9.3.09

The best roadtrip ever featuring Miss Tan Chin Chin 'anak gajah'




A picture of us in front of Sweet Beach Resort. Camera aku berkabus sebab aircond bilik! Sorry guys!!


Jemputan Anak Gajah
Pada hujung minggu yang lalu 8-9 Mac 2009, Chin2 telah dijemput memberi ceramah di Kursus Advokasi Diri di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Putih Kelantan. Kursus ini adalah anjuran PDK Insani dan PDK Temangan dengan Kerjasama JKM Machang. Aku salin ni sebijik-bijik dari beg yang aku dapat. What is advokasi? ??? Chin2 diberi penghormatan untuk bagi ceramah dalam kursus ini, dia tanya aku boleh tak jadi p.a dan driver beliau ke Kelantan. Of course la kalau semua dibayar, aku syiok la! Lagipun aku teringin nak drive p Kelantan.

This is a of the pictures masa Chin2 tengah kusyuk bagi ceramah. Sampai menutup mata. huhuh..

Bersama barisan penganjur di sana. The only man in this picture is En. Mohd Razali md Din, Pengerusi PDK Insani.
Para peserta kursus sedang mendengar celoteh Chin2.
The Journey
Dari Pulau Pinang, kami bertolak jam 8.30 am menuju ke BKE Kulim. Jalan tu straight je...lalu Baling, Gerik, Tanah Merah, Machang, Pasir Putih dan akhirnya Tok Bali. Selepas merentasi 2 negeri, Kedah dan Perak kami selamat sampai di Sweet Beach Resort jam 1.30petang. Terror tak aku drive? Kami tak berhenti langsung, just berhenti p toilet kat Petronas Jeli.

Sepanjang jalan highway Barat-Timur ni, anda akan menjumpai banyak signboard yang menunjukkan tanda-tanda hati-hati kerana menjadi laluan haiwan liar seperti kijang, lembu dan juga GAJAH. Tapi orang kata, gajah selalu kuar time malam-malam. Banyak yang akan jumpa ialah orang yang bawak lori la.

Tapi masa aku drive, aku jumpa la dengan satu anak gajah ni. Duk tido baekkkkk punya...hihihii...Aku pun amik la gambar dia. hehehe

ANAK GAJAH SEDANG TIDUR...shhh.....

Tembakau dan Timun
Pasir Putih ini adalah kawasan pembiakan tembakau dan timun. HAHAHA...Aku mula-mula tengok pokok tembakau, aku pikiak...awat bayam ni depa tak cabot. Dah besak dah ni...dah buleh makan. Haram betui...rupa-rupanya itu adalah pokok tembakau. Kih kih kih. Then masa aku bersembang dengan pekedai di kawasan kampung itu, aku kata la...sekarang ni musim tembikai ke? Sebab banyak stall kecik sepanjang jalan Pasir Putih yang jual tembikai...pastu pakcik tu tengok aku pelik. Aku explain la..."tembikai...." Dalam hati aku kata "Pakcik ni tak faham aku ke? Nak ke aku sebut watermelon". Pastu pakcik tu tanya balik kat aku "Timun cino?" Oooo...baru aku tau, rupa-rupanya, orang Kelantan and Terengganu panggil tembikai TIMUN CINA.

Sebijik macam pokok bayam tak? HUHUHU...ini pokok TEMBAKAU ok!!
Ini adalah timun cino atau dalam bahasa Penang, watermelon!!


Ore Pine
Selepas kami siap bermakan tengahari dan check in ke dalam challet kami yang cukup cute!! Aku lupa amik gambar depan challet. Patutlah sepanjang drive balik Penang aku rasa macam terlupa sesuatu. Tapi nak buat macam mana, memang panas gila depan challet kami. Tak sempat nak amik gambar. Ok. Back to my story, lepas kami dah check in bagai....Chin2 ikut rombongan peserta kursus ke Bengkel OKU di Kampung Aur yang terletak dekat sangat dengan resort kami menetap.

