26.3.18

Doakan Mantaro Cepat Sembuh!

Duduk tak duduk,  pada hari Isnin yang lepaih,  tengah akak eksaited lompat-lompat kat padang USM dengan skirt TUTU tiba-tiba bro kami Lanun Resdong's called.  Tapi akak tak dengar call tu,  pastu akak check mesej Whatsapp baca mesej dia kata ... "Mantaro eksiden...masuk ospital. Saya tengok dalam page kawan dia..." 

Allah.  Terkejut la wehs.  Detu dalam duk elok-elok dengan gang semua pi tengok Gegar Lawak Final (kawan kami juara woot woot....)  kat KL,  pastu bila masa deni boleh eksiden pulak?  Pastu knowing Mantaro punya style, dia akan habaq kat kami kalau apa-apa jadi.  Ni sengap ja!

So last sekali,  kami pun contact-contact dan semalam akak,  Lanun,  Awie dan DJ Oss berangkat ke Ipoh untuk melawat Mantaro di Hospital Pantai.  Mantaro masuk hospital sana sebab dia memang kerja kat Ipoh,  specifically dia kerja kat MAPS Ipoh!


BEFORE MIERA LIYANA
Baru syiok-syiok selfie dengan Miera Liyana kat Gegar Lawak Final.  Sekali pinggang terkehel.  HAHAHA

AFTER MIERA LIYANA
HAHAHAH peace out kunon!

Penyebab
Mantaro menceritakan, pada hari Isnin yang lalu, dia seperti biasa semasa bertugas sedang bantu untuk angkat beberapa barang. Ada satu muatan tu, lebih kurang 20kg. Mantaro berjaya sambut dan angkat muatan tersebut macam biasa. Tapi dia ada rasa bunyi POP di pinggangnya. Tapi tak rasa sakit dan dia masih boleh berjalan. Tak lama lepas tu, dia mula rasa kebas di kaki (kedua-dua belah) dan menyebabkan dia tak boleh berjalan. Dia bagitau kawan2 sekerja dan mereka menasihatkan dia untuk berehat. Apabila dia baring, terus dia tak boleh bergerak dan bangun. Dia rasa sakit yang amat sangat. Mantaro dikejarkan ke hospital menggunakan ambulance untuk mendapatkan rawatan. Pihak doktor menyatakan dia mengalami lumbar back sprains.


click read more

Apa itu Lumbar Back Sprains?

Lumbar adalah merujuk kepada 5 tulang belakang pertama dari tulang punggung. Sprains pula bermaksud terseliuh, terkehel atau tergeliat. Together, lumbar back sprains bermaksud, tulang belakang yang terseliuh.


Melalui penceritaan Mantaro dan pembacaan kami, Lumbar Back Sprains adalah apa yang terjadi apabila seseorang individu mengangkat bebanan yang terlalu berat. Apabila otot badan yang diperlukan untuk mengangkat bebanan tidak dapat menampung berat tersebut, bebanan itu dikongsikan ke ligamen (tisu yang menghubungkan tulang2). So bila ligamen pun dah stressed out (sebab muatan berat tu berlebihan), maka ligamen boleh terkoyak. Apabila ligamen di bahagian tulang belakang terkoyak, itu yang menyebabkan beberapa tulang lumbar Mantaro terkehel.






Rawatan
Buat masa ini, Mantaro duk kena telan ubat tahan sakit sebab tanpa ubat-ubat tu, memang tak tahan sakitnya dan dia sukar untuk tidur. Setiap hari, dia kena buat sesi fisioterapi untuk membolehkan dia mampu berdiri dan berjalan. Sehingga Man boleh berjalan (menggunakan tongkat) barulah sekurang-kurangnya dia dibenarkan untuk pulang ke Pulau Pinang untuk meneruskan rawatan yang seterusnya. 


 

Gambar Masa Perjalanan Ke Ipoh







Harapan
Apa yang Man tanggung ni memang perit juga.  Kepada yang 'tahu',  bak kata pepatah,  sudah jatuh ditimpa tangga,  pastu terpijak taik pulak.  Tapi ini semua kifarah yang Allah dah susun untuk kita agar mudah urusan kita di sana kelak,  apa yang kita boleh buat adalah terus berdoa agar Mantaro diberikan kekuatan dan kudrat untuk terus semangat menghadapi cabaran ini. Amin.  

Follow page Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang kat sini:  Persatuan Teater Resdongs

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com