10.9.14

Ulasan Fesyen Red Carpet Emmy Awards 2014 Part 2

U olls,

Okay now,  part III i olls masukkan dress dalam warna merah bijik saga  dan macam-macam jenis merah lagi.  I rasa warna merah ni sampai bila-bila pun akan tetap IN.  Tapi i juga selit dress dalam corak-corak dari pelbagai warna.   Jom tengok sapa yang paling meletops dalam warna merah ini.



Lena Dunham In Giambattista Valli Couture
Dress ini yang paling menarik perhatian I olls.  Lena Dunham memang seorang yang funky.  Walaupun beliau berbadan agam,  tapi sejak pertama kali beliau memasukkan diri dalam dunia glamor Hollywood,  dia pandai mengambil perhatian lensa camera dengan citarasa beliau yang sangat gila-gila.  I olls mungkin tidak mempunyai personaliti yang tepat untuk pakai dress macam ni.  Skirt ropol ropol meleret dengan shirt warna putih.  Kau mampu??



Click read more




Giuliana Rancic in Gustavo Cadile
Kiter dah pernah tengok dah dress macam ni dulu dulu.  Orang lain banyak pakai dress macam ni.  Tapi Guliana kurus kedekiang ni pakai.....kira okay la.  Tapi first time tengok beliau membuat rambut blonde.  Menampakkan beliau lebih kedekiang.  






Claire Danes In Givenchy
Dressssssssssssssss ini tak eliokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.  Nampak macam murah.  






Kaley Cuoco In Monique Lhuillier
Dress ini sebenarnya ala-ala Disney fantasy gitu.  Tapi Kaley pakai dengan gaya rambut macam ni.  Beliau nampak rock.  I suka.  





Louise Roe in Monique Lhuillier Spring 2014
Dress ini cantek.  Tapi lebih kurang sama macam dress Halle Berry masa Golden Globe tahun lepas.  Ampa tak caya tengok sini  :  
Halle Berry - Golden Globes 2013 Red Carpet





Minnie Driver In Marchesa
Biasa jaaaa...nexttt!!





Cat Deeley In Burberry
Dress yang colour kena clorox macam ni tak semua orang boleh pakai.  Silap haribulan u olls sendiri macam terluntur dalam dress ini.  I rasa colour dress ini tidak sesuai untuk beliau.  Gaya make up and gaya rambut jugak tak sesuai.








Sarah Hyland In Christian Siriano
Orang muda dressap macam nila.  Comels comels gitu.  Elfira Loy sila amik perhatian.





Octavia Spencer In Tadashi Shoji
Mak ayam ini dalam dress rekaan designer kegemaran beliau.  Tapi rasanya warna ini tidak sesuai untuk beliau.  Merah ini tidak cukup menyerlah.  Beliau nampak macam busuk-busuk berpeluh pakai dress ini.  Reka bentuk dress jugak adalah pilihan selamat.  Sama macam rekaan pada tahun tahun yang lepas.  





Natalie Dormer In J.Mendel
Dress ini simple.  Tapi rambut beliau yang kerlas membuatkan dia nampak stunning.  



Kerry Washington In Prada
Tak paham pasai pa mak ayam ni pakai macam ni???  Dress ini tak cantek.  Tapi kalau sapa duk ikut gaya beliau dari dulu,  dia punya pilihan memang macam pelik-pelik sikit.  





Mindy Kaling In Kenzo
Dress ini memang tak cantek.  Warna,  potongan dan design.  Mindy nampak macam pakai baju yang diperbuat daripada lapik meja catering.  Gaya rambut juga tidak ada kelaianan daripada gaya beliau dalam lakonan beliau.  



Michelle Dockery In Rosie Assoulin
Beliau amik kain daripada belon udara panas untuk buat dress beliau.  





Heidi Klum In Zac Posen
Kerlasssssssssss mak ayam kita pakai somopanman.  Haa....macam ni kan elok? Dress warna isi ketam ini sangat simple dan sesuai untuk warna kulit beliau.  Istimewa daripada pereka fesyen kegemaran I olls,  Zac Posen.  Zac Posen lani meneman Heidi Klum dalam musim terbaru Runaway Project.  Chaiiiyo!






Christina Hendricks In Marchesa
Baju sarkisss mana yang akak ni pinjam.   Nampak moraaaaaaaaaaaah sangat.  Kalau bagi dress ni kat retis Malaysia mesti ramai merebut nak pakai.  Ni taste-taste orang Malaysia ni.  





January Jones In Prabal Gurung
Potongan ini popular sejak pertengahan tahun lepas.  Lepas tu dia senyap macam tu ja.  Sangat habis trend ini berlalu.  


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com