Assalamualaikum u olls semua,
Tudiaaaaaaaaaaa...punya lama aku tak bersiaran! Macam-macam jadi since bulan April sampailah sekarang dah habis Ramadhan. Esok lusa kita akan meraikan Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Akak harap kalian semua beraya dengan meriah, bersederhana dan yang paling penting banyakkan bersedekah dan banyakkan beringat pada orang-orang yang tidak mampu. Haaaaaaaaaaaaa gitttu awal-awal dah ceramah agama kepada u olls. Why? Sebab nak habaq mai sekarang ini akak dah meninggalkan Penerbit USM dan bertugas di Pusat Islam USM.
Dah-dah jom baca catatan diari akak untuk kalian semua setelah lama tak bersiaran!
click read more
Pindah Office
Pasaipa lama tak bersiaran? Haaa macam-macam jadi u olls. Penghujung bulan Mac akak punya birthday, bulan 4 the whole month akak HENG (sapa paham...pahamlah), 14 Mei 2018 akak kembali dari rahmatullah, tiba-tiba dua tiga hari lepas kembali, akak dapat arahan daripada Universiti yang akak kena pindah pi office baru. Sedih tak? JANGAN DITANYA. Kita profesional, apa depa suruh kita buat sahaja. Bukan mudah depa nak urus macam-macam dan ingatlah jawatan kita ni sekecik-kecik semut yang boleh dipijak mampuih begitu sahaja, bukannya jawatan Naib Canselor apatah lagi Attorney General of Malaysia. So bila dapat surat tu, akak pun tak toleh belakang dan buat persediaan yang sebaiknya.
So office baru akak di Pusat Islam USM. Untuk lebih spesifik, akak punya office betul-betul kat Masjid Al Malik Khalid, USM. Lantas, sesuailah dengan hashtag rasmi akak minggu ini #officeadakubah.
Dari jendela office ku.
So mana bila nak sempat menulis untuk blog ini? Jangan sedih, walaupun tak tulis blog, tapi kalau hangpa perasan akak banyak buat catatan di laman Facebook akak. Yang ni kira paling senang tanpa memerlukan apa-apa editing. Pertama, akak buat album catatan Catatan Ramazan Kak Zah 2018 so apa akak masak, apa akak buat, banyak akak share kat sini secara FB post. Banyak jugak post, hangpa click kat link tadi akak bagi tu, click secara Feed View. So senang nak paham.
Kedua, akak ada buat satu lagi album catatan iaitu Buku Yang Dibaca 2018. Album ini untuk menggalakkan diri ini agar lebih rajin membaca. Haaa...asyik duk tengok Youtube sahaja. So lani akak nak rajinkan diri akak untuk membaca. Setiap buku akak baca, akak akan review kat sini.
So, u olls semua, nantilah review-review akak lain lepas Raya nanti insya allah. Banyak lagi event dan program yang akak nak review tapi tak habis-habis lagi. Nanti naa....
Jumiess Cookiess
Bersempena dengan raya tahun ni, akak nak ucapkan terima kasih kepada kalian semua yang menyokong perniagaan kakak dan adik I olls yang meneruskan tradisi Jumiess Cookies yang amat popular dengan Kuih Kacang Mazola nya. Ramai yang confuse, biskut raya nama Jumiess tapi awat apa-apa nak kena tanya kat orang lain, bukan JUMIE sendiri.
Berapa kali nak habaq tak tau, Jumiess Cookies ni adalah perniagaan kakak I olls, Sanita Samsudin yang dah berapa tahun duk buat business ni, tapi brand tu pakai nama akak.....SEBAB AKAK KAN RETISSS......hahahahahaha
Apa pun, sekali lagi nak ucap terima kasih banyak-banyak kat u olls semua yang menyaport. Kalau ada silap dan salah, mintak maaf banyak-banyak. Tahun depan, before 1 week of Ramadhan, mai order cepat-cepat okay!
Saja nak habaq kat hangpa, tempahan untuk Jumiess Cookies dibuka sepanjang tahun. Kalau hangpa nak order untuk kenduri kawen ka, buat hamper ka, contact ja kami! Apa-apa follow IG: @jumiesscookies atau FB kami Jumiess Cookies
Selain berniaga kuih, ni akak nak habaq ni kat u olls semua, secara rasminya akak telah menjadi ajen satu jenama anak tudung bertajuk Allya Inner Neck by Jamila. Hangpa boleh tengok IG rasmi kat sini, @jamilaavenue. Jamila adalah jenama yang diasaskan oleh usahawan yang berasal dari Penang iaitu Sha Jamilah Almufazal, tapi dia banyak duk turun KL semua.
Akak menerima lamaran beliau untuk jadi agent sebab akak sendiri adalah pengguna produk ni dan akak sangat suka! Walaupun harga sedikit mahal, lebih kurang sama dengan inner neck/anak tudung dari jenama ekslusif yang lain, yang penting dia selesa dan very the tahan lama.
So sapa-sapa berminat nak beli, nah hangpa tengok sini:
Ucapan Selamat Hari Raya
Baiklah, dikesempatan ini akak ingin mengucapkan selamat hari raya, Maaf Zahir dan Batik untuk semua yang rajin membaca blog akak. Akak mintak maaf kalau ada penulisan akak yang menyakitkan hati kalian, kita sesama manusia kena sentiasa beringat. Tegur menegur tu memang apa yang akak buatlah. Itulah namanya seorang penulis. Kalau pikiaq takut dan malu, akak tak akan menulis.
Kirim salam kat keluarga hangpa semua. Raya elok-elok. Ingatlah pada orang yang susah.
Bye semua!
Welkem back jumie
ReplyDelete