8.3.18

Salahkah Siti Dildo Menjual Dildo?

HOH! Banyaknya kes-kes viral yang berlaku lately,  nak tulis tak dan lah u olls.  Kalaulah aku blogger full time,  bolehlah aku nak update blog aku satu hari sampai 24 post macam Astro Awani punya website berita betui tak?  Takpalah,  apa pun,  hari ni bila kita free-free jomlah kita sembang-sembang pasai kisah-kisah panas yang berlaku disekeliling kita.

First of all,  nak cakap pasai Siti Dildo.  Sapa tau?  Akak pun mula-mula tak tau,  tapi duk baca mama Regina Ibrahim punya weekly updates.  Sapa follow Mama Regina kot Facebook,  memang baguih sebab mama sebagai seorang pengamal media sosial yang tegar,  dia bukan pakai syiok-syiok untuk stalk orang,  tapi dia duk observe kelakuan dan apa yang jadi sekeliling.  Untuk idea penulisan dia la tu!  HEHEHE.  Tapi yang best,  every week beliau akan buat macam weekly updates tentang apa yang berlaku.  Ini contoh!


So bila tengok post mama yang atas ni,  akak pun macam ...SAPA SITI DILDO?  Sebab setiap kali ada kemaskini perkara yang tengah karen di media sosial,  mama akan gunakan penulisan secara berkias dan tidak menggunakan rujukan yang betul.  Contohnya Siti Dildo?  Sapa Siti Dildo?  Kita pun kenalah buat siasatan.

Korek punya korek,  akak pun jumpa Facebook orang yang mama gelarkan sebagai Siti Dildo.

Pengenalan pasai Siti Dildo ni,  dia adalah seorang wanita yang berniaga online.  Tapi tak macam wanita lain,  yang jual fesyen dan barang-barang solek,  dia jual barangan sexual enhancement.  Dari apa yang akak tengok kat posting beliau,  dia jual pil,  minyak,  lotion dan alat-alat.  Apa benda tu semua,  hangpa pi lah selak sendiri kat Facebook dia nanti.  Akak akan bagi link dia kat bawah sekali.

Tapi yang sempoinya pompuan ini memang berani gila sebab dia jual siap buat video live di mana dia akan pegang sendiri produk-produk yang dia jual termasuk DILDO!  HAHAHAHAH Sapa tak tau dildo tu apa pun tiba-tiba boleh tau dah dildo tu apa benda.  HAHAHAHA.  Dildo tu adalah kote palsu yang selalunya diperbuat daripada getah ataupun plastik dalam macam-macam bentuk size.  

Memang berani sungguh lah perempuan ni!  Tapi public stunt yang membuatkan dia lebih sensasi dan viral adalah apabila dia telah membuat pengumuman untuk 'menjemput' 10 orang lelaki India untuk merogol dia.  Melalui 'jemputan' ini sudah pastinya menyebabkan ramai pihak marah dan mula menyerang beliau melalui komen-komen di laman sosialnya.

click read more




Hangpa tau kan,  kat blog akak ada khidmat untuk orang-orang meletakkan iklan untuk perniagaan masing-masing?  So dulu,  lebih kurang 5 - 6 tahun dulu adalah orang ni PM akak dan bagitau dia nak iklan Side Banner kat blog akak.  Iklan Side Banner adalah macam hangpa tengok kat tepi-tepi blog akak ni,  depa bubuh papan iklan depa,  so kalau hangpa click boleh terus masuk kat hangpa punya website/social media meniaga.  

So kakak ni,  wanita Melayu Muslim,  PM akak dan habaq dia berminat nak buat iklan kat blog akak.  Akak pun hantar harga semua,  dia kata dia berminat nak buat side banner punya iklan.  Dia pun buat online payment semua,  akak pun terima resit semua.  Pastu...akak baru minta dia punya wesbite untuk buat banner dan sebagainya.  Sekali tengok-tengok WOWWWWWWWWWWWWWW.....dia meniaga minyak-minyak bagi kote besaq.  

HAHAHAHAHAHAH aku punya gelak wehs.  Memanglah aku tulis kat blog aku ni pun lucah melampau kadang-kadang sebab ampa taulah aku suka mencarut kan?  Tapi kalau sampai kat tepi blog kita pun nak bubuh papan iklan "NAK BATANG LEBIH BESAR?" hahahah aku rasa dah melampau dah macam tu.  Pastu mesti ramai pembaca yang akan rasa tak selesa....

So last sekali,  akak pun cakap elok-elok kat pengiklan tu,  "Kak,  maaflah salah saya sebab awai-awai tak tanya kak meniaga apa.  Tapi saya lani dah tengok,  rasanya saya tak boleh lah nak letakkan papan iklan perniagaan akak kat blog saya...harap kak faham.." Nasib baik kak tu paham,  so akak pun pulangkan balik duit kat dia.  Dan pengajaran kepada akak mulai hari tu,  sapa-sapa pun PM tanya "Kami berminat nak iklan dengan Jumie..." teruih akak akan tanya..."Hangpa meniaga apa...?"

Siti Amiza dalam FB,  tengok sapa duk komen tu...pi check buang tu pak menakan sapa!


Sebenarnya yang duk jual barang-barang sexual enhancement dari dulu pun ada dah.  Sapa pernah tengok?  Dulu-dulu kalau kita pi pasar pagi / Chow Kit / Rokwok yang sama waktu dengannya,  nanti ada pakcik dia akan buat demonstrasi cakap macam orang masuk Raja Lawak pastu lelaki akan keliling dia.  Minyak lintah la,  minyak kuda la...macam macam minyak dia jual,  tapi sebenarnya itulah sexual enhancement zaman dulu-dulu!


