
AM
1. Pencuci Muka
2. Toner
3. Skin Booster (AM)
4. Pelembab
5. Sunscreen
PM
1. Pencuci Muka
2. Toner
3. Exfoliant
4. Skin Bososter (PM)
5. Pelembab
6. Leave On Mask (optional)
click read more
Fungsi pencuci muka hanya untuk mencuci kotoran pada wajah. So you don’t need to spend duit yang banyak dan save duit untuk beli sunscreen dan treatment yang berkualiti dan efektif. Jangan terpedaya dengan iklan-iklan majalah atau media, cakap pencuci muka ajaib yang boleh merawat kulit, there is no such thing as that. A good cleanser akan mencuci tanpa menyebabkan kekeringan, penambahan minyak atau pun radang.
Usually water soluble (tiada buih) dan gentle foaming cleanser (ada buih) adalah jenis pencuci yang terbaik untuk digunakan. Pencuci jenis sabun tidak digalakkan sebab usually sabun pH tinggi (alkali, boleh menyebabkan pembiakan bakteria) dan bahan2 pembuatan sabun adalah berminyak yang boleh menyumbang kepada jerawat, susah tau nak jumpa sabun yang elok.
Elakkan juga pencuci jenis scrub untuk everyday use sebab boleh menyebabkan ‘luka’ halus, kemerahan, melambatkan proses perubatan jerawat dan menjadikan kulit lebih sensitive. Never scrub if you have acne or sunburn.
Sesetengah orang suka guna Cleansing Device macam Clarisonic, if you olls need it, please guna device yang berusnya paling halus dan soft untuk elak dari irritasi. If muka merah after guna, you olls kena stop atau limitkan penggunaan by mean gunakan bila pakai mekap yang tebal atau terasa kulit need extra cleansing (macam lepas balik dari tempat yang sangat berhabuk).
Ni I olls breakdown-kan recommended brand mengikut jenis kulit, semua cleansers nih sesuai untuk kulit sensitive.
Recommended Cleanser
Kulit Berminyak, Kombinasi (ke arah berminyak) dan Jerawat
![]() |
Azclear Action Foaming Wash |
![]() |
Nutox Cleansing Gel |
![]() |
Paula’s Choice Skin Balancing Oil Reducing Cleanser |
![]() |
Simple Vital Vitamin Foaming Cleanser |
![]() |
Sukin Oil Balancing Purifying Gel Cleanser |
![]() |
Simple Age Resisting Facial Wash |

