Hello u olls,
Akak pasti dengan terbitnya artikel ini hangpa semua akan memaki serakah hidup akak daripada Jumaat ini sampai Jumaat hadapannya. Kesemua 7 hari makian. Sebab hari ni akak nak share dengan u olls semua tentang perniagaan kedai makan milik kawan baik akak yang sumpah makanannya sedap gila dan dengan menengok gambarnya makanan sahaja ampa semua boleh rasa dah air liur ampa semua cair meleleh. Actually dia bukan sahaja kawan baik akak.......dia ni dah macam adik beradik akak sendiri dah. Susah senang bersama..... :(
Perniagaan yang akak maksudkan adalah restoran A Ghaffoor Martabak Original yang dahulunya bertapak di Jalan Sungai Pinang. Tapi somewhere in 2014, depa terpaksa tutup kedai tu dan now depa telah berpindah ke outlet baru iaitu di 56 Jalan Jelutong Penang. Satgi later in this artikel i will share the location apa semua.
Sejarahnya, perniagaan martabak ini telah bermula sejak tahun 1945 lagi oleh datuk kepada kawan akak ni di sebuah kedai kopi Cina di Bertam Lane. Kemudiannya, kawan akak ni punya ayah sambung peniagaan dengan membuka kedai di rumah di Sungai Pinang. And then now, starting Ramadhan 2015 kawan akak sebagai generasi ketiga telah memulakan perniagaan martabak dan nasi tomato ni di sini.
Sapa mai tengok akak berlakon teater Rumah Welfare Intobaq mesti ampa ingat kan scene makan nasik and martabak? Haaa...akak promote makanan dia ni la sebab dia sponsor makan for cast and crew. Lepaih teater tu...ramai jugak mai cari. Akak harap lepas baca artikel ni pun...makin ramai mai.
Makanan
Paling popular depa punya martabak la. Tak macam martabak lain ampa duk makan selalu, martabak ni style besaq dan rasa daging / ayam dia punya sedap sebab campuran rempah ratus dia yang meletops. Takpayah nak makan cicah kuah kari ka apa semua, just makan dengan jeruk bawang dah meletops. Yang ni memang orang akan beratur la nak beli hari hari. Kadang-kadang ampa kena phone dulu untuk pesan sebab takut ada orang beli banyak sampai habis. Kempunan u olls.
Martabak depa style dua lapis yaaaa!!!
Pekerja sedang tekun membungkus.
And then, siap hari during lunch time, depa akan serve nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak (senang cerita....nasi kenduri la kan?) beserta dengan lauk pauk seperti ayam masak merah, dalca, daging masak hitam, ikan goreng dengan kuah sos, ayam goreng berempah, sayur jelatah................arrghsss tensyennya aku tulis benda ni semua teruih rasa lapar. So kepada para pelancong daripada luar Penang especially, kalau selalu ampa mai Penang ampa duk cari Nasi Kandar kan? Haaa...lani kalau ampa mai Penang ampa kena mai makan kat sini ...and baru ampa tau orang Penang tanjung kalau kenduri makan dia lagu mana.
Orang-Orang Lama
A Ghaffoor Martabak Original adalah favorite orang - orang lama Penang. So ampa kalau mai sini, ampa akan jumpa la mamu-mamu nanti mai relaks sini. Dulu semua kepala gangster tapi lani mai pakai tongkat relaks ja pekena nasik sebelum pi semayang Jumaat. Haaaa.........
Tapi aku harap dengan adanya artikel ni, lebih ramai orang-orang muda Penang mai rasa the real old taste of Penang food.
Ni Kak Pah a.k.a Miss Forest Watermelon. Antara staf yang akan layan ampa membungkus nasi :)
Catering
Depa juga amik tempahan untuk catering. Untuk majlis kecil mahupun besar. Ampa contact ja dengan Chef Nizal (kawan akak tu.....) jumpa and bincang dengan dia teruih. Akak tengah tolong Nizal nak buat pamphlet khas untuk benda alah ni tapi akak kan busy mengalahkan Michelle Obama tu la sampai lani apa benda alah tak nampak.
Lokasi
Kepada hangpa yang nak mai restoran ni, semoga peta ini boleh membantu.Alamat restoran : 56 Jalan Jelutong 11600 Penang
GPS : 5.4018804,100.3240044
Waze : A Ghaffoor Martabak Original (Google Location )
Jarak Masa (Google Maps)
8 minit dari KOMTAR
10 minit dari USM
25 minit dari Perda
25 minit dari Penang International Airport
Gambar Kedai
Nila kedai depa....senang jaaa nak cari u olls!!! Kedai pun lebih luas dan selesa.
Contact Info
Telefon : 012-496 8937 (Chef Nizal Ashriff)
Facebook : A Ghaffoor Martabak Original
Instagram : @a.ghaffoormartabak
Operating Hour :
Instagram : @a.ghaffoormartabak
Operating Hour :
6.30 am -10.30 am (breakfast nasi lemak / nasi lemuni)
10.30 am - 3.00 pm (nasi tomato / nasi kenduri & lauk pauk)
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com