13.3.18

Ulasan Filem Get Out (2017)

Poster yang langsung tak menarik perhatian.

Dah lama tengok poster filem ini dalam laman web pirated movie yang menjadi lokasi pelayaran internet ku saban hari,  tapi rasa tak tertarik langsung nak tonton filem ini sebab dia punya poster.  Poster dia menunjukkan lelaki African American dan keluarga kulit putih.  Takdak effect-effect grafik yang bombastik pada poster tersebut.  So pada pandangan pertama aku,  filem bajet rendah tentang cinta bohsan pastu ada pembunuhan,  pastu mesti kes siasatan polis yang melibatkan pelakon-pelakon tak terkenal.  Yes,  semua pelakon dalam poster itu adalah muka-muka tak terkenal.  Sebablah tulah aku langsung tak berminat nak tonton filem ini.

Next,  sambil-sambil melayari Youtube untuk tengok review filem-filem terkini,  aku ternampak banyak jugak Youtuber yang membuat review filem ini.  Get Out!  Eh...best ka filem ni sampai ramai duk buat review.

Then,  masa 90th Oscar baru-baru ini,  Get Out dicalonkan untuk filem Best Motion Picture of the Year dan beberapa anugerah lain dan akhirnya menang satu anugerah iaitu untuk Best Original Screenplay kepada Jordan Peele yang juga pengarah untuk filem ini.  Best original screenplay bermaksud anugerah kepada jalan cerita asli dan skrip yang ditulis untuk filem ini.

SO AKU PUN TENGOKLAH FILEM INI!  MEMANG BEST....setelah sekian lama ini filem ini berjaya untuk memberikan aku keghairahan untuk membuat review ini.

Macam biasa,  review ini mempunyai spoiler.  Pandai-pandailah hang buang pi kalau takmau tau spoiler.

click read more

Summary Cerita
Cerita ini mengisahkan pasangan kekasih inter racial.  Chris yang BF tu black American,  dan Rose perempuan yang GF adalah wanita kulit putih.  So depa dalam persiapan nak balik ke rumah GF tu,  kira dia nak kenalkan BF dia kat family dia.  BF tu sedikit nervous sebab nak jumpa family GF kan?  Dia duk tanya,  hang dah habaq ka kat family hang yang aku ni kulit hitam?  Tapi GF dia kata,  dia tak perlu habaq,  family dia jenis open dan sangatlah okay.  Bukan jenis racist.  Of courselah,  dalam hubungan inter racial macam ni,  pastinya kita akan ada rasa nervous sebab perbezaan warna kulit,  budaya atau agama dan kepercayaan.  

So depa pun balik lah kampung perempuan tu.  Bila sampai,  semuanya nampak okay.  Parents perempuan tu,  sangat welcoming dan very the nice people.  Tapi Chris rasa pelik bila dia perhati kat orang gaji dan juga pekebun family tu.  Depa macam pelik,  cara depa cakap dan cara depa tengok kat Chris.

Okay,  nak dijadikan cerita,  mak Rose adalah seorang ahli psychiatrist dan bapak Rose adalah seorang doktor bedah.  Dia ada abang lelaki nama Jeremy yang juga tengah belajar untuk menjadi seorang doktor.  


On the first night depa tidur kat rumah,  malam tu,  Chris tak boleh tidur.  So dia keluar jalan-jalan kat depan rumah Rose.  Masa tu dia nampak pekebun yang lelaki tu,  lari straight ke arah Chris,  macam nak mai langgar dia,  tapi bila dah dekat,  dia belok ke arah lain.  Fuh!  Memang skeri time tu,  nasib baik Chris tak jerit!  Kalau aku bukan ja jerit,  aku di terbang  bagi penendang teruih kat orang yang tak pasai-pasai mai lari ke arah aku.

Pastu dia pun terkejut punya pasai,  dia pun masuk rumah,  masa tu dia terserempak dengan mak Rose yang ajak dia mai duduk sembang2 kat bilik kopi.  Sembang punya sembang,  rupa-rupanya mak dia telah meng-hipnotis-kan Chris sampai Chris rasa jatuh ke dalam The Sunken Place.

Hangpa tau kan hipnosis tu apa?  Kalau dulu-dulu kita selalu tengok dalam cerita kat TV macam mana pakar psikologi yang pakar dalam bidang ni,  akan amik jam dan hayunkan depan mata pesakit,  pastu buat bagi pesakit tu hilang 'kesedaran' dan seterusnya membenarkan pakar psikologi tu untuk buat apa pun kepada minda pesakit.  Sama ada untuk explore ingatan dia untuk mencari jawapan kepada sesuatu yang mungkin pesakit tu dah lupa,  ataupun memadam suatu ingatan yang boleh membuatkan pesakit tu terus ubah cara hidup atau cara dia bekerja sebab dia dah langsung tiada ingatan tentang that particular thoughts.  

Tapi dalam cerita ni,  mak Rose menggunakan teknik desiran sudu pada cawan dan membuatkan Chris rasa tenggelam dan hilang masuk ke dalam The Sunken Place.  Dalam keadaan ini,  Chris pengsan dan depa boleh apa-apa sahaja kat dia.  

