31.5.18

Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 1


Hello u olls,

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu review rasmi dari wanita agam ini tentang majlis perkahwinan diraja yang berlangsung baru baru ini semasa Ramadhan ke tiga. Tanggal 19 Mei 2018 dipilih oleh Prince Harry dan Meghan Markle yang dikatakan sebagai memberi ruang secukupnya kepada kakak ipar kesayangan, Duchess of Cambridge, Kate Middleton yang akhirnya telah melahirkan anak ketiga yang merupakan putera kedua dalam keluarga baginda dan Prince William.

Semasa kita semua sedang sibuk berbuka puasa, lebih kurang 7.30 malam di seluruh Malaysia, semuanya pasti sedang menyaksikan majlis perkahwinan ini yang ditayangkan secara live melalui Youtube dan banyak muka media sosial yang lain. Begitu juga akak di rumah, disebabkan we olls takdak TV, tapi kita still on the Ipad dan blast suaranya melalui speaker mini sambungan BlueTooth yang menyebabkan nyanyian hymm gereja berkumandang di dinding-dinding ruang tamu rumah kecil kami. Kerlas kan??? Bulan Ramadhan, kot tepi baguih punya choir gereja. HAAA.......

So akak tengok light-light ja majlis ni, sebab hari tu, Kak Edeh dan Abang Manap mai berbuka kat rumah. Kenalah melayan ibu bapa kita kan....pastu malamnya lepas selesai tugas-tugas di dapur, barulah akak tonton rakaman live wedding ini sebanyak dua kali. Pertama kali yang kosong tanpa apa-apa suara komentetor (rasmi dari Youtube Windsor Castle) dan satu lagi adalah rakaman BBC yang menjemput 4 orang komentetor untuk memberi suara latar ulasan sepanjang majlis.  And then of course,  akak baca sebanyak artikel yang boleh.  Jadi akhirnya,  akak dah ready nak tulis artikel ini.  Ulasan ini akak akan bahagikan kepada 5 bahagian. Hamik kau.

Akak cuba buat sedetails yang boleh,  from fesyen to trivia.  Tapi still,  banyak lagi info lain yang akak tinggalkan.  Yang tu pandai2 la hangpa pi Google sendiri.

So, let's begin.


click read more





THE DRESS
Haaaaa yang ni kena la letak first kan!  Okay,  lets go straight to the point.  Sadly.  I'm not a fan of this dress.  Sangatlah plain,  boring,  memang tak menterujakan akak untuk melihatnya.  Why?  Sebab walaupun akak tau,  Meghan memilih untuk memilih busana pakaian pengantin yang berbentuk modern tetapi,  ada banyak lagi pilihan modern yang boleh MENG-WOW kan para pemerhati fesyen seperti kita semua yang dalam masa yang sama kekal klasik,  elegan dan sopan (sebab dia kawen putera raja).

WOW factor adalah penting.  Let me take to the moment when Kate Middleton turun daripada kereta pengantin pada tahun 2011,  masa tu,  akak macam boleh rasa ada satu barisan choir gereja nyanyi belakang telinga akak dengan memberikan sound effect "Waaaaaaaaa".  Moment yang sangat magical yang membuatkan kita boleh rasa sampai ke gegendang rahim.

Ini adalah kerana,  INI KISAH SENDRALELA (Cinderella to those yang blur blur type) yang berada dalam realiti kehidupan kita.  Seorang wanita daripada orang kebanyakan,  menikahi bangsawan! So pastinya,  baju nikah yang dipakaikan menjadi ikon kepada moment fantasi to realiti itu.  Jadi,  interpretasi Meghan dan team beliau untuk busana ini bagi akak,  terlalu simple,  bosan dan tiada WOW factor.  

I know,  dah boleh expect,  dia tak akan pakai skirt kembang.  Dia akan almost straight look cutting,  akak dah boleh agak,  no lace akan terlibat (sebab dia tak mau dibandingkan dengan busana lace Alexander McQueen yang dipakai oleh Kate Middleton),  akak boleh bayangkan bahu terbukak,  akak boleh bayangkan veil yang melerek....

Tetapi,  sayangnya.  Kalau hangpa perhati betui-betui.  Ini adalah beberapa point penyebab kenapa akak tak berapa minat dengan baju beliau.




Nampak tak kerdot di sana sini?

