24.3.10

Jadilah Diva - Jilid II

KELESSSSSSS.  Hari itu i olls dah tulis pasai jadilah diva dalam belog ini kan?  Ramai yang suka kan?  Tapi jangan over-over ok.  Lagi kita try too hard untuk jadi orang lain,  lagila kita lupa siapa diri kita kan? 

Baiklah,  hari ini i olls nak sambung balik apa yang i olls katakan hari itu,  iaitu sebagai DIVA u olls kena pakai tepat dengan kesesuaian majlis dan event. Tapi  kadang-kadang bila mengepi satu satu event tu,  alangkah downnya rasa bila kita tengok ada orang lagi hot dari kita.

Kisahnya,  haritu akak menerima jemputan dari Abang Sem,  kawan baik akak yang sungguh hot.  Dia suruh akak sponsor kek birthday dia.  Akak setuju.  Tapi yang lawaknya dia kata macma ni kat akak.

"Jumie,  hang kena mai.  Ini birthday aku last punya.  25 tahun.  Tapi aku akan ENJOY sampai umok aku 42 tahun!!,"  boleh macam tu?? 

Inilah kek yang akak sponsor itu.  Homemade ok.  Tapi bukak akak yang gentelkannya.  Pistachio cheese cake. 
Tema malam tu.  White Sensation.  Akak pun,  ala diva-diva lama ni pun meniba la.  Akak sampai simple jer u olls.  Akak pakai skirt labuh warna putih dan tops warna hijau tua.  Adalah jugak putih-putihnya.  PA akak,  Taq pakai shirt putih.  Samalah dengan BODYGUARD akak.  Depa dua dua sama,  pakai jeans dengan t shirt putih.

So,  masa kat sana.  Akak menengok ramai adik adik yang sungguh seksi dan sungguh cumels mereka semua.  Seksi yang meletop la bagi akak.  Takder la nampak cheap.  Dorang pakai sangat sesuai dengan tema venue itu iaitu sebuah banglo tepi pantai.

Kak Merr and Mama-To-Be- Ziera.  Selamber mak ayam ini tidak memakai ikut tema.  Yang penting COACH di lengan ok.

Tapi tiba-tiba,  satu gerombolan perempuan dressing cam ayam KL u olls,  meniba ke party itu.  Dressing mereka,  PERGH!!!  Sungguh ayam KL ok.  Akak macam terlopong jugakla tengok dressing dorang.  Memang smart tau.  Dengan rambut,  baju,  ekseseri,  kasut,  memang cam dalam video clip Beyonce ok. 

I olls ushar jer,  tiba-tiba PA akak yang Taq itu mula membebel.  "Tulah Jumie,  hang kena buat rambut macam depa ni.  Kaler-kaler.  Pastu ada merah sikit jatuh kat tepi.  Smart u olls, "  cadang Taq dengan muka kekwatnya. 
Taq dengan muka kekwat.

I olls macam tak suka la dengan cadangan Taq,  rasa macam menyesal bayar gaji dia ribu-ribu dengan perlindungan Takaful.  Tapi i olls mendiamkan diri.  I olls tak suka sangat la dressing ver-ver ni.  I olls suka sofistikated look gitu.  Wahhhhhhhhhhhh...keles!!!
Tiba-tiba BODYGUARD akak bersuara,  "  DIVA mana ada dressing camtu.  DIVA tak perlu dressing over untuk tarik perhatian,"  terus akak cayeeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrr u olls.  En.  Khafi,  i olls akan bagi bonus untuk u olls bulan ini. 

Kak Merr dan bodyguardnya.  Janggut ala-ala Firaun.  KELESSSS

ps/ So,  nak jadi DIVA tak perlu nak amik perhatian orang sangat. 

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com