3.11.17

Lelaki Miang Gatai Gila Seks Macam Harvey Weinstein Masih Wujud - Let's Talk About Sexual Harassment!


Hello u olls,


Sebagai wanita akak perlu ketengahkan isu ini.  Kepada u olls yang tak berapa nak up sangat pasai kisah-kisah gossip yang berlaku di Tinseltown so marilah akak share dengan u olls satu kisah yang sedang hot diperkatakan oleh orang-orang di Hollywood sekarang.  Iaitu kisah seorang producer filem terkenal iaitu Mr.  Harvey Weinstein yang terlibat dengan beberapa 'tuduhan' mengatakan dia membuat gangguan seksual malah merogol wanita-wanita yang ingin mencuba nasib sebagai pelakon.  Perkara ini timbul apabila dua orang journalist dari New York Times iaitu Jodi Kantor and Megan Twohey yang telah menerbitkan laporan penuh mengenai semua gangguan-gangguan seksual dan kelakuan tak senonoh lelaki babi ini sejak tahun 1990 lagi pada 5 Oktober yang lalu.


Sebagai seorang producer filem terkenal di Hollywood melalui empayar syarikat perfilemnya The Weinstein Company,  MIRAMAX dan macam-macam lagi dan telah terbitkan filem-filem level OSCAR macam Lion,  The King's Speech,  Django Unchained, Silver Linings Playbook dan lain-lain,  berita ini pastinya menjadi bualan panas sebab he is such a big person dalam industri filem Hollywood.


So apa dia buat?  Mengikut laporan tu,   Mr.  Harvey Weinstein suka pujuk secara paksa pelakon perempuan mai bilik hotel dia,  dia kata dia nak meeting,  pastu dia akan ajak sembang-sembang,  pastu ada urut-urut.  Dia akan ajak perempuan mandi dengan dia,  cuba ajak buat seks dan dalam beberapa tuduhan lain kata dia pernah beronani depan seorang perempuan tu dan dia ejekulasi kat pokok.  EEEWWWWWWWWWWWW!!!!


Lepas laporan ni keluaq,  benda ni jadi lagi hot bukan sahaja sebab lelaki babi ni memang seorang yang terkenal tetapi disebabkan ramai pelakon-pelakon wanita hebat macam Angelina Jolie,  Gwyneth Paltrow dan ramai lagi duk tampil habaq kat semua orang yang depa pun mempunyai pengalaman gelap dengan lelaki siye ni.


Dan bila dua nama besar ini berani tampilkan diri untuk ceritakan kisah mereka dengan lelaki babi ini,  maka wanita-wanita lain pun turut sama memberanikan diri untuk bercerita tentang pengalaman depa dengan lelaki babi ini.  Banyak wanita yang tampil!  Pelakon yang baru nak up,  pelakon yang dah terkenal!


Hangpa nak tau tak satu lagi fakta menarik pasai Harvey Weinstein ni,  tau tak sapa bini dia?  Bini dia adalah pengasas rumah fesyen terkenal di red carpet iaitu jenama Marchesa. Bini dia kira bukan calang-calang orang,  cantek dan super berjaya iaitu Georgina Chapman.  Lagi?  Anak abang Barrack Obama iaitu Malia (hat sulong) pun masa duk belajar pi buat internship kat syarikat Harvey Weinstein ni.


Harvey Weinstein dikatakan team up dengan bini dia untuk promote bini dia punya baju.  Dia akan bagi baju-baju bini dia untuk dipakai oleh artis di red carpet.  Gitu............


Aiiiiyoo sangat kan?  Sampai lani dah berminggu kes ni jadi (sorry article ni delayed sebab akak busy dengan perihal teater dan tugas-tugas lain),  akak tak tau apa jadi seterusnya.  Tapi yang pasti Harvey Weinstein dilaporkan pi rehab.  Nak pulih apa tak tau la?  Sex addict?  Mak tak rasa dia sex addict...sex addict lain.  Mak rasa deni hanyalah spisyis jantan ego tinggi yang psiko.  Mak setuju sapa ka panggil dia sebagai PEMANGSA.   Dia nak romen semua pompuan bukan sebab ketagih seks,  tetapi ketagih kuasa untuk menakluk perasaan orang-orang yang lemah supaya dia rasa dia lebih dahsyat dan ego diberi kepuasan yang secukupnya.


