19.10.17

Original "Chai" India di TeaKadai

Tea Kadai!  Eat.  Live.  Tradition.

Hello u olls,

Mak dengan bangganya ingin memperkenalkan sebuah cafe bertajuk Tea Kadai yang menampilkan minuman teh cara asli India dengan konsep cafe hipster gitu milik anak ayam I olls Faez dan rakan-rakan perniagaannya.  Akak dah pernah post pasai kedai ni kat Facebook wall akak sempena majlis perasmian,  tapi of course masa majlis perasmian ramai sanak saudara dan keluarga Faez yang mai kedai,  so akak mai la hari-hari lain bersama teman-teman akak pula.

So u olls kalau mai Penang haruslah cuba Tea Kadai yang terletak di Little India ni.  Senang sangat nak cari,  dia terletak betul-betul bersebelahan dengan Sri Mahamariamman Temple,  Queen Street.  Kedai dia kecik jer,  tapi u olls boleh pilih nak duduk kat dalam atau pun kat luar.  Ada meja untuk u olls duduk berhidang ataupun nak duduk stoll tinggi kat bar.



click read more



Kelainan di Tea Kadai adalah depa menampilkan teh dengan susu lembu asli.  Ikutlah u olls nak try rasa teh panas ataupun secara dengan ais.  So u olls boleh rasai dia punya lemak berkrim tu memang lain lah u olls.  Dihidang pula dalam gelas kecik the India style.  Sambil pegang gelas kecik berisi teh panas tu,  terus akak feeling rasa macam ada background music lagu Chaiya-Chaiya dendangan Shah Rukh Khan di belakang.

Teh panas ni memang best!


Selain itu,  Tea Kadai juga menyajikan menu minum petang,  kuih muih dan manisan India.  Antaranya Bangwich -  Sandwhich yang menggunakan roti benggali.  Pati Roll,  dia macam sejenis roti nipis yang digulung bersama pelbagai jenis inti pilihan.  Idiya Fried...haaaa yang ni memang lain u olls.  Mula-mula akak ingatkan ini adalah bihun goreng yang hancur...rupa-rupanya Idiya Fried ni adalah ala-ala puttu mayam yang digoreng.  

Tak ingat ni nama apa.  Dia macam tepung beras macam mana ka,  kot dalam ada badam dan makan dengan chocolate.


Kalau u olls mai masa tengahari terik,  u should try ROSE MILK! Susu lembu segar yang diadun bersama pati rose.  Like ais bandung u olls tapi ini adalah susu lembu.  




Okay dah tak mau cerita banyak.  Hangpa tengok gambar dan bolehlah u olls datang sini nanti ya.

Facebook: TeaKadai
Location: 68, Queen Street, 10200, Penang
Tel: 016-592 2010

Tea Kadai Session with Ridhwan Shariff and Nadiah

  
Ridhwan Shariff dan akak.


Hiasan dalam kedai. 


U olls kalau nak taste mat salleh pun ada.


Pondan kalau dapat camera ka?  Pose la...


Dia suruh aku amik gambaq ni.  Rimaih!


Gambar masa perasmian

Ni sebab nak pi kenduri majlis kesyukuran dia,  so akak make up la segak-segak.  Tapi apa pun,  paling tak tahan tetek Nizal kat belakang tu.  Aiyooo...tak reti tutup aurat ka?


Bunga yang we olls beli!



Gambar masa hari perasmian....ramai u olls!



Akak dengan teh panas yang dibawa dalam pemegang besi macam ni.  Meletops.


Tengah we olls duduk-duduk tiba-tiba Mama Regina, Fahmi Mustaffa dan Mislina Mustaffa lalu depan kedai.  Haruslah duduk bersembang seketika.  Dalam gambar,  Nizal dan Fahmi Mustaffa penulis beberapa buah buku terkenal terbitan FIXI seperti Laknat dan Amsterdam.  Star struck sangat jumpa depa,  kita tak amik proper photo pun.  Ni tolong ambil gambar depa berdua ni ja....

2 comments:

  1. tu tetek ori ke tetek silikon. Kerlasss ko nyah...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pondan dengki mana ni? dah la komen style tak log in identiti

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com