12.9.14

Kain Batik Untuk Mak Yam

Kak La duk sibuk menggamit aku dari dalam masjid.  Aku faham apa maksud dia,  "Awat hang duduk kat ruang luar masjid.  Mai la masuk dalam.  Duduk dekat kami,"

Hari ini adalah majlis pernikahan Zafirah.  Aku,  Kak La,  Haleesa dan Dinie sangat happy sebab salah seorang daripada gang kami,  Gang Tangga German Kebun Lama akan bergelar isteri hari ini. Azeeyah,  kalau hang baca catatan ni,  jangan sedih,  mungkin hang takdak dengan kami,  tapi hang tetap dalam hati kami.  Ketika majlis berlangsung,  Azeeyah sedang bertugas di Sarawak and dia tak dapat nak balik.

Nama Gang Tangga German ni kami yang reka sendiri.  Kami berenam duduk sekampung dan masa kami kecik-kecik,  kami suka melepak di atas tangga depan rumah Zulia a.k.a Kak La.  Lepas balik sekolah,  kami bersama-sama melepak,  ronda naik motor dalam kampung dan kalau lapar kami pi makan kat Kedai Shaikh Roti Canai yang dah kira macam Star Bucks dalam kampung kami.

Aku menggeleng kepala aku kepada Kak La.  Tandanya aku tak mau masuk dalam.  Aku nak duduk saja kat sini.

"Awat Jumie tak mau masuk dalam," tanya Mak Yam.  Mak Haleesa yang duduk sebelah aku.  Wanita berusia 60-an ini masih nampak steady dan kuat.  Namun sedikit kurus berbanding dahulu.  Dia bilang,  dia sudah kurang makan sejak arwah suaminya,  Pakcik Mustapha meninggal dunia tahun lepas.  Beberapa minggu selepas ibu mertua aku meninggal dunia.


Image dari Google.


Click read more




"Takpalah Mak Yam...kita duduk kat luar ni sikit.  Kat dalam tak boleh sembang,"  kata aku kepada Mak Yam.  

Yes,  kami terus duduk kat luar kawasan utama Masjid Acheh Kebun Lama,  Penang.  Kiranya,  kalau ikut saf,  selalunya leret tempat kami duduk ini untuk anak-anak yang datang solat bersama ayah mereka.

Mak Yam memang suka bersembang.  Dari dulu,  sejak kecik lagi,  Haleesa cukup bara bila aku pi rumah dia.  Aku bukan nak sembang dengan Haleesa,  tapi aku lebih banyak bagi tumpuan kat mak dia.  Seronok sembang dengan Mak Yam,  dia suka cerita zaman dulu-dulu,  resepi masakan dan dia sangat suka bertanya khabar tentang keluarga aku.  Tapi sejak aku berkahwin,  aku dah jarang pi menziarah Mak Yam kat rumah.

"Jumie....cantek dak baju Mak Yam hari ni?" tanya Mak Yam kat aku.

"Cantek...macam Indonesia Indonesia...." jawab aku tersenyum sambil melihat kepada butiran baju kurung modern Mak Yam berwarna hitam dengan sulaman bunga besar benang warna emas.

"Haaa....pandai Jumie.  Memang baju ni,  Jay Jay beli kat Bandung,"  terang Mak Yam.  Jay Jay ialah abang kepada Haleesa.

"Kelumbong ni pulak,  Bashirah yang beli.  Banyak dah kelumbong dia duk beli kat mak yam.  Macam-macam colour ada,"  kata Mak Yam.  Mata dia bersinar-sinar bila bercerita pasai bakal menantunya itu.  Bashirah ialah tunangan Jay Jay.  Oh ya,  kelumbong adalah tudung.  Orang Penang lama-lama sebut kelumbong.

Aku mengangguk-angguk sambil melihat mata Mak Yam bila bercerita.  Mak Yam memang suka bersembang.

"Ni....kain batik ni cantek tak?"  tanya Mak Yam lagi sambil menggamit bahu aku.  Dia pegang kain batiknya dengan hujung jari.  Mata aku melihat kepada kain batik itu.

