4.1.18

Review Filem Gone With The Wind (1939)


Hello u olls,

Baru-baru ini akak telah berjaya menonton satu filem yang agak paling lama sekali.  Lama bukan sahaja sebab filem ni durasi dia lama,  malah filem ini juga diterbitkan pada tahun yang amat lama,  lebih tua daripada usia tok-tok kita iaitu sebuah filem berjudul Gone With The Wind (1939).  Amik hang!! Tok aku pun dilahirkan pada tahun 1931...tok aku umur 8 tahun,  baru sahaja selamat tiba di Tanah Melayu,  barulah gambaq ini diterbitkan.  Gambaq ini juga menang anugerah Filem Terbaik untuk Oscar pada tahun seterusnya.

Sinopsis
Cerita ini mengisahkan hidup seorang perempuan bernama Scarlett O'Hara,  dia ni dipanggil sebagai Southern Belle,  iaitu boleh juga dikatakan sebagai anak perempuan dari keluarga elok-elok di negeri selatan Amerika Syarikat iaitu Georgia.  Latar belakang filem ini adalah sekitar American Civil War  iaitu pada pertengahan abad ke 19.

Mula-mula semuanya okay,  depa duk seronok pi party la apa semua,  pastu perang mai.  Perang antara negeri yang menyebabkan rakyat hidup susah.

Scarlett O'Hara ni kira pompuan paling cantek la kat kampung dia time tu,  semua jantan nanti keliling mau kat dia.  Tapi dia suka kat satu lelaki nama Ashley Wilkes,  tapi masalahnya Ashley Wilkes ni suka kat dia tapi nak kawen dengan perempuan lain iaitu Melanie Hamilton (yang juga sepupu kepada Ashley).

So Scarlett ni marah dan frust sebab Ashley tak mau kawen dengan dia,  so dia kawen dengan Melanie punya adik lelaki iaitu Charles Hamilton.  Depa baru ja kawen  Charles pi perang dan dia pun mampuih masa pi perang.  Scarlett yang masih lagi tak boleh move on dengan break up dia dengan Ashley,  terpaksa pulak tipu-tipu bersedih dan berkabung (kunon laki mati),  hakikat....dia takdak perasaan pun laki dia tu mati.


click read more



Dia still duk simpan perasaan kat Ashley.  Ashley tak mampuih,  dia balik perang elok.  Masa tu la dia suruh Scarlett berjanji untuk jaga bini dia,  Melanie masa Ashley tiada.  Disebabkan dia cinta dan sayang kat Ashley,  dia pun jagalah bini Ashley walaupun di tengah-tengah perang,  dia tolong detu beranak apa semua.  Dia tolong,  entahlah ikhlas tak ikhlas,  sebab kalau ikut hati,  dia meluat dan benci kat Melanie sebab pompuan tu penghalang cinta dia dan Ashley,  tapi at the same time dia tolong juga sebab janji dia pada Ashley!  Macam fucked up kan?

Later bila perang dah habis,  dia pun bawak bini Ashley balik ke rumah dia.  Rumah dia tak hancur teruk,  tanaman semua habis sebab dimusnahkan semasa perang.  Tapi dia kuatkan hati dia,  walaupun hakikat Scarlett ni style perempuan mengada-ngada yang tak pernah hidup susah,  tapi dia jaga rumah dan ladang milik bapak dia sampai dapatlah cukup makan depa adik-beradik.

Masa tu,  dia jumpa satu jantan nama Frank Kennedy.  Frank ni actually adalah BF kepada adik dia,  Suellen.  Tapi,  Scarlett ni jahat,  dia tau Frank lani kaya (ada kedai sendiri),  so dia tipu kata adik dia Suellen dah fed-up tunggu hang lama tak meminang dia,  so dia ajak Frank kawen dengan dia.  Gila kan?  Sekali lagi dia kawen dengan lelaki yang dia tak cintai langsung.

Time dulu-dulu pun,  kalau cium mesti kena bentuk macam ni.  Perempuan kena kat bawah,  lelaki on top.  WTH.


Bila dia kawen dengan Frank,  dia punya ladang dan business berkembang.  Frank style ikut sahaja apa dia nak,  dan lebih serr, dia hire Ashley sebagai pembantu dia di kilang kayu.  Serr......... Satu hari,  Scarlett kena rompak dengan orang jahat,  so malam tu,  semua orang jantan kat rumah pun pi la balas dendam untuk tangkap penjahat yang buat Scarlett,  dan dalam situasi itu,  Ashley kena tembak kat batu.  Scarlett punya menangeh la macam nak rak,  sampai dia lupa...yang laki dia sendiri mampuih mati tepi jalan!!

