11.4.16

LabStory Pure Aqua Pore Tightening Review

Hello u olls,

Lani cuaca kita duk panaihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!  Aku selalu kata kat kawan-kawan aku #prektisneraka.  Aku tak pernah la tulis kat Facebook / Instagram satgi kena kecam.  Tapi aku tulis la kat blog ni sebab orang Malaysia yang kebanyakan ni tak rajin membaca macam ampa-ampa semua.  HAHAHA

So dahla lani duk panaih,  pastu hari tu pulak aku tiba-tiba demam.  First started dengan sakit tekak,  pastu selesama,  pastu sakit kepala pastu demam pastu cirik birik semua.  Seminggu jugaklah aku duk tanggung kafarah ni.

Bila hang dah demam of course hang pun tak boleh nak jaga diri hang sangat especially kulit hang.  Hang tau duk makan ubat sahaja,  makan hari hari pun tak berapa nak lalu and kena paksa.  Takdak la nak pakai toner,  moisturiser apatah lagi cream malam tidoq apa semua.

Kulit jadi super kering weh..............kasar jadinya dan warna pun nak jadi kusam tak kusam.  And maybe ditambah pulak dengan keadaan cuaca yang panas ni.  Rumah akak takdak aircond ya.  Bayangkan akak duduk rumah dah la demam pastu cuaca panas pulak.  Rasa macam demam dalam oven pembuat kek cap Butterfly.

Soooo I olls pun terjumpa satu produk ni iaitu LabStory Pure Aqua Pore Tightening yang bertindak sebagai toner tapi yang paling penting ianya menyejukkan kulit.  Mai aku nak share dengan ampa semua!!





Why Bagus?
Pure Aqua Pore Tightening Ice Toner diperbuat daripada Glacial Milk (yaitu sejenis cecair yang jatuh daripada cairan glasier yang mengandungi bahan mineral yang banyak), Lentil Seed (yaitu orang Penang panggil parpu.  Haaa...kalau ampa nak tau,  bijik parpu memang natural remedy untuk memutihkan kulit), Witch Hazel Water (ayaq pokok Witch Hazel...pokok ni takdak kat Malaysia), Alfalfa, Strawberry & Spinach Leaf.

Toner ni bertindak untuk mengecikkan pora-pora pada kulit dan menurunkan suhu pada kulit wajah kita.  And depa kata,  K POP star semua suka la duk pakai produk ni.





Cara Pakai ?
Cara nak pakai dia senang ja,  goncang tin tu,  pastu spray kat kapas.  Pastu ratakan kapas tu keseluruh wajah.  Muka hang akan rasa macam sejuk macam duk sapu ketul ais kat seluruh muka tapi muka hang matte tak basah.  Best kan?  Pastu hang boleh la pakai moisturizer and make up apa jadah semua macam biasa.  

Ni gambar akak bila dah fully make up.  Sorry ya bukak tudung sat.


Kalau ampa semprot kat kapas akan jadi macam ni la.  Tapi akak selalu semprot dia tak jadi buih cantek macam ni.  Maybe akak tak pandai buat.  Tapi takpaa...janji muka akak tetap sejuk.




Why Suka?
Tahukah anda ideal skin temperature is 31 darjah selsius.  Aku pun tak tau sampai tengok kat atas tu baru aku tau.  Maybe sebab tu la kulit aku sangat happy lani sebab aku duk bagi dia benda sejuk ni every day.

Aku sangat suka pakai toner ni sebab efek sejuk tu!!!!! Bukan sahaja mengecikkan pora pada kulit wajah especially kat hidung tetapi pada masa yang sama kulit aku kurang berpeluh kerana cuaca lani yang panaih.  Lepas demam hari tu,  and duk pakai sampai lani...alhamdulillah laa.....benda alah ni macam ubat untuk kulit akak la.

Laki aku pun suka benda ni!!  Dia pun feeling akan pakai juga everytime lepas mandi.

Sapa yang selalu kerja kena dedah kat cahaya matahari....ampa wajib beli benda ni wehs!!

Kepada make up-make up artist juga,  akak amat harap ampa consider benda alah ni dalam gajet make up ampa sebab apa tau?  Kadang-kadang ada spisyis customer yang kulit dia jenis kuat berpeluh.  So jenis jenis ni,  sebelum ampa make up, ampa mau bubuh buang benda ni kat dia.



Bila akak dah pakai tudung and tak pakai make up...inilah muka original akak.  (Banding dengan gambar kat atas)





Harga and How to Beli?

Harga LabStory Pure Aqua Pore Tightening adalah RM 68.90 (tidak termasuk postage)  Tetapi sekarang Labstory Malaysia sedang mengadakan 40% diskaun kepada semua orang sempena Spring Sale yang akan last hingga June 2016.


More about LABSTORY?

Actually Labstory ni ada 40 produk.  Nak terang satu-satu jenuh la kan.  Selain LabStory Pure Aqua Pore Tightening,  depa ada juga spray untuk kulit yang kering bertajuk Aqua Collagen Mist & Mineral Moisture Mist.  Selain itu,  depa ada Perfect BB Cream & Platinum BB Cream...Produk Korea haruslah ada BB Cream kan?




Selain Perfect BB Cream & Platinum BB Cream,  depa punya hot selling produk lain adalah V-Mask (skali dengan B-Tox Whitening Cream) yang boleh runcingkan dagu.  Pakai 20 minit setiap hari.

Ampa boleh check out more about produk Labstory ni dengan meng-follow IG depa ataupun ampa boleh pi kaunter depa terus kat SACC Mall Shah Alam Selangor.

Shop address : Lot GF-1K-12,SACC Mall,Shah Alam,Selangor
Opening hours : 10.00 a.m. - 10.00 p.m.
For more info,whtsapp us at 012-9184060 😊



Contact info
LabstoryMalaysiaOfficial
☘Your Skincare Product Specialist☘
🏢Lot GF-1K-12 SACC Mall Shah Alam
🕙10:00a.m.-10:00p.m.
📱+60129184060
📞03-55247338
📧 labstorymalaysia@gmail.com



Follow us!!
Instagram  :  @labstorymalaysia
Facebook  :  Labstory Malaysia

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com