U olls dah add Jumie Samsudin kat Facebook tak?

Pengunjung Jumie Samsudin

HADIAH TOP UP TELAH DIMASUKKAN - PERTANDINGAN HEADER BELOG JUMIE SAMSUDIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan kepada semua peserta yang telah menghantar penyertaan anda ke pertandingan Header Belog Jumie Samsudin,  TOP UP yang dijanjikan telah dimasukkan ke number telefon u olls semua pada hari ini,  Rabu  25 November 2009 lebih kurang jam 12.50pm.

Berikut adalah nama - nama peserta serta jumlah TOP UP yang telah dimasukkan.

Cik Puan Besar Norizah Ibrahim  - RM20

Mohd Shafiq Saiddon  - RM30

Puan June Alya Adriana Adnan - RM20

Suhaila Marcello - RM10

Muhammad Damien Taquallah Zachary - RM10

Sparq Terebuzzoo - RM10

MOHD ROSLEE MAHYUDIN - RM10

Oleh yang demikian,  I olls mohon kerjasama tuan/puan untuk mengSMS kepada i olls sebagai membuktikan u olls telah menerima top up itu.  Kalau tak terima.  U olls bagitau jugak. 

Terima kasih atas sokongan u olls pada belog Jumie Samsudin.  Semoga kita ada pertandingan lain yang best best lagi dengan hadiah yang lagi best-best!!

Sekian,  terima kasih.

"Dedikasi tulisan ku untuk senyuman u olls setiap pagi"


Jumie Samsudin

Email  :  jumie_samsudin@yahoo.com
My Personal Blog  :  http://jumiejumie.blogspot.com/
My Make Up Service  :  http://makeup-by-jumie.blogspot.com/
Chat Y! messenger: jumie_samsudin
Jumie Samsudin || I AM KAK JANZ || Asisstant Make Up Artist dari kampung


JANGAN LUPA 29 NOVEMBER :: WEDDING ZULIA YUSAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mesej ini ditujukan khas kepada semua sahabat dan kenalan rapat yang mengenali Zulia Yusak a.k.a Kak La dan telah dijemput untuk menghadiri Majlis Persandingan Zulia Yusak dan pasangannya Izan Zafrizan.

Jangan lupa untuk mendatangkan diri anda pada hari yang sungguh bermakna ini.

Tarikh : Ahad, 29 November 2009
Tempat : Astaka Jalan Terengganu
(bersebelahan dengan Sekolah Menengah Perempuan Sri Mutiara)

Kerjasama Georgian yang seangkatan dengan Zulia Yusak, diminta berada di majlis ini dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang kerana dijangkakan pada jam berikut akan di adakan sesi memotong kek, mengambil photo bersama pasangan pengantin dan yang paling penting "Pertandingan Tangkap Bunga Tangan Zulia".

Sila prektis lompat and tangkap-tangkap sambil memakai kasut tinggi mulai sekarang. Untuk mereka yang mempunyai ketinggian sederhana dan kurang ketinggian sama sekali, dinasihatkan agar tidak praktis langsung kerana risiko cedera dan kebarangkalian untuk menang adalah tipis. [This is message this dedicated to Aisha Jonet a.k.a Kak Gamz).

Siapa yang menang dan dapat tangkap bunga ini akan dikatakan akan dapat berkahwin awal.

KEPADA SEMUA GEORGIAN YANG DIJEMPUT, WARNA YANG TELAH DIWAJIBKAN KEPADA KALIAN UNTUK MEMAKAI PADA HARI ITU IALAH PINK AND BABY BLUE.



Contoh - contoh busana pilihan Kak Janz yang ingin saya kongsi dan anjurkan kepada u olls untuk memakainya. U olls boleh pakai Baby Blue colur sahaja atau PINK jers...atau campur- campur. Tak kisah. Yang penting, u olls harus nampak glamz ok.






Kalau u olls takder dress atau baju yang warna pink atau baby blue, u olls boleh padankan dress atau baju yang u olls nak pakaikan dengan apa-apa eksesori vouge yang berwarna baby blue atau pink. Kalau salah satu dari eksesori u olls ada warna-warna ini, dikira ok.


Antara eksesori yang boleh u olls gayakan mengikut warna yang telah ditetapkan.




Sesiapa warga GEORGIAN yang tidak memakai baju berwarna PINK atau BABY BLUE tidak akan dibenarkan memasukki pertandingan "Tangkap Hand Bouquet Zulia". Pertandingan ini dikhaskan kepada mereka yang belum berkahwin lagi. Mereka yang telah berkahwin dan mempunyai anak tidak digalakkan untuk masuk.

