Ajo aku pinjam gambaq hang....
Memang betul orang tua kata, sepakat membawa berkat. Kalau tak sepakat, apa benda kita nak buat pun tak akan menjadi. Hari ini, seperti dijanjikan akak akan menceritakan sebuah kisah yang terjadi dalam kalangan penduduk Kampung Melayu Lama, Padang Suria, Ayer Itam yang telah dilanda bencana banjir yang amat teruk pada November 2017 yang lalu. Kampung mereka mempunyai lebih kurang 50-70 orang penduduk daripada sekecil baby sampailah setua-tua Mak Cik Ba'I. Remaja muda dan dewasa pun sama ramainya.
Dulu depa semua, kecik-kecik main bersama, tapi bila dah semua pun dewasa bekerjaya dan belajar, semua pun ambil haluan masing-masing. Masa yang diluangkan bersama tak banyak macam dulu. Pondok usang tepi padang yang dibina oleh depa semua masa kecik-kecik dulu untuk buat tempat teduhan bila habis bermain bola diwaktu petang, ditinggalkan sepi.
Tapi kesepian itu bakal berakhir apabila kampung mereka dilanda bencana banjir.
Tak sama macam apa yang berlaku di kampung-kampung lain, seperti yang kalian tahu, sejak hari banjir, akak menggunakan laman sosial akak untuk menyalurkan pelbagai informasi mengenai banjir. Habaq lokasi rumah yang perlukan bantuan, lokasi tempat awam yang memerlukan khidmat pencuci sukarela dan macam-macam lagi. Blog akak juga dihentikan lebih daripada seminggu untuk memberi ruang kepada akak melayan mesej yang masuk melalui Whatsapp dan Facebook Messenger yang menghantar gambar + info yang mohon diviralkan. Alhamdulillah, terima kasih kepada hangpa semua yang tolong repost. Semua yang mohon pertolongan telah mendapat manfaat.
Tapi yang sedihnya, ada juga la dua tiga kali akak mendapat mesej mohon pertolongan daripada mangsa yang menyelitkan perasaan luahan tidak puas hati dan berkata "Kami duduk sekampung ni, semua orang rumah sebelah-sebelah dapat bantuan, kami yang duduk sebelah rumah depa tak dapat apa. Memang dianak tirikan oleh penduduk kampung sendiri."
Yang ni memang tak dapat dinafikan! Memang duk jadi, kadang-kadang badan yang menyalurkan bantuan melihat latar belakang pilihan politik ahli keluarga mangsa, adakah keluarga mangsa ni rajin pergi masjid dan sebagainya. Sepatutnya tak jadi macam tu, bantuan perlu diagihkan secara adil dan saksama.
Tak boleh nak salahkan orang yang salurkan bantuan sahaja, bagi akak, penduduk kampung dan mangsa sendiri memainkan peranan penting apabila berlaku masalah dalam skala besar macam ni. One thing for sure, bukan kita sorang yang susah, RAMAI LAGI ORANG KAT LUAR SANA YANG SAMA-SAMA SUSAH. Kena amik inisiatif lebih untuk mendapatkan hak kita, kena ada iktiar sendiri untuk pastikan nasib kita terbela....
Tapi kalau hangpa adalah penduduk KAMPUNG MELAYU LAMA PADANG SURIA, insya Allah semuanya tersusun dengan baik.
click read more
Ni kawan aku Ridhwan Shariff, laptop yang dia baru beli habih tenggelam. Dia dah pi antar kat dah kat Dell, tapi tak boleh buat apa. Kena beli baru. So kami kawan2 dah kumpul sedekah bagi kat dia, insya Allah tak lama lagi, dia akan beli laptop baru.