Okaylah panjang dah aku cerita ni,  dipendekkan cerita,  rupa-rupanya keluarga Rose ni semua adalah celaka anak haram yang mengamalkan ritual hipnosis sebagai satu perniagaan untuk memberi servis kepada pelanggan depa.  


Rose akan memancing/menggoda lelaki kulit hitam yang berkenaan,  pastu mak dia akan hipnosis lelaki tu,  pastu bapak dia akan operate (sekiranya perlu) untuk memberikan body part lelaki itu kepada pelanggan depa.  Tapi dalam kes-kes lain,  mungkin lelaki/wanita kulit hitam itu akan dihipnosis untuk dijadikan hamba kepada pelanggan depa.  Hamba apa?  Hamba seks ataupun mungkin hamba untuk buat kerja di rumah.  Contohnya pekebun dan orang gaji kat rumah depa,  dua dua tu sebenarnya dulu juga adalah bekas kekasih Rose.


Kesimpulan
Cerita ini adalah best bagi aku sebab jalan cerita dia penuh elemen terkejut dan suprise.  Teori-teori cerita yang tak pernah aku baca atau lihat dalam filem lain sebab yalah dia menggunakan elemen kisah racism (perkauman),  bidang psikologi (hipnosis) dan komedi (watak kawan baik Chris yang membuat siasatan) untuk digarapkan dalam sebuah filem seram.  Memang patut cerita ni dapat anugerah Best Original Screenplay untuk Oscar.

Dalam banyak review yang lain,  depa kata,  skrip dalam filem ini telah menjelajahi isu-isu perkauman yang perlu dihadapi oleh seorang lelaki kulit hitam ataupun secara amnya kepada pasangan inter-racial.

Aku rasa macam kat Malaysia ni,  isu-isu perkauman dalam hubungan pasangan kekasih selalunya tidak menjadi masalah besar (melainkan) dalam kes-kes di mana pasangan tidak mendapat restu keluarga.  Tapi selalunyalah,  kat Malaysia ni,  kalau inter racial marriage memang diraikan sangat-sangat kot.  In fact,  anak-anak yang hasil dari pasangan kahwin campur pun akan di-treat sebagai anak yang 'istimewa' sebab depa punya status yang berbeza dari biasa.

Baru-baru ini,  akak ada kawan dari Amerika nak mai Penang.  Dia kulit putih la (yang perempuan),  dan BF dia African American.  So masa duk mesej-mesej habaq kata dia nak mai Penang apa semua,  dia tanya kat akak "Jumie,  should us be aware of anything as we are coming to Malaysia?" 

So aku ingatkan,  kawan aku ni maybe dia tau kita Muslim country dia takut lah dia mai Malaysia duduk kat hotel bersama-sama sebab tak kawen lagi.  Kawan akak ni,  dia pernah mai Malaysia sebelum ni sebab jadi student kat USM.  So dia dah pernah belajar pasai politik kat Malaysia ni semua.

Then akak jawablah "I know you are concern because you are not married.  But do not be worry,  authority will only check on unmarried Muslim couple who checked in together in hotel.  You and Malcolm will not be a problem..." 

Pastu dia balaih "No silly,  im asking,  would it be a problem cause we are interracial couple," 


Akak pun explain la kat dia takdak masalah apa aih!  Tapi macam pelik jugak la,  awat dia duk risau sangat pasai dia dan couple dia being inter racial ataupun memang mungkin di negera depa Amerika Syarikat,  hubungan couple yang inter racial ini masih dipandang sebagai sesuatu yang amat pelik dan sukar diterima oleh masyarakat umum walaupun sekarang kita dah masuk ke tahun 2018!

Bercakap pasai isu hipnosis,  akak pernah ceritakan pengalaman dan pendapat akak tentang teknik ini dalam artikel akak Teknik Hipnosis Bagi Tidoq Lena.  Pada pendapat akak,  hipnosis adalah satu teknik yang akan berjaya sekiranya kedua-dua pihak submit kepada idea ini,  percaya dan berserah,  barulah proses tu jadi.  Tapi tak tau la,  ini adalah pendapat aku sendiri.

Dari segi pengarahan,  aku rasa Jordan Peele buat kerja yang amat baik.  Dia telah berjaya menaikkan nama dia sebagai pengarah baru yang disegani walaupun dulu dia hanyalah seorang pelawak (comedian). Tapi dari segi lakonan,  watak-watak lain dalam cerita ni semua okaylah,  berlakon dengan baik,  tapi untuk angkat Daniel Kaluuya sebagai calon for Best Actor dalam Oscar adalah sesuatu yang over-ratted sebab bagi akak Oscar macam saja nak bagi nampak yang majlis depa very the mesra alam kepada semua kaum (sebab sebelum ni,  depa dikutuk sebagai TOO WHITE) sebab lakonan Daniel Kaluuya adalah biasa ja,  takdak la best sangat!  Dia jatuh pengsan macam kena hipnosis pun macam tipu....aku buat buat pengsan lagi nampak real.

Okay sekian,  sapa nak tengok movie ni?  Boleh tengok secara pirate kat sini:  https://gomovieshub.sc/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com