Sekian, saya sekali dengan hormatnya mengingatkan u olls semua untuk datang ke majlis yang begitu bermakna untuk I olls and Haleesa Mustapha a.k.a Kak Iti yang merupakan kawan rapat sejak kecil amat mengalu-alukan kehadiran u olls semua bagi meraikan sahabat wanita kami yang paling kami sayangi.

Untuk sebarang maklumat, sila hubungi Kak Janz di talian hotnya yang u olls dah save dalam hp masing-masing.

Sekian, wasalam.

ps/ Memang betui la SUMPAHAN Kak Janz dulu. Sapa yang paling pendiam dalam gerup kita mesti depa kawen dulu. Yani, Mas Muna, Suraiya, now Zulia...pasni mesti Qadi. Aku, Asmaa, Aishah, Shanaz, Sirajun, yang mulut banyak ni semua bersedialah untuk kawen lambat ok.

Asisstant Make Up Artist dari kampung

U olls.  Haritu,  aku telah mendapat temapahan make up last minit dari seorang sahabat yang mohon pertolongan dari aku sebab mak andam yang dia tempah tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.  Maka,  i olls yang ketika itu terus merasa macam sangat perlu menolong pengantin ini terus bergegas ke tempat kejadian untuk memekap pengantin ini dalam masa lebih kurang 1 jam 30 minit sebelum tibanya masuk waktu bersanding.



Maka,  ketika i olls tengah memandu Dorri dengan laju.  I olls pun terjumpa dengan seorang gadis kampung yang sedang menunggu di tepi jalan.  Aku pun berhenti dan tanya kalau dia nak tumpang.  Dia kata dia nak pergi melawat rumah saudara yang ada kematian.  So aku pun suruh la dia tumpang aku. Tapi dengan syarat,  dia kena teman and tolong aku p make up pengantin sat.




Kesian kat gadis kampung ini.  Dressing dia sangat dulu-dulu.  Dia kata kat aku,  dia segan nak mai kenduri kawen ni.  Sebab dressing dia macam kenduri mayat.  Aiyo....u olls.  Apa pun,  i olls berterima kasih pada gadis kampung ini.  Kerana kalau bukan dia yang tolong i olls.  Mesti i olls takkan berjaya menyiapkan pengantin ini dalam masa yang singkat.




ps/  Gadis ini berasal dari Kampung Cakcing.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN HEADER BELOG JUMIE SAMSUDIN - I Am Kak Janz

U olls. Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada kalian semua sahabat-sahabat setia ku yang amat aku sayangi kerana selalu support aku dari a sampai z. Seperti yang kita ketahui, tarikh akhir bagi Pertandingan Header Belog Jumie Samsudin telah pun tamat pada Jumaat yang lalu. Sehingga tarikh yang ditetapkan, sebanyak 7 peserta yang sudi merembeskan idea yang meletop-letop itu untuk bersama-sama memeriahkan pertandingan yang dianjurkan oleh belog Kak Janz buat julung kalinya ini.

Thanks u olls. Penyertaan yang telah sampai ke MEJA EDITOR jumiejumie.blogspot.com adalah seramai dari 7 orang peserta yang sungguh berbakat. Aku seperti ingin merembeskan air mata dan eksaited gila setiap kali email masuk dalam kotak mesej Kak Berry ku ini. Lebih menyeronotkan hati ini apabila setiap penyertaan wajiblah disertakan dengan SLOGAN yang tiada had perkataan. Tak kurang jugak yang siap berpantun - pantun kan? Kelas Kak Maria. Ada yang sungguh pendek sampai aku kena paksa depa panjangkan. Dan ada ni...sampai 3 perenggan. Sampai aku nak kena edit ni. JENOH.

Tapi apa pun, thanks u olls. Bila ada peluang macam ni, barulah Kak Janz dapat merasa dan menikmati keseronokan membaca rembesan hati u ols kan? HEHEHE...Ada bakat jugak u olls ni semua kan? Boleh ganti tempat Kak Janz nanti.

Baiklah, tanpa membuang lebih banyak rembesan lagi.  Berikut,  i olls senaraikan HEADER-HEADER yang telah dikirimkan oleh u olls semua.







Nama Peserta :  Cik Puan Besar Norizah Ibrahim

Slogan :Saya suka membaca blog Jumie Samsudin kerana dia best, ayat-ayat hot dan dapat belajar baha Penang. Ayoo..aku tak pandai buat slogan. EHEHEHE





Nama Peserta :  Mohd Shafiq Saiddon

Slogan :Saya suka membaca belog Jumie Samsudin kerana kalau saya tak baca nnt saya akan demam sampai seminggu lamanya ahakzz.......