Fitting baju ini adalah sangat fail.  Baju pengantin untuk wedding anak raja kot,  haruslah COUTURE.  Kak Icha Taman Tun Sardon pun kalau kawen,  sah sah akan memastikan pakaian dia very the couture!  So bila kita cakap pasai couture,  pastinya pakaian itu hasil buatan seni busananya adalah halus dan sangat tepat.  Ini akak tidak nampak pada busana Givenchy ini.

Especially kat bahagian perut yang berkedut.  Boleh nampak yang baju ini sedikit longgar (fitting yang tak cantek).  Adakah ini disebabkan oleh Meghan Markle yang semakin hari semakin kurus sebelum event?  Adakah pilihan kain yang digunakan oleh busana ini salah?  Adakah jahitan pada potongan kain ini tidak tepat?  Penyataan akak ini disokong dengan posting Dato' Rizalman Ibrahim dalam Instagram beliau.  I'm so happy apa yang akak terpikiaq,  sama dengan pereka fesyen terkenal negara kita.

Ini adalah capaian komen Dato' Rizalman Ibrahim pasai isu ini.



Lagi kerdot di sana sini!  Dengan rambut dia yang serabai!


Mai sini akak nak share dengan u olls satu perspektif tentang satu dress modern yang mempunyai bentuk yang sangat chic, sangat simple, tapi bila kita tengok. Seni reka pakaian itu membuatkan kita rasa WOW. Iaitu dress yang dipakai oleh Melania Trump semasa Majlis Pelantikan Donald Trump sebagai President USA ke 46. Dress ini direka dan dihasilkan oleh HervĂ© Pierre,  yang merupakan mantan pengarah kreativiti jenama fesyen mewah terkenal Carolina Herrera!  Bentuk dress ini menjadi kegemaran akak selamanya!  Akak duk nampak Meghan akan pakai something dengan idea macam ini.....modern,  chic tapi WOW.  Walaupun mungkin tak seseksi ini sebab depa nak kahwin dalam gereja.  Tapi!!!  You know what i mean?

Nah hangpa tengok sendiri!  Baju ini terletak elok kat badan Marhayam Melania macam ayaq susu meleleh perlahan.  Walaupun ramai yang benci dan tak suka Donald Trump jadi USA President,  tapi malam itu,  bila Melania Trump tampil dengan dress meletops ini,  secara tak langsung terubat mata-mata dan hati-hati para rakyat Amerika sebab Melania menjadi simbol wanita yang cantek dan tampil elegen.  Macam mana depa tak suka kat Donald,  tapi bila tengok Melania yang cantek dan classy ini,  terus media puji dia melambong-lambong.  

Sapa pereka fesyen yang duk buat statement bodo berbaur politik,  yang enggan nak buat dress Melania,  hangpa memang bodo bagi akak sebab hangpa tak profesional dalam bidang kerja hangpa.  Sebagai pereka fesyen,  hangpa create art that touches heart,  hangpa bukan bermain politik.  Betui tak?


Melania Trump in HervĂ© Pierre.  Kerlas kan???


Dress Meghan Markle yang direka khas oleh pengarah kreatif Givenchy iaitu Clare Waight Keller cantek iaitu bagi akak tidak mencapai tahap untuk menjadi ikon,  moment fashion yang bersejarah.  Gaun ini dikatakan berharga 200k pound.  Kalau convert to Ringgit Malaysia dia jadi RM1,059 617.34.  Haaa amik hang!  Sejuta teruih.



Kalau u olls tengok video live perkahwinan ini dengan komentator jemputan dari BBC, sewaktu Meghan Markle keluar dari kereta dengan pakaian putih kosong dan bohsan ini,  keempat-empat pengacara itu tak kata....WOWWW pun...depa macam .....okay....here's the bride macam tu ja.  Takdak pun suara gasp (tak cukup nafas) dalam bicara pengacara majlis itu.  So bukan akak ja rasa macam ni,  pengacara TV yang memang depa tu semua pengulas fesyen pun rasa yang sama.


Ini adalah ulasan BBC semasa ketibaan Meghan Markle.


Ini adalah reaksi komentator BBC semasa Kate Middleton keluar dari kereta.


Ya mungkin dress Givenchy ini akan diletakkan dalam pameran muzium,  sama macam dress Kate Middleton kahwin.  Tapi pastinya,  pengunjung muzium akan lebih suka dress Kate!  So sekali lagi akak nak suarakan kekecewaan akak,  bukan kecewa kat Meghan,  tapi kecewa sebab akak tak dapat ke WOW an itu.

