12.4.16

Adik Ipar Yang Suka Melawat

As salam Jumie,

Saya ada satu problem yang maybe pada orang lain tak lah besar sangat. Tapi pada saya semakin hari semakin besar. Mohon pandangan dari Jumie & sesiapa sahaja yang ada pengalaman macam ni.

Saya dan suami kedua bekerjaya dan mempunyai jadual kerja yang agak sibuk. Kami boleh spend time bersama dengan anak-anak pada hari minggu je. Masalah di sini, saya mempunyai seorang adik ipar yang stay dalam negeri yang sama yang setiap weekend mesti nak datang lepak-lepak di rumah kami.

Seriously saya sebenarnya sangat tak kisah kalau kadang-kadang je. Tapi ini setiap weekend tanpa gagal. Kalau kami takde rumah sebab outstation atau balik kampung dia akan datang juga naik teksi sebab dia dah ada kunci rumah kami. Jumaat husband saya kena jemput dia dan Ahad kena hantar dia balik sebab dia takde transport.

Oh ya, adik ipar saya ni lelaki. Atas sebab itu menjadi satu faktor saya agak kurang selesa bila setiap minggu dia ada. Sebab saya kena jaga aurat. Bertudung 24 jam sehari dalam umah dengan cuaca sekarang yang macam dekat tengah padang pasir. Saya memasak di dapur dah macam saya yang kena masak, punya panaih. Kemas rumah dan nak menyusu anak agak kurang selesa. Kami dah sediakan dia satu bilik siap toilet dalam bilik. Tapi dia tetap suka lepak depan TV dekat ruang tamu dari pagi sampai malam dan konker TV dengan siaran sukan 24 jam. Tak dapat la saya nak lepak-lepak malam minggu dengan family tengok drama gitu. Nak tengok TV berdua duaan dengan suami bila anak dah tido pun tak boleh. Hari keje masing-masing sibuk jarang sangat dapat spend time dengan family. Sedih kan..

Akhirnya yang jadi, suami join adik dia duduk tengok TV di hari minggu, saya banyak masa terperap dalam bilik je dengan anak-anak sebab tak selesa nak duduk depan dengan pakai tudung dalam rumah sebab panas. Ruang tamu takde air cond.  Begitulah setiap minggu. Saya rasa macam dah makin jauh dengan suami sebab hari keje memang jarang dapat komunikasi, hari minggu masing-masing buat hal
sendiri. So camne.. ermm..

Saya pernah usulkan pada suami pasal masalah ni. Tapi suami serba salah nak buat apa sebab tu adik dia dan ni isteri dia. Atas faktor kesiankan suami tak nak dia pening pikir masalah ni saya terpaksa buat biasa berlakon macam tak kisah adik dia selalu datang walau hakikatnya saya sangat tak selesa.

Mohon pandangan macam mana saya nak buat tanpa menguris hati sesiapa pun. Sebab saya rasa kalau berlarutan dan terus memendam rasa takut satu hari nanti jadi kot lain pula.

Tq Jumie sudi baca email saya dan sudi bagi pandangan..

Wasalam.

Love,
Sarah




Dear Sarah,

Thank you for sharing this.  Seperti yang u olls sendiri kata,  masalah ni takdak la besar sangat tapi pelan-pelan akan menjadi besar dan boleh menjadi punca kepada masalah-masalah yang lain.

Since u olls tak bagitau berapa umur adik lelaki you olls,  so I agak-agak sendirilah.  Mesti umurnya antara 20-25 tahun.  Dah bekerja tetapi masih belum ada pengangkutan sendiri.  Atau juga mungkin masih dalam pengajian.

I rasa adik ipar you olls takdak la menyebabkan masalah besaq like duk bagi rumah semak,  curi barang ka,  atau bagi you olls laki bini bergaduh.  Itu semua antara contoh tak baik yang kita kalau boleh tak mau la terjadi.  So masalah u olls,  its just you tak selesa.  Sedangkan husband and maybe anak-anak happy dengan adanya uncle depa.

So cadangan I olls adalah,  why not,  kalau you olls rumah dua tingkat,  habaq siap-siap kat adik ipar,  tingkat atas adalah zon you olls dan anak-anak.  Adik ipar tak boleh nak naik sebab you mungkin tidak menutup aurat.  Pasanglah semua aircond dan TV apa semua dengan Astro so that you boleh enjoy dan lepak di atas.  Tapi bab memasak dan kemas rumah,  you cakap kat your husband..........I KEMAS ATAS...YOU KEMAS BAWAH.......Masak...beli kedai! HAHAHAH

Tapi cadangan I olls kat atas ni hanyalah bersifat sementara,  mesej utama tak sampai.