Nama Peserta :  Puan June Alya Adriana Adnan

Slogan :  Saya memang suka membaca apa-apa yang nampak macam tulisan kena baca.  Yelah buat apa mak ayah hantar saya pi sekolah kalau saya tak pandai-pandai nak membaca.  Pada suatu hari yang indah lagi permai,  dikala waktu lunch time yang tak tau nak buat apa.  Jari-jari telah gataikan dirinya untuk meng-google belog-belog.  Tetiba dengan sepantas kilat setelah hari manisku yang begitu manis perisa strawberry tertekan button search.  Keluarkah satu beloh makhluk Tuhan Paling Hotzz iaitu belog Kak Janz kitew. 

Hu…Sungguh puitis,  menggelitis,  sarkastis dan bahasa-bahasa indah ala bangsawan yang bias membuatkan jiwa rasa bergelora,  melompat-lompat seperti rabbit main SMS menang peraduuan gores dan kena tipu.  HAHAHA.  Entahlah,  seperti ada sesuatu yang menarik-narik kalbu ku ini untuk terus menatap hamper keseluruhan saat mataku ini ke belog kak kitew neh. 

Sejak aku terbaca artikel 090909 ati sungguh tersentuh,  tertusuk dan menusuk,  tertikan,  menikam kalbu,  kekabu,  kacang parpu.  OPPPS.  Tetiba bukan muncul rasa simpati (MACAM JAHAT JE AYAT).  Tetapi Tuan telah ciptakan satu perasaan yang begitu lain.  Tak sama macam geeling aku jatuh cintan dengan En.  Hubby dulu. Hati tuh terlampau indah dan 18SX sangat. 

Tuhan telah spotlightkan perasaan itu terus ke hati saya.  Membuatkan hati saya telah mengambil keputusan muktamah dengan tidak menggunakan talian hayat.  Agar saya mendekati Makhluk Tuhan Paling Hotzz berkenaan.  Jeng Jeng Jeng,  perlahan-lahan membuat soalan-soalan fenin kepada makhluk Tuhan berkenaan.  Dengan niat nak amik test drive dulu akak neh.  Takut kang kena tempeleng tak pasal-pasal.  LALALA.  Sesungguhnya,  akak kitew neh tidak sombong.  Di layanya soalan-soalan separuh mental tercalarku itu dengan kata-kata yang hanya bangsawan fahami. 

Dan aku telah termengorat (HAIP  JANGAN PIKIAK KOT LAIN),  aku telah menyunting Kak Janz untuk menjadi kakak kesayangan ku walaupun dia dah ada adik perempuan.  So ade aku kisah?  Ahahaha.  Dan Kak Janz sungguh bermurah ati kerana tanpa ibunya sakit menakan kelahiran seorang bayu,  aku telah rasmi menjadikan adiknya yang lain mak,  lain pak dan satu agama,  saudara sesame Islam.  Yelah.  Aku neh takder akak.  Aku neh anak sulung.  Bile dah terasa intim bersama Kak Janz,  rasa saying dah makin mendalam sampai ke teras bumi. 

Aku akan saying dia sampai bila-bila.  Aku tak sanggup hadapi kalau Kak Janz melalui lagi sekali kejadian 090909 tu.  Sesapa yang berani buat macam tu.  Insya Allah ada balasan setimpal buat mereka yang Tuhan telah tetapkan.  Janganlah kamu menganiaya kaum perempuan yang lemah.  Tak baik tau.  Tuhan marah.  Ayok.  Sebenarnya Kak Janz suruh aku puji.  Tapi siries bab-bab puji aku failed.  Tak pandai.  Aku hanya tau citer apa aku rasa jer.  Aku tak mau Kak Janz kembali menitis ayak mata kesedihan.  Biar hanya air mata kegembiraan kerteharuan saja yang mengalir.  Aku mahu Kak Janzz jadi orang yang tabah,  kuat,  tak payah jadi Power Puff girl pun takpa.  Untuk hadapi hari-hari bahagianya yang telah Tuhan takdirkan buat dirinya.  Apa-apa pun akak.  June akak sentiasa duk sebelah akak support akak.  Kalau duk belakang kang,  orang lain kata main belakang lak.  Pastu kalau akak terkentuz.  Tak sempat nak elak.  Dah ajal. AHAHAHHA.  Jangan marah aa.  Gurau jak.  Rasa macam dah lari dari tajuk jah semua neh. 

Hermm…Buat Kak Janmz hat tengah duk mengeja menatang neh,  tok sah duk sengeh-sengeh.  Senyum jer tau.  Kalau terhari ke hap eke,  adeh..maap ler.  Takder niat buat terhari ok.  Kiranya ada terkasak bahasa.  Maapkanlah jari ku ini.  Dia yang taip.  Otak plak duk hantak impulse suh buat.  Owhh…so undercontrol…LALALAL

Takperla.  Kiranya ada lagi saya nak taip.  Saya akan sambungkan nanti.  So Kak Janz.  Maaflah HEADER tu tak sesantek Kak Janz hasilnya.





