
Hello u olls,
Semua orang ada opinion masing-masing, ini opinion aku. As much as aku hormati pendapat hangpa, aku harap sapa-sapa pun yang start baca pendapat aku mengenai topik hari ini juga mempunyai pemikiran yang terbuka dan tengok perkara ini dalam perspektif yang berbeza.
Baru ini-ini seorang teman telah berkongsi dengan akak satu artikel tentang sebuah rekaan seluar menutup aurat bagi wanita yang bersalin. Rekaan seluar khas ini telah mendapat anugerah cemerlang dalam satu pertandingan untuk produk yang mengikut kehendak syariah. Link ada kat bawah sekali.
Setelah membuka artikel itu akak punya dagu terjatuh sampai lutut, terkeluar, pastu akak jadi bodoh sebentar untuk 5 minit. Akak pun Google dan pi cari lebih banyak informasi tentang produk ini, ingatkan satu meme lawak yang digunakan untuk perli orang Islam yang terlalu obses tentang aurat, halal dan haram. Tapi sangkaan akak salah, semua ini adalah benar-benar belaka.
Pada pendapat akak, akak sangat sedih kenapa rekaan seperti ini perlu wujud? Sejak zaman dulu kala lagi, kita semua sudah sedia kala tahu keadaan yang berlaku semasa seorang wanita sedang melahirkan. Bertarung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat yang pastinya memberikan kebahagian buat suami dan seluruh keluarga. Islam pun dah janji, wanita yang meninggal dunia semasa melahirkan, diangkat darjatnya mati syahid yang bermaksud dia akan terus masuk syurga. Sebab dia meninggal dunia dalam perjuangan.
Bukan senang nak melahirkan, setelah 9 bulan hidup makan muntah for those yang loya tak berhenti macam Aishah Aljuned, seluruh badan membengkak, alahan di sana sini, and bila tiba masanya, kena tahan sakit yang hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya. Dalam keadaan yang sungguh susah itu, kenapa kita nak beratkan lagi keadaan wanita itu dengan memakai seluar yang diperlukan untuk menutup 'aurat' yang hakikat hanya menutup betis dan paha? Sebab untuk melahirkan, kalian tau kan bayi tu akan keluar dari arah mana kat mana kan ?
Daripada membuat rekaan yang seolah-olah ingin lebih menyekat dan menutup, menyebar fahaman bahawa orang lelaki semua haram tak boleh nak tengok dan menjadi doktor semasa melahirkan, kenapa kita tak sebarkan fahaman yang membuatkan anak-anak dan kaum lelaki di sekeliling kita untuk menjadi lebih manusia yang tahu membezakan antara 'ghairah' melihat porno dan 'ghairah' melihat wanita melahirkan?
Kalau ada dalam kalangan keluarga lelaki kita, yang rasa ghairah dan terangsang ketika melihat wanita sedang melahirkan, orang macam ni yang kita kena bagi dia pakai seluar ni dan bagi dia lalui rawatan psikiatri. Bukan kepada semua wanita-wanita yang ingin melahirkan ?
Para suami yang ingin menyokong dan menyuruh isteri kalian memakai seluar tutup aurat ini, okay fine, tapi make sure awak tu pun, janganlah dalam senyap duk bukak Instagram dan tahan stim tengok Che Ta pakai tudung dan baju ketat nampak bentuk badan dia yang montok dan perky.
Ada banyak benda yang membuatkan akak tak sokong perkara ini, selain akak rasa membebankan wanita itu sendiri, akak rasa benda ini memberikan gambaran yang sangat menakutkan untuk rakan bukan Islam kita. Pihak pengedar produk ini berasa bangga kerana keluar ini menjadi ikutan dan mendapat liputan dalam media barat, tapi hakikat, selepas liputan ini dibuat, terfikirkah kita apakah gambaran masyarakat bukan Islam terhadap kita ?
Soalan paling penting depa akan tanya adalah, pasaipa kena tutup semua kaki dan paha ? Berdosa? Tapi wanita tu sedang melahirkan, bukan sengaja nak mengangkang untuk tatapan semua orang ?
Akak faham kalau nak bersukan you olls nak pakai kain tutup litup dari hujung kaki sampai hujung kepala. Burkini dan segala maknena semuanya. But this kind of creation membuatkan akak menjadi lebih susah untuk explained kepada kawan-kawan bukan Islam akak.
Antara soalan paling pedih akak pernah kena adalah "Why Islam like this ha? You guys have to tutup here tutup there? But many wear tudung, make up lawa-lawa and selfie everyday jual tudung, that one also attract attetion right ? So buat apa u nak tutup sama juga ?"
