Terima kasih kepada Mama Regina kerana memperkenalkan satu laman Facebook bertajuk Ragam Manusia yang baru-baru ini telah membuat siaran filem Dukun yang berkisar tentang kisah pawang wanita yang terlibat dalam kes bunuh pada tahun 90 an iaitu Mona Fendi. Cerita ni di-banned daripada tayangan umum sebab keluarga arwah Dato' Mazlan yang menjadi mangsa Mona Fendi telah membeli copyright kepada filem ni kerana cerita ini melibatkan maruah keluarga mereka.
Tapi bila aku dah tengok filem ni....wehssssssssssssss rasa macam sayangnya filem ni tak ditayangkan! Aku rasa cerita ni best kot. Dari skrip, jalan cerita, casting.........memang meletops. Sayang betui laaaa. Aku harap tunggu lagi 10 atau 20 tahun, bila anak cucu Dato' Mazlan dah lebih open, dia jual balik filem ni untuk tontonan...aku harap dapatlah kita sama-sama raikan hasil karya ini dan of course kita semua belajar daripada apa yang sedang berlaku disebalik misteri kerja bomoh Mona Fendi. Sebab cerita Dukun ni, ditulis semula dengan garapan fiksyen yang pastinya boleh disambung lagi untuk skrip akan datang.
click read more
Cerita ini bermula tentang seorang lelaki bernama Karim (lakonan Faizal Hussin), dia loyer. Dia duk cari anak dia hilang. Dia mintak tolong polis cari nama anak dia dalam kes-kes tangkapan terkini, kot-kot lah anak dia ada dalam tu. Dan demi membalas jasa baik polis yang nak tolong cari anak dia, dia pun terpaksa terima satu kes bomoh yang membunuh sebab loyer lain semua tak mau kes tu dan bomoh tu pun tak mau loyer yang dicadangkan oleh pihak polis.
Jadi bila Karim dah mula jadi peguam kepada Diana Dahlan (bomoh tu lakonan Umie Aida), so semasa sesi soal jawab di mahkamah, macam-macam flashback yang dilalui oleh Diana Dahlan dan saksi lain yang menceritakan kepada kita tentang macam mana Diana boleh kenal dengan Dato' Jefri (lakonan Adlin Aman Ramli) sampailah dia ditemui mati.
Dalam scene lain pulak, ASP Talib dan Shah (lakonan Namron dan Bront Palarae) duk buat siasatan pasai kes kematian Dato' Jefri tu. Sampai last sekali, nak dijadikan cerita, depa jumpa satu mayat yang diawet sejak 10 tahun lalu. Mayat tu rupa-rupanya adalah isteri Karim.
Sebenarnya, isteri Karim dulu tak boleh nak beranak, dia pi jumpa bomoh Diana untuk dapat zuriat. Tapi dengan syarat masa umur budak tu 7 tahun, kena bagi budak tu kat Diana....tapi bini Karim tak mau.....sebab tu dia bunuh bini Karim.
Di akhir cerita, anak Karim ditangkap dan dimasukkan dalam penjara. Anak Karim tu dilakonkan oleh Elyana (Elyana style muda jelita time ni...), pastu malam-malam, Diana Dahlan punya hantu mai kat Elyana, dan bok masuk roh roh hantu (saka) dalam badan Elyana. So esoknya, Diana Dahlan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati...so dia pun bagitau kat dalam mahkamah "Aku tak akan mati..."
Aku suka cerita ni sebab nombor 1, jalan cerita dia! Kronologi dia tak tersusun tetapi kita boleh faham. Mula-mula dia cerita pasai asal usul tongkat sakti yang menjadi hak milik bomoh di Batak, Sulawesi. Pastu macam mana tongkat tu sampai kat Malaysia. Pastu dia cerita pasai Karim, pastu flash back pasai Diana. Flash back pasai Karim. Semua tu walaupun tak tersusun, tapi kita as penonton rasa macam trigger dengan pelbagai soalan yang akhirnya terjawab juga. Sebab tu aku suka cerita ni sebab jalan cerita dia bagi kita berdebar dan tertanya-tanya. Sesuailah sebab cerita ni genre misteri kan?
