23.3.18

Berjalan-Jalan Melihat Alam


Hello u olls,


Sejak tahun ini,  akak nekad untuk mempertingkatkan kesihatan fizikal dan mental akak,  oleh itu akak menyahut saranan pihak doktor agar akak menurunkan berat badan.  Nak surut banyak-banyak mungkin mustahil sebab doktor suruh akak kawal pemakanan akak juga.  Noks....kita buat sikit-sikitlah.  Mana tau esok lusa akak kurus kembali macam zaman Kak Janz,  barulah En Khafi pungkoq keluaq cakcing,  aku nak pi mana pun dah tak boleh kan!


So starts tahun ni,  akak dah mula berjalan kaki.  Seminggu 2 atau tiga kali.  Setiap kali berjalan lebih kurang 30 minit.

Mula-mula rasa macam ish,  susah sangat nak buat,  tambahan pulak beberapa tahun yang lalu,  akak cuba untuk berjalan kaki (eksesais) menyebabkan esok paginya akak tak boleh berpijak di bumi yang nyata.  Tumit kaki sakit macam gila babi.  Pi Hospital Pulau Pinang dan doktor habaq akak kena plantar fasciitis,  tumit sakit sebab berat badan akak.  So akak kena pi fisio yang sakit macam babi pastu akak dinasihatkan tak boleh nak eksesais teruk-teruk,  nanti jadi lagi sakit.  Kalau buat eksesais,  buat sikit-sikit dan bila sakit akak kena berehat ja.  Jangan push over-over sangat.

Tapi apa yang akak buat adalah?  Terus 1 tahun labih akak tak eksesais...hahahaha sampailah tahun ini.

So bila akak dah start eksesais,  memang akak rasa happy sangat-sangat sebab badan rasa sedap,  amazingly badan tak rasa lenguh-lenguh,  tumit kaki akak pun dah tak sakit.  Dulu akak selalu rasa penat,  takdak mood,  badan rasa letih,  nak buat apa pun rasa berat ja...tapi alhamdulillah lani dah rasa lebih fresh.  Memang amazing apa eksesais can do to our body.  Especially,  hormon-hormon natural yang memberikan ke-happy-an pada tubuh badan akak pun dirembes dengan jayanya!

Methodnya,  akak balik kerja 5.10pm,  sampai rumah,  kemas2 apa lebih kurang,  tukar baju,  6.30pm akak starts berjalan keliling blok flat rumah akak iaitu di Taman Tun Sardon.  Kalau akak rajin,  akak start motor,  masuk USM dan jalan dalam USM ataupun terus ke Bukit Dumbar,  satu kawasan yang popular di Penang sebagai tempat beriadah.

click read more


Kepada u olls yang nak memulakan aktiviti seperti ini macam akak,  here are my simple tips:
  1. Takyah ajak2 kawan! Buat sorang-sorang.  Why?  Sebab kalau kita buat sorang,  kita tak payah tunggu-tunggu,  dan motivasi kita akan down kalau kawan kita tak jadi/cancel nak berjalan dengan kita. 
  2. Kalau takdak kasut sukan,  pakai slipper yang elok pun okay.  Tapak dia ada support.  Sebab kita nak berjalan ja.  So takdak alasan nak kata..KASUT SUKAN ROSAK...TAKLEH JALAN!
  3. Kenalpasti kawasan yang kita nak berjalan.  Cari tempat yang selamat.  Kawasan yang tak ramai orang lalu ada risiko nanti kena ragut ka apa ka.  Ataupun kena ligan dengan anjing!  (Kalau boleh bawa hiking stick/tongkat).
  4. Untuk beginners,  tak payah buat banyak-banyak,  hari pertama,  jalan 15 minit dah cukup.  Pasaipa? Sebab kalau kita buat terus ekstrem,  nanti kita tak larat dan nescaya esok kita terus takdak mood nak buat.
  5. Jangan paksa diri (ini pesan Kak Muna),  kalau tak larat.  Duduk berhenti atau call sapa-sapa suruh amik! 
  6. Install apa-apa apps kesihatan yang boleh monitor lokasi larian,  steps dan sebagainya.  Ni bukan apa...sajala sebagai rekod dan motivasi.  

