21.5.18

Filem Mudhalvan [1999] Sinonim dengan Suasana Politik Malaysia Pasca PRU14



Filem Tamil ini adalah sebuah filem lakonan Arjun Sarja dan heroinnya Manisha Koirala (terkejut juga Manisha boleh cakap Tamil,  atau dia duk parroting,  im not sure).  Mengisahkan seorang wartawan yang dalam temubual bersama Ketua Menteri dia telah menyelar Ketua Menteri itu dengan beberapa soalan panas.  Bila Ketua Menteri tu dah marah,  dia cabar Arjun untuk menjadi Ketua Menteri dalam satu hari.  Makanya,  apabila dia mendapat kuasa menjadi KM untuk satu hari,  Arjun buat kerja dengan baik.  Hapuskan rasuah,  tangkap orang-orang yang menyeleweng dan paling utama,  dia memecat KM yang sedang 'tiada jawatan' tu.  At the same time,  dia terima macam-macam percubaan bunuh yang dilakukan oleh konco bekas KM.  At the end of the day,  Arjun telah menyemarakkan suara rakyat yang sudah lama terseksa akibat dari pentadbiran yang terlalu banyak rasuah.


click read more





I was 14 when I first saw this movie on TV and asked my mother,  "Mak ni cerita betui ka?" Mak aku kata "India memang negara yang banyak rasuah....cerita ni depa buat la sebagai pengajaran," 19 tahun kemudian,  bila kita lalu PRU14 aku terus teringat pasai filem Mudhalvan.  Jalan ceritanya mungkin tak sama,  tetapi asasnya sama iaitu bagaimana kuasa rakyat menjatuhkan pemimpin yang korup.

Cerita ni best juga sebab lagu adalah dari AR Rahman,  pastu skrip memang power,  skrip komedi pun lawak dengan penampilan Vadivelu dan Manivannan yang natural.

Tapi sorry kalau bukak Youtube cari film ni yang ada subtitle memang so far tak jumpa lagi la.  Tapi akak share kat hangpa video yang full film dulu.

Harap pihak TV3 tayangkan filem ini sekali lagi dalam TV sebab dulu akak tengok filem ni kat TV3 la!





(Hangpa tak boleh tengok sini)  Klik dan watch on Youtube okay.


And here are some of the video clips yang akak jumpa dalam youtube yang ada subtitle.  Hangpa boleh tengok.

4 comments:

  1. rasanya ada versi hindustan hero dia Anil Kapoor. punya la sedih cerita tu sampai bapak dia mati rumah depa kena bom dengan orang jahat.

    ReplyDelete
  2. betul ada filem versi hindi anil kapoor berlakon. tajuknya NAYAK

    ReplyDelete
  3. Nayak in hindi. Sama cerita

    ReplyDelete
  4. Nayak was the hindi remake of this movie.. same director..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com