Kena setepek kat muka akak.
Satu lagi akak risau dengan seluar ini adalah macam mana kalau benda ini menjadi ikutan dan KEMESTIAN untuk semua orang. Macam sekarang, semua orang pakai tudung, semua orang tutup kepala. Kot belakang mereka sembahyang lima waktu cukup ka dak, Allah saja tau. Sapa pakai tudung dianggap baik, sapa tak pakai tudung dianggap tidak baik. Perbandingan ini berterusan, hangpa sambung sendiri.
So now we have seluar menutup aurat semasa bersalin. Kalau ini menjadi ikutan dan kemestian aku tak tau apa lagi aku nak explained kat kawan-kawan bukan Islam aku lagi tentang limitation / had keperluan menutup aurat yang sepatutnya dibuat ? Adakah semua orang Islam memang jenis pervert sampai tak boleh nak tengok pun betis dan paha wanita sedang melahirkan, atau, sebaliknya ? Kedua-dua soalan ini membuatkan akak takut untuk fikir lebih panjang.
Read here : The Malay Mail Online
Baguih topik ni... mengikut pengalaman aku la, baru 2 kali bersalin, masa sblm sakit bersalin, mmg akan rasa malu kalau Doktor lelaki nak buat check bukaan apa semua... tp once contraction tu dh mai... pastu dia mai pulak xdan abeh satu contraction sambung contraction lg, time tu hg xdak masa nak pikiaq aurat lg dh... yg hg pikiaq ialah, tolong la cepat bg baby ni kluaq... x tahan sakit dh ni... sampaikan sanggup paksa Doktor untuk potong perut pun xpa (pembedahan).. x ngeri dh... bg org lain xtau... kot kalau pure muslimah sakit dia kurang sikit ka xtau la pulak... sempat la nak pikiaq aurat tu semua sbb sakit tu boleh ditahan2... who knows...
ReplyDeleteSalam Kak Jumie, I am writing to give my opinion on this matter. Terima kasih sebab mulakan topik dgn friendly reminder about respecting opinions, sebab opinion saya tak sama with yours hehe. I believe seluar mcm ni bagus, even when I do not disagree with your statement about the potential side effects of seluar mcm ni (suami 'paksa' pakai, tgk orang beranak pun boleh rasa pelik², etc). Like, hello baby is crowning and you worry about my betis and peha showing -- are you freaking crazy?
ReplyDeleteSeluar mcm ni bagus sebab I feel it gives OPTIONS, especially to the lady who is giving birth. Mungkin ada yg severely malu nak tunjuk, ada yg tak kisah. Whatever it is, at least sekarang dah ada option: kalau dia nak pakai, okay. Kalau tanak pun takpe sebab darurat. Cuma, mungkin marketing and relevance of the product akan jadi lebih bagus jika R&D dia involves medical point of view (MoH endorse or support ke) and religious authority (sebab pakai seluar ni pun utk tutup aurat kan?)
Apa yg tak bagus is when seluar ni jadi isu, sama la mcm other aspects of motherhood bila jadi isu: breastfeed/bottle. Jaga anak sendiri/hntr taska. Co-sleep/tido bilik sendiri. Kesian la kat mak tu, biar la dia pilih sebab dia yg payah² beranak and bukan org lain.
Sekian,
Saya yang belum pernah beranak lagi. :D
Kalau mcm perempuan macam saya,mmg pemalu. Walaupun tengah sakit nak bersalin hari tu, tapi masih malu nak bukak semuanya walaupun dr perempuan yang sambut. Mungkin ada orang yg ok, sebab tengah sakit so lantak pi lah kan. Tapi mcm saya yang masa sakit tu masih lagi risau pasal aurat, mungkin seluar ni ada gunanya.pastu labor room sejuk gila plak tu -______-. pada masa yang sama dapat tahan sejuk. haha
ReplyDeleteSaya dah anak 3. Setuju dgn dua opinions di atas. Saya rasa, saya yg nak pakai seluar mcm ni, rather than hband yg suruh sbb dia faham situasi tu darurat.
ReplyDeleteSaya dah follow pasal seluar bersalin ni dah lama. Actually takde timbul isu lelaki rasa stim/doktor lelaki suka tengok aurat perempuan bersalin etc, seluar ni dicipta utk wanita2 yg nak bersalin ada option utk menutup bahagian2 yg biasanya terdedah ketika proses bersalin, sbb ramai yg segan dan malu walaupun di depan doktor perempuan n midwife.
Saya pernah kerja labour room, dan saya tahu seluar ni tak mengganggu pun proses bersalin, especially kalau lithotomy position, sangat membantu.
Sekian, my 2 cents :)