18.10.17

Sesi Masak Memasak Di Rumah Ridhwan Shariff


Hello u olls,

Okay hangpa kalau nak tau,  akak adalah seorang yang very the homey person.  Kalau nak keluar,  yes,  akak suka tapi akak tak suka pi tempat ramai-ramai orang especially super market.  Siriesly akak tak paham u olls-u olls yang boleh kata every weekend nanti duk pi Queensbay la apa semua duk pi berjalan tengok macam-macam pastu mesti nak membeli kan?  Tapi kalau hangpa duit berkepok ataupun memang suka pi tempat ada aircond,  okay takpa,  mak restu.  Tapi kalau mak...kalau diberi pilihan benda yang paling akak suka kalau bersama teman-teman adalah?  Masak-masak dan lepak di rumah.  

Memang menjadi tradisi akak dan kawan-kawan kami akan pi rumah sapa-sapa ikut turn dan akan masak pastu lepak makan-makan.  Kali ini buat pertama kali akak mai rumah Ridhwan Shariff.  Dia ni duduk kat Kampung Melayu ja pun tapi akak tak pernah berkesempatan nak pi rumah dia sebelum ni.  Rupanya rumah dia sangat best u olls!  Style rumah kayu zaman dulu-dulu,  tepi sungai dan dia buat sistem terbuka.  Maknanya.......bahagian ruang tamu rumah dia style boleh nampak sungai.  Boleh tidur-tidur dan lepak.  Sejuk u olls.  Sorry akak takdak gambar rumah beliau sebab macam duk seronok explore rumah dia hari tu.

Lepas kami explore rumah,  kami pun memulakan aktiviti memasak.  Nadia,  Azmi dan Emma Perlis ditugaskan untuk memotong.  Akak,  Ridhwan Shariff dan Taufiq pula sibuk memasak di dapur.  So hari ni akak nak share la beberapa resepi mudah beserta gambar makanan yang kami siapkan.


click read more

Salad Bayam
Ini adalah salad kesukaan Ridhwan Shariff dia belajar daripada kawan-kawan dia from Australia.  Tapi resepi asal bubuh yogurt.  Tapi kami lupa beli yoqurt,  tapi buat macam ja pun sedapppppppp!  Bahan-bahan:  Bayam merah,  bawang merah,  apple,  tomato,  anggur.
Cara:  Gaul bersama minyak zaitun,  garam dan lada hitam.  


 Bruschetta Jumizah
Bruschetta ni senang ja.  Ada macam-macam resepi ada kat internet tapi kami buat ni very the vegetarian.  Salsa dia (resepi ada kat bawah),  pastu roti tu sapu planta & garlic.  


Chicken Wing Taufiq
Tak taula apa mak ayam ni bubuh,  tapi akak curi-curi tengok dia buat.  Dia perap dengan bawang merah,  bawang putih,  halia,  gula merah pastu hat-hat lain mak tak tau.  Rasa sedap!!! Dia panggang sampai hanguih-hanguih sikit.  BEST!



Sup Cendawan Ada Bau Sikit.


Ini adalah soup cendawan.  Step semua dah betui dah.  Normal la kita sauté fresh mushroom apa semua,  bubuh cream apa semua. Last sekali,  akak telah membuat kesilapan besar iaitu memasukkan cendawan tin.  Ingatkan nak tambah texture pada soup cendawan kita.  Rupanya,  kalau kita nak pakai cendawan dalam tin,  kita kena rendam dan rinse cendawan tu dengan air panas sekurang-kurang 3 kali untuk kurangkan baru cendawan tu.  Itu ja mak spoil!


 Nasi Russia!
 Sebenarnya ini adalah buckwheat sejenis gandum yang tak berapa di pakai di negara kita.  Kalau tengok bentuk dia before masak,  nampak macam dedak ayam.  Kawan kami from Russia bagi kat akak masak akak pindah rumah hari tu.  Tapi tak masak-masak sampai lani,  akhirnya akak pun masaklah kat rumah Wan.  Masak macam macam nasik,  pastu akak tumis butter and garlic and tabur di kot atas buckwheat setelah siap di masak.  Letak la garam sikit bagi flavor.  Rasa macam brown rice,  very the kesihatan u olls.


Salsa Silsi
 Salsa ni akak buat masa awai-awai,  hancurkan bawang merah,  nenas,  tomato,  zuccini dan capsicum.  Perah la lemon dan lime,  gula sikit dan garam.  Lada jangan lupa.  Kami buat ni untuk cicah makan dengan keropok Nachos sementara makanan lain siap.  Pastu salsa ni jugak kami pakai untuk bubuh atas bruchetta.  


Piña Colada untuk Orang Islam
Piña Colada adalah sejenis cocktail yang diperbuat daripada blended jus nenas,  santan dan juga arak rum.  Tapi kita kan orang Islam,  so kami guna jus enas,  susu (lupa beli santan) dan campur dengan Sprite.  HAHAHAH jadilah...pastu buat buat feeling mabuk.


Best kan makanan kami masak semua?  Seronok u olls walaupun bahan-bahan ni simple tapi seronok la makan tambahan pulak bila duduk dengan kawan-kawan semua kepala otak gila.  Macam-macam topik kami duk sembang,  sambil duk sembang sambil ada selingat kentut Emma Perlis nahariam deni kentut punya kuat macam pungkoq jalang.  Aku teruih mengaku kalah.  

Sembang punya sembang last sekali SUBUH!  Kami masih tak tidur.  Takkan nak tidur?  Kalau tidur nanti teruih flat out.  So nak buat macam mana?  Kami teruih bangun,  basuh-basuh muka,  pi bungkus (tapau) nasi kandar Kampung Melayu,  dan pi naik Bukit Bendera!  Tau tak kalau naik Bukit Bendera before 9am,  kita hanya kena RM3 sahaja caj tiket.  Murah kan?  So kami pun naiklah Bukit Bendera semata-mata nak makan kat atas sana.  HAHAHAHA  Okay dah,  takkan akak nak letak resepi masak nasi kandar pulak kan?  Akak share jer la gambar we olls masa makan-makan kat atas Bukit Bendera.



Dua pemandangan dari puncak Bukit Bendera yang amat best sekali.

Hello semua orang!  This is nasi kandar.


Kiri,  nama Emma duk feeling mandi make up dan buat rambut before nak ikut kami (Sebab kami pi bungkus nasi...dia siap mandi kat rumah...siyee) nah amik hang aku bubuh gambar hang duk tengah makan!!!

Kanan,  deni budak Cina mana ka suka duk kawan dengan aku lani.


Kiri,  Wan.....deni busuk!! Dia pakai baju aku pakai semalam masa memasak.
Kanan,  cantek kan akak?  Walaupun tak mandi.  HAHAHAHAHAH


Okay itu sahaja sesi penceritaan akak!  Best tau lepak dengan kawan-kawan macam ni.  Duk pi super market ja tak habis-habis.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com