Eucerin White Therapy Gentle Cleansing Gel

Sukin Sensitive Skin Cleansing Gel

Paula’s Choice Moisture Boost One Step Face Cleanser
Kulit Terlalu Kering

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Paula’s Choice Skin Recovery Softening Cream Cleanser
Mencuci muka dua kali sehari adalah yang the best, over cleansing is not good even untuk kulit berminyak sebab boleh menyumbang kepada kekeringan dan kemerahan. Jika pakai mekap especially foundation yang medium or high coverage, kena buat double cleansing, maksudnya remove mekap dulu baru pakai cleanser. Untuk remove mekap I olls rekomen Micellar Water atau pun Cleansing Balm/Oil. I’m a fan of Simple Micellar Water sebab murah, fragrance free dan loads with bahan-bahan yang elok. Then lepas tu baru cuci muka dengan cleanser. Make Up Artis Lisa Eldridge ada video yang bagus tunjuk cara remove make up gently and effectively.
Don’t ever sleep in make up, itu adalah petua sepanjang zaman sebab mekap stay kat permukaan kulit dan menyebabkan pori-pori tersumbat, sebab tu skin care come first not make up.
Tips
- Bagi para muslimah, if you olls nak berwuduk pada waktu siang tapi nak bersihkan muka sebelum tu, guna la Micellar Water untuk mencuci, so that you olls tak over cleanse kulit you olls. Afterward boleh la apply moisturizer dan sunscreen.
- Lepas urut muka dengan pencuci, boleh ambik towel muka then wipe off pencuci tu, then baru basuh dengan air semula. Cara ni lebih gentle dari guna Cleansing Device.
Toner
Selepas mencuci, kulit memerlukan bahan2 untuk restore dan melembutkan permukaannya. Toner (dalam bentuk cecair) boleh deliver bahan-bahan tersebut dan sekali gus membantu dalam proses penyerapan bahan-bahan aktif skin booster, exfoliant dan moisturizer supaya lebih efektif.
Sekarang I olls tengok banyak toner yang diformulasi dengan baik berbanding dengan tahun sebelumnya, sebab dulu banyak toner ada alcohol dan witch hazel yang boleh menyebabkan radang pada kulit dan merosakkan barrier function kulit. Astringent tu toner tapi toner yang mengandungi alcohol atau witch hazel.
So untuk kulit kering pilih la toner yang a bit milky dan untuk kulit berminyak pilih la yang more watery tapi ikut experience I olls toner yang baik boleh digunakan untuk semua jenis kulit. I olls suka toner dari brand Naruko, Paulas Choice dan Nutox sebab alcohol free, fragrance free (or less fragrance) dan mengandungi antioxidant yang tinggi.
Berikut beberapa toner yang I olls rekomen tapi you olls kena la experiment which one yang you olls paling suka. These toner nearly good untuk semua jenis kulit tapi if nak improve pori-pori gunakan toner yang mengandungi Niacinimide (one of the superstar skin care ingredient).
Recommended Toner
![]() |
Paula’s Choice Calm Relief Toner |
![]() |
Bio Essence Hydra Tri Acton Aqua Refreshing Toner |
![]() |
Sukin Oil Balancing Clarifying Facial Tonic |
![]() |
Bio Essence Tanaka White Double Whitening Lotion |
![]() |
Hada Labo Mild Peeling Lotion |
![]() |
Nutox Astringent Toner |
![]() |
Naruko Apple Seed & Tranexamic Acid Black Spots and Lines Defying Lotion |
![]() |
Naruko Taiwan Magnolia Brightening and Firming Toner |
![]() |
Paula’s Choice Advanced Replenishing Toner |
![]() |
Paula’s Choice Skin Balancing Toner |
![]() |
Naruko Raw Job’s Tears Supercritical C02 Pore Minimizing and Brightening Lotion |
Skin Booster (AM)
Fungsi skin booster untuk siang lebih kepada skin brightening effect, membantu dalam kurangkan radang, protect environmental damage, membantu pemulihan tona kulit, parut dan supply more antioxidant kepada kulit. Untuk skin booster gunakan produk dalam bentuk gel, serum atau essence yang mengandungi antioxidant concentrate (seperti Vitamin C, Niacinamide, Retinol, Hyaluronic acid dll) mengikut keperluan kulit.
Recommended Serum / Essence

Olay Regenerist Face Serum (Niacinamide)
– memilihara tona kulit, anti penuaan, improve pori-pori

Olay Regenerist Miracle Boost Youth (Niacinamide)
- memilihara tona kulit, anti penuaan, improve pori-pori

Paula’s Choice Resist C15 Booster
– membantu dalam meyekatakan warna kulit, anti penuaan, skin brightener.

Naruko AM/PM Super Triple HA + B3 Brightening Complex
– membantu boost moisture, memlihara tona kulit dan improve pori-pori.

Naruko AM/PM A40 Minimizing Complex (Retinol and antioxidants)
- memilihara tona kulit dan improve pori-pori.

Naruko Taiwan Magnolia Brigthening and Firming Serum (Niacinamide dan antioxidants)
- memilihara tona kulit, anti penuaan, improve pori-pori.

Neostrata Bionic Face Serum PHA 10
– improve tekstur kulit dan anti penuaan. A very powerful serum tapi expensive skit.

Nutox Serum Concentrate
– anti radang, anti penuaan, protect dari environmental damage

Sebamed Face Mattifying Cream (aloe vera)
– anti radang, membantu dalam menyerap minyak, memilihara tona kulit