Dan satu lagi,  nasib baiklah Kate Middleton biras hang berbesar hati dengan rendah diri telah memakai dress jacket yang dia dah pakai berulang-ulang kali sebelum ini pada majlis perkahwinan ini sebab kalau Kate pakai something new dan dia betul-betul menggunakan bakat 'taste' fesyen dia yang mahal,  SUDAH TENTU DIA AKAN OUTSHINE SEMUA ORANG TERMASUK PENGANTIN PADA HARI BESAR INI.


Trivia Tentang Baju Pengantin Givenchy Meghan Markle

1.    Baju pengantin beliau direka oleh Clare Waight Keller,  wanita pertama yang dilantik sebagai pengarah kreaviti untuk rumah fesyen Perancis ini.  Pilihan ini menjawab segala spekulasi tentang rumah fesyen manakah yang akan menjadi pilihan Meghan Markle.  Sesungguhnya sebagai satu kebanggaan kepada keluarga diraja British ini,  semua ramalan tertumpu kepada rumah fesyen yang bertapak di UK.  Namun,  akhirnya Givenchy menjadi pilihan namun Keller adalah wanita Inggeris!  So still British-proud lah u olls.

Ni la Clare Waight Keller,  ala-ala pompuan sekeperiang ni (kering dan sekeping).


2.    Veil Meghan yang panjang berjela ini menggunakan kain tulle sutera yang disulam dengan 53 corak bunga kebangsaan dari negara-negara Commonwealth. Akak cuba cari gambar close up veil ini tetapi tak berjumpa u olls,  tapi akak dah buat satu artikel untuk u olls pelajari bunga-bunga kebangsaan dari 53 negara Commonwealth ini.  Baca sini:  Bunga Kebangsaan untuk 53 Negara-Negara Commonwealth


Kerlasss...time ni nampak cantek sangat.



3.  Tak tau berapa sebenarnya harga yang dikenakan oleh Givenchy kepada Meghan Markle tetapi pemerhati fesyen mengagak yang dress ini mungkin berharga £200,000 atau kalau kita convert lebih kurang RM1.1 juta.  Pasaipa mahai sampai lagu tu?  Pecahan kos dia lebih kurang macam ni.  £60,000 untuk kain yang ditempah khas dari kilang kain Paris.  Kos fitting proses adalah £35,000.  £74,000 untuk upah tukang jahit.  Upah kos mereka dan memotong pattern kain sebanyak £25,000 dan mungkin upah alterations,  £4000.  Punya mahai kos fitting lahai...tapi still kerdut baju depa!



Official sketch by Givenchy house to Kensington Palace. 


4.  Dalam satu temuramah Meghan Markle dengan majalah Glamour,  dia kata,  dia punya baju kahwin impian adalah macam mana baju pengantin mjendiang Carolyn Bessette,  iaitu isteri kepada John F. Kennedy Jr.  Akak share gambar kat sini.  Memang meletops dress ni!  Rekaan Narciso Rodriguez.  (Still takdak kerdot pun kat baju ni...)


Ni gambar baju kawen Carolyn Bessette yang akak google.  Kalau Meghan nak pakai macam ni pun akak sangatlah suka dah!!!  Tapi mungkin kena tutup bahagian dada dan lengan sebab depa kawen dalam gereja.  Tapi aku sangat suka dress ni!  Walaupun depa kawen ni,  tahun 1996 tapi baju ni sangat timelesss...sampai lani tengok duk rasa macam baju niii relevan dengan fesyen masa kini.


5.  Okay ni macam nak gossip sikit di kala Ramadhan,  hangpa tau kan?  Meghan Markle adalah kak janz.  Bermaksud dia janda.  So kalau hangpa nak tengok gambar kawen dia masa first marriage dulu,  nah click sini:  What did Meghan Markle’s first wedding dress look like for Jamaican wedding to Trevor Engelson?


MAKE UP & HAIR
Urgh!  Satu lagi aku nak kena meratuih panjang-panjang.  Akak nampak ramai yang memuji make up look beliau.  Hangpa kata,  make up style nipis gila macam nampak macam dia tak make up langsung.  Okay!  Part ini akak tak dapat nak argue lebih-lebih,  yes,  dia nampak sangat 'tak make up' langsung.  Dikatakan,  Meghan spend duit beribu-ribu lemon untuk penjagaan badan dan kulit dan of course dengan status yang dia ada sekarang ini,  dia kena displin dengan rutin penjagaan kulit yang sangatlah ketat.  BARULAH BOLEH DAPAT KULIT MELETOPS DAN BARULAH HANGPA SEMUA MAMPU NAK MAKE UP DENGAN FONDESYEN SENIPIS KULIT BAWANG!