click read more


Cerita ini adalah satu contoh yang baik sebab akak rasa di era tahun 2017 iaitu,  semua ahli masyarakat tak kira lelaki atau wanita semua dah semakin peka tentang betapa pentingnya kita semua bersatu padu untuk tumpaskan pemangsa macam lelaki babi ni.  Lelaki babi macam Harvey Weinstein ni wujud sejak zaman dahulu kala lagi di mana-mana dan dalam macam-macam industri pun.  Tak semestinya dalam industri seni seperti dunia Hollywood tu.  Kat dunia sekolah,  pejabat,  kerja kilang,  kat mana-mana sahaja pun,  kat mana ada orang yang lemah,  kat situlah pemangsa macam ini akan terus berkuasa.


Kes ini sama macam kes Bill Cosby yang dah tua kemaruk jalan pun tak larat apa tah lagi nak keraihkan kote dia...tiba-tiba berbelas-belas perempuan tampil menceritakan pengalaman ngeri depa dulu diberikan dadah dan dirogol oleh Tok Wan Bill Cosby.

Habis semua legasi bapa lawak Amerika akibat skandal ini.


Apa yang membuatkan aku suka lagi pasai kes ini adalah bagaimana semua mangsa bersatu hati dan memberanikan diri untuk menceritakan kisah depa.  Weh... ingat senang ka nak tampil di khalayak ramai untuk menceritakan pengalaman sendiri sebab sapa-sapa pun mangsa gangguan seksual lelaki ataupun perempuan,  sebagai manusia kita ada maruah yang datang bersama perasaan malu,  bangga diri dan macam-macam lagi perasaan berat yang membuatkan selalunya mangsa memilih untuk mendiamkan diri dan meredhakan masa untuk membuat penghakiman.


Entahlah!!!


Pengalaman Sendiri
Mak sendiri pernah lalui gangguan seksual masa zaman praktikal dahulu.  Ya Allah! Geram marah geli benci semua ada.  Lelaki ni macam biasalah depan semua orang nampak macam okay,  feeling-feeling lelaki baik sopan gitu.  Tapi bila hanya ada akak sahaja di kawasan berkenaan,  dia akan cakap benda-benda yang membuatkan akak rasa macam nak sepak dia.  Tapi akak muda time tu nyah.  19 tahun.  Akak jadi kaku dan tak tau nak respond apa.  Dia akan cakap benda-benda macam "Hai Jumie....geram laa tengok Jumie.....kalau boleh nak peluk-peluk...macam macam saya boleh buat.....mesti Jumie suka..."


Bayangkan hang muda mentah dikacau oleh abang style muka Melayu kampung-kampung tak hemsem pakai spek mata semua and bergaya macam pakcik-pakcik kerajaan sahaja.  Standard seluar slack longgar,  baju petak-petak lengan pendek.  Spek mata,  pastu ada misai-misai sikit.  Scary nyah!!  Sebab kalau lelaki tu macam hemsem macam Norman Hakim ka,  abah-abah yang elok dan bergetah...akak pun pastinya akan rasa terhibur dengan gurauan sebegitu kan?  HAHAHAHAHAH  Wehs....sebagai manusia kita ada hak untuk pilih.  Sapa kita suka,  sapa kita tak suka kan?  Sebab memang dalam terma gangguan seksual,  perbuatan tu jatuh sebagai gangguan seksual apabila mangsa rasa tak selesa.  Kalau kita rasa tak selesa (untuk apa jua alasan) masa perkara tu jadilah gangguan seksual.


Nak lapor?  Akak takut sebab pertama akak takdak bukti kedua akak tak yakin sebab dia pekerja tetap kat situ,  pegawai pulak,  akak ni?  Hanyalah seorang budak praktikal yang mentah.  Silap haribulan orang ingat akak ni mereka-reka cerita.  Akak ada cerita kat kawan-kawan yang belajar sama dengan akak,  kami siap rancang nak pecahkan cermin kereta mamat miang tu. Tapi sampai last akak tak bagi kawan-kawan akak buat.  Akak pun dah habis praktikal dengan jayanya,  dah graduate dan dah kerja almost 12 years now.  Apa jadi kat mamat tu?  Entahlah.....kalau dia anak perempuan,  akak doalah anak dia selamat tak kena gangguan seksual dari siapa-siapa lain.