Tapi Siti Dildo ni bahaya!  Nak berniaga tak salah,  sebab seperti yang akak sembang-sembang dengan kakak yang nak iklan kat blog akak tu, (kita pun curiouslah kenapa dia nak berniaga benda-benda macam ni kan?) kakak tu kata,  berniaga barangan macam ni memang besar pasaran dia dalam kalangan pengguna pelbagai bangsa di negara kita ni.  Tapi of course,  pembelinya adalah para lelaki lah.

Jadi kakak ni,  memang dia berniaga sebab dari prospek keuntungan,  dia tau banyak kelebihannya.  Tapi dia kata,  cabaran dia adalah kadang-kadang yang mesej untuk nak beli produk ni bukan betul-betul pun,  tapi gatal-gatal dan nak mesej main-main.  Walaupun,  kakak ni tak pernah reveal identity dia yang sebenarnya.  Risiko wehs!

Lelaki gatai/  gila seks/pervert kat luar sana tu memang banyak!  Depa ni mental sebenarnya tapi tak pernah nak pi dapatkan rawatan profesional.  Depa kadang2 dah kawen apa semua elok,  tapi depa suka kacau benda-benda yang takdak depan mata depa,  benda yang depa tau depa tak akan dapat sebab benda macam tu mencabar naluri dan nafsu depa.  Depa ketagih dengan perasaan itu.



Persoalan akak adalah apakah yang Siti Dildo ni pikiaq sampai dia sanggup amik risiko macam ni sekali?  Morally apa yang Siti Dildo buat ini adalah salah,  I'm not talking about dia ni bangsa apa,  agama apa,  tapi sebagai ahli komuniti dia meletakkan diri dia dan orang dalam komuniti dia dalam keadaan bahaya.

Contohnya,  dia duk post-post gambar & video pelik macam tu kat sosial media,  tentunya akan trigger kepada orang-orang yang ada masalah seksualiti yang melampau,  secara tak langsung,  mana nak pi tau?  Tiba-tiba wanita dan lelaki lemah di luar sana yang menjadi mangsa rogol,  gara-gara geram dengan gambar Siti Dildo ni!  Maybe aku speculate lebih-lebih kan?  Tapi posibility tu ada kan?

Pastu hangpa tau tak,  lepas Siti Dildo ni dah jadi viral,  tiba-tiba adalah satu group pendakwah agama yang sampai pi cari Siti Dildo kat rumah dia dan nak pi bagi dakwah la kunonnya.  Niat depa adalah,  nak pi bagi ceramah dan insofkan Siti Dildo ni.  Wehsssssssssssssssssssssssss...........................siriesly do you think it's going to work?  Dahla hangpa pi sana,  buat video,  amik gambar,  tapi Siti tak bukak pintu/ Siti takdak.  Kalau kata Siti bukak pintu,  hangpa nak ceramah dia depan-depan,  amik video dan viralkan melalui internet.

Niat tak menghalalkan cara.  1 hangpa secara terang-terang nak eksploitasi keduduk Siti Viral yang tengah popular sekarang ni,  dan kedua,  hangpa kalau pi ceramah dia depan-depan,  bukankah hangpa memalukan dia juga?  Biarlah dia sendiri tak tau malu,  itu part dia,  tapi hangpa?  Kalau betui-betui hangpa pendakwah yang buat untuk agama,  pasaipa hangpa hantar team LELAKI?  Awat dalam group hangpa takdak gang PEREMPUAN untuk pi dekat dengan Siti Dildo?

Sah-sah kat situ,  hangpa sendiri yang teringin sangat nak jumpa Siti Dildo.  Selama ni duk taram tengok kot video ja kan?  Nak jugak jumpa depan-depan!  Betui tak?

Itulah yang akak nak bincang pun dengan hangpa,  kita nak buat apa pun,  kita kena pikiaq contribution kita kepada komuniti disekeliling kita.  Zaman DS Vida,  Dato' Alif Syukri,  Nur Sajad dan sebagainya,  orang tak pikiaq dah sumbangan kepada komuniti (depa ingat depa duk pi bagi makan kat anak-anak yatim tu kira dah sumbang habis kat komuniti la...) tapi sebenarnya depa ni dah sumbang mentality setting kepada komuniti kita iaitu,  kalau nak KAYA DALAM PERNIAGAAN,  BUANG MARUAH,  BUANG MALU,  ASALKAN VIRAL!

Facebook Siti Dildo,  Siti Amiza Baharuddin.  Tapi lani dah kena blocked ataupun dia dah tutup akaun dia.  Pandai-pandailah hangpa pi google sendiri.

3 comments:

  1. saya suka nama yang MAMA REGINA bagi tu haha

    ReplyDelete
  2. I agree dengan your pendapat Jumie.. La ni kes rogol,pedo, melampau lampau.. bila action dia macam ni, pervert pervert ni, benda mcm ni pun boleh naik stim.. Sebenarnya kalau pi area prangin mall, ada ka physical store jual benda benda ni, tapi takda la depa dok pegang pegang and buat buat stim semua.. Dia nk meniaga tak salah, tapi dia punya nak viralkan page dia tu la.. sampai jadi mcm tu... apa pun happy women's day.. I adore you and your openness..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com