10.9.14

Ulasan Fesyen Red Carpet Emmy Awards 2014 Part 4

Hello u olls,

Part terakhir  i olls himpunkan dress dari pelbagai warna seperti biru,  hijau dan hitam.  Colour ini,  pada tahun ini tak berapa orang nak pakai sangat.  Jom kita tengok!!



Kelly Osbourne in Honor
Sejak beliau memakai rambut warna ini,  susah nak cari warna baju yang sesuai dengan beliau.  Dress ini adalah buruk.  Nampak macam dibuat daripada kain perca yang tok tok kita duk guna untuk buat beg pi mengaji.  Pastu tiba tiba rambut dia buat funky.  Tak sesuai.



Click read more





Melissa McCarthy In Marchesa
FIRST TIME...................i suka dress yang beliau pakai.  I olls amat menyarankan agar pada event-event akan datang beliau memilih Marchesa sebagai pembuat dress beliau.  Dulu dulu dress beliau sangat disaster kot!!




Teyonah Parris In Christian Siriano
SANGAT SUKAAAA colour,  corak dan look untuk dress ini.  Sangat suka.  Aiiiyooo nak buat la dress ini raya haji tahun depan.





Zooey Deschanel In Oscar de la Renta
Boriam.  NEXT!




Viola Davis In Escada
Sangat suka colour dress ini.  Viola dari dulu memang suka pakai bentuk dress yang ala-ala first lady gitu.  Yes,  dia kekalkan imej itu.  Warna ini sesuai dengan kulit beliau.




Keke Palmer In Rubin Singer
Dresss ini meletops.  Tapi tahun tahun lepas kami dah tengok dah banyak Oscar Dela Renta buat.  Kan?




Debra Messing In Angel Sanchez
I pernah tengok sofa corak macam ni.




Kate Walsh In Stephane Rolland

Deni nampak macam kuda warna kuning yang terbang keluak pelangi.  







Jessica Pare In Lanvin
Skirt beliau sangat chic.  Sapa kaki panjang pakai macam ni elok.  Tapi kalau sapa yang body volapsyes macam Kim K lagi meleps pakai dress macam ni.  I suka.






Lizzy Caplan In Donna Karan Atelier
Boriam la dress ni.  OKAY BYE





Julianna Margulies In Narciso Rodriguez
Kuruihnyaaaaaaaaaaaa mak ayam ni........






Lena Headey In Rubin Singer
Gila makcik ni perempuan jahat dalam Game of Thrones.  Tanpa make up dan costume dia sebenarnya memang nampak jahat dah pun.  Dress ini cantek. Macam senang sangat nak buat,  amik ja kain 3 meter lilit kat badan bubuh pin.  Kerlass.




Sarah Paulson In Armani Privé
Tak tau la nak suka ka dak dengan dress ini.  Sarah Paulson memang ada taste sendiri bila mai kat red carpet.  Dress ini nampak macam bijik selasih merah dalam ayak kopi.  Selain untuk digayakan di red carpet,  dress ini ada fungsi lain iaitu menangkap nyamuk yang suka menghisap betis kita.  Bagus pakai dress macam ni kalau pi hiking ka apa ka.

1 comment:

  1. Hahaha...dress hiking...pacat tegok pun kejut kak jumie oi...hahaha... terbaik! Tak pernah mengecewakan pembaca review kak jumie ni..hahaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com