Tapi pengalaman itu banyak mengajar akak,  akak rasa bodoh sebab akak tak berani.  Hangpa pun tau akak sekarang macam mana kan?  Hangpa rasa ada orang berani ka nak buat gangguan seksual kat akak?


Maria Yang Berani
Bila akak dah dewasa,  ada seorang kawan akak.  Dia wanita janda dan dia ceritakan bagaimana kat tempat kerja dia ada satu lelaki yang perlahan-lahan dari seorang kawan yang selalu mendengar rintihan dan selalu bantu di kala susah mengambil kesempatan kepada keadaan kawan akak yang mempunyai status janda ni.  Macam kes akak,  lelaki itu pun akan cakap benda-benda lucah yang menggelikan pada kawan akak.  Contoh ayat "You mesti dah sunyi sekarang Maria......kalau you perlukan apa-apa ...bagitaula....kesian kat you...i boleh bantu you..."


Percakapan lucah seperti begitu berterusan untuk jangka masa yang lama,  so bila kawan akak cerita pada akak dan minta pendapat akak?  Akak suruh kawan akak beranikan diri dan berterus terang dengan lelaki itu.  And kawan akak walaupun kita ni dari segi rupa paras dia seorang yang kecil molek,  tapi akak respek dia punya keberanian.  Dia amik nasihat akak,  dia berdepan dengan lelaki rakan sekerja dia tu,  dan dia cakap face to face "Abang Min,  sebenarnya Maria tak suka Abang Min duk cakap-cakap macam ni.  Maria tak selesa sangat-sangat.  Maria tau Abang Min bergurau,  tapi kalau boleh kita bergurau lah perkara-perkara lain,"


Bila Maria tu berterus terang macam tu.......hangpa rasa Abang Min tu boleh terima ka?  Of course tak boleh terima sebab lelaki macam ni very the ego tinggi mengalahkan Burj Al Khalifah.  Kawan akak kena cerca dan kema maki balik dengan lelaki tu "Apa you ingat you cantek sangat?  You ingat i tergila-gilakan you?  Tolong cermin diri you sendiri.  Bini I lagi cantek la ...lagi bergetah dari you...i tak terhingin kat you langsung...tak lalu la..."


Begitulah lebih kurangnya cara dia maki Maria.  So Maria haruslah jadi sedih dan menangis apabila dicerca oleh Abang Min.  Dia mai mengadu kat akak dan akak cakap kat dia,  bersabar dan kuatkan hati.  Akak kata....."Abang Min tu maki hang sebab dia benci hang tapi dia rasa termalu,  sebab ego dia tercabar.  Dia malu sangat-sangat so untuk cover malu dia,  dia tunjukkan kegarangannya.  Hang biarkan sahaja.  Yang penting,  hang bercakap dengan dia secara baik,  secara personal dan tak memalukan sesiapa."


In the end (tapi lama juga selepas itu.....selepas dia boikot Maria,  tak cakap dengan Maria,  tak tegur Maria...dan Maria teruskan buat macam biasa bila di pejabat),  Abang Min tu sendiri mai jumpa Maria dan telah mengaku kesalahan dia.  Dia minta maaf kat kawan akak sebab dia kata,  nasib baik Maria berterus terang dengan dia macam tu dan dia respek kekuatan dan kecekalan Maria sebagai wanita.  Sebab kalau Maria amik jalan pintas report kepada pihak sumber manusia,  Abang Min sudah pasti terus dibuang kerja sebab syarikat depa kerja tu style zero-toleraance untuk kes-kes macam ni,  sexual harassment,  fraud ataupun keganasan lain. 

Perempuan Pun Sama Subahat
Aku memang respek kawan aku nama Maria tu!!! Sampai lani aku rasa dia contoh perempuan yang kuat.  Tapi berapa ramai perempuan yang berani buat macam Maria?  Sebab kot mana pun kita pi,  tak kira kita lelaki atau perempuan,  at the end of the day,  kita sendiri yang kena jaga dan pertahankan maruah diri kita.  Orang lain belum tentu!


Dalam satu kes lain,  yang ni kawan akak cerita kat akak.  Cerita dia begini,  ada satu staff ni baru masuk kerja.  Dia style cantek meletops comels la.  Tapi takdak la dressing style seksi dan bergaya teruk-teruk.  Dia pakai tudung dan bila mai kerja dia akan pakai modest la,  kain labuh hitam dengan blouse labuh with blazer.  Then one day,  boss dia suruh dia mai kerja awal.  7.30 am kena mai office untuk satu perbincangan,  boss dia suruh mai awai sebab lepas tu boss dia rushing nak buat kerja lain.


