17.5.18

MET GALA 2018 - Gereja dan Fesyen



Hello u olls,  pada 7 Mei 2018 telah berlangsungnya MET GALA 2018 di Metropolitan Museum of Art, New York City, New York, United States.  Kepada yang sudah arif,  memang setiap tahun akak akan membuat review penuh mengenai event ini.  Sebab akak memang suka tengok yang cantek-cantek,  especially fesyen yang cantek-cantek.  Fesyen adalah satu olahan seni!  Ada yang suka lukisan,  ada yang suka filem,  ada yang suka bunyi.  Akak suka semua,  termasuklah olahan seni dalam fesyen.

Jadi kepada u olls yang tak tau apa MET Gala tu?  MET adalah short form kepada Metropolitan Museum of Art yang terletak di New York.  Muzium depa ni sempoi sebab ada satu seksyen yang mendedikasi khas kepada perkembangan fesyen.  Saban tahun,  muzium ini akan berkolaborasi bersama majalah fesyen orang kaya dan 'ada-ada' sahaja iaitu Vogue untuk mengadakan sebuah majlis makan malam atau gala untuk mengutip sumbangan dan dana untuk disalurkan ke arah penyelidikan perkembangan fesyen di institusi muzium itu.

Disebabkan editor majalah itu adalah seorang yang sangat berpengaruh (Anna Wintour) dan penglibatan pereka fesyen hebat malah selebriti yang berebut-rebut untuk terpilih menjadi hiasan di karpet merah MET gala,  sudah pasti,  pencinta fesyen seluruh dunia akan tertumpu kepada event besaq ini.

Setiap tahun,  pasti ada tema-tema tertentu yang ditetapkan.  Tahun ini tema depa adalah Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination.  So meletops kan?  Tidak dinafikan semua agama dan budaya di dunia ini mempunya olahan seni yang tersendiri.  Agama Kristian antara agama yang menganjurkan olahan seni yang menggambarkan ikon penting dalam agamanya seperti Jesus dan Mary.  Dari fesyen rahib dan paderi hingga ke pope,  reka seni bina gereja dan semuanya yang berkembang di sekelilingnya menjadi inspirasi untuk tema MET Gala tahun ini.  Jom baca lagi!


click read more

Kat sini akak just nak bincang secara menyeluruh apa yang akak nampak dan baca mengenai apa yang berlaku di sekeliling event ini, tapi untuk tengok semua gaya fesyen dan ulasan dari akak,  u olls klik pada link-link kat bawah.  Bukan klik bait ya u olls,  akak just nak pastikan review akak lebih tersusun dan u olls lebih puas dihidangkan dengan informasi seni fesyen yang lebih baik.  Akak dah buat homework semua untuk u olls (sebaik mungkin),  i hope u love it!  Okay ayat-ayat formal akak akan berakhir melalui titik ini....from here on,  bahasa nok-nok akak sudah dimulakan dengan butang PLAY!

Macam-macam jadi sepanjang event ni,  akak belek almost semua news yang ada la.  Dan akak pilih yang penting2 dan menarik jers.  Jom baca.

1.  Selena Gomez fake tanned.  Siriesly akak macam terkejut jugak tengok awat makcik ni tiba-tiba duk feeling gelap kelabu asap macam baru mandi laut tengah-tengah rembang,  pastu tak mandi ayaq putih balik.  Dia sendiri pun perli diri dia sendiri dalam IG dia dengan mengatakan dia akan 'lari' bila tengok gambar sendiri yang sangat fake tanned.  Ini pengajaran kepada dia dan make up artis dia,  hati-hati pakai pilih produk untuk make up badan.  Sebab selebriti ni,  bila bersiap pi event,  depa bukan make up muka ja...satu badan depa satu foundation ya!



2.  Bini George Clooney.  Akak macam rimaih sebab Amal Clooney macam media ni over sangat kat dia.  Okay...dia adalah bini George Clooney,  but she be just who she is...AMAL CLOONEY.  (nama dia Amal).  Ini setiap gambar kena ada George Clooney kat sebelah,  posing sama-sama.  Pastu duk berulang kali,  tak mention ni Amal Clooney,  tapi duk mentioned "George Clooney's wife".  Amal Clooney menjadi salah seorang co-chair (ala-ala Pengerusi Bersama) untuk event MET Gala untuk tahun ini.....haaa kerlas!  So bila hangpa nak start memberikan penghormatan kepada wanita hebat ini dalam laporan hangpa?  Akak feeling feminis sat.

Amal Clooney In Richard Quinn.  Baju dia diperbuat daripada metarial tin foil!


3.  Baju ScarJo yang kontroversi Why kontroversi?  Sebab dia pakai baju Marchesa.  The only selebriti yang pakai baju dari kompeni Georgina Chapman yaitu isteri kepada lelaki buaya yang terlibat dalam skandal gangguan seksual yang meletops baru-baru ini iaitu Harvey Weinstein,  akak ada review kat sini.  So bila ditanya,  pasai pa dia pakai Marchesa?  Dia kata,  Georgia Chapman tidak perlu dihukum hanya kerana suami dia yang berperangai babi.  Malah Anna Wintour dalam interview bersama Stephen Colbert menyatakan dia setuju dengan keberanian dan pendapat ScarJo itu kerana Georgina Chapman sendiri adalah seorang pereka fesyen yang baik!