Gambar akak duk jalan-jalan.  Gambar ni semua akak selalu share dalam IG Story sahaja.  Hangpa dah follow IG akak?  @jumiekhafi

Jarak jalan2 dalam USM.  Selalunya akak habis 3km.  Alhamdulillah! Jalan dalam USM best sebab lokasi kami berbukit.



Jumpa bunga,  haruslah selit kat kepala.  Ada banyak lokasi eksesais dalam USM.  Stadium USM,  area tasik-tasik dan area bukit Jannatun.  Akak suka jalan kat area Bukit Jannatun (yang ada tulis USM tu) sebab kat situ tak ramai orang,  banyak pokok-pokok dan pemandangan sangat cantek.  Kawasan sini berbukit!


Kalau jalan keliling rumah akak di Taman Tun Sardon,  akak akan jalan dari rumah akak,  pusing jalan belakang macam mana ka,  lalu depan sekolah Haji Md Noor,  pastu turun mai rumah akak balik.  Cukup 1km!

Bersama Yazid Aziz,  deni la satu-satunya yang aku duk pi jalan sekali.  Tapi sampai kat lokasi,  dia jalan sorang2 dia.  Aku jalan sendiri.  Last2 kami jumpa balik.


JALAN DARI OPIS KE RUMAH!

Dan baru-baru ni,  akak telah menyahut seruan daripada boss akak sendiri untuk berjalan kaki balik daripada office akak di USM dan balik ke rumah akak di Taman Tun Sardon.  Actually kalau sapa orang Penang mesti tau la,  betapa dekatnya Taman Tun Sardon dan USM.  Macam akak duk mai kerja setiap hari,  setelah 12 tahun duk redah jam dari Ayer Itam mai USM sampai naik fed up,  lani akak mai kerja,  bawak kereta tak sampai 7 minit dah sampai USM.




Tapi kalau berjalan kaki.....ermmm memang nak berpeluh ketiak la jugak!  Jaraknya lebih kurang 3.68km.  So one day,  akak dah habaq kat husband,  akak nak balik sendiri jalan kaki.  Akak bawak baju + kasut sukan siap-siap,  salin baju lepas balik kerja terus akak jalan kaki balik.



Menuruni Bukit Jannatun.

Alhamdulillah memang best sangat-sangat.  Sepanjang perjalanan,  ada staf yang berhenti di tepi jalan bila nampak Jumizah berjalan kaki....depa nak bagi tumpang.  Thanks Kak Illa Dewan Budaya, akak kata...ehh takpa-takpa...saya nak jalan.  Pastu lalu kat kawasan perumah di Minden Heights,  ada budak-budak kecik yang teruja bila ada makcik gemok lalu depan rumah depa,  depa berlari ke pagar dan panggil "Makcik..." 




Lalu depan Peace Learning Centre,  Sekolah untuk anak-anak Rohingya.

Bukan ja budak kecik, ada rumah orang yang membela anjing,  anjing depa pun mai berlari-lari tegur akak..."hoo Hooo...." baguih betui depa teruja tengok 'bitch' besaq duk berjalan.

Bila selamat sampai di belakang Tadika Perpaduan Taman Tun Sardon,  akak di sahut oleh Kak Icha,  mak ayam lama yang dihormati.  Dia keluar dari semak samun "Heyyy Jumie buat apa?" tangan dia penuh dengan tumbuh-tumbuhan.

"Saya eksesais la Kak Icha...."

"Haa...baguih..." kata Kak Icha sampai tunduk-tunduk lagi kat rimbunan semak.

"Kak Icha duk buat apa!" tanya akak,  curious!

"Duk cari pokok kucing...." kerlass....Kak Icha adalah pembela kucing yang tegar.  Dia ada kucing comel nama Sasuke.  Tapi kucing tu dah arwah.

Oh sudah!  Memang seronok berjalan.  Akak nak buat lagi pada masa depan.  Apa pun kepada u olls semua,  marilah beramai-ramai kita menggerakkan pungkok kita semua untuk menjadi wanita yang lebih sihat.

Selamat sampai depan blok rumah akak!


ps/  Before starts akak punya berat badan 110kg.  Lani dah turun 106kg.  Alhamdulillah.

























1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com