3.1.15

Ulasan Perkahwinan Dingdong Dantes dan Marian Rivera Part III

Kek Kahwin





Kek kahwin depa dorang ni memang meletops gila.  Aku mula-mula tertarik nak tengok kawen depa ni adalah kek depa.  Gila kek besak lagu ni.  Tinggi 13 kaki and seberat 120 kilogram.  Kira macam sama dengan berat akak tengah dukung kampit beras 20kg.  Tapi yang meletopsnya,  depa pasang pancaran laser kat atas kek so nampak macam kek tu colour-colour and meletops.  Akak rasa inilah first time akak tengok kek design macam ni.



click read more















Kad Kahwin



Kad kahwin depa taklah meletops sangat.  Design dia simple.  Warna hitam,  merah,  sedikit putih dan warna tanah iaitu cokelat.  Tapi mesej and juga input dalam kad kahwin depa adalah sangat meletops sekali.  First,  sticker dengan imej rama-rama yang sealed kad kawen depa adalah sama dengan tattoo rama-rama yang ada di bahu Marian.  Tattoo itu telah dibuat ketika pertama kali Dingdong melamarnya di Butterfly Dome in Macau pada Ogos 2012.  





Lepaih tu bila masuk dalam ada poket yang mengandungi beberapa keping kad yang tertulis tarikh dan butiran perkahwinan.  Yang comelsnya,  tertulis yang perkahwinan ini akan diadakan di Immaculate Conception Cathedral of Cubao pada hari Selasa 30 Disember 2014 pada jam"twenty-eight minutes past two o'clock in the afternoon."  Why 2.28 pm i olls tak tau.....




Lepaih tu depa siap tulih semua nama saksi,  sponsors (bukan sponsor majlis perkahwinan ya...tapi orang-orang tua yang sort of approve dan restui perkahwinan ini),  nama-nama maid of honor,  best men,  flower girl.  Gila meletops.  Satu lagi aku suka pasai wedding depa ni adalah,  semua orang yang sekeliling dia adalah family dia sendiri.  Tak perlu nak amik PELAJAR AF jadi pengapit.  #carutan





Pastu bila angkat kad tu semua bok keluar,  ada peta yang tulis belah kiri dan kanan "This is a story of a girl born in Madrid" "and a boy who hails from Manila..." Comelsnya u olls.  And kat tengah-tengah tu ada sajak pulak.  Memang touching sungguh.


Mesej kat tengah kad.




Satu lagi butiran meletops dalam kad kawen ini adalah depa meletakkan satu kad mesej yang menggalakkan para jemputan untuk menderma kepada sebuah organisasi kebajikan yang diasaskan oleh Dingdong sendiri iaitu YesPinoy.org.  



Untuk pengetahuan ampa,  Dingdong dan Marian banyak buat charity work untuk rakyat susah di Filipina sebab tu peminat dia semua sayang kat dia.  And bila HATERS duk kutuk DongYan teruk-teruk di laman sosial maka peminat dia semua akan mai sokong DongYan kata dia deserve buat apa yang terbaik untk kepuasan diri sendiri sebab dia pun dah derma and sedekah banyak kat orang lain.  BETUL!!


And aku nak tambah satu lagi benda yang membuatkan aku betul-betul respek kat depa dua ni adalah PERKAHWINAN MELETOPS INI DIBAYAR SENDIRI OLEH DINGDONG DANTES.  Yes,  memang ada orang sponsor tapi tak sampai 5% harga sepenuhnya kos perkahwinan ini.  Hal ini disahkan sendiri oleh Teena Barretto,  wedding planner depa.  Dia kata,  memang ada ramai orang nak sponsor tapi depa tolak secara baik.  GILA MAK TABIK RESPEK.



 Ini komen balasan Ms.  Teena kat laman sosial.  Gila meletops.  





Dekorasi Majlis Perkahwinan

Dekorasi majlis perkahwinan depa di gereja dipenuhi dengan bunga-bunga putih manakala untuk majlis makan malam depa bubuh banyak bunga warna merah. Cuma untuk meja pengantin yang warna colour-colour.  Jom kita tengok.  Meletops sangat.















































Sangat suka dekorasi bunga kat meja makan depa.  Tak tau la ni bunga betui ka tipu ka.  Tapi yang penting ada buah mata kucing tergantung lagu tu.  Yang tu memang meletops.  Tak payah buat ukiran buah bubuh ataih meja dah.  








 Kesimpulannya  

Bagi I olls,  wedding ini takdakla gila gila gempaks sangat pun.  Tengok pentas depa menari tu takdak banyak bunga apa pun.  I olls pernah tengok wedding kat Malaysia ni lagi banyak kot yang gempak-gempak,  maybe untuk orang Filipina depa jarang tengok wedding besak gabai macam ni.  So bagi depa ini kira dah besak gila gila dah.  

Bagi I olls,  Dingdong and Marian adalah simple.  Tapi dari gambar depa and riak wajah depa bila bersama,  Ya Allah depa sangat sweet bersama and kegembiraan depa adalah sangat ikhlas.  Tengok muka Marian tu Ya Allah punyalah berseri.  Dah memang dia lawa kan?

Kemeletopan dan kemeriahan pengantin dan perkahwinan bukan semata-mata datang dari majlis yang besak gah tetapi dari doa-doa baik dari orang tersayang disekeliling kita.  Like i said in my blog,  perkahwinan yang meletops kena start dari niat yang baik.  

I olls dulu kawen pun mendapat ramai sponsors dari pelamin, baju pengantin, dekorasi, kek kawen. Tapi memang sebab kami tak mampu pun. Kami niat nak buat kenduri kecik sahaja ikut kemampuan kami, tapi dah rezeki orang nak tolong sponsor. Rezeki kami dan juga pahala untuk kawan-kawan yang tolong sponsor. Tapi kalau dah kaya sangat sampai beli kereta Audi kat anak, pi London macam balik Alor Staq, pakai pun semua barang branded ...TAPI TETAP NAK DISPONSOR MAK TAK MAU KATA APA LA NA...................beranak pun orang sponsor bagai........... #EH!!

Sekian.

1 comment:

  1. Thanks for the review.. Baguih depa kan tak payah nak sponsor bagai
    Aku rasa artis Malaysia nih cam murahan sangat, semua harapkan sponsor demi nak nampak gah
    Sedeyhh!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com