4.1.15

Gravity (2013)


Sapa sini cita cita nak jadi angkasawan?  Mesti semua orang pernah ada cita-cita nak jadi angkasawan sebab angan-angan nak terbang pi kat alam semesta.  Tapi lepaih ampa tengok cerita ni mesti ampa akan tukak cita cita dalam biodata ampa daripada nak jadi angkasawan teruih kepada hairstylist sebab gila nak mampus sebenarnya nak duduk kat angkasa lepas yang tidak ada daya tarikan graviti dan oksigen yang membenarkan manusia bernafas dan expose dalam keadaan vakum itu.

baca cerita penuh 


Filem ini actually cerita very simple.  Takdak alien workshop mai serang-serang ka apa ka semua.  Cerita tentang bagaimana seorang angkasawan berusaha untuk mencari ikhtiar hidup apabila kapal misi angkasalepas depa terlibat dengan kemalangan di angkasa raya.  (Angkasaraya....macam perkataan orang dulu-dulu).





Mula-mula kawan dia semua mati,  pastu dia dan seorang angkasawan lagi lakonan George Clooney depa terselamat.  Tapi akhirnya depa terpisah.  Pastu angkasawan ni terpaksa usaha pi kapal angkasan Russia,  pastu kapal tu pun tersangkut.  Lepas tu terbakak.  Tapi last sekali before dia nak bunuh diri kat atas tu,  dia dapat mimpi macam mana ka dia pun dapat idea macam mana nak selamatkan diri dia dan terbang balik masuk ke lapisan ozon bumi dan akhirnya bila dah ada dalam lapisan tarikan graviti bumi dia pun berjaya landing ke atas dunia.




First time I olls rasa filem angkasa lepas yang siriesly rasa macam real.  Aku rasa sesak nafas duk bayangkan macam mana kita nak bergerak dengan pakai suit tebal tu and then kalau silap step nenjia terlepas teruih hanyut ke ANGKASARAYA yang sebesak alam hanya Allah yang tau luasnya.  


Tapi at the end of day,  adakah GRAVITI bumi yang sebenarnya menarik dia kembali ke dunia?  Nope.  Sebenarnya daya graviti yang paling kuat yang membawa dia kembali ke bumi adalah keinginan dia sendiri.  Keinginan untuk terus hidup!  Itulah graviti yang sebenar. 


ps/  Dulu kecik-kecik cikgu kata tarikan graviti di Bulan adalah 1/4 daripada di bumi.  So kalau berat badan kita 40kg di bumi,  so kat bulan kita akan mempunyai berat badan 10 kg sahaja.  So aku pernahlah berangan nak jadi angkasawan sebab aku rasa itulah satu-satunya tempat aku boleh kurangkan berat badan.



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com