Kedua, cerita ni tak seram sangat. Berbanding cerita hantu yang dibuat oleh James Wan contohnya; Insidious, The Conjuring...cerita-cerita tu semua aku tengok...malam tu rasa macam nak tidur pasang spotlight seluruh rumah. Tapi bukan cerita Dukun, dia punya kisah mengungkap misteri tu lebih kuat daripada kisah seram dia. Bab-bab Umie Aida buat aksi-aksi 'menurun' dalam sel penjara tu bagi aku takdak la takut sangat sebab walaupun kontorsi badan beliau tidak normal (macam labah-labah) tapi Umie Aida still jelita. So aku tak takut sangat.
Ketiga, cerita ni pelakon semua dahsyat kot! Selain nama-nama aku dah sebut di sinopsis, mai aku baca semua nama pelakon dalam filem ni....Ramli Hasan(abang botak yang berlakon Red Kebaya), Sofi Jikan, Hasnul Rahmat dan....jeng jeng jeng....Mislina Mustaffa. So dah sebut pelakon-pelakon hebat ni, of course lah lakonan semua bukan kayu ataupun plastik ya? Semua style paham karakter masing-masing. Cuma kalau nak dikomenkan, bagi akak, Umie Aida punya lakonan ja macam tak berapa nak umph. Dia kena paham karakter dia, sebagai seorang bomoh yang cantek dan psiko, akak tak rasa tu. Duk rasa macam dia masih lagi membawa watak perempuan-perempuan cantek. Tak tau la...ni pendapat aku. Orang lain maybe dah boleh puas hati dengan lakonan dia.
Keempat, pasaipa aku suka filem ni adalah (sama macam point aku nombor satu), iaitu penulisan skrip dia. Skrip filem ni ditulis oleh Huzir Sulaiman. Aku pun tak kenai dia ni sapa tapi bila baca kat Wiki, macam wowww! Patutlah skrip power sebab penulis skrip pun bukan calang-calang orang. Bapak kepada Huzir Sulaiman adalah seorang peguam, dia sendiri pun adalah graduan dari Princeton University (aku rasa yang kat USA punya la bukan cawangan kat Malaysia) pastu dia style duk contribute artikel dalam The Star dan juga The Huffington Post. Kerlasss....orang berilmu ja boleh tulis sesuatu yang penuh ilmu.
Apa pun, tahniah kepada Dain Iskandar Said sebab berjaya menggarapkan jalan cerita ini kepada media fiksyen yang berkesan dan mendalam. Anda seorang pengarah yang hebat.
Cuma kalau nak komen apa-apa pada filem ni, aku just nak komen pada konsep simbolik sahaja. Atau maybe filem ni tahun 2007, sebab simbolik adalah satu permainan seni yang banyak diguna pakai oleh pembikin filem dan drama TV Hollywood. Simbol-simbol warna pada pakaian, set dan backdrop banyak memainkan peranan tanpa sedar (subconscious) kepada penonton. Walaupun benda tu nampak simple, tapi sebenarnya warna-warna ni boleh menambah mood penonton. Benda ni bukan sahaja membuatkan filem tu nampak cantek malah lebih 'mahal' dan kemas. Contoh dah banyak dah, boleh tengok filem Harry Potter, Game of Throne dan The Handsmaid Tale...semua tu pakai simbol warna!
Sekian sahaja perkongsian akak. Pandai-pandailah ampa pi cari kat mana nak tengok filem ni.
betul! Lepas tengok movie ni rasa ruginya lah diorang tak tayang. Movie dah cantik, dialog cun, pelakon semua power
ReplyDelete