Kain batik itu bewarna tanah hitam.  Corak daun dan bunga seakan-akan  bentuk burung melingkari corak batik itu dengan warna semula jadi seperti cokelat dan juga hijau.  Dari melihat kepada kualiti kain batik itu,  aku nampak kain itu masih lagi cantik dan kuat.  Nampak masih tebal.  Coraknya masih terang.  Mak Yam memang suka dan pandai menjaga kain bajunya.

Boleh dikatakan,  almost semua baju miliknya dicuci dengan tangan.  Walaupun kemudahan mesin basuh sudah ada di rumah,  tapi Mak Yam lebih suka mencuci dengan tangan.   Pernah dahulu,  masa aku di asrama ketika pengajian diploma di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,  aku panik sebab semua kain aku melekat warna merah akibat sehelai kain yang luntur warnanya.

Aku telefon Mak Yam dan dia berkata "Kalau kain tu melekat warna,  Jumie amik sabun Lux and gosok kat semua colour yang melekat kat kain tu.  Lepaih tu jangan basuh apa-apa dengan ayak. (Jangan bilas dengan air)  Gantung kain tu.  Nanti bagi dia kering sikit,  Jumie bilaih (bilas) dengan ayak (air).  Satgi colour merah tu semua keluak,"  pesan Mak Yam.

Aku cuba and yes!! Menjadi.

"Cantek kain batik ni Mak Yam.  Kain elok,"  puji aku lagi kepada Mak Yam.

Mak Yam tengok kat aku.

"Hang tak ingat ka?"

Aku menggelengkan kepala.  Aku bingung melihat kepada Mak Yam.

"Kain batik ni hang la beli bagi kat Mak Yam.  Dulu masa hang first time dapat gaji kerja dulu,  hang beli kain batik sepuluh helai.  Hang mai bagi kat orang-orang tua.  Hang bagi kat Mak Yam satu.  Pastu duit belen gaji hang.....hang sedekah kat orang-orang tua sorang sikit,"  terang Mak Yam.

"Haa.....betui ka Mak Yam?"  aku macam blur sat.  Betui ka Mak Yam ni.  Aku sendiri tak ingat langsung.  Gaji pertama?  Tentunya lebih kurang 10 tahun yang lalu.  Aku pertama bekerja di USM adalah pada bulan Julai 2005.

"Betui la.  Haaa...hang sendiri tak ingat.  Mak Yam ingat lagi benda ni.  Mak Yam simpan elok elok kain batik hang bagi ni,"  kata Mak Yam tersenyum luas sambil menggosok-gosok tapak tangan dia pada lututnya.  Seolah-olah membelai kain batik yang dipakainya.

Aku terdiam.  Kami semua terdiam.  Sebab upacara pernikahan sedang bermula.  Tok Kadi dah ready nak bagi khutbah.

Otak aku sudah

I guess aku ikut nasihat mak aku.

Aku tersenyum sorang-sorang.  Setiap hari aku cuba sedaya upaya untuk impressed dan dapatkan approval dan pengiktirafan daripada orang-orang besar yang kadang kala pandang aku sebelah mata sahaja.  Terkejar-kejar untuk duduk sama tinggi dengan orang yang ada pangkat dan nama.

Tapi kain batik basahan yang aku belikan untuk Mak Yam,  dia simpan dengan penuh kasih sayang dan perasaan bangga.

Terima kasih Mak Yam sebab hari ini Mak Yam bagi aku pengajaran yang amat besar dalam hidup.

Aku dah tak focus kepada upacara pernikahan yang sedang berlangsung.  Otak aku masih duk terpikiak,  betui ka aku beli kain batik and bagi kat semua orang?  Siriesly aku tak ingat langsung.  Tapi aku pernah ingat,  masa aku mula-mula kerja dulu,  mak aku selalu pesan,  first gaji,  beli kain batik and kain pelikat and bagi sedekah kat orang-orang tua.  Doa orang tua,  macam mak-mak kita,  berkat.  Insya Allah.

#selfie with Mak Yam

4 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com