18.5.18

Adakah Ini Serangan Psikologi?



Setelah beliau (DS Najib) 'turun takhta',  akak sangatlah kagum sebab beliau beranikan diri untuk tampil di khalayak ramai.  Bukan sahaja melalui PC yang disampaikan oleh BN dan seterusnya PC oleh barisan UMNO (masa dia umum letak jawatan),  malah setelah itu DS Najib kelihatan di khalayak ramai melalui sembahyang di masjid.  Seterusnya dalam video-video yang memaparkan semasa majlis sambutan ulangtahun UMNO yang diadakan secara sederhana (Majlis Kenduri Tahlil),  DS Najib kelihatan sayu dan hiba semasa berjabat dengan para jemputan yang hadir di kenduri itu.  Ada yang kata,  dalam video itu,  beliau menitiskan air mata kerana terlalu hiba.


Pada malam kita menyambut Ramadhan pertama,  melalui Instagram anak lelakinya,  DS Najib dilihat bersama-sama ibunya yang bertelekung,  selesai bertarawikh sempena Ramadhan pertama.
Semasa sesi pemeriksaan di rumah-rumah beliau di sekitar Kuala Lumpur,  timbul pula dua keping gambar menunjukkan DS Najib dengan baju Melayu sedang memerhati polis melakukan tugas-tugas geledahan.  Gambar beliau tertidur di sofa kerana letih (jam 5 pagi) menanti polis-polis menjalankan tugas juga menjadi perbualan umum.


Persoalannya,  kita ni semua kena kasihan ka kat beliau ataupun kita kena pikiaq juga sama ada ini adalah satu serangan psikologi?

click read more



Kalau difikirkan,  semua gambar-gambar dan video yang dah timbul hingga menerbitkan rasa 'belas kasihan' dalam kalangan rakyat Malaysia semuanya macam terlalu kena atau akak boleh sebut sebagai panahan tepat yang terkena pada kalbu rakyat Malaysia yang amnya adalah orang Melayu Islam dan selainnya walau kaum apa sekalipun,  adalah masyarakat yang beragama dan berpegang teguh pada ajaran masing-masing.


Jadi apabila kita tengok individu itu di masjid,  berpakaian putih dan suci.  Secara otomatik,  kita terdetik dan berkata " Ohhhh...sucinya...dia dah insaf".  Seterusnya,  masih kekal dalam baju Melayu (kita tak nampak lagi beliau dalam baju-baju lain,  walaupun kemeja),  Baju Melayu adalah simbol menunjukkan kesederhanaan yang menjadi identiti orang Melayu.


Tak dilupakan pula,  naik gambar DS Najib dan ibunya.  Sapa tak touching weh kalau tengok gambar ibu?  Tambahan pulak gambar emak yang sudah berusia.  Why sebelum ini aku tak pernah nampak,  atau jarang nampak gambar beliau dengan ibunya?  Cubalah kita sama-sama fikirkan!


Melalui gambar-gambar ini,  akak rasalah,  semua ini adalah satu serangan psikologi yang cuba menyerang emosi kita rakyat Malaysia.  Ya,  sehingga kini beliau masih belum pasti dapat dijatuhkan hukuman atau tidak,  tetapi setelah siasatan dan perbicaraan dibuat,  pastinya tupai yang pandai melompat akan jatuh ke tanah juga.  Seperti mana yang Tun M jawab dalam wawancara terkini bersama Wall Street Journal, beliau ditanya sama ada akan rundingan antara kerajaan Malaysia dan 'penjenayah' kes 1MDB sekiranya semua duit dipulangkan kepada rakyat Malaysia,  Tun M jawab "NO DEAL".


Oleh itu,  serangan psikologi ini dibuat untuk meraih simpati kita semua.  Sebagai manusia biasa,  yang beragama,  yang percaya pada Tuhan,  kita semua akan berasa gementar dan takut apabila kita tahu kita bersalah.  Samalah juga apabila kita melihat orang lain yang dalam keadaan susah,  fitrah kita akan secara otomatik menyebabkan kita luah rasa empati,  kasihan dan memaafkan!  Kita manusia,  kita akan rasa semua itu!


You can say I am kejam,  tapi aku nak hangpa semua sama-sama berfikir secara kritikal bersama aku.  Adakah kita percaya pada imej-imej lelaki tua,  rambut putih, pergi masjid,  pakai baju Melayu ini dan anggap dia seorang yang patut dikasihankan?


Tun M melalui balasannya tegas menyatakan dia tidak memberikan sebarang arahan yang menyebabkan kesusahan kepada pihak DS Najib dan keluarga yang sedang bersiap siaga untuk menyambut ketibaan Ramadhan.  Tun M jawab,  ini adalah prosedur polis.  Akak setuju,  sebab kalau kita nak tangkap pencuri,  kita tunggu sampai esok Subuh ka?  Ataupun malam itu juga kita kepung rumah dia?  Kalau kejam, pasaipa beliau malah ahli keluarga dan rakan-rakan masih boleh keluar masuk rumah,  siap boleh pi berbuka puasa kat hotel.  Haaa.......balaih lekaih.