Kawan baik akak, a.k.a anak ayam tersayang Ridhwan Shariff merupakan penduduk kampung ini. Dari malam kejadian, kami diupdate tentang apa yang terjadi di kampung mereka. Macam mana air naik sampai almost menghanyut dan menenggelamkan mak dia sendiri, tak boleh balik rumah sebab air penuh dan sampailah hari ahad petang, barulah air mulai surut. So kawan-kawan dah mulai pi tolong Ridhwan dari hari Ahad lagi.
Antara banyak-banyak rumah kat situ, rumah Ridhwan Shariff paling teruk. Tapi nak habaq mai kat hangpa, walaupun jadi macam tu, jiran-jiran Ridhwan yang lain yang rumah mereka tak masuk air langsung tak lepas tangan!! Depa sama-sama turun padang untuk bantu, mai tengok apa yang boleh tolong, apa yang boleh bantu. Paling epik, rumah yang depan sekali, yang tak kena tenggelam air dibuka 24 jam untuk dijadikan tempat tumpang tidur kepada jiran-jiran lain yang katil dan tilam semuanya dah rosak ditenggelami air bah. Tapi itu untuk jiran-jiran perempuan, jiran-jiran lelaki? Yaa.....depa semua tidoq kat pondok sepi tepi padang yang kini kembali membuat jasa.
Rumah depan sekali yang selamat tak kena banjir, tapi jadi tempat untuk pengumpulan barang!
Untung untuk penduduk kampung ini juga kerana mereka mempunyai seorang artis sebagai jiran. Siapa tak kenal? Ajo Mamu Raja Lawak! Ya....Ajo duduk kampung ni. Rumah dia tak kena tenggelam apa-apa, tapi Ajo....hari hari dia akan update kat Facebook & Insta, buat live dan update kot status tentang apa yang terjadi di kampung dia. Dia juga akan naik motor dan menunjukkan rakaman live tentang keadaan kampung mereka yang sudah kotor dan berselut akibat banjir.
Kuasa selebriti di sosial media alhamdulillah mendapat perhatian, pada hari ketiga, sejak siang hari macam-macam bantuan daripada orang persendirian dan kumpulan NGO/swasta dan kerajaan bukan sahaja dari negeri Pulau Pinang malah dari Perak, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang turun ke kampung mereka untuk memberikan sumbangan tenaga membuat kerja-kerja pembersihan. Bayangkan! Mangsa sendiri dah tak larat nak membersih, rumah kotor....barang semua rosak, tidur tak cukup, ubat pun habis semua tenggelam, penat tu jangan cakaplah.
Ridhwan sendiri tak pasai-pasai kena buasir (keluar darah) sebab dia terlalu banyak angkat barang berat. Preasure dari dalam! OMG sangat takut kan? Macam-macam lagi la yang jadi, mak Wan pun, hari kedua lepas banjir, dikejarkan dengan ambulance ke hospital sebab tak boleh bernafas. Hala...satu hari punya duk buat kerja punya banyak. Kami suruh dia rest, tapi dia tak mau, dia ingat dia Wonder Woman kot, last sekali masuk ospital kena amik gas!
Ajo dan Wan, duk posing muka terbakaq berapa hari duduk luaq ja.
Selain Ajo, jiran-jiran lain juga tak duduk sengap. Tahu tak ampa? Ada sekumpulan budak-budak perempuan dan lelaki yang muda dalam kampung ni (akak lupa nama depa), depa usahakan untuk buat data base! YES!!!! Data base adalah sangat penting, depa jalan kaki dari rumah ke rumah (bahagikan tugas mengikut lokasi) untuk kumpul data isi rumah bagi setiap penduduk kampung. Depa guna kertas putih bodo ja wehs, buat line dengan pembaris dan tulis dengan pensil.
Dalam senarai tu, ada semua infomasi!!!! Berapa jumlah isi rumah, lelaki dan perempuan, umur, ada sakit apa? Kalau sakit, pakai ubat apa? Kalau ada baby, pakai pampers size apa, dan yang paling meletops depa sampai ada size baju dan seluar untuk semua orang dari dewasa sampai kanak-kanak even have list of size baju dalam untuk semua wanita dalam kampung tu!!!!