Aku tak ikut, sebab penat sangat driving. Dahla, a night before travel to Kelantan, aku diserang sleep disoder disease aku secara tiba-tiba 5am baru boleh tidok. Haram betul. So aku telan dua tin RedBULL. So aku pun bercadang nak cover balik tidur aku tu. Tapi, pusing sana sini tak buleh jugak. Aku pun terus bangun, capai beg dan drive keluar seorang diri.

Aku pun mencari-cari la, kut kut ada la tempat best buleh aku lepak seorang diri. Tapi dah 20 minit aku drive. Sepanjang jalan tu, ada tembakau dan timun ja. Aduhs....tiba-tiba aku nampak ada sebuah gerai kecik jual goreng-gorengan. Ada beberapa pelanggan perempuan kat situ, aku rasa macam OK kut. So aku pun stop.

Semua orang kat gerai tu tengok aku. Mungkin sebab tengok no plet aku no luar. So takpala...aku pun bersembang dengan orang-orang kampung yang ada kat gerai tu jugak. Tanya tentang tempat-tempat yang best kat sini. Aku terasa macam Anthony Bourdain sangat. Tapi orang kampung memang sungguh mesra sangat. Dorang macam layan aku macam adik beradik pula rasanya. Yolah, bayangkan satu gerai tu duk tengok aku dan jawab soalan-soalan pelik aku. Dorang semua panggil aku "Ore Pine" Maksudnya Orang Penang.

Yes, Dorri telah menarik perhatian para pemakan di gerai itu.
Dua brader kat situ, suruh aku p lepak kat Pantai Irama. Aku pun cepat-cepat berangkat menuju ke Pantai Irama yang dimaksudkan. Yang lawaknya, ada satu kakak ni spontan gila nak tumpang aku gi bank yang terletak dekat dengan Pantai Irama destinasi aku. Selamber la....akak tu tumpang aku.

Pantai Irama
Setelah drive mengikut yang diarahkan oleh dua brader itu dengan bantuan signboard, akhirnya aku berjaya sampai di Pantai Irama. Ya allah..................boring siot. Memang aku expect macam Chenang ke, at least Baru Feringggi...hahaha..tapi aku telah kecewa dengan harapan yang merupakan angan-angan kosong. Dahla aku drive sorang-sorang. Takder langsung spa ke, tempat urut ke, kedai batik ke, apa-apa jer la yang sesuai untuk aktiviti pelancong.

Gambar yang diambil sendiri oleh aku. Sedih sangat!!
Aku pun duk la sorang-sorang kat tepi pantai tu. Mengambil gambar sendiri. Terasa sangat macam loser....kah kah kah. Aku pun nak bagi diri aku rasa macam hot, aku bayangkan diri aku ni macam Qistina la. Masa duk frust dengan issue Zafrul. Dia drive pi Port Dickson. Cewah..hahaha...Cuma takdak orang mai bagi aku belon free la.

I ingatkan sotong!!

Malam itu, aku dan Chin Chin telah drive kuar resort untuk memakan di luar. Kami singgah di sebuah gerai tomyam kecil yang dikunjungi oleh ramai gadis-gadis. Diorang ni student KIST. Kolej Islam Sains dan Teknologi. Chin2 order bihun sup, aku order nasik goreng dan tomyam. Tiba-tiba masa nak makan, aku nampak Chin2 dengan komfidennye nak telan cabai potong sebesar isu jari kaki aku..berwarna hijau muda. Memang Chin2 tak tahan pedas, nanti dia akan nangis. Pastu aku cepat-cepat bagitau Chin2. Yang lawaknya, Chin2 kata...."I ingatkan sotong" HAHAHAH

Tan Jumie dan Tan Chin2 (muka kami macam sama tak??!!)