Kerlas ScarJo very the berani!



4.  SJP nampak terlalu tua Akak sangat pereng(marah) bila baca twitter ramai duk kutuk kata bintang Sex and The City ini kelihatan terlalu tua.  Ada yang kata,  dia nampak macam isap 40 batang rokok sehari.  WEHSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS SHE IS 53 AND SHE IS A BLOODY HUMAN BEING!  Aku lebih suka tengok muka SJP yang berkedut dan macam sagging-sagging sikit daripada tengok muka Kim Kardashan yang dah makin lama duk mai nak jadi kucing dah.  Muka fake dan kita sah sah tau,  dah banyak kali duk pi masuk keluar hospital buat macam-macam treatment awet muda.  Betui tak?  So tak mau kutuk kutuk SJP,  i love her!  She will always be my Carrie Bradshaw.




5.  Artis yang tak mai?  Selebs meletops yang tak mai,  Beyonce,  Lady Gaga,  Chrissy Teigen dan ramai lagi.  Beyonce tak mai sebab dia kena gigit kat pipi.  HAHAH sapa yang tak tau,  pi cari kat Twitter #whobitbeyonce.  Lawak wehs.  Kisahnya,  sepupu akak Beyonce,  pi party.  Ya,  akak dan Beyonce adalah sepupu.  

Pastu ada satu selebriti ni (identiti selebriti ini masih misteri)  duk high macam mana ka,  pi gigit Beyonce.  Rasanya kena gigit kat pipi.   Walaupun Beyonce tak cedera,  tapi benda ni jadi viral apabila pelawak Tiffany Haddish menceritakan macam mana Beyonce kena gigit kat party,  pastu dia (Tiffany) pi kat Beyonce dia kata "Detu gigit hang ka?" Ni akak dah translate siap-siap dalam Bahasa Penang.

Beyonce balaih "Haa...dia gigit.  Tak payah la pi kacau dia apa-apa.  Dia high (drugs) bukan mabuk minum.  Dia bukan selalu macam ni.  Biaq pi kat dia.  Relax sudah..." Kerlasss sepupu aku iman punya tebai.  Kalau aku...mampuih dah detu nanti kena bomb macam Altantuya.  Tapi gais,  official source menyatakan Beyonce tak mai sebab dia dan abang Jay pi bercuti sebab lepas ni depa nak sibuk dengan On The Run Tour dah.

"[Beyoncé] was like,'Tiffany, no. Don't do that. That b**ch is on drugs. She not even drunk. The b**ch is on drugs. She not like that all the time. Just chill,'" Haddish said.

Orang lain yang tak mai Lady Gaga  sebab dia duk sibuk berlakon filem A Star Is Born.  Chrissy Teigen duk sarat mengandung.  Taylor Swift duk sibuk degan dia punya konsert.....tapiiii makcik ni banyak sangat kontroversi tak elok lepas-lepas kes Kim K keluarkan rakaman suara dia dengan Kanye (that's another story) terus dia pun sangat diam sekarang.  Kanye West pun tak mai,  bini dia kata dia duk sibuk buat rakaman album.  Dan akak perasan pelakon kesukaan akak Lupita Nyong'o tak mai.  :(

Beyonce tak mai pun takpa,  masa Grammy 2017 dia dah feeling dah pakai ikut tema Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination ni!



6.  Piers Morgan mengamok dengan tema ini bagi pihak penganut Katolik.  Dalam artikel dia melalui Daily Mail UK,  dia duk bara sebab tema tahun ni pasai agama Katolik.  Dia kata,  dia tak la alim sangat tapi dia tak suka bila depa ni semua duk guna imej agama dalam bentuk yang sangat seksual dan dipakai oleh para selebriti yang moralnya pun tak berapa nak best.  Dia kata "Kalau lah depa pilih depa ISLAM atau YAHUDI,  mesti event ni akan dihapuskan".  Kemarahan dia macam nak kata,  kenapa orang Kristian macam relaks sangat budaya agama depa dipermainkan semudah ini atas nama seni.  Tapi aku rasalah,  Kristian sememangnya dari dulu cara depa nak sebarkan agama ini memang lebih terbuka caranya melalui lukisan,  muzik dan fesyen.  Sebab tu untuk event ini,  cardinal Amerika Syarikat dijemput sebagai guest of honor untuk majlis ini.  Haa...bergaduh la sesama hangpa.  



