26.3.18

Tahniah Tok Ti


Hello u olls,


Wahhh setelah berapa belas tahun menanti,  akhirnya Tok Ti dan Dato' K dikurniakan anugerah dari Allah seorang bayi perempuan pada minggu lalu.  Kecoh semua orang dengan kelahiran ini.  Aku pun,  sama-sama nak tumpang happy dengan Tok Ti sebab aku pun peminat Tok Ti walaupun takdaklah se-obses sesetengah orang sampai beli kalendar Tok Ti semua (butoh takdak kerja...pakai kalendar kuda sudah laa...),  aku pun duk follow IG Tok Ti dan tengok perkembangan dia.


Memang dia ni daripada before dia kawen sampai dia dah kawen,  memang dia jenis keibuan gitu dan of course lepas kawen dia teringin nak ada baby.  Tapi nak buat macam mana,  masanya belum sampai.  Macam-macam orang kecam dan tabur fitnah,  paling popular sekali orang kata "Datok K bukan nak anak dah...dia dah anak ramai..." Ish maknusia.  Selagi boleh kata,  depa kata sungguh-sungguh.


Tapi akhirnya,  penantian tu tiba juga.  Before dia melahirkan,  Tok Ti buat lagu untuk anaknya bertajuk Comel Pipi Merah.  Memang best lagu tu,  ala-ala lullaby yang Melayu gitu.  Ting ting ting tara.....sekali dengar duk terngiang-ngiang dalam kepala.  Tapi video klip tu,  dirakam bersama-sama peminat Tok Ti iaitu Siti Zoners sekalian.  Penuhlah muka-muka kakak-kakak dan hadek-hadek kita,  berpakaian pink bertepuk-tepuk bersama Tok Ti.  Baguih Tok Ti,  bagai satu penghormatan apabila dia buat rakaman video ni bersama semua peminat yang sama-sama mendoakan kelahiran tersebut.  Baguih.



Tapi aku tak boleh blah status blogger Kak Diyana Yang!  HAHAHAHAHAH dia kata:  




click read more

Akak rasa tumpang happy kat beliau sebab bagi akak kan,  Tok Ti ni adalah ikon negara yang kita semua kena sama-sama bangga.  Macam mana dia daripada kampung ulu banat,  kerja kuat,  displin,  jadi penyanyi dan penghibur yang disegani,  dan bila dia nak kawen,  macam-macam cabaran pulak sebab dia pilih seorang lelaki yang berstatus duda.  Haruslah kontroversi u olls.  Pastu dia kena kecam,  kena hina,  kena fitnah macam-macam.


Sama la untuk akak dan semua wanita-wanita yang kepingin untuk melahirkan,  Allah dah susun dah untuk kita.  Tak esok,  lusa pulak kita punya turn.  Tapi buat masa ni,  kita mau relaks buang,  jangan kalut-kalut,  jangan lah nak marah-marah.  Rezeki dan ajal tu,  rahsia Allah buat apa kita nak tau?  Bila mai nanti turn kita,  kita ting ting tara la sama-sama.  Tapi bak kata mama Gina,  kalau sampai sudah pun memang bukan tentunya kita melahirkan zuriat dari rahim sendiri,  BANYAK LAGI MATA-MATA BULAT YANG MEMERLUKAN IBU?  Maksudnya,  anak-anak terbuang yang boleh kita angkat sebagai anak sendiri.


Belum Apa2 Dia Dah Share
Haaa...satu lagi yang menjadi kontroversi selepas kelahiran anak perempuan Tok Ti adalah apabila seorang make up artist ka apa,  dia pi melawat baby tu,  pastu dia pi post kat Facebook dia.  Haaa last sekali kena kecam dengan Siti Zoners sekalian,  sebab belum apa-apa dia yang terhegeh dulu nak share.  Bukan apa,  kita kenalah hormati permintaan keluarga Tok Ti.  Depa selebriti tahap kebangsaan punya,  of course apa benda pun ada formaliti dia.  Kita ni tetamu,  kenalah ikut permintaan peribadi keluarga anak tu.

Tapi mak rasa,  sapa yang share tu...memang nak popular cepat.  Kunon dia nak viral la.  Haaah!  Viral betui bak hiang sampai kena kecam.  Last-last dia pun tutup Facebook dia!  Aku yang bukan Siti Zoners pun bara dengan perbuatan tu sebab bagi aku,  ini adalah hak peribadi orang,  janganla main-main.



Dah Melahirkan Pun Kena Kecam
Kalau akak melahirkan nanti,  insya Allah akak pun memang ada la feeling light-light.  Selalu kata kat hasben akak,  kalau aku nak beranak nanti,  nak simpan duit siap-siap,  untuk upah orang masak + bagi mandi baby + urut ibu semua sekali.  Bukan apa,  lani zaman modern dah,  ramai wanita di luar sana yang pandai berbisnes.  Depa tawar pakej kat internet macam-macam.  Pakej urut baby + urut mommy,  pakej masak masakan orang berpantang...senang semua ada.  Kita tak payahlah nak harapkan orang-orang tua kita.  Nenek nanti mai tengok cucu,  amik-amik gambar dan post kat FB sahaja.  Tak payah susah-susah macam dulu kena jaga anak yang melahirkan.


Tu yang akak meluat sungguh dengan netizan pengkecam yang semua benda kat dunia ni depa nak kecam.  Bila Tok Ti habaq kata dia bayar berapa ribu pakej untuk jaga dia dan baby apa semua,  orang kata dia membaziaq duit.  HELLLO....................TOK TI TU JUTAWAN KOT!  Bek pila dia nak bayar berapa pun pakej terbaik untuk diri dia dan badan dia sendiri.  Yang hangpa semua sibuk-sibuk nak pertikai pasaipa?


Netizen pengkecam ni semua hati-hati hitam tak tau duduk sengap,  kerja pemalas,  mai office main Facebook,  boss bagi kerja tangguh-tangguh.  Malam-malam orang buat part time cari duit,  hangpa sibuk stalk orang kat IG,  last sekali? Orang mampu bayar duit sendiri ampa duk merengkam sorang-sorang.

PEMBETULAN:  Pakej penjagaan dalam pantang yang beribu ringgit itu ditaja oleh sebuah syarikat kepada Tok Ti dan keluarga.  IG syarikat tu kat sini:  @natalis_berpantang_bersalin/ Dibetulkan oleh Puan Azimah Aziz.  


Siti Aafiah binti Khalid
Sedap nama yang dipilih oleh Tok Ti dan Datok K untuk anak depa.  Simple dan sedap.  Takpayahla nama nama pelik sambung sampai idgham maal ghunnah semua.  Terbelit lidah sampai salah makna.  Mula-mula depa duk sebut Fatimah Az Zahra kat Facebook, rupanya tu nama sementara....tapi Siti Aafiah nama yang betui.  Diberikan nama tu setelah 7 hari kelahiran.

Jom tengok gambar,  ehsan dari Facebook:  Siti Nurhaliza




 Make up by Nurul Shukor.  Baguih Tok Ti di hari istimewa amik mak ayam ratu Nurul Shukor make up dia balik.









No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com