Ampa tau tak, sepanjang aku kat sana dengan Chin2. Ramai yang tegur aku dan Chin2 ni adik kakak. Dorang kata aku ni kakak Chin2. Aku mengiyakan saja. Tapi ada teguran yang paling tak buleh diterima akal oleh Resort Manager, En. Halim..... "Anak u ke?" APAKAH??? DIA INGAT CHIN2 ANAK AKU? Aku rasa macam nak saman jer Sweet Beach Resort dan seluruh anak syarikat Asyura. Tapi aku pikir sebab Qistina ni kawan baik aku. Aku pun relaks. Chin2, u suka la ehk...u jadi lagi muda dari i! HUH!! I know u duk gelak baca artikel ni....

Jumpa dengan Gorilla dan kawan-kawan Chin2 di Bukit Bunga
Kami tak sempat nak ke Rantau Panjang sebab sangat jauh. Kami tak masuk Kota Bharu pun. So kami henti kat Bukit Bunga, kira macam mini Rantau Panjangla. Aku tak beli apa-apa sangat pun. Sedikit buah-buahan jer untuk diri sendiri di kala lapar pada waktu malam. Tapi cuba tengok dengan sapa kami jumpa kat sana :-

Me and skendeles. Abang Gorillaz!!

Chin2 sama besak dengan para teddy bear!!

RENUNGAN : Kesian tengok teddy bear bergelimpangan di jalan sebelum digantung oleh pekedai. Tengok teddy bear bergelimpangan macam ni pun kiter sedih, macam mana dengan anak-anak kecil yang menjadi mangsa perang di Semananjung Gaza. Fikir-fikirkanlah.....

Hentian Pulau Banding
Masa on the way balik, aku bagitau Chin2 aku sangatlah mengantuk and need a nap. So kami berhenti di Hentian Pulau Banding. Kalau nak baca pasai Pulau Banding, please click here. Masa kat sini, aku dan Chin2 tak jadi nak tidur pun. Kami duk bergelak jer. Pastu kami jumpa dengan dua Power Ranjers yang sangat comels!!


Sebenarnya, dua power ranjers ini adalah anak orang asli yang mendarat di jeti untuk membeli beberapa keperluan asas seperti gas dan juga minyak. Memang aku terpegun tengok dorang main panjat-panjat besi kat jeti ni. Tak seriau pun.....Dorang PRO gila...



Kesimpulan
So, inilah laporan untuk travel log aku kali ini. Memang sangat meletop. Here are TRIVIA of our Journey!

Trivia of Jumie and Chin2 roadtrip to Pasir Putih Kelantan.

  • We counted 2 dead animals mati atas jalan sebab kena langgar dengan kereta.
  • Kami hampir-hampir langgar anak kambing kat area Baling.
  • Jumlah tol yang kami bayar sepanjang perjalanan ini hanya RM10.20 sahaja.
  • Kami berkenalan dengan dua orang perempuan Jepun bernama Yoshie dan Yumie yang merupakan social worker dari kerajaan Jepun yang ditempatkan di Kelantan. Dorang taktau cakap orang putih langsung, tapi cakap Melayu depa memang sempoi. Slang Jepun!
  • Mengikut Google Maps dari Penang ke Tok Bali adalah sejauh 342km, tapi aku hanya pakai minyak sebanyak RM50 sahaja. Sebab isi tank penuh RM50....sekali aku drive baru setengah tank habis!! Baliknya aku isi balik full..sampai Penang tinggal setengah lagi! Cayalah Dorrie!!
  • Masa kat Petronas Jeli, aku telah mentipu makcik jaga toilet bahawa Chin2 adalah adik aku dan dia seorang Doctor dari Penang. HAHAHAHAH...Im sorry makcik. Tulah duk tanya pelik-pelik sangat.
View CANTEK captured by Jumie Samsudin

Sekian, the end.

ps/ Jalan-jalan dalam Malaysia memang best!

2 comments:

  1. jumie.. aku penah jumpa gajah masa balik kelantan. tgh mlm tu.. seriau aku takot keta kena pijak.. huhu..

    ReplyDelete
  2. persalll la ko x singgah umah aku je jumie oiii!!!!! x dew lerr ko boring sangat.. tmpat aku dating tue area tok bali tue!!!! pantai irama.. ohhh kenangan smua tue!!!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com