29.9.17

Datuk Dapat Ke Beli?


Assalamualaikum,

Okay hari ni akak nak carut-carut sikit pasai kes Zizan Razak membuat lawak hambar semasa FFM baru baru apabila dia bertanya kepada individu lain iaitu "Datuk tu dapat ke beli?" Bila di tanya sekali lagi dia kata "Tak...baju tu beli ke dapat?"

So masa akak sembang-sembang dengan Sarwani Padzil,  dia kata "Sebenarnya pak lawak tak dak kredibiliti untuk jadi pengacara.  Aku lagi suka zaman dulu-dulu Azwan Haji Ali,  orang-orang TV3 jadi pengacara,  nampak berprestij sikit,"

Bagi akak la kan,  trend amik pak lawak ni jadi pengacara bukan kat sini jer,  kat Amerika pun sama.  Orang rasa macam pak lawak ni,  dia bukan sahaja dapat menceriakan keadaan tetapi pada masa yang sama majlis yang bohsan boleh jadi meriah sebab pak lawak ni selalunya bakat dia besar,  dia boleh bercakap,  nyanyi,  berlakon dan kadang-kadang menari.

Pencapaian paling besar sekali apabila Ellen Degeneres jadi pengacara untuk Oscar dia buat stunt dengan mengajak beberapa artis secara selamba amik selfie dengan dia dan bila dia upload gambar tu kat Twitter terus meletops u olls.  Gambar itu menjadi tweet paling banyak di RETWEET dalam secara aplikasi sosial media Twitter.

Dan seterusnya,  lebih ramai pak lawak yang dijemput menjadi pengacara Oscar seperti Chris Rock dan sebagainya.  Sama juga di Malaysia,  sejak zaman Bob Lokman tak masuk Pas lagi kita dah tengok dah pak lawak Malaysia di angkat jadi pengacara majlis anugerah.


click read more



Okay,  tapi perbezaan antara rancangan majlis anugerah orang putih dengan Malaysia adalah majlis orang putih adalah rancangan tertulis dengan teratur.  Setiap gerak pengacara,  pembeli hadiah,  setiap kata,  pakaian,  sampailah kepada penataan cahaya,  muzik latar dan pergerakan camera semuanya telah dikoreografkan dengan teratur.

Lainlah dengan apa yang kita buat di Malaysia,  mungkin kekangan kita adalah kita tidak mempunya badan berprestij untuk menjayakan majlis besar seperti ini so bajet pun ikut ikut apa yang ada sahaja.

Tetapi ini tidak menjadi alasan pasaipa pengacara atau sesiapa sahaja yang dijemput memberi atau menerima hadiah untuk bercakap apa sahaja sesuka hati.  Dalam kes ini,  akak memang tak berapa suka apa yang Zizan Razak lafazkan.

Hang nak melawak apa pun kat dunia ni,  hang jangan melawak pasai

1.  Peribadi....yaitu bentuk badan,  warna kulit,  kecatatan,  warna rambut.

2.  Agama dan budaya

3.  Pilihan politik

4.  Orang yang kita patut hormati,  keluarga,  suami,  isteri,  pemimpin!

5.  Kerjaya.....jangan kutuk orang punya pekerjaan,  cara orang cari makan,  pendapatan,  kata atau miskin...termasuk lah kes Dato'ship ni.  Orang tu beli ataupun orang tu dapat pun,  hang tau tak betapa susah dia berusaha cari duit macam mana sampai dia boleh usahakan diri dia untuk dapat Dato' tu.  Tak dinafikan,  memang ada sesetengah pangkat Dato'ship orang akan usaha untuk dapatkannya sebab depa usaha untuk naikkan status sebagai menjaga imej sebagai usahawan,  perniagaan dan sebagainya.  Sebab tu aku tak setuju hang buat lawak ni.

Semua benda di atas adalah taboo untuk hang jadikan topik buat lawak.  Bila hang dah terkata,  itu sebab hang gagal untuk bezakan profesionalisme hang dan juga ruang peribadi hang di mana hang boleh melawak secara berseloroh dengan teman-teman. So dalam kes ni,  Zizan Razak jadi terlalu confident bila dia duduk atas pentas sebagai pengacara FFM.  Dia rasa dia okay ja nak melawak dengan Dato' Hans,  tapi dia lupa berapa ribu Dato' lagi yang duk ada dalam majlis itu.

Sekian sahaja carutan akademik akak.  Nantikan ulasan-ulasan akak dalam kisah yang lain.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com