Nurul Izzah pula memberikan komen yang menunjukkan belas kasihan kepada DS Najib dan keluarga.  Sebagai anak perempuan sulong DSAI,  suara beliau memberikan gambaran orang percaya kerana beliau sendiri pernah lalui pengalaman yang sama satu ketika dahulu semasa bapa dia diturunkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.  Tapi tak terfikirkah kalian,  kenapa dalam ramai-ramai pemimpim Pakatan Harapan,  Nurul Izzah seorang yang bersuara untuk menunjukkan belas kasihan pada DS Najib?  Sebab ini juga adalah satu strategi psikologi,  beliau seorang wanita,  seorang anak,  seorang ibu.  PH berjaya tunjukkan pada orang,  yang parti mereka ini masih lagi parti manusia.


Last point aku nak bagi kat hangpa,  PASAIPA SAMPAI LANI KITA TAK NAMPAK ROSMAH?  Bukan sahaja sejak daripada BN kalah PRU14,  akak rasa before-before that pun,  Rosmah dah tak kelihatan dalam kempen Barisan Nasional.  Kenapa?  Sebab mahu atau tidak mahu,  kita kena akui,  Rosmah tidak mempunyai imej yang baik.  Imej yang tidak baik untuk mewakili mana-mana parti apatah lagi dalam saat ini,  DS Najib memerlukan belas kasihan rakyat kerana sekiranya nanti dalam perbicaraannya,  emosi dan psikologi rakyat Malaysia yang dapat diubah mungkin dapat ringankan berat hukum.  Sebab itu Rosmah tidak dimunculkan.  Sorry that I have to say this,  aku bukan nak attack dia personally tapi ini aku cakap dari segi fakta.



Rosmah adalah seorang wanita yang berbadan gempal,  pendek,  gaya rambut yang selalunya kembang berkepuk dan mempunyai raut wajah yang sudah pastinya adalah hasil dari pembedahan kecantikan yang menemui kegagalan.  Semua ini adalah formula gagal untuk menunjukkan beliau seorang wanita yang mempunyai imej yang baik.  Sebab itu,  beliau disembunyikan.  Bayangkan dalam keadaan ini,  walaupun Rosmah kelihatan bertudung/berkelumbung menunaikan solat tarawikh,  tapi adakah kita semua akan rasa kasihan?  Atau rakyat jadi lebih eksaited nak kutuk dia dalam media sosial?  Lainlah DS Najib sebab rasanya beliau tak buat apa-apa pembedahan plastik di wajah.


Kita tak boleh nafikan kepentingan public image.  Prince Charles sendiri menghabiskan duit berjuta pound sebelum menyediakan cinta hatinya Camilla, Duchess of Cornwall di mata rakyat.  Beliau dikatakan menjalani pelbagai prosedur kecantikan kulit wajah,  rambut dan gigi.  Malah semua susunan pakaiannya diatur semula supaya Camilla nampak sebagai seorang wanita 'mahal dan royal' di mata rakyat Britain yang sudah hancur hati apabila wanita ini menjadi penyebab Prince Charles dan mendiang Princess Diana bercerai.  Oleh kerana 'royal upgrade' yang dikurniakan oleh Prince Charles kepada wanita ini,  akhirnya pada 2005 rakyat British seakan-akan memberi restu hingga mereka berdua untuk bernikah.  Carmilla Parker Bowel sudah dicintai oleh warga Inggeris sekarang. Semuanya dilakukan secara psikologi. Termasuk musik biola alunan wig kejung dan pidato yang disusun rapi. [Tambahan akhir ini dipetik dari komen Regina Ibrahim]

Ini sahaja catatan akak. Walaupun saya berpegang kepada pendapat bahawa gambar-gambar DS Najib adalah satu serangan psikologi,  tapi saya tetap tidak bersetuju dan langsung menolak layanan buruk kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang keenam ini.  Perbuatan menyonteng,  membuang gambar beliau,  digelakkan dan ditertawakan dikhalayak umum adalah cara manusia yang tiada pendidikan.

Sekian.

Jumizah
18 Mei 2018

8 comments:

  1. kami pon pikir mcm angpa.. dah kalah & salah..baru nak tunjuk baik..tunjuk gambaq dok solat, gambaq dgn mak..ehh semua yg elok2 lah.. mintak simpati tu semua... dulu masa dia kat atas.. bongkak sgt..opsss..betol sgt...serangan psikologi semua tu...

    ReplyDelete
  2. Totally agreed kak jumie.. lepas bca post kat atas ni tiba2 sy mcm kna tampar.. btul jgk tu.. kdg2 timbul jgk rsa kasihan.. tp bila bca psal brg rmpasan tu.. wah.. bnyk giler kot.. 😡😡😡

    ReplyDelete
  3. Kan kak jumie, saya setuju juga.

    ReplyDelete
  4. Setuju yang lasy tu. Salah macam mana pun dia. Dia masih manusia. Nak tegur dan marah boleh tapi berbatas. Dia orang tua.

    - raidah -

    ReplyDelete
  5. between najib and current prime minister is a lesser of 2 evil. both play this tactic when they are not in power. it sadden me that jumie u failed to see this point.

    ReplyDelete
  6. Sy pon rase mcm tu jgak.. die cube meraih simpati org awam padahal jenayah yang dilakukan besar. I won't buy into any of that! Ni adalah satu contoh utk mane2 pemimpin yang zalim, ni la pengakhiran korg..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com