So pompuan ni pun,  aku bagi la nama samaran kat dia,  Nadia.  So Nadia pun mai la esoknya kerja pukul 7.30 pagi.  Office memang kosong sebab office depa starts pukul 9:00 am.  Boss dia dah tunggu kat bilik,  Nadia ni pun pi la mengadap boss dia.  Long story cut short,  tengah depa duk meeting,  tiba-tiba boss dia bangun,  dekati Nadia,  PELUK DAN CUBA CIUM MULUT NADIA!


Bayangkan adegan ngeri ini,  boss dia macam tua,  gemok-gemok,  rambut pun tak berapa nak ada.  Dalam erti kata lain,  boss dia bukan tua hot macam Dato' K apatah lagi Pierce Brosnan.  Boss dia macam bapak-bapak kita,  jalan pun tak larat.  Tiba-tiba duk cuba gomol Nadia dan nak cium mulut Nadia.  Nadia pun tolak punya tolak,  terkejut,  nak jerit tak berani sebab dia tak tau sapa dah mai office,  takut nanti orang tau malu!  Dia pejam mata dan tolak boss dia sekuat hati sampai Nadia terjatuh ke lantai dan dalam pergelutan itu,  tudung dia pun terbuka ke depan.  Faham tak?  Tudung tu macam tertarik ke depan.


So bila dia terjatuh,  boss dia macam gemok macam mana ka tak boleh nak tunduk dan kalau nak terkam kat lantai pun,  boss dia tak cukup pantas untuk ambil tindakan.  Maybe boss dia ada sakit gout ataupun sakit lutut...dah tua tua kan?  So Nadia cepat-cepat capai tudung dia,  dan lari keluar dari bilik boss dia.  Dia pergi ke cubicle dia,  capai handbag dan terus dia pandu kereta balik rumah dalam keadaan yang shaking gila-gila babi punya shaking.  Dia amik cuti hari tu!!!   Dia habaq kat tempat kerja dia kata dia tak sihat.


Esok siang,  Nadia mai kerja macam biasa (walaupun masih ada rasa takut dan sedih.....dia cuba kuatkan hati dia).  Pastu dia ajak dua orang kakak senior yang kerja di sana (dua-dua sama jawatan),  dia minta dua orang kakak ni teman dia mai jumpa pegawai sumber manusia. Dia kata,  ada hal nak kena settlekan sebab Nadia kan baru masuk kerja situ.  So bila dah jumpa empat mata,  Nadia,  2 kakak senior dan seorang pegawai sumber manusia tu...Nadia pun ceritakan segalanya.


Tetapi....depa tiga-tiga orang tu buat muka relaks sahaja.  Tak terkejut.  Depa kata kat Nadia "Sebenarnya kami semua tau pasai perangai boss kita ni.  Tapi kita tak boleh nak buat apa-apa sebab dia orang yang ada kuasa dan mempunyai ramai kenalan dari golongan VVIP.  Saya  harap Miss Nadia lupakan kes ini dan jangan bagitau pada sesiapa sebab kalau salah langkah,  kita semua yang akan kena," Nadia terus hantar surat berhenti kerja 24 jam!  Memang dia tak boleh kerja kat situ langsung.


Gila wehsss....aku bukan reka-reka cerita okay!  Sebagai blogger,  aku dah pesan banyak kali pada kawan-kawan dan kenalan,  apa sahaja cerita yang ampa cerita kat aku adalah hak milik aku tapi untuk melindungi depa semua aku kena rahsiakan identiti pencerita.  Bukan untuk kaut keuntungan tetapi aku nak hangpa semua buka mata,  pengalaman-pengalaman hidup yang macam-macam.
So cerita Nadia,  cerita Maria dan cerita aku adalah cerita betul dan bukan rekaan!  Aku pasti.....hangpa semua pun ada cerita dan pengalaman hangpa sendiri terkena gangguan seksual oleh orang celaka macam ni!


Kalau kita hidup dalam angan-angan drama Melayu,  I Love You Mr.  Pilot,  Encik Sotong dan Mr.  Tudung...mak butuh hang akan jadilah macam perempuan-perempuan yang kerja dengan Nadia tu.  Sepatutnya depa sama-sama bangkit untuk bantu mangsa,  tetapi depa lebih pentingkan kerjaya,  maruah syarikat dan status boss depa sebagai seorang VVIP maka depa bertukar jadi binatang yang tiada rasa peri kemanusiaan langsung pada Nadia.