Tak lama lepas tu,  Scarlett kawen pulak dengan satu lelaki nama Rhett Butler.  Dari awai,  Rhett Butler memang suka kat Scarlett tapi Scarlett yang duk buat jual mahal.  Rhett Butler ni kaya raya,  sebab tu Scarlett nak kawen dengan dia lani walaupun dah dua kali menjanda tapi Rhett Butler still suka kat Scarlett sebab bagi dia,  Scarlett ni bukan sahaja cantek tetapi semangat dia kental.

Tapi walaupun depa kawen bertahun-tahun,  anak depa pun dah besar apa semua,  rupa-rupanya,  Scarlett masih lagi menyimpan hati pada Ashley.  So one day,  selepas pengebumian anak perempuan depa yang mati sebab naik kuda,  Rhett Butler pun meninggalkan bini dia dengan memberikan line dialog yang sangat sesuai dengan muka perempuan sendu bernama Scarlett ni... "Frankly,  my dear.  I don't give a damn" AHAHAHAHHA aku sukaa......




So tinggallah Scarlett dengan kesenduannya dan dia pun balik ke kampung halaman dia di Tara,  Georgia.

Apa Best Pasai Filem Ni?
Walaupun filem ni dibuat lama pada tahun 1939 tapi filem ni style cantek gila macam sama kualiti dengan filem yang dibuat pada tahun 60 an.  Cerita dalam filem ni kira bagi aku simple ja,  iaitu kisah hidup seorang perempuan sendu yang penuh dengan drama,  tapi untuk pengkaji watak-watak dalam filem/sastera,  sebenarnya watak Scarlett ni sangat mendalam tau.  Sebab hati dia cekal, apa dia nak,  dia buat sampai dapat.  Semua benda dia dapat kecuali hari Ashley,  sebab benda / duit / ladang adalah benda yang kita boleh ubah...hati orang sampai bila kita tak boleh ubah.  So at the end of the day,  adakah Scarlett ni rugi sebab dia kehilangan orang yang betui-betui sayang dia no matter what iaitu Rhett Butler,  ataupun dia tak rugi apa-apa langsung? 

Begitu juga watak-watak lain dalam filem ni, semuanya bewarna-warni dan pelbagai karakter.  Bukan semua stereotype bohsan.  Contohnya,  watak Mammy,  iaitu wanita Afrika yang merupakan pembantu rumah depa,  seorang yang berani dan bijak.  Pastu ada sorang lagi pembantu rumah,  nama apa aku lupa,  detu style bodo-bodo sikit.   So,  bukan semua pembantu rumah boleh diharap kan?

Zaman time tu,  kira deni actor paling hemsem la.  Aku tengok ni dah macam mamu-mamu duk jual kacang kat Padang Brom.  Dengan tancho punya banyak rambut sampi berkilat.


Dan filem ini betul-betul menunjukkan kehidupan masyarakat pada zaman tu yang betui-betui membedakan seorang wanita/lady dengan seorang lelaki/gentleman.  Paling aku tak boleh blah adalah masa hari depa buat BBQ,  lepas semua orang dah makan elok,  semua perempuan kena naik atas,  bukak skirt,  pastu tidur (nap).  HAHAHAHAH nahariaamm macam budak budak kecik.  Sebab kalau tak tidur siang,  nanti malam perempuan akan cepat cranky dan tak boleh nak menari semua elok-elok.  Sernya perempuan zaman dulu. 

Okay itu sahaja aku nak kongsi,  hangpa pi tengok sendiri filem ni.  Tapi aku peringat buang siap-siap filem ni panjang dia 3 jam 58 minit,  sekali dengan muzik latar sebelum wayang start (kira zaman dulu depa bubuh lagu dan pemandangan siap-siap sementara tunggu semua orang masuk wayang),  pastu kat tengah-tengah dia bubuh jugak lagu dan pemandangan untuk intermission....hahahah...mangkak betul tok tok kita dulu buat filem.  Hala....teknologi nak pause takdak lagi.




Read more:  www.imdb.com

3 comments:

  1. haaha mamu juai kacang kat pdg broom..g ni lawakla jumie

    ReplyDelete
  2. tp best cita nie. 1) baju depa cntik2, lagpun kain langsir dia mabk bt bju, then scarlet nie sgt kuat smngt, dia cekal

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com