Nenjia bukti daripada orang yang pi berhubung dengan Penduduk Kampung Melayu Lama, depa share dengan akak! (kalau tak nampak, ampa click gambar ni ke next new tab)
Siries tak tipu!! So bila NGO/orang persendirian mai approach AJO atau pun mana-mana penduduk kampung, untuk tanya, apakah bantuan yang depa masih perlukan, atau tak dapat.....NAH.........depa bagi database! Akak nak buat shout out kat sini kepada pihak Penang Medical College yang mai sponsor 2 helai baju dalam dan juga 1 set seluar dalam untuk semua wanita dalam kampung ni.
Alhamdulillah, selama akak duk turun pi kampung depa, tak dak la dengar cerita-cerita sumbang yang habaq kata bantuan tak sampai atau sebagainya. Kami sebagai orang luar (akak dan Nadia Khoo), kami lagi duk rasa seronok macam hari-hari kami nak pi kampung depa. Kalau tak tolong2 kemaih pun, kami saja suka seronok tengok sembang2 dengan mak Ridhwan Shariff, orang-orang kampung depa lain apa semua. Semua tu dah jadi member pulak, Wan, Yuhanis, Nadia, Irfan...ramai lagi.
Memang betul la orang kata, sepakat membawa berkat. Depa sekampung jadi sepakat apabila bahana macam ni sampai kat kampung depa. Macam-macam bantuan yang sampai daripada sebesar-besar tilam, sampailah sekecik-kecik seluar dalam size XS. Baju terpakai, baju baru, dapur gas, pampers, semuanya dapat dengan tersusun dan teratur sebab budak-budak kampung yang duk kerja macam NGO terlatih di pondok tepi padang, akan buat susunan sebelum agihan dibuat. Takdak la kes macam kata, masa nak amik barang sebab kena berebut-rebut.
Dan kalau ada lebihan barangan sumbangan yang diterima, depa akan pi hantar barangan itu kepada kampung sebelah dan terdekat contohnya depa pi hantar kat Zoo Road dan juga Kampung Baru (rumah bapak aku).
Okay itu sahaja aku nak share dengan hangpa. Aku harap apa yang jadi kat Kampung Melayu Lama (Padang Suria) menjadi iktibar kepada kita semua. Yang muda tunjukkan bakat kepimpinan, semangat sukarela yang tinggi dan yang tua memberikan tauladan dan panduan yang baik kepada yang muda. Aku sangat happy sebab rasa macam lani kalau hari raya, aku ada KAMPUNG baru untuk pi beraya!
ps/ Pondok tepi Padang Suria tak sunyi lagi!
TRIVIA
- Penduduk Kampung Melayu Lama (Padang Suria) menolak semua fahaman dan pilihan politik. Depa terima semua orang yang sudi membantu dan menyalurkan bantuan dengan hati yang terbuka.
- Even among penduduk kampung pun depa tak pilih bulu, contohnya, yang sokong UMNO tak dapat bantuan DAP, yang DAP tak dapat bantuan BN...semua dapat saksama.
- Depa buat data base yang sangat bagus! Daripada jantina, umur, saiz baju dan jenis penyakit!
- Depa tak malu tak segan dalam meminta bantuan. Bak kata Mak Cik BaÍ, ikon wanita di kampung tu, "Kalau hangpa malu, hangpa apa pun tak dapat!"
- Depa guna sosial media untuk kongsi masalah depa dan dapatkan bantuan.
- Boleh dikatakan depa menerima bantuan daripada almost 50 badan yang terdiri daripada jabatan kerajaan/swasta/NGO dan badan politik! Ini tak termasuk bantuan daripada orang persendirian!
Berikut adalah beberapa posting asli di laman Facebook milik penduduk Kampung Melayu Lama untuk tatapan kalian.
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com