Sebamed Clear Face Gel (aloe vera, panthenol)
– membantu boost moisture, anti radang, protect dari environmental damage.
Untuk kulit berminyak dan berjerawat digalakkan pakai dua jenis skin booster dalam satu masa, satu untuk merawat (Vitamin C, Niacinimide) dan the other one untuk menghidrasi kulit (Hyaluronic Acid) tapi depends pada budget you olls jugak.
Pelembab –kulit kering, kombinasi
Pelembab yang baik akan memberi improvement dari segi kelembutan, kelicinan dan membantu kulit menjadi lebih sihat. Pelembab yang elok mesti mengandungi bahan2 seperti, agen pemulihan lembapan kulit (ceramide, non- fragrant oil, aloe vera, shear butter and peptide) dan agen hidrasi (glycerine, silicone oil, sodium hyluronate) dalam membantu kulit untuk maintain produksi sel yang sihat, buat collagen dan elastin yang sihat dan juga improve immunisasi kulit so that kulit nampak fresh dan younger looking.
Untuk kulit berminyak dan berjerawat boleh skip langkah ni sebab xperlu tambah minyak dekat kulit. Skin booster yang mengandungi hyaluronic acid atau jenis gel sudah memadai.
There is no such thing as night or day cream, tu hanya marketing strategy sahaja.
Recommended Moisturizer
Kulit Kering, Kombinasi


Naruko Apple Seed and Tranexamic Acid Black Spot and Lines Defying Moisturizer

Paulas Choice Resist Barrier Repair Moistuirizer

Neostrata Bionic Face Cream

Simple Age Resisting Night Cream
Kulit Kering, Kulit Terlalu Kering
Cetaphil Moisturizing Cream

Paula’s Choice Skin Recovery Mositurizer
Ini adalah langkah terpenting, bila you olls skip step ni, punah la segala usaha untuk baik pulih kulit tadi sebabnya sunscreen yang baik akan block 98% sinar UVA dan UVB yang mengundang kepada kanser kulit, penuaan, kedutan dan pigmentasi. I olls sendiri dulu memang skip sunscreen sebab susah nak cari yang texturenya tidak terlalu melekit dan ringan tapi sekarang dengan teknologi microsponge, formulasi sunscreen telah berubah menjadi lebih ringan dan kurang melekit (yes still sebab sunscreen agent itself memang melekit). Tapi I olls perasan, bila start je guna sunscreen dengan cara yang betol, proses rawatan parut jerawat, kedutan dan pigmentasi menjadi lebih cepat dan efektif. Selain itu, tona kulit lebih rata dan kulit jadi lebih sihat if protected from UV lights. Regulasi terbaru untuk sunscreen ialah SPF 30 hingga SPF 50, so lower than that kurang efektif, higher will cause allergic reaction untuk sesetengah individu. I olls rekomen a few sunscreens yang boleh digunakan untuk semua jenis kulit in silicone base. Yes banyak sunscreen kat market tapi nak cari yang well formulated dengan bahan sunscreens yang mantap susah bagi kebanyakan orang tapi bagi I olls senang sebab I olls boleh baca ingredients dengan baik. If berkesempatan I olls akan elaborate topik ini dalam satu artikel.
Recommended Sunscreens – silicone base





Tips
- Lepas pakai sunscreens, siapa yang tak suka pakai foundation tebal, I olls sarankan apply la loose powder atau pressed powder so kulit tak nampak melekit dan make the sunscreens stay longer.
- Elakkan dari sentuh kulit muka dengan tangan, so that you olls tidak rubs off sunscreen.
Exfoliant (PM) – cell renewal
Exfoliants (exfoliate) ialah agen pembuang sel kulit mati dan agen yang memperbaharui kulit dan membantu dalam menangani masalah pigmentasi, jerawat, pori-pori tersumbat, kekeringan, penuaan dan juga penting dalam mengimbangi kesihatan kulit.
Gunalah leave on exfoliant seperti AHA – Alpha Hydroxy Acid (glycolic acid, lacti acid dan mandelic acid), BHA – Beta Hydroxy Acids (salicylic acid) atau Dicarboxylic Acid (Azelaic Acid). Pemilihan exfoliant juga bergantung pada jenis dan kondisi kulit.
AHA (5 to 8%) – lebih ideal untuk kulit kasar, kering dan kurang berminyak dan kurang pori-pori tersumbat. Sangat membantu dalam menangangi masalah kulit kering dan penuaan.
BHA (0.5 to 2%) – lebih ideal kulit yang berminyak, sensitive, berjerawat, masalah pori-pori tersumbat dan penuaan. Anti radang dan jugak sangat membantu dalam menangani masalah lebihan minyak.
Dicarboxylic Acid (15 to 20% of Azelaic Acid) – lebih ideal untuk kulit berjerawat, berminyak dan pigmentasi (esp bekas merah jerawat). Membantu dalam mengatasi pertumbuhan jerawat baru.
I olls sendiri dah experience guna ketiga-tiga agen ni but I olls suka Dicarboxylic Acid dan BHA sebab kulit iols berjerawat dan sensitive, cuma Dicarboxylic Acid ni tak semua orang boleh tahan stinging effect dia untuk few months sebelum kulit adapt dengan pemakaiannya dan prescription only. Bagi I olls BHA lebih friendly sebab dia boleh reduce merah and clog pores at the same time cuma bagi kulit kering akan terasa lebih kering sebab dia akan reduce minyak manakala AHA is good untuk orang kulit kering, memang superb.
Recommended AHA

