8.2.18

Sesi Melawat Vouk Hotel Suites, Penang

Hello u olls,

Baru-baru ni akak dan beberapa kawan telah dijemput untuk melawat kawasan ke Vouk Hotel Suites,  yang terletak berdekatan dengan Gurney Drive,  Penang.  Sambil-sambil makan lunch,  kami melawat cafe-cafe lain yang terletak di hotel ini dan juga melawat dia punya bilik-bilik hotel dan service apartment depa.

Tahun lepas akak dijemput untuk mai taste depa punya sesi berbuka puasa,  tapi diary akak dah penuh.  So takpalah,  depa pun panggil lagi sekali suruh mai try depa punya lunch set kat restoran depa bertajuk Cést Si Bon dan seterusnya pi tengok bilik-bilik tu.  Nanti ampa tengok akak bubuh gambar kat bawah.







Semi Buffet Thai Set Lunch @ C’est Si Bon
So untuk makan tengahari kami disajikan dengan Semi Buffet Thai Set Lunch.  Why semi buffet?  Sebab dessert,  starter hang boleh bangun amik sendiri kat buffet spread pastu dia punya main dish tu,  kita boleh pilih from Gaeng Massaman,  Pad Krapow,  Pineapple Fried Rice  atau Gaeng Keaw Wan.  Pastu kita boleh add up juga beberapa side order yang sangat sedap.

Dengan harga serendah RM15.00 u olls dah boleh makan sedap dengan servis yang baik dan juga di lokasi hotel yang sangatlah meletops.  Sangat affordable kan?  Hangpa boleh contact pihak hotel untuk buat booking ataupun walk in.

Tapi sorry guys,  bulan ni,  iaitu bulan Februari depa dah tukar menu dah.  Bukan set Thai lagi.  Semi buffet jugak tapi bukan makanan Thai lagi.  Nak tau apa dia?  Boleh check out depa punya Facebook page!





Pilih...jangan tak pilih....


Sebelum makanan mai...kami posing dulu.

Semi Buffet Thai Set Lunch

Starter,  Soup & Desserts








Main Dishes Selection

Gaeng Massaman
Chicken or beef with rich roasted peanut curry sauce and potato fried egg on top.


Phad Krapow
Sautee spicy chicken minced with Thai kraprao leaf fried egg on top.



Pineapple Fried Rice
Stir flavorful Thai fried rice with curry powder,  mixed vege,  prawn meat and pineapple cube in a pineapple boat.

Gaeng Keaw Wan
Squid or chicken green curry

Side Dishes


Gai Tod
Tasty fried chicken Thai style served with sweet chilli dipped.


Deep fried tofu thai style with thai chilli sauce.  (YANG NI SEDAPPPPPPPPPPP..............)

Green mango salad.



  

From left,  Kak Fa,  I olls,  Veena,  Ayu,  Hani and Wanie.


Sekitar dalam restoran Cést Si Bon.

Bersembang dengan wakil-wakil sales hotel.  Aku macam makcik-makcik apa ja duk bagi arahan.  Thanks Veena for the snap.




Hardwicke House
Disebelah Vouk Hotel Suites,  hangpa akan nampak satu banglo yang sangat cantek.  Banglo lama ni memang dari dulu ada kat sini tapi bila pihak hotel ni amik lokasi ni,  depa kekalkan banglo ini dan ditransform menjadi sebuah restoran yang meletops.  Restoran ni ada dua tingkat,  bahagian bawah u olls boleh mai kedai ala-ala bakery dia.  Jual macam-macam jenis dessert,  pastu kat atas ada banyak-banyak meja u olls boleh mai for individual atau pun group reservation.

Hiasan very the zaman kolonial Inggeris,  sapa-sapa nak cari venue untuk private birthday party ataupun saja-saja nak makan sambil small gathering,  Hardwicke House amatlah sesuai.
















Suis style lama!



Okay settle masuk Hardwicke House,  lani kami nak pi tengok bilik pulak!



Rooms & Apartment
Vouk Hotel Suites mempunyai dua jenis pilihan kepada pengunjung.  1 adalah bilik hotel dan 1 lagi adalah rumah/apartment.

Untuk bilik-bilik hotel,  hangpa boleh pilih sama ada nak DELUXE ROOM TWIN BED,  DELUXE ROOM KING-SIZED BED,  DELUXE TRIPLE ROOM  atau EXECUTIVE SUITE.  Kami dah masuk semua jenis bilik.  Ternyata memang cantek dan meletops.  Design-design dalam bilik dan apartment adalah sangat modern,  baru dan urban.  Sangat selesa la orang kata......

Paling penting sekali adalah,  harga yang amat berpatutan.

Sekiranya anda adalah ahli penjawat awam/  govt sector...boleh try contact pihak hotel untuk dapatkan harga govt rate!

Untuk apartment pulak,  u olls boleh pilih dua jenis apartment.  STUDIO SUITE atau TWO BEDROOM SUITE.  Ya Allah............memang best u olls dia punya apartment.  Sapa-sapa nak turun Penang,  bawak family ramai...akak sangat rekemen u olls amik apartment kat sini.  Tak sampai RM220 pun semalam!  Sangat berbaloi.....dah la lokasi meletops.  Dekat dengan Gurney Drive,  Gurney Plaza,  pastu nak pi Batu Feringghi dan Georgetown pun dia tengah-tengah.

Okay dah jom tengok gambar!


 Yang ni bilik EXECUTIVE SUITE.  Bilik ni best...dia ada bath tub~!



Duduk dalam bath tub pun nak bising.

Ni duk cakap phone dengan sapa tak tau.


Haaa bila dah duduk...jenuh tak boleh bangun pulak.


Yang ni adalah bilik DELUXE ROOM KING-SIZED BED.


Yang ini adalah bilik DELUXE ROOM TWIN BED.




Yang ni bilik Deluxe Triple Room.  Cantek u olls.  Pastu nampak tak kerusi merah tu?  Haa...tu kerusi urut tau.  Kalau bernasib baik,  dapat bilik yang ada kerusi urut!

Kerusi urut!  Tak semua bilik ada.

Encik Nick sedang memberikan penerangan kepada kami pasai kemudahan yang ada kat sini.




Okaylah,  hangpa dah tengok gambar semua kat sini.  Kalau hangpa nak tawaran lebih menarik,  ataupun berminat nak buat private function,  untuk family ataupun syarikat, boleh terus contact dengan depa punya sales person Mr.  Nick di talian/whatsapp +60 17-409 8713.

Vouk Hotel Suites
Adress:  57-G-3, Mansion One, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, Penang 10050, Malaysia
Facebook:  https://www.facebook.com/voukhotelsuites/
Wesbite:  http://www.voukhotelsuites.com.my/
Phone Number: (604) 370 8333
Fax: (604) 370 8300
Email: info.vhs@voukhotelsuites.com.my

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com