Akak tengok bukan sahaja perempuan,  malah lelaki pun sangatlah teruja dan seronok apabila melihat Meghan punya make up yang sangat nipis.  Pastu hangpa duk sensasikan isu ini dengan niat nak menganjurkan agar kita semua wear less make up.  TAPI,  fundamentalnya,  apa guna hangpa duk kempen less make up kalau hangpa sendiri tak tau nak bezakan apa itu face cleanser dan facial scrub.  Palabutoh MAKEUPNOMAKEUP!

Jurusolek yang bertanggungjawab untuk menata rias wajah Meghan adalah Daniel Martin,  tahniah atas kerja yang dilakukan.  Kalau akak nak komen banyak2 pun,  memang as royal depa tak boleh nak mekap tebai2 sebab nanti nampak cheapos.  Pernah kah hangpa nampak Kate Middleton atau mana-mana royal mengenakan red lipstick?  Cuma satu saja....kena bubuh consealer kat bawah mata.  Tu ja.....for me dia still nampak sangat cantik.

Nak tau apakah rutin penjagaan kulit Meghan:  Meghan Markle’s Favorite Facialist Shares Her At-Home Routine for Glowing Skin

Tapikan, macam mana floless pun wajah beliau yang seolah-olah tiada make up,  akak rasa wajah segar dengan frakles itu menjadi semak dan 'salah' hanya oleh kerana rambut Meghan Markle yang serabai!  Hangpa perasan tak,  dari dia mula-mula turun keluar dari kereta sampai habis event naik-naik kereta kuda tu semua,  hangpa boleh nampak rambut dia punya duk terkeluaq sana-sini.  Akak tau,  Meghan cuba nak nampak se-relax yang boleh.  Mungkin dia nak tekankan betapa dia ni seorang wanita Amerika yang free-no-protocol-follow-no-rules-kepala-butoh,  tapi its your fucking wedding dengan anak putera raja.  Boleh tak hang sikat rambut elok-elok?  Aku quote balik apa Thini Mohan kata,  "Rambut dia kusut masai macam baru balik clubbing!"  Nuffsaid.




Muka cantek dah berseri,  ditambah pulak dengan seri pengantin.  Tapi rambut................



Saja cari gambaq dia yang lain (lepas dia dah tunang dengan Prince Harry dan dia attend event-event rasmi,  haa...nampak tak rambut dia? Still sama dengan event dia kawen)  Serabai!


Ni gambar perbandingan,  Princess Diana,  Kak Ipar Biras dan dia.






MASTORA DAN BARLIAN

Menjadi satu tradisi kepada pengantin diraja untuk memakai tiara yang dipinjamkan daripada keluarga mentua.  Untuk majlis perkahwinan ini,  ramai yang menjangka beliau akan meminjam mana-mana tiara milik Mendiang Puteri Diana.  Tapi adalah satu pilihan yang tepat dan disukai ramai apabila Meghan memilih tiara milik mendiang Queen Mary iaitu nenda kepada Queen Elizabeth II.  Tiara ini diberi nama Diamond Bandeau dibuat pada tahu 1932 dan jarang-jarang sekali dipakai oleh Queen Elizabeth II malah mana-mana keluarga diraja. 

Akak sagat suka!!  Sebab tiara ni unik.  Dia macam cekak dan takdak kerawang-kerawang apa bagai!


Akak sagat suka!!  Sebab tiara ni unik.  Dia macam cekak dan takdak kerawang-kerawang apa bagai!


Nama tiara ni Diamond Bandeau.  Kerlas.

Mendiang Queen Mary.


Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry
Jangan lepas untuk baca review akak berkenaan Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry yang lain.  Here are the links:









3 comments:

  1. Sorang lagi. The other Prince William yg mati tak sampai hajat dia nak kawen dgn gf Szusy Starkloff.. kak jumie cari dlm youtube. Tajuk The Other Prince William

    ReplyDelete
  2. Akak, tak jumpa pun part 3, 4 5. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. btoi, kmi pun dok cari x dak pun,link dia x leh bukak pun

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com