Nama Peserta : Suhaila Marcello

Link facebook :  Dirahsiakan

Slogan :  I’m kak janz..paling hottttsss di alam maya.  Inilah slogan untuk Kak Janz.  (BACA DALAM BENTUK PANTUN OK).


Syok mandi kat Bukit Merah,
Lepas mandi makan jajanz,
Secantik2 gigi gajah,
Cantik lagi gigi Kak Janz.

Pi SS pakai deress,
Muka di make up oleh Cakcing,
Jantan tengok Kak Janz jenuh merembesssss…
Mana nak cari body comei, pandai posinggggg….





Nama Peserta : Muhammad Damien Taquallah Zachary

Slogan : Saya suka membaca belog Jumie Samsudin kerana ia padat dengan info-info terkini dan tips untuk anak-anak ayam,  adik-adik baru nak naik dan juga women wannabe serta woman in denial bagi mendapatkan tips menambahkan self-esteem diri dan petua-petua yang susah nak dapat walaupun bertapa selama sebulan di kaki gunung ledang.  Selain itu,  ia juga memaparkan kisah-kisah menarik golongan bangsawan yang susah kita nak dengak walaupun anda melanggan Forbes untuk seumur hidup.  Segmen –segmen yang menarik serta kepelbagaian penulis mengolah karya dengan kreatif menarik minat saya untuk terus menatap hasil sentuhan beliau.  Diharap usaha berterusan penulis akan mendapat pengiktirafan nasional kelak.



Nama Peserta : Sparq Terebuzzoo

Slogan : Saya suka membaca belog Jumie Samsudin kerana SEBAB HANG PUNYA CERITA REAL,  TAKDAK PROPA AND MENARIK serta SUSUNAN AYAT VERY DA TERATUR,kelassss kak mariaaaa.... (keep it up n sucses!)




Nama Peserta :  MOHD ROSLEE MAHYUDIN

Link facebook :http://www.facebook.com/mohdroslee

Slogan :  Saya suka membaca belog Jumie Samsudin kerana belog jumie sangat meriah uollsss, Kak Beyonce baca pon boleh menangis apatah lagi Tyra Bankrups dan Maya Kering! Lepas nie Rosnah Mat Aris and Jakpa Onn sure tulis belog jugak tiru Jumie! kelas Kak Janz!



Nama Peserta :  Gabby Yusof

Slogan :  Saya suka membaca belog Jumie Samsudin sebab saya adalah salah seorang daripada alter ego dia. 

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH

U OLLS!!  Santek santek kan?  Thanks u olls semua.  Mesti semua kawan-kawan merasa sangat terhibur dengan melihat HEADER-HEADER tadi kan?  I olls pun tak tau nak pilih yang mana sekarang ni u olls.  Walaupun hakikat nak pilih berdasarkan skop syarat yang telah diberikan,  tapi ada yang bagi sangat santek.  Takkan nak diskualifaid!!

So keputusannya  :  SEMUA U OLLS ADALAH PEMENANG!  TIADA PENGALAH BAK KATA VINCE AF!!

Oleh itu,  semua u olls akan mendapat top up RM10 bagi setiap entry yang dihantar daripada Jumie Samsudin insya allah bila dapat gaji bulan ini.  Siries!!  So sapa hantar 3 entry tu,  dapatlah sampai RM30 to up kan? Adil kan?

Tapi u olls tunggu gaji tau.  And if u olls tak dapat,  u olls boleh tuntut nanti.  I olls akan tunaikan janji i olls ini.

Sekian sahaja buat masa ini. Terima kasih.  I olls akan mulakan menukar ganti HEADER - HEADER glamor ini seminggu sekali.  BESTNYA!

ps/  MUAKSS....kasih sayang Kak Janz untuk semua.

Lirik Pilihan Bulan Ini - Berhenti Berharap by Sheila On 7

U olls. Dah lama kan aku tak merembeskan lirik lagu yang aku suka. Last time aku suka lagu Agnes Monica, Teruskanlah. Sampai lani aku masih menantikan agar lagu Teruskanlah itu diterbitkan dalam bentuk karaoke. WAH....Kelas Kak Maria. Kalaulah lagu itu telah dikeluarkan dalam bentuk karaoke dan pastinya ada di dalam senarai lagu-lagu baru pastinya orang pertama yang akan mengkey in lagu itu adalah Ezz Dayang Rambutan kan? Harus?

Sekarang ini, memang aku suka lagu ini. Mungkin ampa semua boleh agak-agak kan naper aku menyukai lagu ini.

Yes, kerana aku telah berhenti berharap.


Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo...

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa...
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat