17.10.17

Ulasan Buku I Am Me: Rahsia Niaga DS Vida



Hello u olls,

Haaaaa hari tu akak dah post dah gambar akak dalam Facebook duk pegang buku I Am Me by Dato' Seri Vida.  Actually till the day akak tulis review ni akak tak habis lagi baca buku tu,  lebih kurang 50 muka surat lagi.  Hang tau kan?  Bila hang jumpa satu buku yang memang best,  ayat-ayat dia,  hang memang macam tak mau baca bagi habis sebab kalau habis cepat,  nanti hang dah macam hilang nikmat!  Macam kita kecik-kecik dulu,  kalau dapat burger,  makan roti apa semua dulu nanti last baru kita makan daging kan?

Okay pengenalan sikit pasai macam mana akak boleh dapat buku DS Vida ni siap ada sign sekali.  Hangpa tau kan akak bekerja dengan Penerbit USM iaitu jabatan dalam USM yang menjalankan semua aktiviti penerbitan buku ilmiah dan jurnal akademik universiti kami.  So segala aktiviti dari editorial sampailah pemasaran semuanya diselenggarakan oleh office kami.  Then,  boss-boss kami semua memang selalulah kena attend pesta-pesta buku antarabangsa di sekitar rantau asia dan dunia. 

Buku I Am Me terbitan ITBM (Institut Terjemahan Buku Malaysia) adalah buku tentang kisah hidup Dato' Seri Vida yang ditulis oleh Zinitulniza Abdul Kadir. dan sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Indonesia,  ITBM dan seluruh team DS Vida turun ke Jakarta,  Indonesia untuk rasmikan buku tersebut. 

So akak pun haruslah pesan kat boss akak yang pergi ke sana,  dia tanya "Jumie nak tak?" So akak cakap "Nak!!!" "Nak dengan sign?" "YASSSSSSSSSSSS..."

Ini cerita daripada boss kami yang ke Jakarta sempena Pesta Buku Antarabangsa Indonesia!  Masa dah beli buku-buku I Am Me,  beliau pun beratur untuk dapatkan tandatangan DS Vida.  Rupanya DS Vida ni bila kita jumpa secara berdepan adalah seorang yang sangat serius dan tegas.  Dilihat daripada body language dia.  Bila depan camera barulah perwatakan dia secara automatik bertukar,  menjadi ceria siap angkat dua jari tanda peace untuk bergambar!  Masa nak sign tu,  En Zek kata,  "Saya bagitau lah nama Jumie untuk sign...pastu dia tengok muka saya...dia tenung....tengok kita ni betul ke atau main-main."


click read more



Pastu buku yang akak dapat ni jauh perjalanan dia,  macam mana cover dia boleh ada defect sikit,  pastu En Zek minta tukar,  pastu macam mana staf ITBM usaha mai cari En Zek kat KLIA semata-mata nak pass the book!  Wowwww...macam drama pulak.  Tapi hari ini akak nak share dengan u olls semua kenapa akak rasa buku ini u olls semua kena beli especially u olls-u olls wanita dan lelaki (tak kisahlah) yang rasa macam always down,  sedih dan takdak semangat. 

Buku ini ditulis oleh Zinitulniza Abdul Kadir.  Dikatakan proses penulisan buku ini mengambil masa lebih kurang 2 minggu sahaja.  Zinitulniza Abdul Kadir mai interview DS Vida di rumah dan buat sesi photography,  dan dalam tempoh itu maka siap manuskrip pertama buku ini.  DAHSYAT!  DS Vida sendiri puji dalam pembuka kata buku ini bahawa penulis mempunyai tahap empati yang amat tinggi.  Seorang yang jujur mendengar baru dapat sampaika informasi kepada kita melalui penulisan yang ikhlas. 



Why I like This Book!

