Saja boh gambar buah jambu....
Okay u olls, hari ini adalah hari luahan perasaan. Nak tulis benda ni lama, tapi takut sebab nanti ada orang yang terasa. Tapi, akak sendiri yang terasa sorang-sorang, pastu cerita ni tertutup begitu sahaja. I think i should write this out so that kalau kata sapa-sapa yang terasa dengan post ni, nak mai jumpa akak, mailah, kita sembang kasi settle.
Cerita ni dah berlaku lebih kurang 3 tahun dulu, akak pi kenduri kawen, dan jumpa kawan sekolah akak. Dah lama tak jumpa, kami pun bersalam dengan gembiranya. Dia satu kelas dengan akak dulu. Tak rapat sangat tapi dah satu kelas kan? Of course la rasa eksaited!! Akak panggil dia AA.
Tapi dalam eksaited-eksaited akak, tiba-tiba dia buat satu statement macam ni "Jumie, aku bangga la dengan hang sekarang. Hang dah berubah sangat-sangat. Hang dah jadi seorang yang baguih."
Aku balik rumah aku macam terpikiaq balik apa kawan aku tu kata. Yes, zaman sekolah dulu aku memang budak jahat. Aku bersekolah di St. George Girl School (Senjojes) iaitu sebuah sekolah perempuan yang berprestij di Pulau Pinang. Sapa takdak 5A UPSR jangan harap masuk sekolah ini, melainkan kalau mak bapak hang ada surat menteri-menteri mana ka, hang dapat 1 A boleh la terlepaih masuk. Kes ada, tapi tak dibincangkan secara terbuka.
click read more
Rata-rata budak SGGS ni memang bijak pandai, bijak akai dan kelakuan. Tapi tak dinafikan, kes-kes budak jahat ni memang ada. Tapi setahu aku lah, jahat-jahat kami kat sekolah dulu takdak la sampai kes bakar kereta cikgu, tampar cikgu, maki cikgu dan sebagainya.
Jahat-jahat akak adalah, lari sekolah sebab pi makan roti canai kat Hospital Pulau Pinang. Lari sekolah, balik rumah masak sambal cowek. Ponteng kelas, duduk dalam surau. Semua kesalahan bodo-bodo ni.
Cikgu semua memang pening kepala. Ketua pengawas masa tu, nama dia apa ka aku lupa, tapi adik dia nama Rebecca Easaw memang paling meluat kat aku. Ada ja nak cari pasai dengan aku. Aku ingat rambut senget, ala-ala Beyonce pun kena tahan dengan dia. Puki ayam betui. Dengar kata lani, kakak Rebbeca tu lani jadi doktor kat Rehab centre di GH. Doalah aku tak eksident patah kaki apa ka, satgi aku nak kena pi rehab kat dia pulak. Siye betui.
Okaylah, i don't want to talk some school shit stories no more. Yep, Iwas not the best student back in high school. Aku tau aku ada potensi nak buat macam-macam tapi somehow, ada salah sana dan sini, tak perlulah kita nak pint point salah siapa? So letak sahaja salah itu atas kepala aku, aku masa tu budak budak, tak matang dan bangang.
Full stop. Habis sekolah, dapat markah SPM yang cukup2 makan. Subject sains semua aku dapat 4D. HAHAH macam nombor ekor. Tapi matematik, BM dan BI aku dapat A1. So aku layak masuk politeknik sahaja. Dalam banyak-banyak program diploma yang aku mohon kat politeknik, aku dapat tawaran belajar Diploma Kesetiausahaan.
WOWWW! Best juga belajar ni, pikiaq lepas ni senang dapat kerja sebab skill kesetiausahaan ni kira skill administration la ka? Mana-mana pun aku boleh dapat kerja la kan? So belajar Diploma sampai habis kat Kuantan (2 tahun lebih), balik Penang, tak dan beberapa bulan, aku dah start masuk kerja USM.
Yes, i was still fooling around, tapi kot mana pun, kita jaga diri, jaga kerja, belajar dari kesilapan dan nenjia, jadilah JUMIZAH yang hari ini. Hangpa pun tau kan, selain kerja USM aku pegang macam-macam 'topi' lagi. Berlakon teater, tulis blog, dulu aku buat make up. Macam-macamlah.
So bila aku pikiaq balik penyataan daripada kawan aku tu, dia macam tak sangka yang aku ni kira memang baguih gila berbanding dulu. Aku rasa macam "Whoooo tak sangka maknanya dulu kat sekolah memang orang anggap aku ni memang loser habis la...."
Then after so long, aku jumpa pula sorang kawan aku satu sekolah juga. Deni dulu pun satu kelas dengan aku, tapi kami lama tak jumpa sebab dia pi mana ka lani baru balik duduk Penang. Kita panggil dia BB. Lepak gelak gelak sembang. Then aku pun teringat pasai aku jumpa AA dan aku bagitau yang AA terkejut gila bila tengok sekarang aku ni 'jadi orang'.
Aku pun tanya "Awat wehs? Aku ni dulu teruk sangat ka?"