So ini sahajalah leteren akak,  akak harap perkara ini tidak berlaku disekeliling hangpa. Kepada you olls yang sudah menjadi ibu dan bapa,  ajar anak-anak hangpa untuk jadi manusia terhormat yang juga menghargai hidup insan lain disekeliling kita tanpa mengira status.  Saling hormat dan menghormati.  Juga ajar anak-anak tentang batas pergaulan dan cara-cara untuk kenal pasti perbezaan orang yang sayang kita dan orang yang nak ambil kesempatan kepada kita.


Kepada wanita dan lelaki yang dah dewasa,  gangguan seksual ni bukan datang just sebab u olls cantek,  kalau u olls tak cantek pun u olls boleh jadi mangsa juga.  Yes,  kadang-kadang sendiri jadi confuse kan?  Minta tolong kawan-kawan jadi support dan paling penting,  banyakkan membaca.  Jangan duk jadi bodo piang sahaja pi mana-mana pun orang akan buli.


Semuanya bermula dari kita.  Ya,  masa akan hakimi depa-depa ni semua,  tapi kalau kita tak bertindak,  maka pemangsa ini semua akan terus berkuasa.

1 comment:

  1. hi jumie.. macam nak share pengalaman jugak..tapi taklaa macam yg nadia kena..

    1. masa degree.. a lecturer nih tak hensem pun.. and tak garang.. selalu share tips and bg kebebasan kat kitorang untuk belajar.. always tak kedekut ilmu.. kiranya baiklaa.. so, mcm saya belajar bidang IT banyak projek as assignment.. memang kena selalu mintak guide, pegi ofis dia to discuss.. ada sekali tuh terpaksa pergi seorang.. zaman belajar never thought of tangkap basah ke apa sebab kita pergi jumpa dia menuntut ilmu and tak pernah terlintas pasal affair ke perangai buaya ker kan..haha..then duduklaa berdepan kat meja dia..tetiba selamba jer dia usik tgn kita dgn jari dia.. buat2 tanya plak apa yg kita pakai.. memang terus berdebar.. saya terpaksa buat2 tak tau and ubah topik sambil simpan tgn.. saya pun cerita kat kwn rapat jer supaya diorang berhati2.. dapat A- subjek dia..saya tak pernah membenarkan perbuatan dia tapi saya diam sebab yelaa..kita pun taknak ada masalah masa kita belajar..kot nanti dia sabotaj bg fail kaa, naya..lpstuh masa saya dah keje kebetulan dia datang KL, dia ajak jumpa semua ex student yg ada kat KL.. tuptup tinggal saya dan dia jer yg confirm.. pegilaa makan2 tu pun lunch hour jer so memang taknak berlama2.. sempat jugak dia usik lagi tgn kita.. siap tarik n nak tgk tapak tgn..choiii sangat.. lepas tuh saya terus tak angkat dah kalau dia call..


    2. masa praktikal.. kat 1 ofis kerajaan di bukit kiara.. byk pegawai lelaki tp ada sorang nih tak banyak cakap.. tetiba 1 hari dia offer nak ajar system pakai pc dia sebab laptop kitorg ada problem.. beria2 dia suh duduk kat kerusi dia.. saya berdiri jer kata takpe, tetiba dia sengih2 tepuk peha suh duk situ..ohoiii..lain macam plak org tua nih.. terus saya buat muka and pendekkan sesi pembelajaran.. lepas tuh saya citer kat kwn praktikal lelaki, sejak tuh kwn tak bg pegi sorg2.. kami akan pergi sama2..sebbaik takde projek direct dgn dia pastu..dapat pegawai penyelia lain
    yg baik..ada sekali wife dia dtg ofis, memang berubah muka dia bila saya datang bersalam n berborak..takut letteww..lps hbs praktikal cerita habis situ jer..dia pun ada mintak maaf..

    kadang predator ini tau kita tak berdaya.. nasihat saya, always withdraw from such situation.. jangan kerana terpaksa sanggup tadah jer.. kalau xnak report then jauhkan diri, bgtau orang lain supaya mereka berhati2..tapi kalau mcm kes nadia, saya report polis jer..itu memang melampau..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com