22.6.18

Posing Persis Model Tersohor di Golden Shower by Chinchin

Gambar atas kita featuring Miss Minyara Sarafina,  Miss South Africa 2013!


Hello u olls,

Nenjia...cerita ni dah berbulan lalunya.  Tapi lani baru nak story.  Hangpa tau kan?  Akak menyambut ulang tahun kelahiran akak yang ke 33 tahun this year yang jatuh pada 29 Mac.  Jadi sebagai wanita marhayam seperti akak,  haruslah majlis hari jadi diadakan secara berperingkat dan macam-macam lokasi.  Akak teringin nak buat birthday bash macam dulu-dulu tapi haramlah takdak kudratlah nak organize grandis-grandis ni semua,  akak respek orang yang rajin buat birthday party siap hias-hias dewan apa semua ni.  For me,  akak suka keluar pi makan2,  lepak2 with my real close friends.  

So one of the occasion,  my beloved anak ayam Syed Amir telah berbesar hati menjadi host birthday party akak di sebuah NY-chic-style-bar diberi tajuk Golden Shower by Chinchin.  MEMANG BEST SANGAT!!  

Akak memang duk teringin nak mai sini sebab tak tahan duk tengok Syed Amir duk posing sakan kat tempat cantek ni.  Maka sempena birthday,  termakbul lah doa....hahahaha...gichew.


Over tak e-card bagai?

click read more


Golden Shower by Chinchin
You can say tempat ni sebagai bar/clubbing gitu,  tapi environment dia very the chic bar style.  Tajuk dia,  Golden Shower by Chinchin.  Masalanya,  hangpa tau tak apa maksud golden shower?  HAHAH kepada u olls yang baik-baik orangnya,  inesen dan tak pernah buat sebarang dosa,  please do not google it!  

Terletak di Bishop Street,  Penang.  Betul-betul depan dengan Public Bank.  Dia buat concept speakeasy lounge.  Masuk-masuk,  u olls akan disambut dengan dekorasi 'tandas' bewarna emas.  So posing la kat situ u olls. 


Jamban ni replika ja.  Non functional pun.




Masuk section tengah,  u olls akan lalu kunonnya ala-ala alley (lorong gelap) dengan lukisan grafitti.  Terus feeling hiphop u olls.  Jumie from the block.


Hip hop sections!

Pastu masuk lagi pintu dia,  barulah jumpa dia punya pink bar!!!! Memang kerlas u olls.  Sapa yang gila babi suka nak posing maut,  haruslah datang sini.  Tapi dengan syarat,  kalau mai sini,  please dress up sedikit.  Jangan duk mai pakai2 seluar pendek dengan slipper......bukan sahaja you akan memburukkan environment malah u macam tak reti nak respek majlis la.







The iconic pink bar!

Nanti hangpa tengoklah gambar-gambar akak duk posing kat sini!  Memang seronok u olls mai sini layan posing sahaja.  Terus feeling macam duk ada kat New York.

Tapi dari segi makan dan minum,  nak habaq siap2 tempat ni bukan tempat untuk makan kenyang2 ya.  Depa ada la makan u olls,  8 course semua bagai,  tapi dia punya serving very the fine dining.  Dalam erti kata lain,  makanan yang cantek kat mata,  sedap kat mulut tapi bukan kenyang di perut.  Yessss....

Dari segi minuman,  pilihan untuk mocktail yang akak perasan la memang takdak langsung.  Air mineral mahai2,  coke dua tiga jenis tu sahaja.  I just hope depa buat lebih banyak mocktail.  Sebab orang Cina dan India pun ramai aih yang tak minum arak,  for kesihatan purpose.


San Pellegrino,  ayaq mineral orang have-have!

Tempat ni dibuka from 6 pm sampai malam.  Kalau u olls mai pkl 6pm,  lampu kat pink bar akan still cerah.  Tapi pelan lama......bila malam,  dia punya lampu makin dim dan lebih meletops,  muzik pun akan berubah daripada lagu-lagu lembut kepada lagu very the cat walk on runaway.  Meletops okay.

Okay dah.  Jom tengok gambar2 we olls posing!


Golden Shower
Ini adalah ruang hadapan yang akak habaq tu.  Masuk-masuk ja...jumpa pancoq emaih dulu!


Ini bahagian depan cafe.....Golden Shower!



Kau mampu posing macam ni?  Hangpa boleh follow perempuan berani mati ni kat sini:  @danieharmizi


I mamfu selfie ja kat sebelah bathtub tu.  Nak mati?  Kita dah macam gajah macam mana ka,  kalau pecah bath tub tu mampuih nak kena bayar ganti rogi.



Pose ini bertajuk,  "Berak Tek Ke'aih"


Deni tajuk dia "Sembelit".  Tengok rambut pun tau dah,  dubur dia ada masalah.


Posing bersama Syed Amir,  host birthday party akak!  Thanks u olls for the lovely treat!


Dari kiri,  akak,  Kak Ren & Ridhwan Shariff!


Jumie from The Block
Yang ni bahagian tengah iaitu very the hip hop macammana ka.  Akak suka kat sini sebab kebetulan dressing akak malam tu sesuai untuk post-post kat sini.  U olls layan la tengok gambar2 akak posing,  over sangat!  Macam-macam posing ada....tudung nak terbukak,  tudung tolak tepi dan pelbagai lagi.  DISCLAIMER:  SILA JANGAN TIRU AKSI INI.



Pose tarik tudung!



Kalau akak mai kutip hutang untuk Along,  mesti akak akan jadi staf kesayangan Along.  Tengoklah kesa-saan akak dalam gambar ni,  sapa tak ketaq lutut tengok akak dalam gambar ni tipu lah!


Ni tajuk dia...rasukan ablasah!




I LOVE THIS POSE!


Pink Bar
Yang ni bahagian tengah.  Nah tengok ja la...akak posing letos.



Dalam tiga keping tu,  akak suka yang ni,  nampak haluih sikit.

Sapa yang curi2 amik akak dari belakang ni.....


Potong Kek
Dalam banyak2 kek akak dapat for birthday 33 tahun,  kek ni paling comels paling sedap!  Sumpah...dia punya cokelat very the meletopsss!  Thanks guys for making me feel soo special. Siries-siries...terharu sangat okay!  Thanks Syed Amir,  Kak Danny,  Kak Maya,  Kak Ren dan Wan!




Birthday Girls with The Gurls
Ni gambaq2 kami duk posing kat tempat duduk kami.  Luckily,  atas cadangan Syed Amir,  kami mai awai iaitu 6pm instead of 10 pm.  Sebab time ni,  orang tak ramai dan kami boleh duduk sofa dia.  Kalau tak memang tak dapat la....sebab tempat ni akan pack.

Cuba meniru lukisan di belakang.


#thatass #kennnnnnnnn #kauada 

Kak Danny turut menunjukkan skill posing beliau.




Ibu ayam dikejar musang,  anak-anak ayam lari ke bilik smoking.  Haa...kerlas tempat ni ada bilik kaca yang tertutup untuk wanita dan lelaki perokok!


Toilet Selfie
MAKKK SANGAT FAILLL BAB TOILET SELFIE NI!

 
Percubaan awal yang sangat gagal


Percubaan kedua yang lebih menjadi!



Golden Shower by Chinchin
Alamat:  86 Lebuh Bishop,  Penang, Malaysia
Tel:  04-263 6868

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com