Neostrata Smoothing Lotion

Paula’s Choice Skin Perfecting 8% AHA Gel Exfoliant

Naruko AM/PM Total Brigthening Renewal Treatment Mandelic Acid 5%

Paula’s Choice Resist Weekly Resurfacing Treatment with 10% AHA
Recommended BHA

Paula’s Choice Resist Daily Pore Refining Treatment 2% BHA

Paula’s Choice 2% BHA Gel Exfoliant
Paula’s Choice 2% BHA Liquid Exfoliant
Yes, Paula’s Choice sahaja yang ada well formulated BHA yang boleh dapat kat Malaysia.
Recommended Dicarboxylic Acid

Skinoren Cream
AZ Clear Action Medicated Lotion
Macam mana pulak dengan Scrub? Scrub ialah manual exfoliant akan tetapi I olls memang against pemakaian scrub atas kulit wajah sebab kebanyakkan scrub diformulasi dengan bahan yang agak kasar dan boleh menyebabkan luka halus (micro) dan kemerahan pada kulit especially orang yang kulit jerawat dan sensitive. How about yang scrub halus? Boleh try guna tapi it can never replace leave on exfoliant punya effect, like seriously you olls. If possible leave the scrub untuk kulit badan yer.
Tips Penting
- Bagi new user to AHA, you olls boleh start at lower percentage like 5% then after that boleh go higher to 10% dan tengok reaksi kulit from time to time.
- BHA sebenarnya bagus jika digunakan selepas bercukur, untuk merawat ingrown hair especially bagi lelaki, dari guna aftershave yang banyak fragrance dan alcohol baik guna BHA.
- Untuk elakkan stinging effect Dicarboxylic Acid untuk beberapa bulan, you olls boleh try apply selepas pemakaian pelembab dan sebelum pakai mask. I olls try macam ni, I see the stinging effect is less.
- You olss boleh guna semua leave on exfoliant pada bahagian kulit badan yang bermasalah jugak, bukan tertakluk pada wajah sahaja.
Skin Booster (PM)
Untuk malam, I olls lebih prefer skin booster yang concentrated dengan Retinol (high concentration, 1 to 3%), Retinoids or Niacinamide (10% concetration). Tiga ni adalah super star ingredient untuk anti-aging, anti-acne and anti-pigmentation. Depa ni macam agen yang bagi tau sel kulit to act normally. Retinol dan Retinoids (tretinoin, adapalene) adalah molekul terhalus Vitamin A, cuma Retinoids lebih powerful dan memerlukan prescription untuk beli. Walaupun Retinol lebih gentle tidak bermakna ianya tak power cuma untuk capai kesan optimum dia lebih slow sedikit sahaja berbanding Reitnoids, akan tetapi tak semua orang boleh tahan dengan side effect (kekeringan dan kemerahan) penggunaan Retinoids untuk beberapa bulan pertama dan ada jugak orang yang tak boleh tolerate langsung, so Retinol adalah jawapannya. Bagi sesetengah orang yang langsung tak boleh tolerate Retinol dan Retinoids, so you olls boleh guna Niacinamide sebagai pengganti, walaupun Niacinamide tak sehebat kedua-dua Vit A tapi result dia amat memberangsangkan jugak pada concentrasi 10%.
Jangan confuse dengan penggunaan Retinol (0.3% to 0.5%) dan Niacinimide (1% to 3%) untuk siang sebab untuk siang concentrasi jauh lebih rendah digunakan.
Recommended Retinoids
Actually harga Retinoid di Asia memang murah berbanding Retinol tapi kena beli di farmasi bahagian prescription.
Tretinoin – Rectanyl (tretinoin 0.05%
Adapelene – Differin gel / cream (0.1% adapalene)
adapelene lebih gentle dari tretinoin dan lebih elok untuk sensitive skin.
Recommended Retinol