Actually takdak cara lain yang boleh u olls buat supaya tidak mengguriskan hati sesiapa,  sebab kot mana pun u olls sendiri kena berterus terang dalam perbincangan 3 pasang mata,  you,  suami dan adik ipar.  Biarlah ada hati yang terasa hari ini, daripada ada hati hati yang akan terasa pada hari esok.  Terutama sekali hati you olls yang semakin lama semakin terkongkong dan tidak selesa walaupun hakikat itu adalah rumah you olls sendiri.

Seharusnya,  adik you olls,  yang bujang trang tang tang ni,  HANG TAKDAK LIFE KA SAMPAI TIAP-TIAP MINGGU HANG MAI DUDUK DENGAN ABANG HANG?  Maksudnya,  hang takkan takdak kawan sendiri,  kawan-kawan jantan hang la...pi melancong ka,  pi hiking ka,  pi roadtrip ka?  And takkan hang takdak GF ka pi jalan-jalan dengan marka pada hujung minggu?

So takdak cara lain yang boleh I olls cadangkan kecuali you olls bertiga duduk sekali dalam satu perjumpaan kat rumah you olls,  dan you sebagai suri di rumah itu memulakan kata.  Maybe mulakan dengan you olls memasak benda yang sedap-sedap,  bagi dia happy apa semua,  pastu start sembang benda-benda happy yang dia suka.  And later,  barulah you olls bersuara "Akak ada benda nak cakap ni....minta maaf la kalau akak terpaksa berterus terang.  Akak dah pernah cakap dengan abang kamu tapi mungkin abang tak tau yang akak ni siries.....tapi setiap minggu akak duk kena pikiaq benda yang sama,"

And then you pun sambung la terus bercakap........cakap elok elok.  Jangan lupa untuk keep on tegaskan,  bukan akak tak suka kamu datang tapi pada masa yang sama akak jadi tak selesa sebab hujung minggu akak macam takdak time nak spend betul-betul dengan keluarga akak.

Sorrylah I olls punya cadangan ni memang straight forward sebab I olls punya pendirian dari dulu pun,  buat apa duk sibuk jaga hati orang,  orang tak tau nak jaga hati kita?

Apa pun,  kepada pembaca-pembaca blog akak yang bujang ni semua,  tak kira la hang laki ka pompuan,  jangan duk setiap minggu duk tersadai kat rumah orang!! Tak kisahlah orang tu adik beradik hang ka,  sepupu ka,  tok menakan ka,  dan tak kisahlah orang tu bujang or dah kawen,  TU RUMAH ORANG!!!  Lainlah tu rumah mak bapak u olls sendiri.

Macam akak dan suami akak ni,  haaa...dulu mak dan bapak akak duduk sendiri,  so masa depa duduk sendiri,  abang I boleh kata hari-hari akan pi jenguk parents I kat rumah depa.  But now,  my parents duduk dengan akak dan En  Khafi,  so secara tak langsung abang I pun jarang-jarang mai rumah I.  Bukan sebab I dan Khafi dah ada untuk tengok parents kami,  but because ini adalah rumah I olls dan suami juga.

Haaa ko paham??????

ps/  Sarah...dah susah-susah...bila artikel ni dah terbit,  you print and bagi adik ipar you baca.  Se me nang mang.

Love,
Jumie Samsudin


6 comments:

  1. Sebenarnya tanggungjawab suami utk menyediakan rumah yang selesa kepada isteri, maka apa sahaja yang membuatkan isteri tak berasa selesa suami kene fikirkan jalan. Jadi si suami nak tak nak kene nasihatkan adik. mungkin Sarah boleh kasi idea kat suami mcm mana nak ckp kat adik dia.

    Sebab my sister mcm tu jugak selalu dtg rumah every weekend so i dengan selambanya sound tepek kat dia ckp minggu ni ko tayah datang rumah aku ok. Walaupun dia ada kunci rumah but still, rules is rules. nama pun adik beradik so buat apa nak jaga hati dia sangat. hubungan dicincang takkan putus! lain la laki bini toi tak.

