Pasaipa aku kata lagu tu? Sebab ada kalanya, 1 jam rasa terlalu lama, hingga hang rasa macam nak mati sebab kenapa terlalu lama sangat jarum minit itu berdetik. Tapi, ada kalanya pula lapan jam bekerja berlalu dengan pantas. Sangat pantas sampai bila hang sedaq saja jam dah menunjukkan jam pukul 5 petang dan hang baru perasan yang tinggal dalam dirinya hanyalah kepenatan dan kerinduan pada rumah, bilik tidur, tilam, bantal-bantal dan selimut.
Aku masih ingat zaman dulu-dulu, bekerja seharian, pastu balik kerja, tak sempat berehat, aku keluar bersama teman-teman, esoknya kembali kerja. Sedar-sedar, pukul 10 pagi, blog post yang entah bila aku tulis telah di-auto publish. Maksudnya, aku rasa macam dulu aku boleh macam-macam pada masa yang sama dan semuanya berjalan dengan lancar.
Tapi sekarang ni, tengah kusyuk dan sibuk membuat sesuatu, barulah aku perasan yang rupa-rupanya ada dua tiga kerja lagi yang tercampak ke tepi yang hang tak siapkan lagi.
Sebab tu aku cakap masa tidak boleh diukur. Sebab masa berjalan ikut suka hati dia, bukan mengikut dentingan jarum pada jam kita. Tit tit tit tit. Ada orang yang berlari-lari mengejar masa, along the way, depa dapat beli rumah, kahwin, beranak, pergi jalan-jalan pusing dunia. Ada pula orang yang pilih untuk tidak mengejar masa, dia jalan relaks saja, kena tinggal dengan masa. Duduk rumah sewa, pakai baju hands-down (bukan branded), cita-cita hidup...mencari ketengan hati. (Orang yang tak mau kejar masa tu adalah aku!)
Sehari demi sehari, masa habis macam itu sahaja. Aku pun tak tau lah macam mana nak ukur masa aku ni? Adakah aku telah gunakan masa dengan baik, ataupun sebenarnya tanpa aku sedari aku rugi banyak? Kalau pikiaq ni lebih-lebih boleh jadi migraine. Sekali lagi, aku buang masa.
Apa pun, hari ini adalah hari terakhir tahun 2017. Ya banyak benda yang aku tertinggal. Selamat tahun baru untuk hangpa semua. Teruskan membaca blog aku yang sendu ini. Terima kasih banyak-banyak atas dorongan dan kata-kata semangat.
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com