Name: Noorazlida Alias
Sila tuliskan persoalaan / luahan / komen anda di sini :
Apa pendapat Jumie tentang bf yang suka memuji kecantikan exgf dia di dalam fesbuk lalu terbaca oleh kekasihnya..??
Sentappp tau!!!
--
Date/Time: 2010-03-17 20:46:04 PDT
Sender IP: 118.100.160.173 [Malaysia] | i9a0tc8mjojagekn
Referrer: http://jumiejumie.blogspot.com/
Jawapannya :
Dear U olls,
Nasib baiklah yang buat bahana ini adalah BF hang. Kalau BF aku dah lama aku sembelih dia, buang kulit dan pastu masak kurma. Siap boh ubi kentang, cabai ijau dan daun pudina banyak-banyak. Bagi wangi.
U olls. Akak tak mau menipu atau menyedapkan hati u olls. Bagi akak, BF hang ini sangat tak konsideret dan tidak menyayangi hang. Dia tak hormat hang. Dia suka-suki nak puji muji janda dia kan? Kalau betul janda dia hot macam akak, takpala. Kalau tak hot cam na??
U olls. Kalau boleh suruh BF u olls pikir sendiri, apa dia rasa kalau kita puji-puji jantan lain dalam FB yang BF kita boleh membacanya. Tidak kah dia rasa kredibiliti sebagai seorang BF pun tergendala,
Kalau dia tidak mengendahkan, hang nyanyi saja lagu ni kat dia :
Aku suda tidak percaya pada mu lagi,
Lebih baik engkau segera angkat kaki,
Aku benci, benci, pada diri mu
Aku bohsan...bohsan...pada diri mu,
Aku suda tidak percaya pada mu lagi
Sekian sahaja nyanyian akak untuk hari ini, semoga u olls happy dengan lagu yang i olls kirimkan pada u olls today. Sehingga bertemu lagi di lain hari. Kata kat dia, kalau u olls rasa X u olls lebih cantek dari i olls. Sila belah dari sini, dan pergilah ke Victoria Lane untuk menempah sebuah patong yang berupa bentuk muka X u olls sebijik. Dan puja la ia setiap pagi sebelum pergi kerja. U olls boleh buat agama baru iaitu agama Tokkong Janda ku.
Sekian, thanks u olls. U are more worth than thousand diamond!!
Love,
Kak Merr yang cantek bak burung kasawari. KELESSSS!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com