3.1.15

Ulasan Perkahwinan Dingdong Dantes dan Marian Rivera Part II





Dress and Suit

Dress perkahwinan Marian direka oleh seorang fashion designer dari Filipina yang amat terkenal iaitu Michael Cinco.  Sesuai dengan tema 'Spanish Wedding' dress yang menampakkan bahu ini diperbuat dari kain renda solstiss dan disulami dengan kain labuci French, manik sequins dan mutiara Swarovski.  Dress perkahwinan meletops ini juga ditatahkan dengan 100 ribu kristal Swarovski berwarna putih dan jernih.




click read more





















Michael Cinco juga dipertanggungjawabkan untuk costomized mahkota untuk pengantin perempuan. Diinspirasi dari reka bentuk mahkota puteri Eropah, mahkota bertatahkan real mother of pearls dan batu-batu permata ini ditempah khas di Italy dan Lebonan.


Make up dan hair do dibuat oleh artist tempatan Filipina iaitu Ms. Bambbi Fuentes and Jay Wee.











Kasut untuk pengantin pompuan harusnya dari koleksi Christian Louboutin.









Suit pengantin lelaki pula ditempah khas oleh pereka fesyen kesukaan Dingdong iaitu Randy Ortiz.  Dingdong mengenakan dua pasang suit pada hari besar itu,  satu suit putih untuk majlis I Do I Do di gereja manakala suit hitam untuk majlis resepsi.





























Pada hari bahagia ini,  Marian telah menghadiahkan sebuah jam tangan Roleh Sky Dweller berharga $39, 550 untuk putera hatinya.




Video Kahwin

So ini adalah video perkahwinan depa.  Yang ni nampak sweet sikit.  Memang nampak keserasian depa dorang ni.  And dari postur badan Dingdong,  dia memang sayang bini dia.  Tengok la cara dia letak tangan and kiss bini dia.  Nampak macam dia nak conquer territory dia.  Inilah bukti bahawa mandrem kuat Marian menjadi u olls.  Meletops mak esah dia.

But then again,  susunan editing scene dalam video ini adalah berceramok.  Tak tersusun.  Kalau tersusun adalah lebih bagus.

2 comments:

  1. Bunga Untuk Pembaca Blog Jumie Samsudin

    ReplyDelete
  2. Dari aritu i dok tertanya2, adakah gown IDO IDO dia tuh sama dengan gown resepsi dia? Sebab yang resepsi tuh tadak train plak. Ke train tu boleh cabut2?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com