Peringatan keras, Retinoids tidak digalakkan untuk orang mengandung dan breastfeeding atas sebab high dosage of Vitamin A yang diserap ke dalam badan even though ada doctor cakap ok tapi just be cautious.
If you olls on budget dan takder masalah kulit yang ketara, you olls boleh je guna skin booster yang siang tadi untuk malam, cuma superstar ingredients lebih powerful dalam merawat masalah kulit.
Tips
- Untuk elakkan iritasi, gunakan Retinol, Retinoids or Niacinamide secukup rasa, less is more.
- Untuk permulaan u olls boleh mix kan Retinol atau Retinoids dengan pelembab untuk buffer-kan percentage dia so that you olls boleh tolerate penggunaannya. I ols dulu buat macam ni for the 1st 6months then baru guna full strength direct.
- Untuk mengelakkan irritasi, you olls boleh gunakan Retinol atau Retinoids secara berperingkat, by mean ia boleh digunakan dua kali seminggu mengikut kadar toleransi kulit, then boleh up to tiga kali dan seterusnya untuk beberapa bulan pertama sehingga kulit boleh tolerate pada setiap hari. I olls pun guna tiga hingga empat kali seminggu, the days yang i olls tak guna, i olls apply Skin Booster AM tu. Sebagai pengguna kita kena pantau, if terlalu kering then cut off usage.
- Untuk kulit yang berjerawat, Retinol atau Retinoid akan ada purging period maksudnya, dia akan keluarkan jerawat dulu then baru kulit start pulih from time to time.
Leave on Mask (PM) – optional
I really love leave on Mask yang dalam bentuk gel cream especially dari brand Naruko. Actually mask jenis ni elok dalam dalam memberi brightening effect, mengurangkan side effect Retinol atau Retinoids dan untuk preserve more water content. I olls cuba pakai mask ni hari-hari for almost 4 months and I really love the result, bangun pagi muka lebih glowing dan bright, kemerahan dan kekeringan dari penggunaan Retinol and Retinoid sangat kurang, that makes allow me to use the Retinoids almost every day, thanks to this mask. Actually this such a beauty secret. Sapee-sape yang battle dengan masalah kulit, this type of mask dapat membantu dalam mengurangkan radang dan sejuk bila diletakkan pada kulit.
Recommended Leave On Mask
Naruko Apple Seed and Tranexamic Acid Black Spot and Lines Defying Moisturizer

Paula’s Choice Skin Brightening Mask
I olls suka guna mud mask bila rasa kulit terlalu berminyak. Mud mask boleh digunakan satu hingga tiga kali seminggu. Kaolin dalam mask ni, membantu dalam membersih kotoran tersumbat dalam pori-pori dan sekali membantu proses perawatan jerawat. U olls jugak boleh pakai mask ni lepas picit jerawat ke sebab ia akan sooth kan tempat jerawat tu. Bagus digunakan before uols nak attend majlis before nak mekap, kulit lebih matte gitew. Iols suka Freeman Charcoal and Black Sugar Mud Mask. Untuk kulit kering tak digalakkan guna mud mask, guna lah sheet mask lebih membantu.
Sheet Mask
Sheet mask elok sume jenis kulit. Ia berfungsi untuk memberi extra lembapan pada kulit dan at the same time supply more antioxidant. I olls suka yang alcohol free like Active Whitening Mask which is ada licorice, elok untuk brighten up skin tone. I olls akan pakai mask ni at nite lepas cuci muka then follow dengan 5 langkah skin care (yes uols boleh pakai sekali dengan leave on mask tu). Kalau ada budget sheet mask memang boleh guna hari2 especially untuk kulit kering.

ReplyDeleteJemput la singgah ke blog killa.
Nak cantik? Nak sihat? Ingat killa
👉 http://www.syakillaazam.my/
I like ur details explaination n give example of products ..
ReplyDeleteSalam. Thanks for detailed explanation. Mcm mana cara nk apply naruko am pm mandelic acid 5% serum ya? Cleanser - toner - serum - mosturiser or cleanser - toner - moisturiser - serum? TIA!
ReplyDelete