Chillin. Gambar ehsan dari FB Mama Regina Ibrahim
Urgh....nak tulis jugak benda ni walaupun rasa macam mangkak nak mampuih nak tulis catatan pengakhiaq tahun 2017. Hangpa kalau nak tahu, akak pernah la sekali dua kali duk pi nyanyi kat cafe milik kawan akak yang terletak di Love Lane, Penang. Kisahnya, mula-mula saja pi lepak kedai depa (masa tu kawan akak baru jer sewa tempat tu untuk buat cafe). So dikisahkan, kat cafe depa tersedia PA system dengan microphone apa bala semua. Aku ni kan lebih kurang macam adik kepada JKKKKKK Kampung Pisang, tak boleh nak tengok microphone kan? So akak pun offer diri akak untuk menyanyi satu lagu. Bila nyanyi lagu Adele sedas, kawan-kawan akak terpegun (kami baru kenal, so depa tak tau la yang akak boleh nyanyi).
So depa punya syiok, so depa offer akak mai nyanyi kat sini. Mulanya depa suruh akak mai nyanyi seminggu sekali, aiiyoo takut. Penat la noks, komitmen tinggi. So akhirnya, lepas pujuk punya pujuk, akak kata, okay fine akak mai nyanyi kat sini sebulan sekali itu pun kalau akak free.
First time akak mai nyanyi kat sini adalah pada bulan September yang lalu, alhamdulillah, memang ramai kawan-kawan yang mai support. Boleh kata penuh la cafe masa tu, sampai dikatakan, malam tu punya sales memang meletops. Semua kawan-kawan akak mai lepak, dengar nyanyi2, depa pun boleh nyanyi (macam open mic gitu), pastu minum dan makan berulang-ulang. Pastu akak pun busy, dengan teater dengan macam-macam apa semua, last sekali bukan Disember, kawan akak owner kedai tu mai office akak terus. Dia pun panggil akak mai nyanyi kat cafe dia lagi sekali, so akak pun setuju.
Preparation dibuat. Akak sendiri buat poster, send kat depa, post on Facebook page cafe depa, akak pun personally duk PM kawan-kawan rapat akak yang semua minat nak lepak-lepak cafe dengar live music. So hari tu, at 6 pm akak dah terpacak di cafe milik kawan akak.
click read more
Masa akak mai, rupanya dah ada penyanyi lain duk tibai nyany tah lagu apa kat pentas. Akak tanya kat owner tu, "Slot I bila?"
"Oh...slot you pukul 8. Mamat ni akan habis menyanyi pukul 730pm," so akak pun tunggu lah. Akak buat-buat lalu sebelah pentas, mamat ni main live music guna guitar pastu dia plugged dia punya laptop untuk play dia punya midi file (back up music). So akak pun pikiaq, tak boleh la akak nak buat sound check kan? Satgi ganggu mamat ni punya show. So akak biarkan sahaja.
Tunggu punya tunggu, mamat tu duk sambung nyanyi sampai pukul 830pm. Celaka betui. Masa tu kawan-kawan akak dah mula mai. Ridhwan Shariff yang dari awai duk teman akak, Jen and Malcolm kawan akak dari Amerika mai dan paling terharu sekali, mama Regina Ibrahim, Fahmi Mustafa dan anak ayam depa sorang nama Idan dah sampai. Mau tak mau, akak terus pi berdiri depan penyanyi pekak kat tepi pentas, dan bila dia tengok akak dengan bag, dia pun baru berhenti menyanyi dan buat-buat announcement ucap terima kasih apa bagai.
Pastu, sambil dia bukak semua plug music dia, dia habaq kat akak "Saya ada show kat lagi satu tempat...." dalam hati aku...motif hang habaq aku pasaipa? Kalau ada show, awat hang duk ada sini? Blah la buang. Okay cerita ni tak habis kat sini, ada yang lebih mengerikan.