Kualiti buku meletops!  Walaupun buku ni takdak hard cover,  tapi kalau ada hard cover mak sanggup beli.  Dia punya lay out kat dalam very the modern.  So dari segi design memang meletops lah u olls.  Penggayaan make up,  styling baju,  photography yang disisipkan dalam celahan muka surat buku ni juga sesuai menunjukkan yang DS Vida seorang yang mewah.  Tak macam yang selalu kita tengok di laman sosial ataupun melalui kaca TV Astro di mana acap kali nampak DS Vida ni macam kaya yang murah-murah ni. 

Penceritaan buku ini disampaikan dari titik saat DS Vida berusia 9 tahun lagi.  Macam mana apabila bapak dia meninggal dunia dan dia sendiri terpaksa bekerja keras untuk mencari sesuap nasi dengan berniaga kuih muih dan nasi.  Sampailah muka surat 105 yang aku dah baca setakat ni,  aku rasa macam WEHSSSSSSSSSSSSSSSS POMPUAN NI ADALAH SEORANG FIGHTER!  Aku tak tau la kalau orang cakap penulis mungkin cuba meromantikkan cerita ini agar kelihatan dahsyat dan very the hindustan dramatik sikit,  tapi ikutlah pendapat peribadi orang yang nak terima penulisan ini,  tapi bagi akak,  penulis telah berjaya membuatkan akak tidak berani untuk pandang remeh pada DS Vida lagi.

Okay fine aku cerita sikit-sikitlah pasai kisah hidup DS Vida aku tak mau tulis kat sini over-over sebab takut nanti spoiler kat u olls semua.  Pasaipa aku kata dia fighter?  Masa bapak dia mati,  tak tinggal apa-apa duit,  (semua harta beku..bukan dalam bentuk duit),  so ada satu time dia memang takdak duit,  dia korek lemari bapak dia,  sebab nak cari duit. Tapi takdak satu duit pun.  Dia belajar untuk jual nasi kerabu dan kuih.  Macam mana?  Dia pi tengok orang meniaga...satu persatu dia cuba belajar. Pastu zaman tu,  bukan ada dapur gas apa semua.  Tahun 70 an kot.  So dia masak semua guna dapur kayu!  Bayangkan umur baru 10 tahun macam tu,  dah handle dapur kayu dan memasak.

Masa sekolah,  dia pernah jawab soalan cikgu tanya.  Dia salah jawab!  Pastu kawan-kawna dia kutuk dia sebab dia buat pandai.  So dia geram,  dia belajar rajin-rajin sampai dia jadi pandai dalam mata pelajaran tu,  jadi tempat rujukan kawan-kawan nak belajar.  Siap buat nota ringkas dengan tulisan tangan pastu fotostat dan jual nota dia.  Gila meletops!

Pastu yang lain-lain hangpa kena lah baca sendiri.  Buku ni harga dia RM68.00.  Kalau beli online kat mana-mana mungkin ada diskaun akak tak tau la.

Tapi apa pun akak memang cadangkan sangat u olls semua beli buku ini.  Bagi suntingan semangat dan memetik kata-kata pendahuluan daripada Pengarah ITBM dalam buku ini "Realitinya,  kita cenderung memandang serong indivudi yang tidak seiring dengan kita,  sedangkan hakikat sebenar,  kita sendiri belum tentu lebih baik atau lebih bijak berbanding mereka.  Semoga buku ini memberi perspektif baharu dan menjadikan kita manusia yang lebih menghargai - tidak semestinya pada DS Vida,  tetapi sesiapa juga."

Read more:  www.freemalaysiatoday.com

Beli buku:  http://itbm.com.my/shop/book/2060


 


4 comments:

  1. Thanks Kak Jumie.. InsyaAllah sy akan cari buku ni. Thnks bagi review yg best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes please cari...ada satu lagi buku kami baca baru baru ni.. Tun Sri Hasmah tulis....yang tu nanti kami review lain na

      Delete
  2. Wow Jumie aku percaya kata2 review hang. Aku pun nak cuba carilah. Aku suka buku2 bibliography ni cuma tak suka citer angkat bakul sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah satu langkah perniagaan yang bijak oleh DS Vida sebab lantik penulis dan penerbit yang berkualiti!

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com