bunga tangan beliau dibuat oleh Longmans Florist.  Floris tu siap habaq kata,  depa buat 2 flower bouquet yang sama untuk event ni.  1 dihantar kepada Princess Diana pada jam 8am untuk dia pakai masa menikah kat gereja,  pastu 1 lagi dihantar pada sebelah tengahari.  Sebab takut bunga pertama tu layu.  Kerlasss!  Bunga tangan ini menampilkan beberapa jenis bunga iaitu gardenias, stephanotis, odontolglossum orchid, lily of the valley, Earl Mountbatten roses, freesia, veronica, ivy, myrtle dan trasdescantia.  Sorry takdak gambar close up sebab tahun 1981 kot...


Bunga tangan yang comels pilihan Camilla yang ketika menikahi Prince Charles cinta hatinya,  kedua-dua sudah kertu.


Prince Charles dan Camilla Parker-Bowles bernikah dalam satu majlis civil ceremony yang diadakan di Windsor Guildhall pada 9 April 2005.  Lepas tu,  pada hari yang sama barulah diadakan majlis restu keagaamaan di St George's Chapel,  sama tempat dengan majlis Prince Harry & Meghan.  Semasa majlis kedua ini,  Camilla memegang bunga tangan  yang mengandungi bunga lily-of-the-valley bewarna kuning dan ungu.  Seterusnya bunga primroses putih,  bunga myrtle (bunga wajib).



Kate Middleton memulakan trend baru.

Dulu masa Kate Middleton kahwin,  dia punya handbouquet sangatlah comels dan lain daripada lain.  Daripada memilih bunga-bunga besaq dah macam kembang setaman astakona,  beliau memilih bunga-bunga dari taman istana yang memang menjadi tradisi bunga tangan pengantin diraja tapi semua bunga yang kecik-kecik molek yang sangat comels sekali.  Tapi kalau untuk bunga tangan Kate Middleton dia more kepada jangan bunga yang jatuh ke bawah sedikit,  untuk bunga tangan Meghan Markle (lebih kurang bunga yang sama) tapi dia punya susunan adalah sejambak bunga yang disusun menegak diikat dengan riben sutera yang kelihatan lebih modern!

Feeling tak?  Ni gambar masa buat pre wedding photo (baju kami pakai ni baju kami bertunang....)


Dekorasi
Okay now kita nak cakap pasai dekorasi bunga untuk St. George's Chapel,  Windsor Castle yang menjadi lokasi pernikahan Meghan dan Prince Harry.  Macam akak cakap,  floris yang menggubah bunga tangan Meghan iaitu Philippa Craddock adalah floris yang turut bertanggungjawab untuk membuat gubahan bunga sebagai dekorasi dalam gereja tersebut.

Akak sagat suka dengan gubahan ini sebab nampak natural,  macam pokok-pokok ini memang duk tumbuh mekar di dinding dan tangga,  ruang dalam dan luar gereja!  Pilihan daun hijau yang lebih banyak dan sedikit bunga-bunga putih,  sangat segar berlatar belakangkan dinding gereja yang purba.

Kalau hangpa tengok rakaman video perkahwinan Prince Harry dan Meghan,  boleh nampak kot belakang macam mana bunga tu ala-ala serabut tumbuh kat tepi-tepi dinding.  Akak suka,  nampak natural,  tapi pikiaq balik,  serabut-serabut pokok ni nampak cantek, pasaipa rambut Meghan serabut akak tak suka.  😂😂😂😂

So apakah bunga dan pokok yang digunakan untuk hiasan ini?

Foxgloves

Scabious

Asparagus fern.  Yes!  Daun daripada sayur asparagus yang kita duk makan tu.  Ni gambar dia aku google siap kat hangpa.

 Bunga astilbe.

Bunga rose taman dan jenis 'cultivated' warna putih dan krim.

Bunga Nigella.  Mula-mula aku Google Nigella,  keluaq gambar Nigella Lawson!  hahahaha.  Sempoi bunga ni.


Daun-daun dari pokok beech dan birch.  Yang ni akak bubuh la pokok birch...google kat hangpa.

Stephanotis.

Bunga stocks.

Bunga peonies.  Bunga ini adalah bunga kesukaan Meghan!

Nenjia,  lepas susun semua pokok-pokok bunga kat atas ni,  jadilah lagu ni!  Sangat meletops u olls. Akak suka!







Close up sikit,  hangpa boleh tengok gubahan bunganya.




Wedding Cake

Untuk wedding cake,  Meghan dan Prince Harry sekali lagi telah memecahkan tradisi perkahwinan keluarga diraja British yang telah berkurung lamanya.  Untuk pengetahuan u olls,  adalah menjadi tradisi perkahwinan diraja,  depa punya wedding mesti diperbuat daripada kek buah a.k.a fruitcake. Even,  Kate dan William pun pakai perisa fruit cake.  Dan memang tradisinya,  kek depa akan bertingkat-tingkat.


Claire Ptak dengan mangkuk buat kek dia macam tok tok kita duk buat baulu.

Team Violet cakes.

Tapi untuk majlis perkahwinan diraja ini, Meghan dan Prince Harry memilih untuk membuat kek berperisa "lemon elderflower".  Pembuat cake yang diupah untuk membuat kek diraja ini adalah Claire Ptak,  yang mempunyai kedai kek Violet Cake yang terletak di Timur London.  Dia pun terkejut macam mana dia boleh terpilih jadi pembuat kek diraja ni sebab selama ni dia ni kedai-kedai kecik ja....



Buah lemon Amalfi!

Cake perisa "lemon elderflower" menggunakan 200 bijik Amalfi lemons, 500 biji telur dan 10 botol kordial 'elderflower' yang dihasilkan dari estet Sandringham milik Queen Elizabeth.

Oleh kerana perisa kek ni pun dah modern,  of course bentuk kek pun dia buat very the modern!  Instead of kek tingkat-tikat,  kek ini disusun atas tempat letak warna gold dengan pelbagai saiz dan ketinggian.  Dan dihias dengan beberapa jenis bunga peonies segar yang merupakan bunga kegemaran pengantin perempuan.  Untuk para tetamu,  bila kek itu dipotong,  setiap slice kek itu akan dihidangkan bersama beberapa kepingan kelopak bunga mawar yang boleh dimakan. Dianggarkan kek ini menggunakan kos sebanyak £50,000!





Instagram Violet cake:  @ violetcakeslondon
Website rasmi:  http://www.violetcakes.com/


Nak baca pasai kek-kek pengantin diraja yang terdahulu,  klik sini:  Prince Harry and Meghan Markle’s Wedding Cake Breaks with Centuries of Royal Tradition



2 comments:

  1. Replies
    1. u olls, click kat nama saya kat atas tu. u olls akan pi kat MAIN PAGE...so from there senang nak scroll satu satu

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com