Mamat ni bukak dia punya plug music apa semua, dan nak dijadikan cerita, dia bukak semua plug tu dan amik bubuh dalam beg dia. Dan barulah akak tau, pihak cafe takdak plug langsung kecuali plug untuk microphone. Akak pun panggil owner cafe, dan tanya ada plug tak untuk connect PA system to my laptop. Depa buat buat tak faham, akak kena explain beribu kali barulah depa faham dan buat-buat terkejut apabila plug depa takdak kat situ.
Yes, memang takdak. Manalah akak tau, dulu aku duk mai sini plug semua elok ada ja. Even the first time akak mai nyanyi depan depa lagu Adele tu wire semua ada elok, akak plug in kat HP akak jer untuk dapatkan lagu minus one. How come this time takdak? Akak sedikit pissed off apabila depa kata, depa baru nak pi beli wire. Like shit nya, paling membuatkan aku rasa macam toya apabila melihat teman-teman aku yang dah menunggu dari tadi terpaksa menunggu lagi. Hangpa boleh bayangkan muka-muka depa kan?
Depa tak salah, depa dah mai susah payah. Habis masa, tenaga dan kudarat nak mai sini. Sapa yang salah kat sini? Terang-terang salahnya mai kat aku la u olls. Sebab pasaipa aku dari awal tak buat sound check? Padahal kita nak buat sound check macam mana? Penyanyi pekak yang tadi tu duk perform syiok sendiri dari tadi?
Lebih membuatkan aku sedih, owner kedai yang jugak kawan aku, berdiri jauh di luar kedai, instead of berjumpa dengan semua orang yang terpaksa beredar sebab mai nak tengok aku nyanyi, kata sorry dan explain apa terjadi, dia tak buat....dia berdiri kat luar, di kedai depan. Tinggal aku terkontang-kanting menjawab soalan dari teman-teman lain yang mai. Kak Baby Zarina, Kak Nina Baker, Bebear dan kawan-kawan...each of them bok mai kawan-kawan depa empat lima orang. Malunya aku.
I looked stupid and not ready. Deep down aku rasa, exhausted sebab aku duk prepare performance ni dari pagi (susun lagu, prektis dan sebagainya), pissed off sebab aku kena tanggung benda ni sorang, host iaitu owner cafe ni seems to like ignore keadaan ni langsung dan paling aku rasa adalah malu, malu sebab semua mak-mak ayam aku mai support!
Esoknya ada orang mai sampai kat aku, mengatakan owner cafe ni pi habaq kat orang, pasaipa Jumie tak nyanyi? Dia kata "Mana kami nak tau Jumie takdak wire?" Bila aku dengaq benda ni aku rasa macam nak angkat phone dan maki teruih depa tu, tapi pikiaq balik, its not worth it.
Aku dan kawan-kawan telah korban masa dan tenaga kami untuk support business hang wahai pemilik cafe, tapi ini cara hang treat kami. Sebenarnya tak berbaloi pun aku cerita ni, tapi rasa macam reputasi aku sedikit tercalar sebab aku yang buat jemputan kepada kawan-kawan dan aku rasa macam aku dah kecewakan ramai orang.
Aku dan kawan-kawan telah korban masa dan tenaga kami untuk support business hang wahai pemilik cafe, tapi ini cara hang treat kami. Sebenarnya tak berbaloi pun aku cerita ni, tapi rasa macam reputasi aku sedikit tercalar sebab aku yang buat jemputan kepada kawan-kawan dan aku rasa macam aku dah kecewakan ramai orang.
Belajarlah untuk appreaciate orang, walaupun orang itu bukanlah selebriti ternama yang sudi menyanyi kat cafe hang. Appreaciate la kami sebab kami customer hang.
ps/ memang aku tak akan pi nyanyi dah kat situ sebab sampai lani depa tak berani nak call aku langsung to say sorry or what ever......good luck in your business
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com