Pastu terus BB dengan muka terbakaq terus kata....... "Hang jangan jadi bodo duk rasa rendah diri sangat. Hang memang lah dulu ser. Kita budak budak kot bukan boleh pikiaq. Aku pun serr juga, tapi kot mana pun, AA tu awat nak kena kata macam tu kat hang? Macamlah hang ni teruk sampai tak berguna langsung. Ni.......sebenarnya AA tu yang loser. Dia sendiri tak pernah nak kawan dengan sapa-sapa, dia sendiri tak pernah cuba nak kenal hang Jumie. Aku kenal hang dari dulu, hang bukan jahat pun!"
Aku percaya nasihat kawan aku yang BB ni. Bukan sebab aku nak yang elok sahaja, tapi betui juga. AA tu dari dulu macam mana. Then at the same time dalam hati kecik aku, aku rasa macam lega sikit dan ada sedikit confident bila ada dengan kawan-kawan sekolah Senjojes aku ni semua. Hala....depa semua kerja baguih-baguih, pakai kereta luar negara, kawen anak orang kaya, duduk luar negara, kawen orang puteh, bila dengar pulak kata-kata daripada AA tadi, terus aku jadi lagilah tak confident nak rapat dengan kawan-kawan sekolah aku ni semua.
Terima kasih kepada BB yang membuatkan aku sedikit lega dan yes, aku lupakan kisah ini.
Tiba-tiba minggu lepaih, aku jumpa kawan Senjojes aku. Kami tak pernah sama kelas, tapi kami naik bas sekali! So kami rapat. Kebetulan kami sama-sama kerja USM. Tapi kawan aku ni pangkat dia tinggi. Seorang pegawai kanan level 44. Tapi deni dari dulu sangatlah rendah diri dan very the sempoi.
Kebetulan kami jumpa dalam USM, dan duk hapdet story.
Pastu dia kata "Wehs baru baru ni aku jumpa AA kat supermarket. Dia tanya aku kerja mana, aku kata, aku kerja USM. Dia tanya aku buat apa? Aku katalah...aku buat admin ja...pastu staff aku pulak pi cakap kuat-kuat.....ehhhh ni boss kami ni. Aku punya segan la...tapi hang tau AA tu kata apa kat aku? Wehss...tak sangka...hang kerja baguih! Bangga nya aku hang kerja baguih....Aku teruih terdiam Jumie....Awat pasaipa? Aku tak layak ka nak kerja baguih?"
Aku tak habaq kat kawan aku CC ni yang aku pun pernah kena sound dengan AA, sebab jumpa sat-sat ja, tak sedap kalau nak bukak story aku pula.
Tapi aku balik rumah aku senyum lebaq.
Sebenarnya orang macam AA ni dia anggap semua orang sekeliling dia, rendah dan tak cukup standard berbanding dia. Sebab tu dia rasa macam semua orang tak layak untuk berjaya dan mempunyai decent life, ada kerja, ada steadibility. So orang hebat dan so called high standard terlampau tinggi macam dia, walaupun dah usaha macam-macam, duk takat situ sahaja.
Mungkin, hang nak berjaya sebab hang nak buktikan pada orang yang hang ni baguih, where else kami, kami berusaha nak jadi berjaya sebab kami sedaq kami tahap kami ni rendah sahaja.
Itu sahaja carutan akak. Kepada u olls-u olls semua maybe masih belajar sekolah menengah ataupun universiti (tak tau lah kalau ada orang usia muda baca blog akak ni), belajarlah untuk menghormati orang di sekeliling u olls tak kira bangsa, agama, latar belakang hidup. Dari muda mau belajar sedar diri, kalau dah umur 30 an dulu feeling mencari makna hidup lagi, apa? Jangan mudah pandang lekeh pada orang. Siapa kita nak judge orang sedang hakikat kita ni semua umpama semut api sahaja di bumi Allah yang maha luas ni. Duk rasa hebat sangat...hebat mana?
Hidup ni rogi kalau kita duk play safe sahaja selalu. Go out and try new things, kawan dengan semua orang, lelaki, perempua, trans, jahat dan baik, miskin dan kaya. Jangan duk stuck tengok phone dan angan-angan depan Bigo live sahaja, nanti jadi naif baca apa pun dalam internet semua boleh percaya.
Sekian sahaja carutan akak untuk pembuka minggu Oktober ini.
Boh selfie sikit sebab ada orang tulis kat survey suruh bubuh gambar aku banyak sikit dalam blog.
Suka ayat kak Jumie. Go out & try new things. Betul tu. kebanyakkan orang suka play safe. xmau bersusah payah langsung. nak keja senang ja.
ReplyDeletesebab tu hang meletops liaa...hang lain dari lain...bukan follower...hang adalah pioneer! keep it up bebeh
Deletedetu jora, sbb tu rah dok kata mcm tu. dia dok buat sopa dia mana2 plak. podah
ReplyDeletenama ID tia kunon hang lagi joraaa
Deleteni nama zaman2 dulu. taktau kata nama sendiri lagi sedap. toyaaa hahaha
Deletesibat lepas dua bulan baru balaih....
DeleteBaru terbaca this post. Ya Allah, betul sgt, i pun pernah terkena dengan member lama lagu ni tp my bad la, i terus down, x luahkan kat sesapa, mmg some people suka buat orang feeling down kot, thanks sis jumie,this post should have been posted long time ago hehehehe, you are truly an inspiration to all women #womenempowerwomen
ReplyDelete