7.  Rumors Makcik Wintour nak berenti.  Haaa yang ni aku bubuh paling last sekali!  HAHAHA.  Ada rumors mengatakan MET gala ini akan menjadi penglibatan terakhir Anna Wintour sebab lepas ni pun dia tak akan jadi editor Vouge dah.  Pasaipa?  Sebab depa kata,  kutipan dana untuk event ini dah semakin jatuh sebab dia.  Semua ni politik ni.  Tapi Anna Wintour pun dah tua,  68 dah.  Maybe depa nak cuba muka baru,  idea baru,  sebab dunia pun dah nak berkembang ke dekad kedua dalam umur milenial ini.  Dia dah pegang jawatan ini lebih kurang sejak tahun 80an.  Tapi come on,  kalau dia masih releven,  why not teruskan sahaja? Tengoklah PM Malaysia,  93 u olls!




Head Parade
Bila sebut gereja aku duk nampak pope punya papal dan tiara dah!  Ramai yang menggunakan kesempatan ini untuk pakai macam-macam jenis headgear.  Jom tengok.

 Frances McDormand (kiri) bersama Pierpaolo Piccioli, creative director of Valentino dan Anne Hathaway.

Dalam head gear SJP ada penggambaran semula peristiwa kelahiran Nabi Isa.


Madonna memilih untuk memakai pukat jala dimukanya.

 Kerja manik yang sangat halus dan menarik.  Akak suka tak mau carut.


Yang ni kita panggil gelungan NIZAL.  Dia kalau tiba-tiba duk puji aku buat baik,  dia akan kata "Hang tak nampak ka gelung kat kepala aku?" 

Aku suka dua dua ni punya head gear.  Sorang hitam sorang putih!  Memang meletops.



Best Make Up 
Bagi akak make up look paling best adalah Emilia Clarke.  Sebab dia menggunakan kelebihan dia yang memiliki kulit putih pucat untuk membuat make up ala-ala pipi merah macam mana patung-patung dan lukisan tuhan dalam karya Katolik.  Make up artis dari jenama Laura Mercier  bertanggungjawab untuk dapatkan look ini.  Nak tau lebih lanjut,  baca sini:  Only Emilia Clarke, Queen Of The Seven Kingdoms, Can Wear This Much Blush

Emilia Clarke In Dolce & Gabbana Alta Moda 




Best Look
Kalau ramai yang angkat Pope Riri sebagai best look malam itu,  tapi akak pilih Jasmine Sanders.  Dia ni model.  Untuk MET Gala 2018,  dia gayakan dress dari H&M yang diinspirasikan daripada lambang agama Kristian iatu Sacred Heart.  So boleh nampak tak shoulder untuk dress ini ala-ala bentuk love.  Akak suka make up dan rambut dia juga.  So this is my best look sebab tak semestinya kena literally amik seketoi-seketoi imej itu.  Kita kena buat olahan seni yang cantek tapi misteri!  Baca sini:  The Story Behind Every H&M Gown (and Suit) on the Red Carpet



Lambang sacret heart,  aku pun tak tau sangat pasai pa ada sacret heart ni.  Pasaipa gold?  Pasaipa merah?  Hangpa rajin pi la baca kat Wiki ka.


Designer's sketch!




Worst Look
Akak kena bagi kat Kris Jenner.  Deni tiap tiap tahun sejak anak dia KimK berjaya kawen dengan Kanye West,  Kanye pujuk2 Anna Wintour last sekali barulah kaum keluarga Jenner + Kardashian boleh mai kat event ni tau.  Tapi tiap-tiap tahun jugak makcik Kris ni tak tau nak pakai bagi nampak mahal,  bukan mahal harga,  tapi mahal nilai dan citarasa olahan fesyennya.  Sama juga tahun ni,  dah la baju ni macam tak difitting dengan elok,  asalkan ada cross dan bulu-bulu,  dia rasa dia tak elok dah.  Harap dia letak effort yang lebih untuk tahun tahun depan daripada terus merosakkan mata kami dengan taste u olls yang tak best.

Kris Jenner in Tommy Hilfiger



Best Look for Men
Seksinya....................................................................okay thanks bye!

  
Chadwick Boseman In Versace 


Jangan lepas untuk baca review akak berkenaan MET Gala 2018 yang lain.  Here are the links:

MET GALA 2018 - Gereja dan Fesyen
MET GALA 2018 - Part 2
MET GALA 2018 - Part 3

BIG SHOUT OUT to anak-anak ayam akak yang #PMTepi kat akak sebab tazabar nak baca review akak pasai #METgala ni.  @ANISbettyAZMAN & @vshnu.narav.  Harap hangpa puas hati!


Sumber:
Dailymail.co.uk
Redcarpet-fashionawards.com

2 comments:

  1. yasss.. dok tggu kak jumie ulas... pas met gala, dok tggu ulasan ni.. huhu.. rpanya tuan punya blog ni sakit.. cek tak tau.. apa pun cek suka tema tahun ni.. meriah and rich kaler dia.. tpi geng kardashian/jenner mcm biasa, mcm tak reti ikut tema..

    ReplyDelete
  2. Samalah. SETIAP HARI Bukak blog kak jumie tunggu review ni. HAHA

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com