    ReplyDelete
  2. simple je bende nie, yang penting kena COMMUNICATE. Kalau rasa husben tak leh nak tegur adik dia, kau la tegur. Adik dia, adik kau jugak kan? buat lah macam mana kau tegur adik sendiri. berhemah.

    ReplyDelete
  3. err..kalu dia ni adik kita pun jadi serba salah jugak wei..
    yg bagusnya budak ni..dia x terlibat dlm gejala sosial sume..sbb asik dok melepek kat rumah abg je..
    actually keadaan privacy ni sama je mcm mertua duk ngan kita or mak bapak kita sendiri..
    kalau aku jadi org ni..aku letak tv sebiji lagi kat bilik or kat atas..psg astro lagi..ada sofa sume..
    suruhla laki dia beli..dah adik dia duk konker tv bawah..
    then x kisah la nak layan cite ape sekali pun..
    aku rasa overall bkn mslh adik dia..dia menyifatkan benda tu sebagai punca je..
    sebab sebenarnya perhatian dari suami dia..
    korang pun sebulan sekali ke pi la jalan2..tidur hotel..
    lagipun adik dia nak melepek rumah dia tu bersifat sementara je sbb adik dia takda aktiviti skang..
    cuba dah ada awek...nanti lansung x nmpk muka..
    aku rasa kalu dia pi ckp kat kat adik jap lagi cam x selesa la hubungan adik beradik..
    lagipun kita tak tau cara adik beradik tu dibesarkan..dorang ni rapat ni..
    kut2 la mak bapak dorang selalu berbaik2 ngan abang sume..
    kalau aku mmg x berani ckp apa2 la..sabar je la..haha..

    ReplyDelete
  4. happy wife happy life.
    mcm2 mana pun tu rumah kita bersama,berdua, bukan rumah bersama adik beradik or even worst sepupu.

    hari tu pakmen i bagi suggestion suruh cousin (lelaki) husband dok rumah i sbb dia praktikal kat KL 6bulan, since kami berdua je and ada bilik kosong. rumah apartment 3bilik. kecik ja rumah kami. kalau i nak lari, mmg boleh lari ke dlm bilik je. lainla rumah dua tingkat ada jugak escape space kat atas.

    i awal2 dah cantas idea tu.banyak cantek.penat2 kami beli rumah sbb taknak share dgn sesapa (kami even cr rumah sewa sebelum kawen sbb takmau duk rumah PIL), dia sedap2 bg idea "bernas" mcm tu.

    i reason out why it's not a good idea, contohnya, husband kdg2 keluar lepak/main futsal/main badminton malam2.so kalau cousin dia tu ada, tinggal i berdua je lah? is that appropriate?

    rumah kecik takkan nak masak pakai tudung?dok kat rumah sendiri pakai tudung?takkan nak sentiasa pakai seluar panjang and bj lengan panjang?

    i hope suami2 diluar sana paham la perasaan isteri2 ni.mmg kita nak buat baik.tp buat baik berpada2 lah.jaga hati orang kesayangan kita dulu baru jaga hati orang luar.

    and yg adik2 or sepupu2 yg merantau nak praktikal ke cari kerja ke, usahakanlah nak cari bilik sewa. jangan ingat nak jimat je. jangan susahkan sesapa. kalau xjumpa bilik sewa lagi boleh nak tumpang sekejap,tp make sure usaha nak duduk asing tu ada. kalau boleh ELAKKAN SUSAHKAN SESIAPA.

    sekian.

    ReplyDelete
  5. idea2 kat atas2 semua ni bernas2 belaka... tapi kalau hang tak berani nak buat idea2 atas ni, aku nak kasi tips lain pulak, nama tips ni, 'halau secara halus' hahaha..

    hang plan tiap2 hujung minggu, apa2 aktiviti yg libatkan hang dgn hband, n anak2 tinggai dgn uncle depa... ampa pi romantik dinner kat luaq ka, pi shopping ka, tidoq hotel ka, pi jalan2 ka, yg penting, uncle dipertanggungjawabkan jaga anak2 sedara... so that, bukan senang2 ja dia boleh goyang kaki tiap2 weekend lepak tengok tv rumah hang, dia pun kena mainkan peranan jugak as part of the member of the household (wpun weekend je).

    So, last2 kalau dia rasa beban, maybe dia sendiri tak larat nak dtg tiap2 minggu sbb terpikiaq nak kena jaga budak2...haha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com